Friday, April 17, 2015

Sultan Pahang Gesa Rakyat Sokong DS Najib




















Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat di negeri itu, terus menyokong kepimpinan sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi kini.


"Dato' Seri Najib seorang pemimpin yang sangat rajin dan saya sangat berbangga dengan beliau. Marilah kita sama-sama berdoa agar kepimpinan beliau kekal dan semua rakyat harus menyokongnya, jangan mengkritik bukan-bukan tentang perkara yang kita sendiri tidak tahu," titah baginda.


Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang di Indera Mahkota di Kuantan, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Besar Pahang Dato' Seri Diraja Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai isu semasa, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang akan diadakan 5 Mei ini, berikutan kematian anggota parlimennya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis pada 4 April lepas.

Baginda pada masa sama, turut menasihatkan rakyat agar sentiasa menjaga keamanan dan mengikut peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh PRK itu.


Hail to the king
Hail to the one
Kneel to the crown
Stand in the sun

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024