Thursday, September 26, 2013

Dato' Wan Amizan Mempertahankan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut



"Kas lawan aok sebab tak mahu Hj Lan masuk...biorlah dia berlawan dengan Ku Lan...he he he.." Barangkali ini spekulasi perbincangan calon-calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut!!! 

Ini perlawanan abang-adik. Masing-masing sudah kenal hati budi sudah lama sejak mereka belum menjadi wakil rakyat lagi.

Faktanya kedua-duanya frust sebab tidak dapat menjadi ahli parlimen Jerantut pada PRU 13 walau masing-masing calon favourite.

Lebih malang kedua-duanya tidak dapat menjawat jawatan EXCO Pahang.

Tapi YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan masih ada masa. Beliau masih muda 41 tahun.

4 penggal menjadi Ketua Pemuda. 1 penggal menjadi EXCO Pemuda Malaysia.

Beliau sudah 1 penggal menyandang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Dato' Wan Amizan sebagai orang muda mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga dan kekuatan.

Beliau bekerja menjaga UMNO Jerantut seperti menjawat Ketua UMNO Bahagian. Memang itulah yang orang kata berdasar prestasi kerjanya.

Program Kas Sayang Jerantut yang dibuat sejak bulan Februari 2013 hinggalah ke saat PRU 13 amat membantu menaikkan minat orang muda terutamanya kepada UMNO dan BN dengan berbagai aktiviti-aktiviti menarik minat masyarakat Jerantut.

Bila PM, Tuanku, Tengku Mahkota, Tengku Muda, Pegawai-Pegawai Tinggi kerajaan suka melawat ke Jerantut dan DUN Tahan atas usaha beliau yang mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin dan pegawai kerajaan maka itu tanda KPI yang baik.

Segala peruntukan dan projek untuk rakyat dapat diselesaikan walaupun tidak sepenuhnya kerana masih banyak infrastruktur-infrastruktur yang perlu dilaksanakan.

Beliau sangat faham keperluan menjaga kebajikan ahli parti baik cawangan-cawangan dan sayap-sayap parti Wanita, Pemuda dan Puteri.

Dato' Wan Amizan sebenarnya memang sudah layak dan bersedia bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut namun atas beberapa pertimbangan melibatkan pemimpin-pemimpin atasan beliau akur dan patuh kepada nasihat pemimpin atasan.

Seperti yang WZWH katakan tadi, Dato' Wan Amizan tidak rugi...beliau masih muda, insyallah berkat mendengar nasihat dan patuh kepada pemimpin-pemimpin atasan...suatu hari nanti beliau akan berjaya mencapai cita-cita dan kehendaknya untuk lebih berbakti kepada Jerantut dan menyegerakan pembangunan yang pantas untuk DUN Tahan.

Dato' Wan Amizan calon Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017.

679 perwakilan UMNO Jerantut akan membuat pemilihan.

Wednesday, September 25, 2013

~ Juwita Ku Sayang ~







"Juwita Ku Sayang" lagu duet favourite Tuanku Sultan Pahang. Bila mood Tuanku happy dan ceria, Tuanku suka menyanyi beberapa lagu "Juwita Ku Sayang", "Widuri" dan "My Way".

Kelihatan Tengku Azlan sedang menyanyi bersama Tuanku diiringi beberapa orang artis. DS SUK Pahang dan ADUN Tahan turut bersama.

Penduduk Ulu Tembeling yang hadir sekitar 2000 orang turut terhibur bila Raja mereka menyanyi semasa Majlis Sambutan Hari Raya 2010 di Kg Bantal Ulu Tembeling. 

Tuesday, September 24, 2013

Gandingan Regu Tengku Azlan-Wan Amizan- Nazri Ngah Terbaik Dalam Sejarah UMNO Jerantut




















WZWH telah mengkaji politik Jerantut sejak berumur 12 tahun kebetulan Arwah Datuk iaitu Hj Wan Mohd Hashim bin Tok Muda Wan Mustapha adalah orang politik lama Pahang Barat maka sedikit sebanyak ilmu politik WZWH tahu.

Sejak UMNO Bahagian Jerantut ditubuhkan pada tahun 1974 dipisahkan dari UMNO Pahang Barat hinggalah sekarang tahun 2013, WZWH telah melihat berbagai regim UMNO Jerantut:

  1. Regim Dato' Sharif Lobo  (1974-1982)
  2. Regim Dato' Wan Bakar (1982-1995)
  3. Regim Tn Hj Kamaruzaman Baria (1995-1999)
  4. Regim Tengku Azlan (1999- insyallah hingga 2017)

WZWH dapati regim Tengku Azlan dari tahun 2008 iaitu regu Tengku Azlan-Dato' Wan Amizan-Dato' Hj Nazri adalah yang terbaik dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut.

Ini gandingan yang paling mantap dan bekerja sebagai satu pasukan. WZWH banyak belajar ilmu kepimpinan dari mereka bertiga.

WZWH akan mengulas ketokohan mereka bertiga satu-satu:

Tengku Azlan adalah tokoh yang boleh mendamai politik Jerantut. Sifat kebapaan dan orang tua melayan ahli-ahli UMNO Jerantut macam anak buah sendiri. Sebelum ini UMNO Jerantut suka beramuk politik macam Mesir lawan Isreal.

Tengku Azlan telah menyatupadukan semua War Lord- War Lord UMNO. Melantik semua pemimpin berpotensi. Soalnya samada pemimpin potensi tidak mahu menghormati Tengku Azlan sebagai Ketua dan Bapa itu soal lain. Orang berbudi kita berbahasa.

Tengku Azlan dihormati dan disegani orang baik di Kuantan dan Putrajaya. High level network beliau adalah aset bagi Jerantut. Beliau boleh menjadi pelindung politik UMNO Jerantut.

Personaliti Tengku Azlan anak Raja Pahang yang the most gentleman and cultured, berbudi bahasa, menghormati semua orang tidak kira kaya atau miskin menambat hati rakyat Jerantut.

Sebagai bos UMNO Jerantut Tengku Azlan mempunyai idea-idea yang baik untuk diserah kepada Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri buat kerja-kerja parti.

Seperti yang WZWH katakan Tengku Azlan suka bekerja dibelakang tabir dan low profile. Apa-apa masalah mereka berbincang bertiga. Kesetiaan Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri kepada Tengku Azlan buat hubungan gandingan regu ini adalah yang terbaik dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut.

Tengku Azlan sebagai bos mengarah....Dato' Wan Amizan mencari dan membawa projek-projek pembangunan ke Jerantut....Dato' Hj Nazri mengagih kepada orang Jerantut dan orang-orang UMNO.

Kalau ada yang tak dapat, diikhtiar dapat, ikut giliran. Kebajikan UMNO Bahagian Jerantut dan sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri serta cawangan-cawangan dijaga. Pengurusan kewangan UMNO Bahagian Jerantut adalah antara yang terbaik dalam negeri Pahang.

Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri adalah pemimpin yang sanggup berkorban dan berabis untuk parti. Jika dapat peruntukan semua turun dapat ke ahli parti, tiada yang tertinggal bahkan dapat lebih lagi. Mereka bukan pemimpin yang suka kemut peruntukan. Kalau dapat peruntukan semua ahli UMNO dapat merasa.

Pengurusan kewangan yang cekap, berkesan dan amanah seorang pemimpin itu melambang keperibadian yang sebenar. Pemimpin yang sebaliknya tidak turun peruntukan yang sepatutnya yang perlu diagihkan adalah seorang pemimpin yang hipokrit hanya pandai berlakon mempamirkan kosmetik luaran yang cantik dan indah.

Kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut menuntut disiplin yang tinggi dalam menjaga parti dan menentukan kemenangan setiap PRU dan memastikan UMNO kekal relevan di parlimen Jerantut dan tiga DUN.

Terbukti telah teruji, tested dengan rekod-rekod perkhidmatan. Ianya bukan boleh dieksperimen sewenang-wenang. Kebajikan 25,000 ahli UMNO Jerantut perlu dijaga dengan baik apa lagi untuk menjaga masyarakat Jerantut.

Seperti apa yang WZWH cakap....Mantan parlimen Dato' Wan Abu Bakar dan Tn Hj Kamaruzaman Baria bersetuju dan sependapat dengan WZWH bahawa gandingan regu Tengku Azlan-Wan Amizan-Nazri Ngah adalah yang terbaik dalam sejarah UMNO Bahagian Jerantut.

679 perwakilan UMNO Bahagian Jerantut fikir-fikirkanlah...

Monday, September 23, 2013

Apa Tengku Azlan Telah Buat Di Parlimen Jerantut?


WZWH bersama Tengku Azlan calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017.

Seperti yang dijanjikan WZWH mahu bentang apa Tengku Azlan buat sebagai ahli parlimen Jerantut membabitkan banyak projek yang sedang, akan dan mahu dijalankan.

Untuk WZWH memperincikan secara detail sepanjang 3 penggal Tengku Azlan menjadi ahli parlimen Jerantut kesemua dari A hingga Z adalah tidak cukup dengan hanya satu posting yang ringkas, padat dan tepat.

Seperti yang WZWH katakan Tengku Azlan suka berperanan dibelakang tabir dan low-profile. Dengan network yang ada maka YB Dato' Wan Amizan menjadi agresif mencari projek-projek dan peruntukan-peruntukan untuk Jerantut kerana Tengku Azlan ada dibelakang.

Sebab itu WZWH mahu Tengku Azlan kekal menjadi Ketua Bahagian UMNO Jerantut sepenggal lagi kerana kerjasama yang erat antara Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan juga dengan ADUN Pulau Tawar serta ADUN Damak sangat baik.

WZWH akan menerangkan kepada 90,000 penduduk Jerantut, 25,000 ahli UMNO dan 679 perwakilan UMNO secara bahasa yang mudah difahami.

Beberapa projek-projek yang WZWH mahu terangkan dengan ringkas dan padat yang telah diusahakan oleh Tengku Azlan yang boleh "turning point" ekonomi Jerantut adalah seperti berikut:


  • Projek-projek KKLW
  • Kolej ADTEC
  • Kolej Komuniti
  • Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1, fasa 2,
  • Projek Jalan Jerantut Benta
  • Projek Jalan Jerantut Maran
  • Projek Jalan Jerantut Sg Lembing
  • Pembangunan Pembesaran Kampung DUN Tahan
  • Pembangunan Pembesaran Kampung DUN Damak
  • Pembangunan Pembesaran Kampung dan Felda DUN Pulau Tawar
  • Hospital Polyklinik Jerantut
  • Kompleks Sukan Jerantut
  • ECER-Pembangunan Kuala Tahan
  • Agropolitan Kg Bantal
  • Ladang Getah Felcra, YP, GLC 50,000 ekar DUN Tahan.
  • Projek Kaviar
  • Hidroelektrik Sg Tekai
  • Flyover dan Jalan Lingkaran bandar Jerantut
  • Agropark
  • IKSpark

WZWH terang secara mudah dan ringkas mengenai semua projek-projek tersebut seperti berikut:

Projek-projek KKLW. Sila klik Senarai Projek Pembangunan KKLW Sehingga 29/4/2011. Semua 19 projek bernilai RM243 juta.

Kolej ADTEC RM100 juta. Sila klik sini.

Kolej Komuniti RM10 juta. Sila klik sini.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 RM120 juta dan Fasa 2 RM340 juta. Sila klik sini.

Projek Memperelok Jalan Jerantut-Benta RM14 juta. Sila klik sini.

Projek Memperelok Jalan Jerantut-Maran RM18 juta. Sila klik sini.

Projek Jalan Jerantut-Sg Lembing RM600 juta. Sila klik sini.

Projek Pembesaran Kampung dan Felda di DUN Tahan, DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. WZWH tidak mahu kemukakan jumlah kos projek kesemuanya kerana perlu mendapat pengesahan dari ADUN Tahan, ADUN Pulau Tawar dan ADUN Damak. Semua ini juga hasil hubungan yang baik Tengku Azlan dengan ADUN-ADUN. Sila klik sini.

Projek Hospital Polyklinik Jerantut RM25 juta. Sila klik sini.

Kompleks Sukan Jerantut RM7.3 juta. Sila klik sini.

Projek ECER Pembangunan Kuala Tahan RM600 juta. Sila klik sini.

Projek Agropolitan Kg Bantal RM169 juta. Membabitkan penanaman getah 10,000 ekar. Sila klik sini. Begitu juga ladang Getah Felcra, YP, GLC 50,000 ekar DUN Tahan.

Projek Kaviar RM475 juta. DS Najib mahu Felda melabur RM200 juta bagi peneroka menternak ikan sturgeon bagi pengeluaran kaviar. Sila klik sini dan Sila klik sini.

Projek Hidroelektrik Sungai Tekai RM5.42 bilion. Sila klik sini.

Projek Flyover dan Jalan Lingkaran Bandar Jerantut RM190 juta. Sila klik sini.

Projek Agropark- kos projek WZWH tidak dapat sahkan. Sila klik sini.

Projek IKSpark-tanah seluas 200 ekar untuk industri IKS Jerantut hasil usaha DS Najib mahu pelabur Korea, China dan Jepun melabur di Jerantut. Kos projek WZWH tidak dapat sahkan.

Maka kalau dijumlah secara total semua nilai projek-projek samada yang sedang buat, baru nak buat dan akan buat dengan segera bernilai RM8.33 bilion.

Itulah nilai projek-projek yang Tengku Azlan berperanan membawa dengan usahanya secara belakang tabir dan low-profile.

Tengku Azlan adalah aset bagi Jerantut.

Peruntukan-peruntukan dan projek-projek yang mencurah ke Jerantut secara luarbiasa adalah diusaha dan dijayakan oleh ahli politik yang luarbiasa.

WZWH telah bentangkan semua fakta dan angka dengan bahasa yang paling mudah untuk 90,000 penduduk Jerantut mahu faham, 25,000 ahli UMNO mengerti dan 679 perwakilan UMNO boleh mengenal yang mana permata yang sebenar menyinari Jerantut.

WZWH telah menunaikan tanggungjawab WZWH memberi laporan yang sebenar tentang kemajuan dan pembangunan Jerantut.

Terserah untuk 679 perwakilan UMNO Jerantut memilih Ketua Bahagian mana yang mereka mahu bagi penggal 2013-2017.

Apa lagi WZWH mahu cakap untuk meyakinkan para perwakilan semua?

Sunday, September 22, 2013

Mengenali Siapa Tengku Azlan Mantan Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut?


















YM TS Tengku Azlan calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017 dan YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar sebagai wakil calon Tengku Azlan. Dato' Wan Abu Bakar adalah mantan parlimen Jerantut tiga penggal 1982-1995.

YM Tan Sri Tengku Azlan Ahli Parlimen Jerantut sejak PRU 1999 hingga PRU 2008. Tiga penggal YBM Tengku Azlan menjadi Ahli Parlimen Jerantut. Dikenali sebagi Ku Lan. Siapa Ku Lan? Putera kepada Almarhum Sultan Abu Bakar, adinda kepada Sultan Ahmad Shah, menantu Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Bapa saudara DYMM Agong Sultan Mizan yang dulu.

Dulu dari tahun 1980an hingga 1990an, Ku Lan merupakan pemimpin parti Semangat 46 pimpinan YBM Tengku Razaleigh. Ku Lan pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Semangat 46 Malaysia dan Pengerusi Perhubungan Semangat 46 Pahang.

Pertama kali WZWH berjumpa dengan Ku Lan pada petang sewaktu ribut menyebabkan sebatang pokok tumbang menghalang kenderaan dekat dengan Felda Padang Piol pada tahun 1989 sewaktu WZWH mahu pergi ke Kuala Lumpur berlepas ke England. WZWH sempat berbicara secara peribadi dengan Ku Lan berkenaan hal keluarga dan politik semasa.

Pada tahun 1996 parti Semangat 46 dibubarkan dan diserap masuk ke dalam UMNO. Ini adalah atas usaha Ku Lan memujuk Tengku Razaleigh. Inisiatif Ku Lan ini sangat dihargai oleh Tun Mahathir yang ketika itu menjadi PM kerana mahu balance pengaruh DS Anwar Ibrahim TPM ketika itu.

Sejurus pembubaran parti Semangat 46, Ku Lan menjadi Ketua Cawangan UMNO Ulu Tembeling dan sungguh tidak menyangka Ku Lan akan bertanding di Parlimen Jerantut pada PRU 1999. Begitulah politik serba kemungkinan. WZWH teringat sebelum PRU 1999, WZWH dan blogger Sri Tri Buana selalu pergi ke rumah Ku Lan di Bangsar. WZWH selalu membayangkan Ku Lan akan bertanding di Jerantut semasa perbincangan. Ku Lan hanya gelak sahaja.

Ku Lan pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di JPM dan Pengangkutan dan ditawar Timbalan Menteri Luar tetapi menolak atas alasan peribadi semasa zaman terakhir Tun Abdullah sebagai PM. Ku Lan kecewa kerana sebelum itu Tun Abdullah menjanjikan kepada beliau jawatan Menteri KKLW.

Mungkin ini alasan utama ada satu kumpulan UMNO Jerantut melawan kepimpinan Ku Lan pada pemilihan UMNO Bahagian Jerantut 2008 yang menyaksikan  kumpulan itu tewas. Ahli-ahli UMNO masih mahukan kepimpinan Ku Lan dibantu oleh YB Dato' Wan Amizan dan Dato' Hj Nazri Ngah.

Semasa gelombang PRU 12 bila mana ramai Ahli Parlimen BN tumbang namun Ku Lan tetap menang di Parlimen Jerantut dengan majoriti 1946. Walaupun tewas majoriti 2000 undi di DUN Damak tapi DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar membantu. Kalau bukan Ku Lan sudah tentu Parlimen Jerantut hanyut ke tangan PAS dan Pakatan Rakyat!

Pengkritik Ku Lan mengatakan semasa menjadi ahli parlimen Jerantut, Ku Lan tidak berbuat apa-apa di Jerantut, kurang menemui pengundi-pengundi, tidak servis, rumah pun tidak ada di Jerantut susah Ketua-ketua cawangan UMNO dan pemimpin-pemimpin kampong hendak berjumpa, hubungan dengan pengundi-pengundi kaum Cina kurang dan bukan penduduk asal Jerantut sebab orang Jerantut mahu Ahli Parlimennya anak jati Jerantut.

WZWH ingin menjawab beberapa persoalan-persoalan yang dibangkitkan pengkritik Ku Lan. Sebagai seorang yang dilatih dengan ilmu perakaunan, WZWH memandang kepada fakta dan angka. selama tiga penggal Ku Lan menjadi Ahli Parlimen, WZWH telah menyemak segala peruntukan-peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan pusat dan negeri di Parlimen Jerantut adalah berjumlah lebih RM2.5 bilion.

Ku Lan banyak berperanan dibelakang tabir dalam menjayakan projek-projek pembangunan di Jerantut. Selama tiga penggal banyak perancangan pembangunan yang telah dirancang dan sudah nampak projek-projek yang sedang dibuat, Work-in-Progress, dan akan buat menyusul. WZWH akan bentangkan dan senaraikan segala projek-projek atas usaha inisiatif Ku Lan dalam posting-posting yang akan datang.

Ku Lan adalah anak Raja Pahang yang "the most gentleman", berbudi bahasa, rendah diri, tidak sombong, melayan semua orang tidak kira pangkat,darjat,kaya, miskin. Tidak ada istilah berpuak-puak dalam pemikiran Ku Lan. Sebab itu semua "warlord-warlord dan godfather-godfather" tunduk lemah kepada Ku Lan. Cuma nampak riak-riak ombak mahu membadai Ku Lan pada pemilihan UMNO Bahagian Jerantut 2008 tapi tersangkut di beting pasir hanya membasahi kaki sahaja! Ku Lan percaya kepada gagasan 1UMNO Jerantut.

Hanya Ku Lan yang boleh membuktikan beliau adalah tokoh perpaduan yang boleh mengabungkan semua puak-puak dalam 25,000 ahli UMNO Jerantut sejak mengambilalih kepimpinan UMNO Jerantut pada tahun 1999 hingga kini.

Ku Lan bukan orang luar. Rakyat Pahang kena faham Ku Lan adalah anakanda Almarhum Sultan Abu Bakar Pemerintah Negeri Pahang dan Jajahan takluknya bererti Ku Lan boleh pilih mana-mana Parlimen yang Ku Lan mahu. Siapa kata Ku Lan sebatang kara? Ku Lan bukan sebatang kara dan tiada saudara mara di Jerantut ini. Sebatang Sungai Tembeling itu tempat kediaman saudara mara dan penyokong tegar Ku Lan disamping ramai lagi rakyat Parlimen Jerantut yang meminati personaliti Ku Lan.

WZWH merasakan Ku Lan adalah aset kepada Jerantut dan bukannya liabiliti. Usaha Ku Lan memujuk Tengku Razaleigh dari mencabar DS Najib Presiden UMNO amat DS Najib hargai.

Demikianlah cerita Ketua Bahagian UMNO Jerantut- Ku Lan yang WZWH sayangi. Ku Lan diperlukan lagi oleh rakyat Jerantut dan 25,000 ahli UMNO untuk mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan UMNO 19 Oktober 2013 nanti.

WZWH berharap Perwakilan UMNO Jerantut berikan peluang kepada Ku Lan untuk memimpin UMNO Bahagian Jerantut buat penggal terakhir.

YM Tan Sri Tengku Azlan Calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut

Peringatan kepada 25,000 ahli UMNO Jerantut, WZWH mengambil pendirian menyokong YM Tan Sri Tengku Azlan sebagai calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada pemilihan UMNO Bahagian 2013-2017. 

Pesan DS Najib kepada WZWH sebagai blogger politik boleh tulis posting menyokong calon tertentu tapi jangan tulis posting memburuk dan mengaibkan lawan calon.

Maka WZWH selama 3 minggu ini sehingga 19 Oktober akan hanya posting tentang YM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Pertama WZWH mengucapkan tahniah kepada Tengku Azlan kerana berjaya memujuk Tengku Razaleigh dari bertanding Presiden UMNO.

DS Najib menang tidak bertanding sebagai Presiden UMNO. Tahniah DS Najib. Semoga DS Najib sebagai Presiden UMNO boleh menjadi PM banyak penggal lagi memajukan negara dan Pahang.

Jerantut amat memerlukan sentuhan belaian perhatian dari DS Najib untuk kemajuan. Seiring dengan itu DS Najib mahu Tengku Azlan mengekalkan kedudukan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH harap 679 perwakilan UMNO Jerantut dapat mesej ini. Bila DS Najib berkenan Tengku Azlan mengurus UMNO Bahagian Jerantut maka akan lebih banyak peruntukan khas akan turun ke Jerantut.

Kita sebagai perwakilan UMNO Jerantut perlu membalas penghargaan DS Najib kepada Tengku Azlan dengan menyokong Tengku Azlan sebagai Ketua UMNO Bahagian Jerantut bagi penggal akhir.

Walau Tengku Azlan sebelum PRU 13 telah memohon kepada DS Najib untuk tidak bertanding sebagai calon parlimen secara sukarela tanpa dipaksa kerana mahu memberi peluang kepada muka baru namun Tengku Azlan masih mahu kedudukan Ketua UMNO Bahagian Jerantut kerana mahu berkhidmat untuk parti demi kemajuan dan pembangunan Jerantut.

Tengku Azlan masih diperlukan oleh UMNO Bahagian Jerantut bersama kepimpinan yang Tengku Azlan percaya boleh berkerjasama dengan beliau sebagai satu pasukan yang mantap dan jitu. Kepimpinan Tengku Azlan masih ditagih untuk protection politik UMNO Jerantut.

WZWH yakin dan percaya Tengku Azlan sebagai tokoh politik yang matang dan berpandangan jauh boleh membimbing kepimpinan orang muda UMNO Bahagian Jerantut bagi perpaduan yang jitu demi memastikan kemenangan PRU 14 dan pembangunan dengan lebih pantas dibawa ke Jerantut.

YM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar adalah bapa perpaduan dan pembangunan parlimen Jerantut.

Sedikit perkembangan aktiviti Tengku Azlan terkini:



















Tengku Azlan sedang berucap di satu majlis UMNO Bahagian Jerantut.



















Ribuan ahli UMNO Jerantut mendengar penjelasan Tengku Azlan kenapa mahu mempertahankan Ketua UMNO bahagian Jerantut. WZWH kira lebih 85% perwakilan yang hadir.



























































































Mantan parlimen YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar, mantan parlimen Tuan Hj Ahmad Kamarazaman Baria, mantan DUN Tahan YH Dato' Ahmad Jaafar dan YH Dato' Mohd Sharif Shamsuddin Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jerantut menyokong penuh hasrat Tengku Azlan mahu mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2017.






















Tengku Azlan menghantar sendiri secara peribadi borang pencalonan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

YB Dato' Wan Amizan bersongkok menghantar sendiri secara peribadi borang pencalonan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut

YH Dato' Hj Nazri Ngah bercekak pinggang menghantar sendiri secara peribadi borang pencalonan Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

YH Dato' Zukarmi Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut memerhati borang-borang pencalonan.




























Pencalonan YM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar sebagai calon Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2013-2917 diterima oleh wakil Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang dengan rasminya.

Thursday, September 19, 2013

Amanat YM Tan Sri Tengku Azlan Kepada Kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut Dan Perwakilan Di Rest House Malam Ini

YM Tan Sri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Malam ini 20 September 2013, di Rest House Jerantut pukul 8.30 malam, YM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Ketua UMNO Bahagian Jerantut akan memberi ucapan amanat kepada kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut dan perwakilan.

Majllis yang akan menghimpunkan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Timbalan Ketua UMNO, Naib Ketua UMNO, pimpinan UMNO cawangan, Pimpinan Wanita, Pimpinan Pemuda, Pimpinan Puteri dan sebahagian besar perwakilan UMNO Bahagian Jerantut.

Ini adalah perkumpulan keluarga UMNO Bahagian Jerantut secara santai di Rest House Jerantut. Tengku Azlan akan menerangkan kepada pimpinan dan perwakilan tentang apa yang WZWH telah nyatakan dalam posting Amanat DS Najib Presiden UMNO

Dalam majlis keluarga UMNO Jerantut itu juga YB Dato' Wan Amizan Wan Razak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut akan memberi ucapan hala tuju kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut.

Kepada calon-calon yang berminat mahu menyumbangkan khidmat secara sukarela bertanding dalam kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, kepimpinan Wanita, kepimpinan Pemuda dan kepimpinan Puteri anda semua dijemput hadir bagi mengenali perwakilan dengan lebih rapat dan mesra lagi.

Majlis ini adalah platform kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang rasmi.

Dato'-Dato, Tuan-Tuan, Puan-Puan, Encik-Encik dan Cik-Cik semua dalam keluarga UMNO Jerantut dijemput hadir.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...