Sunday, April 19, 2015

Kenapa BN Recycle Dato' Hasan Ariffin Di PRK Parlimen Rompin?



Dato' Hasan Ariffin (di sebelah kanan Tan Sri Muhyiddin Yassin TPM) adalah calon BN PRK Parlimen Rompin.

Dalam politik istilah 'recycle' adalah orang lama politik atau orang pencen kembali diberi tempat untuk berpolitik.

Kadang-kadang istilah 'recycle' adalah taboo. Jawapan mudah BN @ UMNO adalah parti tua dan ketiadaan calon pelapis untuk ditonjolkan.

Memang UMNO dan BN tidak yakin dan percaya kepada pemimpin muda. Itu adalah hakikat.

Salah satu sebab mengapa UMNO dan BN akan tewas PRU 14 kerana orang muda sudah tidak berminat dengan UMNO dan BN yang tidak favour kepada calon orang muda.

Majoriti calon UMNO dan BN akan tewas ketika mereka berumur 60an ke atas dalam PRU akan datang. Ha..Ha.. Ha..

Naratif politik di atas adalah psiko politik pembangkang untuk memberi persepsi negatif kepada pengundi muda dan menjatuhkan moral kepimpinan pemuda UMNO Pahang.

Kenapa BN 'recycle' Dato' Hasan Ariffin di PRK Parlimen Rompin?

Kenapa tiba-tiba UMNO dan BN menguna pakai politik kaedah Soviet Union dan China bila pilih calon bertanding pilihanraya bila mana di Eropah, United States, Australia sebaliknya ramai calon muda dipilih?

Anda boleh kata ini adalah keputusan pucuk tertinggi kepimpinan UMNO memilih calon terbaik bagi PRK Rompin. Yes they do.

So semua jentera UMNO dan BN ikut saja keputusan keramat itu. Simple is it.

Bukan sahaja ekonomi bersandarkan faktor demand dan supply, politik pun begitu.

Bila majoriti pengundi akar umbi di Parlimen Rompin lebih mahu Dato' Hasan Arrifin, maka demand untuk Dato' Hasan Ariffin itu membuatkan BN buat keputusan recycle beliau menjadi calon PRK Parlimen Rompin.

UMNO dan BN tidak mahu gamble atau mengambil risiko di PRK Parlimen Rompin kerana stakenya terlalu tinggi. Kekalahan boleh menjatuhkan maruah UMNO dan BN terutama kepada DS Najib Presiden UMNO dan BN serta Perdana Menteri.

Berikutan lagi isu-isu politik nasional terkini yang membabitkan Tun Mahathir, GST, dll.

UMNO dan BN bukan sahaja perlu mempertahankan kemenangan PRK Rompin malah perlu sokongan majoriti pengundi Parlimen Rompin yang berjumlah 53,596 pada PRU 13 dengan majoriti 15,114.

Kalau menang tapi majoriti jatuh atau penurunan majoriti ketara akan memberi intrepetasi bahawa rakyat protes kepada dasar-dasar BN yang terbaru.

BN terpaksa dan mesti berkerja kuat berkempen untuk mendapat majoriti yang lebih besar dari PRU 13.

PRU 12 BN menang majoriti 10,679
PRU 13 BN menang majoriti 15,114

Itulah KPI perkhidmatan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang telah berkhidmat selama 5 penggal.

Untuk itu UMNO dan BN terpaksa letak calon yang kuat dan sama handal di PRK Rompin.

Dan Dato' Hasan Arifin adalah calon yang dipilih untuk menjadi hero untuk meningkatkan prestasi majoriti BN sekurang-kurangnya 18,000 majoriti.

Siapa ini Dato' Hasan Arrifin?

Beliau adalah ahli politik paling berpengalaman dan paling berpengaruh di Rompin.

Berumur 62 tahun, anak tempatan watan Rompin. Dilahirkan di Rompin pada 1953. Graduan Ekonomi UM.

Bekas ADUN selama 5 penggal. EXCO Pahang selama 3 penggal

Beliau adalah Timbalan Menteri Besar Pahang terakhir abad ke 21. 

Sekarang beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rompin yang memangku jawatan Ketua UMNO Bahagian Rompin setelah kematian Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Rompin dari 1990-2004.

Beliau berpolitik UMNO sejak 1976, menjadi AJK UMNO Bahagian di Bahagian Pekan.

Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan Bahagian Rompin.

Jawatan tertinggi dalam parti ialah Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 1996-2004.

Sebagai graduan ekonomi beliau lebih berorientasikan politik pembangunan. 

Dato' Hasan Ariffin bertanggungjawab:

  • Membangunkan Gebeng Industrial Area
  • Menarik Pelaburan Di Pahang
  • Bertanggungjawab keatas pembinaan Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan)
  • Membesarkan Pelabuhan Kuantan
  • LKPP merupakan agensi yang paling kukuh dan mempunyai harta yang banyak di Pahang. 
  • Membangunkan ladang sehingga mencecah 100,000 ekar
  • Membangunkan kilang CPO dan lain lain kilang
  • 1988-1995 - Pengerusi DARA (Lembaga Pembangunan Kemajuan Wilayah Pahang Tenggara)
  • Pengerusi PERKIM Pahang

Gaya politik Dato' Hasan Ariffin yang rapat dengan grassroot di akarumbi membolehkan beliau disenangi oleh rakyat. Beliau mempunyai keluarga yang besar di Rompin dan di seluruh negeri kerana susur galur dari keluarga yang paling tua dan terbesar di Pahang.

Dato' Hasan Ariffin berkongsi hidup dengan Datin Rozidah binti Karim. Beliau mempunyai empat orang anak yang sudah dewasa dan berjaya dalam karier masing-masing.

Majoriti pengundi PRK Parlimen Rompin tidak akan hampa bila memilih Dato' Hasan Ariffin sebagai Ahli Parlimen Rompin yang baru pada 5 Mei 2015 nanti.

Inilah pilihan terbaik 53,596 pengundi PRK Parlimen Rompin.

5 comments:

Anonymous said...

This Hasan Arifin got work wif LKNP last time one? Is it? Oredi old at 62 but can oso. Some more difficult to find young credible candidate. All umno people in Rompin contractors one. Rompin udang galah so so siok one. Got GST aah?

Anonymous said...

Baguslahg. Lepas ni amik pulak orang umor 70 tahun sebab nak bagi najib nampak muda.

Anonymous said...

Apa masalah nak ambil dia jadi calon???

Kalau dia yg terbaik selepas dibuat mesyuarat...

Tak payahlah jadi batu api....

Org muda pun kalau tak tahu buat kerja pun tak guna

Anonymous said...

Alahai, kat Permatang Pauh pun 'calon recylce' pun dah mula tunjuk muka... takde pulak balaci-balaci PKR bising... iye tak?

Anonymous said...

Orang lama tentu banyak pengalaman, berbudi bahasa, penyayang serta matang. Lagipun wakil ni x lah tua sangat pun. Masih mampu bekerja. Aset ini x de pada orang muda yang biasanya emosi, panas baran dan x matang. Untuk jawatan wakil rakyat adalah lebih sesuai yg pertama itu. Orang muda bolehlah jagi pelapis untuk menimba pengalaman dahulu dengan menyertai parti UMNO.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...