Thursday, April 9, 2015

Politik Malaikat , Syaitan, Jin Dan Manusia Sejak Dari Kerajaan Langit Hingga Kerajaan Bumi




Untuk mengenali kejadian ciptaan Allah bagi malaikat, syaitan , jin dan manusia perlu tahu asal usul mereka. Bagaimana politik menentukan nasib mereka.

Bermula di syurga, malaikat dan syaitan hidup bersama. Kedua-duanya golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat, pintar, patuh dan kuat beribadah kepada Allah. Tapi lebih tinggi makam malaikat.

Di syurga yang penuh kenikmatan abadi. Ada Allah, malaikat dan syaitan. Inilah Kerajaan Langit. Politiknya mudah patuh pada arahan Allah.

Bila Allah mencipta manusia pertama Adam maka berlakulah real politik Kerajaan di Langit. Bermulalah politik engkar, tidak patuh dan tidak mahu syaitan sujud kepada manusia melawan perintah Allah menyebabkan Allah murka.

Kejadiannya malaikat dibuat dari cahaya, syaitan dari api dan manusia dari tanah.

Lalu Allah menghukum halau syaitan dari syurga. Namun politik syaitan tinggi kerana syaitan merasakan ada hak untuk bertindak memperlekehkan Adam lalu negotiate dengan Allah.

Beri tempoh masa syaitan akan menyesatkan manusia dan mahu buktikan kepada Allah bahawa mencipta manusia adalah satu projek yang sia-sia walau diberi kelebihan aqal.

Allah walau marah tetap beri hak syaitan peluang menyesatkan manusia. Mana manusia yang sesat mengikut syaitan masuk neraka manakala manusia yang menjauhi syaitan masuk syurga.

Selepas Adam, Allah cipta Hawa. Suruh duduk di syurga dan satu larangan jangan dekat dengan sebatang pokok. Memang manusia kejadian asalnya berasal dari syurga.

Namun politik syaitan tinggi masih sempat mempengaruhi Adam dan Hawa mendekati pokok itu lalu Allah murka marah kenapa manusia Adam dan Hawa ikut kata syaitan.

Sebagai balasan Adam dan Hawa dikeluarkan dari syurga dihantar ke bumi. Maka bermula politik manusia di Kerajaan Bumi.

Syaitan, jin dan manusia.

Syaitan juga telah melalui bisikannya menyebabkan anak-anak Adam dan Hawa iaitu Qabil membunuh Habil.

Bani Adam berkembang biak ramai manusia.

Syaitan juga berkembang pengaruh menjadi syaitan jin dan syaitan manusia.

Jin dan manusia diperintah menyembah Allah.

Syaitan, Azazil, Iblis, Ifrit serta Qarin menyesatkan jin dan manusia.

Allah utuskan di kalangan manusia itu nabi dan rasul menghalang pengaruh syaitan menyesatkan manusia.

Rasul boleh mengislamkan jin dan manusia.

Rasul tidak punya politik tinggi dan upaya mempengaruhi syaitan apa lagi mahu mengislamkan syaitan.

Syaitan sangat berdendam kepada Adam dan bani Adam seluruh manusia kerana sebab terpaksa tunduk, jatuh ego kerana syaitan rasa lebih baik maka syaitan tidak mahu sujud menyebabkan Allah menghukum syaitan.

Syaitan politik tinggi. Jika syaitan mahu bertaubat nasuha, insaf, mahu sujud dan meminta ampun kepada Allah kerana suatu masa dulu syaitan adalah salah satu golongan hamba Allah yang paling beriman dan amat taat, pintar, patuh dan kuat beribadah kepada Allah.

Apa keputusan Allah?

Tidak mungkin itu terjadi sejak real politik bermula di Kerajaan Langit.

Allah maha pengampun dan maha penyayang.

Bagaimana jin yang menjadi syaitan?

Dan manusia yang menjadi syaitan?

Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Allah, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak.

Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat.

Beberapa kali peringatan Hari Pembalasan hari penentuan Qiamat pembukaan Akhirat.

Sedikit nota bagi pemahaman posting hari ini:

Syaitan itu adalah dari bangsa jin. Jin dijadikan daripada kepanasan api neraka. Setiap jin yang jahat itu adalah syaitan. Malaikat adalah makhluk Allah SWT yang diciptakan daripada cahaya. Syaitan sombong takabbur dan menderhaka kepada Allah manakala Malaikat mematuhi segala perintah Allah. Manusia pula dijadikan dari tanah sebagai khalifah (pemimpin) di bumi ini. Manusia makan dan minum serta mempunyai nafsu berbanding malaikat yang tidak bernafsu. Dalam diri manusia ada 2 lubang halus, satu didiami oleh malaikat dan satu lagi didiami oleh syaitan (qarin). Jika malaikat dapat menawan kerajaan hati manusia itu, maka baiklah dia. Tetapi sebaliknya jika syaitan berjaya menakluki kerajaan hati manusia itu, maka dia akan melakukan kejahatan
Syaitan (iblis) dijadikan daripada api. Api adalah bersifat panas yang merupakan hakikat hidup. Orang yang hidup adalah panas kerana mereka bergerak ke sana ke mari. Api juga sifatnya adalah cerah iaitu hakikat ilmu. Kerana itu syaitan adalah cerdik sifatnya.
Syaitan itu adalah dari bangsa jin.
Al-Kahfi [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…….
Ar-Rahman [15] Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
Al-Hijr [27] Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.
Manusia pula dijadikan dari tanah. Hakikat tanah ialah sifatnya gelap iaitu jahil. Tanah juga adalah sejuk yang merupakan hakikat mati dan malas. Kerana itu manusia sifatnya jahil dan perlu belajar untuk menghilangkan kejahilannya. (“insan …zoluman jahula”)
Ar-Rahman [14] Dia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar.
Al-Ahzab [72](Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan (jahil).
Oleh itu dari segi kejadian, iblis mempunyai kelebihan berbanding manusia. Namun malaikat lebih baik, lebih mulia, lebih tinggi makamnya  kerana mereka dijadikan daripada cahaya, tetapi mereka tetap sujud. Malaikat sujud sebagai menghormati makhluk baru yang dijadikan pemimpin. Sujud dua kali dalam sembahyang itu berasal dari perbuatan yang dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan sujud kepada Nabi Adam. Melihatkan Azazil tidak sujud (setelah malaikat mengangkat kepala dari sujudnya yang pertama), mereka sujud sekali lagi sebagai tanda syukur mereka boleh patuh pada arahan Allah. Malaikat tidak menderhaka kepada arahan Allah:
Sad [73] (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali.
At-Tahrim[6]….mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
Di hari kiamat tuhan tidak tanya asal keturunan dan kejadian makhluknya, hanya iman dan amalan yang disoal:-
Al-Mukminun [101] Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
Allah memilih manusia menjadi khalifah, manusia adalah pertengahan di antara malaikat yang sangat baik dan iblis yang sangat jahat. Syaitan melakukan 3 kesalahan iaitu ia derhaka kepada Allah, ia “menjawab mulut” kepada Allah (apabila Allah menyuruhnya sujud ia mengatakan kenapa harus sujud sedangkan kejadiannya lebih baik dari manusia) dan ia bersifat takabbur (sombong).
Al-Hijr [32] Allah berfirman: Hai Iblis! Apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud itu?.[33] Iblis menjawab:

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...