Kempen BN di PRK Rompin slow. BN kena laju buat kerja.
Ini bukan suasana biasa kempen Parlimen seperti PRU biasa sebelumnya.
Calon Parlimen BN bergerak solo. Satu team kepimpinan AJK Bahagian UNMO perlu digerakkan sebagai satu kumpulan.
Setiap AJK UMNO Bahagian perlu dipanggil secara personal, diberi arahan yang jelas.
Walau jentera sayap seperti Pemuda, Wanita dan Puteri telah turun bersama yang turut dibantu oleh Bahagian-Bahagian lain namun pengetahuan kepakaran mengenai lokal politik dari Barisan AJK UMNO Bahagian Rompin sangat ditagih.
Setakat ini tidak nampak pergerakan dari kalangan AJK UMNO Bahagian Rompin, masih menunggu arahan dari calon parlimen BN.
Jika mahu bekerja sebagai satu team, penglibatan dari ketumbukan Barisan AJK UMNO Bahagian diperlukan baru boleh mendapat keputusan majoriti yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment