Wednesday, July 18, 2012

Harapan Orang Lembah Tembeling Bila DS Najib Sendiri Turun Padang DUN Tahan


20 Julai 2012 hari Jumaat hari bertuah dan hari ini dalam sejarah bila DS Najib PM Malaysia turun padang sendiri melihat perkembangan dan pembangunan DUN Tahan dalam parlimen Jerantut.

WZWH minta maaf kepada 90,000 penduduk Jerantut kerana dalam posting ini WZWH mahu cerita dulu apa harapan Orang Lembah Tembeling di DUN Tahan.

Sudah tentu DS Najib melalui berbagai laporan sudah sampai kepada beliau mengenai DUN Tahan dan parlimen Jerantut juga perkembangan di DUN Damak dan Pulau Tawar.

Besar harapan penduduk DUN Tahan terutama Orang Lembah Tembeling dengan lawatan 'walkabout' DS Najib ini.

Dua kawasan Felda yang dipilih dan beberapa kampung tradisional merupakan 'vote bank' DUN Tahan. Ini tidak bermakna di kampung-kampung lain dalam DUN Tahan tidak penting kerana semua membawa undi yang sangat bermakna kepada kemenangan BN.

Biar WZWH bercakap dengan 12,000 pengundi berdaftar di DUN Tahan. Selama 50 tahun kita bermimpi mahu lihat DUN Tahan ini membangun, berkembang pertumbuhan ekonomi, meningkatkan taraf hidup, pendidikan dan kebajikan dijaga.

Begitu banyak kemudahan infrastruktur yang kita mahukan seperti jalanraya, jambatan, pembesaran kampung-kampung tradisional, bekalan paip air dan elektrik, sekolah, pertanian dan pelancongan.

Kita mahu DUN Tahan dibuka akses mudah dihubungi dari semua arah, yang menjurus kepada ekonomi yang pasaran lebih terbuka dan besar.

Bila baik infrastruktur DUN Tahan maka boleh facilitate ekonomi yang bebas boleh berdiri sendiri. Pasaran boleh datang kepada DUN Tahan. Ekonomi yang terbuka dan lebih besar boleh menaiktaraf hidup, meningkatkan pendapatan.

Ini yang kita mahu. Kepada siapa harapan penduduk DUN Tahan harapkan?

Kepada PAS yang berceramah retorik halal haram, semua orang tidak betul, kemudian minta derma orang yang hadir ceramah, apa itu semua boleh menyelesaikan keperluan DUN Tahan?

PKR yang bercakap soal 'keadilan' tetapi tidak tahu apa itu keadian yang sebenar. Keadilan hanya kepada Anwar Ibrahim tidak kepada keadilan bagaimana jurang ekonomi orang DUN Tahan perlu dirapatkan.

DAP yang hanya berkokok dibandar Jerantut lebih kepada tuntutan kaum sejenis tanpa memperduli keperluan orang DUN Tahan.

Kepada siapa harapan Orang DUN Tahan ini mahu disandarkan?

DS Najib PM adalah pemimpin yang sangat tepat, sesuai, berada diposisi sebagai seorang striker terhebat dalam sejarah politik Malaysia berupaya mahu menerobos banyak gol bagi kemenangan semua orang DUN Tahan.

DS Najib adalah striker yang kita orang DUN Tahan harapkan. Lambang BN dan UMNO. Itu brand yang boleh kita orang DUN Tahan percaya dan harapkan.

Lain brand itu semua tidak boleh harap semua itu PUNGKAR belaka!

Selalunya apa yang WZWH nampak 'future' DUN Tahan akan menjadi kenyataan dan terbukti itu kenyataan bukan mimpi-mimpi 50 tahun dulu.

13 comments:

Anonymous said...

"Selalunya apa yang WZWH nampak 'future' DUN Tahan akan menjadi kenyataan dan terbukti itu kenyataan bukan mimpi-mimpi 50 tahun dulu"
Tak tahulah aku nak kata apa sbb dah 7 kali pilihanraya aku dengar kata kata macam ni, asyik kena tipu je..cukuplah untuk kali yg ke 8

Anonymous said...

Dah muak dah dengan kerenah janji BN ni sejak 56 tahun dulu dah. Setiap kali pilihanraya mesti ia janji nak buat jalan, begitulah isu setiap 5 tahun. PRU13 ni baru lah BN tahu bahawa JANJI AKAN MAKAN DIRI. ORANG ULU TEMBELING DAH BERUBAH DAH. Tak makan gula2 hacks dah..apa-apapun aku kan tetap pangkah PAS kali ini.

Anonymous said...

Tak kiralah siapa yg datang utk Dun Tahan...dah muak dgn YB yang asyik memenuhkan temboloknya sendiri,kami di Dun Tahan macam ni juga,janji...janji...janjiiiiiiiiiiiiiiii tak juga tertunai,cemuih dah dgn "kapal layar dan dacing " nak rasa hak lain pulak

Anonymous said...

he he datang jelah dato seri najib byk2 kali pun takpa.dun tahan dan parlimen dah nazak untuk BN.tunggi masa untuk bungkus sahaja..ingat dengan kedatangan PM boleh mengubah persepsi pengundi ke?kami org2 muda dun tahan mahu tolak BN dan umno.pada pru kali ni..buat cikgu zuri he he dah byk kali dah kome dengar janji2 itu dan ini sejak kome kecik lagi samapai beranak pinak..janji hanya tinggal janji..

Anonymous said...

Utk orang muda, peluang hidup kampung
Memang tidak Ada.

Daerah Jerantut besar tapi kampung traditional tak berkembang.

Anak muda tidak boleh duduk Kat kampung.

Anak muda kuala Tembeling pindah ke Jerantut.
Anak muda kampung baru pindah ke Jerantut.
Anak muda Felda pindah ke Jerantut.
Anak muda Pulau Tawar pindah ke Jerantut.
Anak muda Pasir durian pindah ke Jerantut.
Anak muda labu pindah ke Jerantut.
Anak muda ulu ceka pindah ke Jerantut.

Yang kerja kerajaan Dan Ada gaji bulan, bolehlah beli Rumah dekat jerantut walaupun Lebih mahal
Dari Kuantan.
Yang tak mampu , cari Rumah Sewa nak hidup Kat bandar Jerantut.

Begitulah keadaannya.

Tanah Kat kampung tinggal Dan panggil Lombok Dan bangla duduk dalam kongsi.

Rakyat Asal Sudah nak usaha sebab banyak masaalah.

Jalan teruk
Jambatan tidak Ada
Kemudahan kurang
Itu belum campur line2 digital Dan internet

Tak kan nak longgok semua Rakyat Asal
Kat bandar Jerantut.


Lu fikirkan sendiri

Anonymous said...

Salam engku & MUT...

DUN Tahn merupakan kampung tradisional yang terus menjadi tradisi temurun dilenyek dengan pembangunan moden. Sayang hanya didalam pkket mereka yang berkepntingan. Jika benar2sayangkan kampung tradisional seharusnya ciri tradisional itu dikekalkan. Insfruktukur becorak tradisonal melambangkan keturuna bangsawan dan kepahlawanan Melayu masih lagi terus diingat. Contohnya pendekar Wan yang terkenal suatu ketika dahulu bersilat dengan seekor ular "alir" masih lagi ceritanya kedengaran dari gulungan bangsawan. Jika setakat nak tahu isi hati orang Tembeling, kerahlah berapa ramai masyarakat DUN Tahan dan DUN dalam P81 pada hari tersebut. Maka bajet pun melelehlah kekantung sapa2 yang berkepentingan.

Banir...

Anonymous said...

Aki kalau tahu lembah Tembeling Jadi begini dengan kampung aki tinggal kosong Dan tinggal yang tua tinggi mass. Aki sedih.

Kalau tidak, masa muda dulu zaman ayah dia.
Ali sokong sangat buat empang besar,
Bior kampung semua tenggelam Dan gunung tahan
Jadi Pulau tahan.

Ikan tak Habis.
Rusa Dan gajah duduk Pulau.
Anak muda bior duduk Jerantut, kerja kilang Dan duduk Rumah Sewa.

Ya Allah, jagalah tanah ali. Amin.

Anonymous said...

Wan dok ungkit pasal PAS, PKR dan DAP...cermin diri UMNO dulu. 55 tahun dah! Bagi peluang kome perintah Puterajaya dan Pahang pulok. Klu dah beri peluang tapi Lembah Tembeling ni masih tak maju juga barulah boleh ungkit2.....

Anonymous said...

Janji Ditepati....

Anonymous said...

BN pandai tabur janji jer... bukan setakat di Jerantut, di Temerloh pun sama, paling muak dijanjikan IPT. Sampai sekarang, haram takder... dari tahun 2000, Timbalan Menteri bahagian IPT pun tak bole buat ape2... merangkap ahli Parlimen Temerloh....memang lembab

Anonymous said...

Tukr ahli parlimen jtut. . .ank raja x buat kerja,ko ank raja mana tau masalah rakyat. . .Wakil rakyat. . Mesti dikalangan rakyat. .Bkn ank raja yg payah nk jmpa di jtut. . Hampeh. .Aku sokong parti islam sbb aku org islam. . Masa ngkorg lahir. . Kat telinga ngkorang diazankan dn di qamatkan. .Sbb ngkorang ni islam. . Sedar sikitlah. . .bila dah tua sibuk nk lawan islam. . .pikirlah. ,Esok di akhirat ditnya x terjawab. .

Anonymous said...

Pulau Kelola perlu dilintas
Kalau hendak ke lubuk Pelam
Kita hanya menentang PAS
Bukan bermakna menentang ISLAM!

Lipas dimakan oleh itek
Bawak lari ketepi pagar
PAS hanya parti politik
Dengan ROS ianya didaftar!

Anonymous said...

ahli parlimen jerantut tu kena tukor.dah anak raja g mana2pun nak layanan stail anak raja jadi rakyat nak becakapun kena ikut adat raja...aku yakin anak muda sekarang dah tau fikir mana pemimpin korup mana pemimpin adil..(dacing stail kat bendera Be End tu dah xleh pakai sbb guna timbangan kati..sekarang org timbang guna kilogram dah). try tgk berita ni bekaitan dengan adun tempat koi (malu koi nak ngaku..hahaha) http://www.malaysiakini.com/news/100373

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024