Friday, July 13, 2012

Laporan Agenda Mengaudit Politik Jerantut Buat Pengundi Membuat Pilihan


Lebih setahun WZWH telah posting agenda mengaudit politik Jerantut merangkumi parlimen dan 3 DUN Damak, Pulau Tawar dan Tahan.

Kepada pembaca WZWH yang masih belum mengerti konsep mengaudit politik Jerantut sila baca posting dibawah:


PRU 13 tidak lama lagi. Sudah tentu 55,000 pengundi parlimen Jerantut dan 3 DUN mahu membuat pilihan dan keputusan.

Laporan ringkas Agenda Mengaudit Politik Jerantut hanyalah sebagai rujukan.

Laporan agenda mengaudit politik Jerantut bagi Pakatan Rakyat tidaklah boleh WZWH sediakan kerana PAS, PKR dan DAP tidak pernah memenangi kerusi parlimen dan DUN selama 50 tahun lalu kecuali pada PRU 1990 (DUN Pulau Tawar-Semangat 46) dan PRU 1999( DUN Tahan-PAS) kerana bernasib baik!

Bagi parlimen Jerantut, tiada yang banyak WZWH boleh komen kerana TS Tengku Azlan sudah tidak berminat mahu bertanding lagi setelah 3 penggal. Sumbangan Tengku Azlan boleh menstabilkan politik UMNO Jerantut.

Tengku Azlan  tidak nampak ada banyak kesalahan kerana beliau tidak banyak membawa perubahan kepada Jerantut dengan tidak buat apa-apa. Sebab itu beliau mahu berundur kerana rasa bersalah atas 'guilty conscience'. Menolak jawatan Timbalan Menteri Luar adalah kesilapan besar beliau kepada parlimen Jerantut.

Bagi DUN Damak pula, Dato' Lau Lee kuat bekerja. Banyak membawa peruntukan Pusat ke Jerantut. Hasilnya kita boleh lihat:

  • Membaikpulih Jalan Jerantut Benta RM14 juta
  • Prasarana dan kemudahan bandar Jerantut.
  • Ibu Pejabat baru Polis Jerantut
  • Kolej ADTEC Temin
  • Kolej Komuniti
  • Hospital Polyklinik Jerantut
  • Kompleks Sukan Jerantut
  • Flyover DUN Damak melintas DUN Tahan RM120 juta 2013
  • Projek Pembesaran Kampung DUN Damak
  • Projek perumahan dan kedai perniagaan swasta bandar Jerantut

Bagi DUN Pulau Tawar, Dato' Ahmad Shukri beruntung kerana Felda banyak membantu bagi kemudahan prasarana dan kebajikan majoriti pengundi DUN Pulau Tawar. Durian runtuh dan Penyenaraian Felda Holding dengan saham yang semakin melonjak membuat para peneroka gembira.

Projek Pembesaran Kampung terutama kampung tradisional Pulau Tawar menambah lagi sokongan pengundi Pulau Tawar kepada beliau. Projek Perumahan Simpang Jengka 8 dan banyak lagi memberi peluang memiliki rumah kepada generasi ke dua anak peneroka dan kampung tradisional.

Bajet membaikpulih Jalan Jerantut-Maran telah diluluskan bakal memberi kemudahan kepada pengundi DUN Pulau Tawar terutamanya.

Akhir sekali bagi DUN Tahan, Dato' Wan Amizan Wan Razak berjaya membawa beratus juta peruntukan ke DUN Tahan. Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 Kampung Tuit ke Kampung Pagi bakal siap sepenuhnya pada 2014.

Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling dan Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 3 dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja Terengganu akan dimuktamad bajet sepenuhnya pada 2013.

Projek Pembesaran Kampung di DUN Tahan dengan prasarana infrastruktur jalan, bekalan paip air, jambatan, dan projek pertanian berjalan rancak. Sumbangan Felcra, Yayasan Pahang Plantation menambah pertumbuhan sektor perladangan dan pertanian di DUN Tahan.

Pada final analisis, Laporan Agenda Mengaudit Politik Jerantut adalah mencapai sasaran. Dengan apa yang WZWH posting ini maka diramalkan gandingan Pakatan Rakyat yang bakal diterajui oleh gandingan Dr Hamzah Jaafar-Parlimen, Yohanis Ahmad-DUN Pulau Tawar, Zakuan Ahmad Badarudin-DUN Tahan dan Koh Boon Seng-DUN Damak bakal mengalami kesukaran untuk menawan parlimen  Jerantut dan 3 DUN Damak, Pulau Tawar dan Tahan.

11 comments:

Anonymous said...

WZWH. LEPAS NI KITA AUDIT PULAK PROJEK EATUSAN JUTA DI DUN TAHAN TU KONTRAKTOR MANE YG DAPAT. APA FAEDAH KEPADA PENDUDUK. BAGAIMANA KUALITI.KAEDAH PENYAMPAIANNYA. AWAKKAN PAKAR TELANJANGKAN WAN AMIZAN. AWAKKAN MEMANG TENGAH KUMPUL DANA DAN STRATEGI NAK TENDANG WAN AMIZAN SUPAYA KALI INI AWAK DICALONKAN DI DUN TAHAN. SEMPENA RAMADHAN SSYA MINTA MAAF JIKA TRRKASAR BAHASA DAN TERKECIL HATI.

Anonymous said...

Munafik..fitnah kat atas,bawah mntak maaf..senang betul

Anonymous said...

anon paling atas penuh dendam kesumat.tak pernah nampak kebaikan oranghanya cari keburukan orang!!!

Anonymous said...

apa2 pun projek yg umno bawak semuanyan untuk mengayakan kroni deme je...nak org kuat umno ni.he he tanah bukit dekat sg lekuk tu ape cerita,?senang sgt bagi pada taukeh chap tu..,dah nampak gondol..org kampung mintak sekangkang tanah berpuluh tahun nak lulus payah amat nak dapat...sedap betul deme org umno cagar ke tanah tu ye..

Anonymous said...

apa2 pun projek yg umno bawak semuanyan untuk mengayakan kroni deme je...nak org kuat umno ni.he he tanah bukit dekat sg lekuk tu ape cerita,?senang sgt bagi pada taukeh chap tu..,dah nampak gondol..org kampung mintak sekangkang tanah berpuluh tahun nak lulus payah amat nak dapat...sedap betul deme org umno cagar ke tanah tu ye..

Anonymous said...

Jerantut?? tangmana kemajuan orang Melayu? Bandar Jerantut semakin besar, melayu semakin terpinggir. Tapak perniagaan orang Melayu pun sentiasa berubah2.

Anonymous said...

Puiii!! semuanya mengkayakan orang mata sepet. Orang Melayu sentiasa dipinggirkan.

Anonymous said...

anom 8:04 berbau rasis. masih ada lagi berfikiran macam ini dalam kontek 1Malaysia. kalau gini bila nak mantap perpaduan .

Sudah lah wzwh, semua AP dan ADUN sedia ada, ada sumbangan dan jasa kepada khalayaknya, masalah nya mereka tu tebal karatnya dan terus berkarat. Shukri dan amizan makin buncit perut, tapi luli tetap pendek dan bucit sikit. Elok lah mereka berundur, kasi peluang orang lain pula untuk menyumbang bakti.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 7:36,
Laporan Audit Politik Jerantut adalah laporan bebas tidak terikat dengan mana-mana pihak. WZWH hanya menyatakan hasil dapatan audit politik Jerantut. Adalah diluar bidang kuasa WZWH untuk menyarankan ahli parlimen dan ADUN-ADUN berundur. Audit politik Jerantut jelas mana yang KPI key performance index cemerlang wajib kekalkan wakil rakyat ini.

Anonymous said...

Yang bercakap pegang mikrofon tulah yg saya selalu nampak kat De Palma Ampang. Mamat ni wakil rakyat UMNO rupanya. Awak kata dia berjaya bawak beratus juta peruntukan kekawasannya.Bagi orang macam awak itu adalah satu kejayaan besar. Orang UMNO semua sama saje. Bila dapat pinjaman bank, itu adalah satu kejayaan. Apa nak dibuat dengan pinjaman tu lain cerita. Macam mana nak bayar balik pinjaman lain cerita. Janji dapat duit.

Anonymous said...

Anon 10:14,
Apa kena peruntukan beratus juta ke DUN Tahan dengan pinjaman bank. Apa correlation nya?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024