Tuesday, April 21, 2015

Adakah Tun Mahathir Derhaka Kepada Perdana Menteri, DYMM Agong Dan Negara?




Dalam konteks sejarah bangsa Melayu, derhaka adalah melawan dan tidak setia kepada Raja dan pemerintah sejak dari Empayar Sriwijaya, Majapahit, Melaka dan Johor Riau termasuk juga Langkasuka.

Hari ini peranan Raja adalah berpelembagaan mengikut model Westminster England.

Dan Perdana Menteri sebenarnya adalah "Raja politik Malaysia".

Tun Mahathir sudah derhaka kepada Perdana Menteri, DYMM Agong dan Negara.

Dalam agama ada watak yang menderhaka seperti Syaitan yang super ego tidak mahu mengiktiraf projek manusia (Adam) yang telah dicipta oleh Allah. Kenapa? Kerana Syaitan merasakan beliau lebih hebat dan kritik manusia depan Allah bahawa manusia ini akan membuat banyak kerosakan seperti spesis-spesis yang telah terdahulu Allah cipta.

Syaitan tidak mahu sujud kepada manusia walau Malaikat semua sujud dua kali pula itu!

Tun Mahathir sudah derhaka kepada DYMM Agong dan Negara. Beliau ini hendak jatuhkan Perdana Menteri yang telah dipilih parti dan rakyat secara demokrasi dan mengikut undang-undang.

Dulu apabila Tun Abdullah disingkirkan, beliau bernasib baik kerana Tun Abdullah itu turun secara sukarela. Ahli-ahli UMNO dan BN pun setuju dengan perletakkan jawatan oleh Tun Abdullah.

Kalau DS Najib dapat sokongan parti UMNO dan BN dan tidak hendak berundur, apakah Tun Mahathir ini hendak jatuhkan secara revolusi Perancis ala Bastille atau secara coup d'etat?

Itu kan derhaka? Apa hukum kepada orang yang menderhaka dalam Sejarah Melayu?

Tun Mahathir juga tidak menghormati Kedaulatan Undang-Undang.

Mahkamah menjatuhkan kesalahan kepada DS Anwar Ibrahim lalu dipenjarakan 5 tahun maka Tun Mahathir suka sangat.

Mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman pada DS Anwar.  Mahkamah yang sama menjatuhkan hukuman mati kepada Sirul menafikan Altantunya dengan penglibatan DS Najib.

Sebab itu Tun Mahathir mengamuk salahkan DS Najib sampai merepek-repek Altantunya.

Kita lihat sejarah konsep derhaka Orang Melayu...

Setelah Seri Teri Buana, yang berketurunan Raja Iskandar Dzulkarnian dinobatkan menjadi raja negeri Palembang, beliau berkehendakkan seorang isteri. Oleh kerana dia seorang raja yang berketurunan baik, maka banyaklah anak-anak raja yang ditawarkan untuk menjadi isterinya.

Akan tetapi, setiap kali dia mengahwini isteri-isterinya dan meniduri wanita tersebut, mereka akan menjadi kedal pada keesokan harinya dan terpaksa ditinggalkan oleh Seri Teri Buana. Acapkali perkara ini terjadi, sehinggalah baginda berkeinginan untuk mengahwini anak perempuan menterinya, Demang Lebar Daun. Demang Lebar Daun bersetuju untuk membenarkan rajanya mengahwini anaknya, tetapi bersyarat; selepas ini keturunan Demang Lebar Daun akan berhambakan di bawah Seri Teri Buana, namun sekiranya keturunannya berdosa dan sebesar-besar dosa tersebut, keturunan Seri Teri Buana tidak akan menista dengan kata-kata yang jahat dan jika dosa itu berat, hukumlah mati tetapi harus menepati hukum syarat.

Seri Teri Buana bersetuju dengan syarat tersebut, tetapi juga inginkan janji dari Demang Lebar Daun, yakni bahawa anak cucu Demang Lebar Daun tidak akan derhaka kepada anak cucu Seri Teri Buana, walau seberapa zalim keturunannya sekalipun.

Demang Lebar Daun bersetuju, katanya selagi anak cucu Seri Teri Buana menepati janji Seri Teri Buana, maka anak cucu Demang Lebar Daun juga akan menepati janji Demang Lebar Daun.

Kisah yang diambil dari karya Sejarah Melayu ini menceritakan asal-usul ketaatan orang Melayu kepada rajanya, dan konsep ‘derhaka’ yang dikatakan begitu tabu di dalam budaya orang Melayu. Keturunan Demang Lebar Daun, yakni orang Melayu, di’wajibkan’ untuk taat kepada rajanya dalam apajua keadaan sekalipun, walau betapa zalim raja tersebut, kerana janji yang telah diberikan oleh Demang Lebar Daun keapda Seri Teri Buana.

Konsep derhaka ini menjadi isu akhir-akhir ini apabila timbulnya krisis Tun Mahathir derhaka kepada Perdana Menteri, DYMM Agong dan Negara bila mahu menjatuhkan DS Najib secara tidak Adat Melayu dan Tidak demokratik melalui penulisan blog, ucapan awam dan interview.

Melayu zaman ini begitu berlainan dengan Melayu ketika karya Sejarah Melayu dihasilkan. Peredaran zaman juga telah membawa perubahan minda kepada masyarakat Melayu, di samping juga perubahan sistem pemerintahan. Jika pada zaman dahulu orang Melayu diperintah oleh raja yang berpaksikan sistem monarki, kini orang Melayu diperintah oleh ahli politik yang berpaksikan sistem demokrasi. Institusi raja-raja kini adalah institusi raja berpelembagaan yang diimport dari sistem yang digunakan oleh United Kingdom pada ketika ini. Raja masih mengetuai kerajaan, tetapi fungsi dan kuasa raja termaktub oleh perlembagaan.

Dengan perubahan sistem kerajaan orang Melayu dari monarki absolute kepada raja berpelembagaan, konsep ketaatan kepada raja itu juga telah sedikit sebanyak berubah. Orang Melayu tidak lagi melihat raja-raja mereka seperti nenek moyong mereka melihat raja-raja mereka ketika itu. Samada perubahan ini berlaku akibat terhakisnya sistem monarki atau ianya berlaku akibat daripada evolusi semulajadi pemikiran Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi apa yang pasti adalah Melayu pada masa ini tidak akan teragak-agak mengkritik raja mereka sekiranya dirasakan bahawa kritikan itu perlu. Lihatlah, betapa raja-raja Melayu dikritik beberapa tahun dahulu apabila imuniti raja dihapuskan oleh Tun Mahathir secara halus. Lihatlah juga, betapa raja Melayu dikritik pada masa kini apabila sesetengah rakyat berpendapat bahawa raja itu telah membuat keputusan yang salah.

Apa yang terjadi kepada Sang Rajuna Tapa, Hang Jebat dan Penglima Bentan, yang dahulunya menjadi ‘bukti’ apa yang akan berlaku sekiranya Melayu derhaka kepada raja, kini hanya menjadi kisah silam yang menarik. Samalah juga seperti janji yang diberikan oleh Demang Lebar Daun kepada rajanya, Seri Teri Buana.

Oleh itu, adakah konsep derhaka itu masih menjadi tabu kepada masyarakat Melayu? Walaupun peranan raja-raja Melayu kini termaktub di dalam perlembagaan dan masyarakat Melayu tidak lagi mempercayai bahawa raja adalah pemerintah mutlak yang mempunyai ‘daulat’, tidak boleh dinafikan bahawa orang Melayu masih menghormati raja-raja mereka. Tetapi, sejauh mana penghormatan, ketaatan dan derhaka masih releven kepada minda orang Melayu amat sukar untuk dipastikan. Orang Melayu itu sendiri ini mempunyai begitu banyak perbezaan dari segi status sosial, pendidikan, tempat tinggal dan ideologi politik. Sukar untuk membuat rumusan untuk persoalan tersebut.

Mungkin selepas pilihanraya kecil di Rompin dan Permatang Pauh, kita akan mendapat gambaran tentang konsep derhaka kepada masyarakat Melayu di situ.

8 comments:

Anonymous said...

Ikut caksp kamu jer lah yang betul. Kslau ditegur semuanya salah dan kalau ditanyakan pun dah tak boleh. Macam2 ungkaoan kamu nanti putar asalkan pemerintah jgn di usik. Kalau boleh kamu nak semua orang pakai apa yang kamu tulis, semuanya betul konon. Bolehla kamu bersenang2 si Luncai terjun dgn labu2nya. Agaknya inilah yang dikatakan pejuang agama, bangsa dsn negara.

Anonymous said...

The malays have gone too far off the real issues affecting them. They tended to go into the world of fantasy instead of reality and more importantly could not differentiate between truth and falsity....its a pity when blind loyalty overrides rationality

Anonymous said...

Apa yang ko merepek ni WZWH!

Nak muntah aku baca....

Kebanyakan orang undi BN PRU lepas sebab tak nak DAP berkuasa...bukan sebab nak Najib jadi PM...

Jangan syok sendiri....

Anonymous said...

Anon 2:50 What is the truth...What is falsity? What is perception? What make you so sure about that???

Anonymous said...

Ni bukan zaman keris lembing dah. Ni zaman org semua dah sekolah. Bangun lah dari tidur tu. Orang dah digital awak masih lagi analog.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Those who do not remember the past are condemned to repeat it.

George Santayana

kiasfansuri said...

saya setuju tuan. mahathir penderhaka.

adi putra jaya said...

orang yang nak muntah tu bukannya reti tentang analisis sesuatu fakta.orang macam ni adalah penyembah pemimpin yang dah rasa diri tu setaraf tuhan!tuhan aje tahu apa yang akan berlaku pada masa depan! tun M pun tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan!

kalau dah kebulur sangat nak tengok anak sendiri cepat jadi PM, suruh ae anak tu lawan najib jawatan presiden umno!

tun M ni semua pm malaysia di ganggu dan dikacau! dia aje yang betul!!!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...