Saturday, April 11, 2015

Bagaimana DS Najib Mahu Buktikan Ramalan Tun Mahathir Salah?



Dr Mahathir Mohamad: “I feel that he’s going to cause UMNO to lose in the next election, believe me.”

Sekarang April 2015, jika diandaikan PRU 14 pada 2018, Bagaimana DS Najib mahu buktikan ramalan Tun Mahathir salah?

Selepas 6 tahun ini adalah cabaran terbesar DS Najib.

WZWH believe DS Najib adalah seorang pemimpin yang kuat, kuat mental, kuat fizikal, kuat ketahanan.

Jika WZWH menjadi DS Najib...ini adalah an honour satu penghormatan untuk DS Najib berfikir mencari strategi bagaimana to prove Tun Mahathir wrong.

WZWH sebagai penyokong muda UMNO dan majoriti yang lain berfikir positif untuk menyahut cabaran Tun Mahathir the great man in Malaysian politics of all time.

Kami mahu DS Najib berfikir positif dan sambut cabaran ini.

Adalah lebih baik jika Tun Mahathir bercakap UMNO kalah pada waktu sekarang dari kita merasa UMNO kalah pada masa yang sebenar pada PRU 14 nanti.

WZWH tidak mahu UMNO kalah...

Majoriti penyokong muda UMNO tidak mahu UMNO kalah....

191 Ketua UMNO Bahagian tidak mahu UMNO kalah...

21,800 UMNO cawangan tidak mahu UMNO kalah...

3.6 juta ahli UMNO tidak mahu UMNO kalah...

So..all of us semua tidak mahu UMNO kalah!

For our part jika kita semua tidak mahu UMNO kalah maka apa kita semua perlu buat?

Kita perlu sokong dan pastikan UMNO tidak kalah PRU 14.

Bagi DS Najib dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain di setiap Perhubungan UMNO Negeri perlu berfikir, merancang, bertindak bagi memastikan UMNO tidak kalah PRU 14.

Strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang dan semua strategi kemungkinan.

WZWH tidak mahu menulis semua strategi itu dalam posting ini.

Tanggungjawab ini kita pikul bersama.

DS Najib sebagai Presiden UMNO pastikan semua strategi jangka pendek dan jangka panjang itu berjalan.

Selagi apa yang Tun Mahathir ramalkan UMNO kalah PRU 14 tidak tally atau tiada dalam perancangan Allah di Loh Mahfuz maka selagi itu kita boleh bekerja buktikan ramalan itu salah.

Malah jika ramalan Tun Mahathir itu bersamaan dengan perancangan Allah di Loh Mahfuz, kita boleh berdoa, kita kuat berdoa dan terus berdoa , kita bertawakal selepas kita bekerja kuat tidak henti-henti sehingga detik di ambang PRU 14 agar Allah memakbulkan permintaan kita.

Allah lebih appreciate hamba-hambanya yang bekerja bersungguh-sungguh.

Dengan usaha yang gigih begini kita boleh membuktikan ramalan Tun Mahathir itu tidak benar.




Dan kita jangan marah dan benci kepada Tun Mahathir.

Malah kita perlu berterimakasih kepada Tun Mahathir yang wake up call mengerakkan kita semua.

Yang penting DS Najib kena kuat, kuat lagi iltizam, jangan lemah semangat, terima cabaran Tun Mahathir dengan positif. 

Jangan sekali-kali DS Najib berfikir untuk mengalah dan berundur. 

Jika DS Najib boleh buktikan bahawa ramalan Tun Mahathir itu salah dan tidak benar pada PRU 14 maka sejarah akan mengingati DS Najib sebagai the greatest political leader of Malaysia of all time.

DS Najib perlu ambil peluang ini dalam sejarah , jadikan ini sejarah dan buat sejarah bila tiba masanya pada PRU 14.

Cukuplah WZWH menulis memberi semangat kepada PM dalam posting ini.

First assignments ialah DS Najib perlu memastikan UMNO dan BN mempertahankan PRK kerusi parlimen Rompin dan cuba sehabis upaya dan ikhtiar untuk memenangi PRK kerusi parlimen Permatang Pauh pada 5 dan 7 hb Mei 2015 nanti.

Ini cara dan langkah bagaimana DS Najib mahu dan boleh buktikan ramalan Tun Mahathir itu salah dan tidak benar. Insyallah akan berjaya!

11 comments:

ababina328 said...

Tuan WZWH, walau pun saya org pas tetapi saya berfikiran positif di mana saya juga sebagai org Melayu berugama Islam tetap juga mahukan supaya bangsa dan ugama saya kuat dan berjaya.

Di sini saya perturunkan petua tntg bagaimana mahu Najib dan Umno terus diingati sebagai seorg yg mahu berubah dan membaiki diri dng matlamat akhirnya berjaya membawa kebaikan.

Bagi saya apa yg perlu di lakukan oleh Najib ialah mempastikan negara kita betul2 mengamalkan pentadbiran yg benar2 mengikut pentadbiran Islam dimana membuang sifat membazir, menyeleweng dan rasuah.

Ingat betul2 bhw rakyat telah di paksa berkorban demi negara dng GST, bayarlah pengobanan rakyat ini dng pengurusan berhemah, berintegriti dng menggunakan setiap sen wang negara benar2 demi rakyat dan pembangunan .

Jikalau ini berjaya di lakukan saya percaya Najib dan umno akan terus memerintah sehingga beratus tahun lagi.

Tetapi jika Najib terus terbuai dng hayunan NAFSU dan cuba menutup kebejatan di bawah karpet, percayalah dng kuasa Allah akan melingkupkan dirinya dan umno itu utk selama2nya.

Semoga tuan berjaya.....

Anonymous said...

Ababina....melampau lah rakyat dipaksa berkorban dgn GST....

Sekarang gst belom ada kesan, pengeluar masih jual barangan berdasarkan kos SST...

Kesan selepas 3-6 bulan, baru barang turun harga..

Anonymous said...

Ingat dan patuh perintah Allah. Apa Anwar tidak lakukan untuk menjadi PM? segalanya telah dilakukan termasuklah menjual kalimah Allah kepada Kristian dan begitu yakin mereka akan menang PRU13. Allah menyaksi, mendengar setiap detik dalam hati makluknya, dan akan memilih yang terbaik untuk mentadsbir negara Islam alhamdulillah UBN menang PRU13. ingat qadak dan qadar. Sekali Allah pecat Anwar tahun 1998 adalah untuk selamanya. hinggakan nak jadi adun kAJANG PUN TIDAK BERJAYA. Lemparlah fitnah apa pun Allah akan memilih pihak yang benar. Allah tidak akan sesekali memilih seseorang yang rasuah, menmipu rakyat, zalimi rakyat dsbnya..PRU14 UBN akan menang lebih besar.

Anonymous said...

Jika PR mengang PRU14, siapa akan jadi PM. Jika melayu pastikah hidungnya tidak akan ditarik dek DAP ?

Jika BN menang dgn PM skrg, mrk akan menjadi lebih sombong dan mungkin cukai baru utk org miskin akan diperkenalkan. Gaji MP juga mungkin dinaikkan lagi.

Pendapat je,

kiasfansuri12@gmail.com said...

saya setuju tuan wzwh.

Anonymous said...

Caranya ialah dengan melantik awak secara rasmi menjadi chief political strategist mengantikan arwah JJ. Pasti Najib berjaya buktikan Mahathir salah...he he.

Anonymous said...

Anon 311, Sebelum GST, kerajaan dah terlebih dulu berkorban memberi BR1M. Berbilion jumlahnya, nape awak x bagi kredit pada kerajaan? Kamu ni berat sebelah.

Anonymous said...

Anon 10:28pm.

BR1M umpama memberi ikan kepada org miskin, selesai masaalah utk satu hari sahaja.

Cara yg betul ialah memberi pancing, dng adanya pancing org miskin tersebut boleh makan ikan setiap hari.....

Cumanya tuan tanah kedaung suka memberi ikan kpd org miskin, supaya org miskin tersebut sentiasa bergantung kpd tuan tanah kedaung dan tuan tanah kedaung boleh tarik kemana shj setelah di cucuk hidungnya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Brim adalah subsidi secara direct kpd golongan sasaran. Seorang memang sikit tapi kalau 7 juta nilai berbilion dlm ekonomi fungsinya sbg accelerator menggerak laju ekonomi.

ustaz roslankama said...

nak makan cari sendiri! ternganga-nganga tunggu orang suap boleh blah la!tenaga kudrat dan otak yang tuhan beri tu gunakanlah! jangan jadi pak turut yang memang di jamin neraka oleh Allah.

Anonymous said...

BR1M membolehkan setiap rakyat Malaysia merasa kek ekonomi. Itu niat ikhlas DS Najib. Tidak semua orang bernasib baik. Jadi BR1M walaupun tidaklah banyak adalah satu carakerkerajaan menggembirakan semua rakyat. Kalau kita perhatikan, pada zaman DS Najib, beliau sentiasa mendapat pandangan rakyat apabila membuat keputusan. Sebenarnya, pimpinan DS Najib jauh lebih baik dari pimpinan Tun Mahathir, cuma rakyat lebih aware senario politik negara.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...