Monday, April 13, 2015

Projek Perumahan Rakyat PR1MA Terbesar Dalam Pahang Akan Dibina Di Kg Merting Jaya Jerantut



Satu Projek Perumahan Rakyat PR1MA yang terbesar dalam Negeri Pahang akan dibina di Kg Merting Jaya Tembeling Tengah Jerantut menggunakan teknologi IBS.

Cadangan dari sebuah syarikat pembinaan tempatan untuk membina Pembangunan Perumahan Rakyat 1 Malaysia sebanyak 1,500 unit di atas sebidang tanah seluas 227 ekar di Kg Merting Jaya Tembeling Tengah Daerah Jerantut.

Sebuah kawasan perumahan yang sangat sesuai bagi penempatan yang bebas dari bencana banjir, tanah pamah dan landai akan menjadi rebutan pembeli rumah.

Kerajaan Negeri Pahang bersedia menaiktaraf beberapa infrastruktur bagi membantu menjayakan projek tersebut. 

Perumahan Rakyat 1Malaysia PR1MA (disebut "prima") ialah satu skim yang bertujuan menggalakkan golongan berpendapatan sederhana untuk memiliki hartanah kediaman. Kediaman PR1MA terletak di dalam kawasan berkomuniti, mempunyai pelbagai jenis dan saiz, dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000. Berikut adalah maklumat penting mengenai PR1MA yang perlu anda tahu.
(PR1MA disasarkan untuk golongan berpendapatan sederhana, untuk yang berpendapatan rendah kerajaan ada memperuntukkan Skim MyHome).

Kriteria kelayakan untuk permohonan PR1MA

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 21 tahun dan ke atas semasa permohonan dibuat.
  • Individu atau keluarga (suami isteri) dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 – RM7,500.
  • Pemohon atau pasangannya tidak memiliki lebih daripada satu hartanah
  • Tertakluk pada garis panduan tambahan mengikut negeri. 

Bagi negeri Pahang pula:

Apakah program Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang?

Projek perumahan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi golongan berpendapatan sederhana yang tidak mampu untuk membeli rumah tetapi dalam masa yang sama tidak layak dipertimbangkan rumah kos rendah dan sederhana rendah.

Rumah PR1MA dijual dengan harga RM 150,000.00 seunit dan diskaun 10% daripada harga jualan diberikan kepada penjawat awam.


Apakah spesifikasi projek PR1MA Negeri Pahang ?

a) Keluasan minimum binaan rumah adalah 1,000 kaki persegi

b) Saiz tanah minimum 40' x 70' (2,800 kaki persegi)

c) Rumah jenis berkembar atau sesebuah

d) 3 bilik tidur, 2 bilik mandi

e) Keluasan minimum bilik tidur utama adalah 14' x 12' (168 kaki persegi) dan keluasan bilik tidur 2 & 3 adalah 10' x 12' (120 kaki persegi)

f) Rangka atap jenis spandeck/metal deck

g) Harga jualan lebihan lot tepi dan lot hujung ditentukan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang


Apakah Syarat Permohonan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia Negeri Pahang?

a) Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang;

b) Berumur 18 tahun keatas

c) Jumlah pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 10,000.00

d) Telah menetap dan tinggal di Negeri Pahang secara terus menerus selama tidak kurang daripada lima (5) tahun.


Bagi keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah pula:

Apakah rumah kos rendah kerajaan?

Projek perumahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri atau oleh Kerajaan Pesekutuan melalui agensi pelaksana yang dilantik dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.


Apakah rumah kos rendah swasta?

Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM30,000.00 hingga RM42,000.00.


Apakah rumah kos sederhana rendah swasta?

Projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju swasta di atas tanah persendirian atau Kerajaan Negeri dan dijual pada harga RM 70,000.00 hingga RM 90,000.00 seunit.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...