Kita semua orang Pahang tahu negeri kita paling besar di Semenanjung. Kita mahu negeri Pahang maju.
Kita tidak mahu orang muda Pahang berhijrah ke luar mencari pekerjaan kerana negeri kita tidak dapat memberi peluang pekerjaan.
Pahang negeri paling besar sudah tentu penyediaan infrastruktur memerlukan perbelanjaan yang juga besar.
Infrastruktur perlu untuk mengembangkan dan facilitate ekonomi. Disamping kekuatan competitive advantage dan hasil mahsul negeri Pahang.
Cara kita menguruskan hasil dan perbelanjaan negeri dengan cekap dan berkesan juga penting.
Bagaimana ahli parlimen dan ADUN Pahang boleh dengan lebih serious memajukan negeri Pahang?
1.5 juta rakyat Pahang berfikir dan mula bertanya soalan ini. Sudah tentu 14 ahli parlimen dan 42 ADUN adalah ahli politik yang diharap oleh rakyat Pahang tidak kira apa ideologi untuk memajukan negeri Pahang.
Apa yang 14 ahli parlimen dan 42 ADUN ini buat untuk memajukan negeri Pahang?
Adakah cukup dengan prestasi kerja sekarang?
Adakah infrastruktur di negeri Pahang sudah cukup baik?
Ceramah dan cerita spin politik tidak boleh membantu untuk memajukan negeri Pahang. Itu fakta!
WZWH tolak tepi ahli politik pembangkang kerana memang mereka tiada kuasa dan akses kepada Putrajaya.
Kita yang ahli parlimen dan ADUN UMNO @ BN. Apa yang kita buat dan guna serta ambil kesempatan dari kuasa dan akses kepada Putrajaya?
We do things or do nothings?
Segala perancangan kemajuan dan projek-projek pembangunan kita bincang di peringkat daerah. Kita hantar ke Kuantan. Kuantan dan EXCO mohon pula kepada Putrajaya.
Kita tidak boleh duduk diam lepas itu berharap kepada Kuantan dan EXCO.
Adakah Kuantan dan EXCO proaktif, kreatif, innovatif dan serious dengan segala perancangan kemajuan dan projek pembangunan meliputi setiap daerah di Pahang?
Maka Kuantan dan EXCO pun hantar ke Putrajaya.
Adakah Kuantan dan EXCO follow up kepada semua permohonan itu?
Jika semua ahli parlimen dan ADUN Pahang hanya berharap kepada Kuantan dan EXCO dan seterusnya tindakan dari Putrajaya secara automatik itu sebenarnya sikap yang salah.
Ahli parlimen Pahang dan ADUN Pahang kena ubah cara kerja.
Mereka secara agresif kena melobi di Kementerian-Kementerian. Berjumpa dengan Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan malah ke Menteri.
Ahli parlimen dan ADUN Pahang perlu fikir yang Dato'-Dato', Dato' Sri-Dato' Sri dikurnia oleh Tuanku Sultan Pahang kepada Pegawai-Pegawai Tinggi Putrajaya dan para Menteri itu apa gunanya?
Bukankah Tuanku Sultan Pahang telah beri akses kepada ahli parlimen dan ADUN Pahang untuk approach Pegawai-Pegawai Tinggi Kerajaan.
Ahli parlimen dan ADUN Pahang perlu minta Menteri-Menteri tertentu buat surat secara peribadi atas nama Kementerian memohon pula kepada PM.
PM bila para Menteri sokong dan ulas dengan baik maka mudah PM meminit dengan sehabis baik dipertimbangkan mengikut kesesuaian siap dengan tempoh masa lagi.
Maka adakah apa yang dipohon oleh ahli parlimen dan ADUN Pahang itu sudah tentu berjalan dan kalau tidak sepenuhnya sebahagian boleh berjalan.
Ahli parlimen dan ADUN Pahang perlu lebih serious memajukan negeri Pahang. Kuantan dan EXCO pun mesti lebih serious.
Jangan berfikir lambat laun pembangunan dan kemajuan di Lembah Kelang akan melimpah juga ke Pahang!
Kita kena berfikir dengan lebih serious bagaimana kita boleh memajukan negeri Pahang ini. Kita cintakan negeri Pahang dengan sepenuh jiwa.
Kalau memang kita anak Pahang tempatan dan sejati.
Kereta porshe yang mahal itu kalau letak di Tol Gombak tanpa driver tidak akan lepas sampai ke Kuantan!
WZWH ingin bertanya kepada 14 ahli parlimen dan 42 ADUN Pahang siapa PM Malaysia ini?
Adakah DS Najib sebagai PM tidak suka atau tidak mahu membantu kepada segala permohonan-permohonan untuk orang ramai di Pahang?
Berapa ramai ahli parlimen dan ADUN Pahang berjumpa secara peribadi dengan DS Najib di Putrajaya membentang blueprint kemajuan di kawasan masing-masing.
Ahli parlimen dan ADUN Pahang jangan malu-malu dan segan berjumpa Kementerian-Kementerian yang berkaitan.
Ahli parlimen dan ADUN Pahang jangan juga malu-malu dan segan mahu berjumpa dengan DS Najib.
Juga Kuantan dan EXCO Pahang jangan juga malu-malu dan segan.
Demikianlah idea WZWH kali ini menulis melalui pengalaman.
11 comments:
negeri terbesar tp hanya berapa peratus tanah milik kerajaan negeri ada untuk dimajukan?
yang lain milik siapa?
Idea melalui pengalaman...
Ya.. Itulah jawapannya.. Walaupon seseorang itu menyatakan dia mempunyai 30 tahun pengalaman tetapi tetapi ada bezanya yang mempunyai setahun jagung pengalaman walaupon bidang yang sama...
Itu yang membezakan antara gerak kerja Ahli politik di Pahang ini.. Kesungguhan dan kesanggupan serta pengorbanan yang membezakan pengalaman itu..
Sebagai contoh, kita di Jerantut dengan jiran kita di Lipis.. Bagaimana antara semua menyaksikan perbazaan... Tetapi cuba anda bandingkan kita dengan Mentakab( Sub bandar Daerah Temerloh).. apa perezaannya... Dari senyum nak bersyukur bertukar masam rasa nak marah...
So, Itu guna ada ahli majlis Daerah yang dilantik.. Bukan datang mesyuarat berebut kontrak apa yang ada tetapi berebut mengemukakan idea-idea pembangunan baru....
di Jerantut ini sudah ramai penduduknya tertaraf jutawan besar.. Kalau setiap seorang membuat amal dengan membangunkan projek cuma pada kadar kos sahaja (free x lepas).. Banyak bena akan muncul..
Sebagai contoh, Membina Pasaraya Besar bertaraf Mall..( Mentakab dah ada).. Walaupon projek swasta tetapi dari segi ekonomi, ia memantapkan pulangan kepada semua golongan...
Contoh lain, Naik taraf Bandar lama sebagai bandar warisan Tepian Landasan Keretapi.... Bina muzium, Geleri dan pusat pelancongan..
Sepatutnya, SUKMA yang sedang berlangsung ini turut dibuat di Jerantut.. Banyak acara boleh dibuat... Golf, Petanque dan pelbagai lagi...
So, YB2 sekalian, bila kompleks sukan nak ada...
http://borokpolitikweh.blogspot.com/2012/07/dato-wan-amizan-semakin-hebat.html
ha2 mner ader masa belakerr nok jage kawasan sibukkkkk..... musim ler niee cibuk nk dapat kawsan bijihh isi pokettt sendiri..pas nie kaloh pong xperr sbb kawasan dah aderrr...tuiiii biler kat PRU baru ader masa sbb takut kalohhh...tukor jerrrr kite tgok camner dia org jaga kawasan kerr dokkkk....
Daerah Jerantut nampak besar tapi kecil sahaja. Contohnya jika anda Di bandar Jerantut Dan anda bergerak ke Kuala Tembeling Dan seterusnya anda terlajak 5 km dan anda dapati anda berada Di daerah Lipis. Begitu juga jika anda bergerak ke batu balai Atau ke Kuala Krau. Jarak Nya amat pendek.
Pembangunan hanya tertumpu dibandar Jerantut.
BN Jerantut tidak begitu bijak dalam mencatur pembangunan daerah Jerantut.
Sebenarnya Jerantut Atau Pahang sendiri dipisahkan Oleh sungai Dan paya bakau.
Jadi untuk memajukan Jerantut . Mereka mesti berusaha untuk membina jambatan Dan jalanraya.
Contohnya lihat bandaraya Paris, anda Akan lihat jambatan berselirat sepanjang sungai. Setiap 50 / 100 meter Anda Akan lihat sebuah jambatan.
Bagaimana pun, Kita boleh puji daerah Lipis. Mereka memiliki lebeh banyak pembangunan jika Di bandingkan dgn Jerantut.
Mereka dapat jalan ke Jerantut Dan akhir ini dapat jalan ke Cameron. Belum Di Kira jambatan yang dapat Di lobi.
Sudah masanya Jerantut diterajui Oleh individu yang benar2 beminat untuk Utk memajukan daerah Jerantut bukan memiliki koleksi perniagaan sendiri.
Mereka mesti menyediakan infrastruktur yang lengkap Dan tidak meyusahkan orang ramai.
Inilah masanya.::::::::::::::
Ambo ni ore kelante, lama duk Tembeling. Ambo nampok ore pahen ni lembab sunguh nak mikir.
Buat je jambatan dekat Merting, Tembeling, Pulau mansok Dan dekat tebing tinggi.
Kan come.
Senan ore kampung.
Tulisang mu ni macang mencalungkang diri sendiri nok jadi wakil rakyat gok?
Ganu Kite
Tok leh,
ore ganu, ore kelante Tok leh jadi calun Kat Jerantut. Deme ni payah nak mikir.
Kejayaan terbesar MB Phg serta para Exconya ialah membawa projek lynas dgn nilai pelaburan berbillion ringgit serta berstatus intensif cukai sehingga 10 tahun!!!Syabas Che'gu Nan...idola Che'gu Wan Zurik.
Rasanya dikecualikan vijay 10 tahun
Temerloh patut jadi ibu negeri, semoga cadangan yg dah lama diusulkan menjadi kenyataan! Pembangunan Tloh jauh maju berbanding Jerantut.
Post a Comment