Tuesday, July 31, 2012

Tanya Sama Srivijaya, Majapahit, Melaka...Apa Hukuman Kepada Pengkhianat? UMNO Belajarlah Dari Sejarah!


Apa hukuman kepada pengkhianat kepada kerajaan dulu....sudah pasti Kerajaan Srivijaya, Majapahit dan Melaka akan memberi hukuman yang amat berat biasanya:

  • Disula-ditikam dengan tombak dari dubur ke badan hingga kepala.
  • Disalang-ditikam dengan keris panjang dari bahu hingga ke dalam badan.

Ketika UMNO dan BN menghadapai PRU 13 yang diibaratkan 'mother of all battle' masih ada lagi ahli politik yang diberi tempat dan kedudukan dalam kerajaan bertindak bersengkongkol dan menyokong pembangkang!

Dalam keadaan getir dan perlukan penyatuan ada ahli politik yang lebih mementingkan kepentingan peribadi dari UMNO dan  BN sanggup menjadi Sang Rajuna Tapa membuka pintu kota Temasik buat musuh datang menyerang.

WZWH tidak kira betapa penting dan berjasa serta berpengaruh seorang warlord atau supreme @ paramount leader walau beliau Janang Gayuh Bisaya atau Huguan Siou Kadazandusun tapi bila tidak ada kesetiaan dan melakukan pengkhianatan maka zerolah seorang pemimpin itu.

UMNO dan BN tidak perlu pemimpin yang sebegini.

Article-article politik Utusan Malaysia banyak mengidolakan dan apologetik kepada Lajim Ukin sila baca:


Betapa lompatan katak Lajim Ukin didorong oleh Anwar Ibrahim TPM ketika itu menumbangkan kerajaan PBS Sabah membuka peluang kepada pemimpin-pemimpin UMNO Sabah hari ini.

Betapa pelancaran PPS @ APS oleh Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing bersama Anwar Ibrahim mengundang lebih 10,000 rakyat boleh memberi kesan politik!

Siapa yang 'control' Utusan Malaysia sekarang?

UMNO terlalu berlembut dengan Lajim Ukin sila baca:


Sudah terang lagi bersuluh apa yang Lajim Ukin buat adalah pengkhianatan kepada UMNO dan BN.

Kenapa UMNO tidak mahu bertegas?

Kenapa UMNO tidak belajar dari sejarah?

Adakah Lajim Ukin peduli surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Setiausaha Agung UMNO?

Apa Lajim Ukin buat sekarang? Duduk di rumah di Beaufort.

Adakah Lajim tebal muka mahu pulang ke pejabat Kementerian di Putrajaya? Beliau masih lagi seorang Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

UMNO tidak boleh berlembut dengan pengkhianat. UMNO perlu bertegas dan memberi hukuman yang berat jika tidak ada banyak lagi pengkhianat yang mahu mempersendakan UMNO dan BN.

Perkembangan terkini:

KUALA LUMPUR: The Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, has consented to revoking the appointment of Beaufort MP Lajim Ukim as Deputy Housing and Local Government Minister with immediate effect.

In a statement issued today, the Prime Minister’s Office said the decision was in accordance with clause (3) Article 43A, which was read together with clause (5) Article 43 of the Federal Constitution.

The decision is effective immediately.
DS Najib sudah menunjukkan ketegasan beliau menghadapi pengkhianat UMNO dan BN.

16 comments:

Anonymous said...

the different between majapahit time and nowadays time is--now people are free to choose & this is what we call democracy..

Anonymous said...

Anon 10:01,
That is not democracy,...indeed that is DEMO CRAZY!

Anonymous said...

what i believe that the politics now is much more different compare to before--more youth and intellectuals goes to apposition & u should study WHY... and should work-- how to get them back.. & PLEASE choose someone who can be a good role..

Quiet Despair said...

Dear Lajim Ukim, two can play at the game. You thought you won. But NOT!
Your appointment as Minister has been revoked by the Agong.
Janganlah nak bermain wayang. Satu Malaya tahu you and Bumburing dah berbulan bersengkongkol dengan Sodomy King tu.
Dah masuk side Pakatan tetapi tak nak resign as UMNO member and as Deputy Minister.
You ingat Najib atau UMNO takut sangat nak sack you. You are no loss to UMNO.
Even people of your division is no longer suppoting you.They quickly came out to pledge support for BN.
Semua tahu both of you are political dinosaurs who will no longer be chosen as candidates in the coming GE.
Both of you have ambitions of becoming CM which you will not even smell if your remain in UMNO.
Do not think you will be an asset to Pakatan. Doakan anda sungkur bersama dengan Anu-War di Sabah.

bat8 said...

wzwh

Sokong pandangan sdra bab hukuman pengkhianat ini. Pandangan ini semestinya adil tanpa mengira parti mana.

Lajim dan wilfred perlu dihukum. Begitu juga mereka yang mengkhianati amanah rakyat yang menjadi ahli parlimen Pakatan rakyat. Zul kulim,zaharin, wee chee keong dll perlu dinilai kacamata yang sama. Wan Zuri setuju ke tak?

Kampong man said...

Salam Wan,QD dan Mat pendang dan pembaca yang dihormati,

Hukuman pada Lajim mengikut procedor diberi ruang bagi tunjuk sebab oleh UMNO dan DYMM Yang Di Pertuan Agong mengikut Perlembagaan telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Menteri KPKT mengikut Artcle 43 Perlembagaan Negara.

Pasti UMNO/BN kehilangan satu asset besar.Tapi apalah gunanya sekira Lajim menjadi musuh dalam selimut yang menjadi duri dalam daging dalam parti.Bagitulah UMNO yang demokratik.Parti lain saya tidak berminat hendak tahu.Teringat pada Hasan Ali yang memperrjuangkan Islam pada bulan ramadhan lepas di Church Kristian dulu .Terus dipecat tanpa diberi peluang tunjuk sebab.Hebat group Anwarinas ni.Itu cara PAS menangani isu dalaman mereka dan UMNO tidak perlu ikut cara itu.

Kesannya pada Sabah pasti ada tetapi tidaklah sebagai ramalan pembangkang sehingga Sabah boleh mereka tawani saperti yang di gemburkan di blog lawan.Pirates of PutraJaya meramalkan 'Sabah is finished' dan yang akhirnya blog beliau sendiri yang finished !.Politik perception selalu dimainkan sahingga menjadi Cheap matinee-murah.People come and go but PERJUANGAN parti remains.Kita semua tahu Lajim lebih berminat menjadi KM Sabah itu sahaja.Najib tidak perlu mengikut kehendak peribadi yang pasti UMNO mesti harus tegas pada petualang begini.

Menarik sekali.Kita sama sama lihat perkembangan selanjutnya apakah DSAI berjaya menarik banyak lagi penghijrahan orang kuat BN kepada PR.DSAI tetap juga DSAI bermatian buat apa sahaja ingi n memecahbelahkan orang Melayu yang sangat diidamkan parti racis DAP yang pasti akan menjadi satu parti dominan PR bukan PAS dan PKR.Yang pasti PAS dan PKR akan menjadi saperti lembu di cucuk hidong nanti saperti berlaku di Perak dulu dan Penang sekarang.

Selamat berpuasa dan yang penting rakyat didahulukan dan janji ditepati.tak begitu ?

Anonymous said...

Asal Bukan UMNO !

Anonymous said...

ABU = Allah Berkat UMNO....

Anonymous said...

Semoga BN/UMNO berjaya menjadi pembangkan!!!

Anonymous said...

Naman dah politik....klu DS Najib betul2 berani kenapa tak pecat Tengku Razaleigh Hamzah.....??

Anonymous said...

Anon 11:56,
Tengku Razaleigh sangat setia kepada UMNO. Ku Li tidak letak jawatan. Mahathir dulu offer Ku Li menteri tapi Ku Li tak mahu...

Anonymous said...

Anon 11:56,
Tengku Razaleigh sangat setia kepada UMNO. Ku Li tidak letak jawatan. Mahathir dulu offer Ku Li menteri tapi Ku Li tak mahu...

Anonymous said...

Apa hal nak pecat Ku Li.Yang hendakan sangat Ku Li adalah pembangkang yang tandus dengan leadership problem.Mat Sabu jadi PM apa macam.
Undi PAS bermakna undi DAP ysng tidak bagi muka pada Islam dan hudud.

Allah Berkati UMNO =ABU

Anonymous said...

Seronok baca berita Mat Sabu suruh Pemuda PAS jumpa Karpal utk bersemuka pasal isu HUDUD...kenapa tidak Mat Sabu pergi sendiri mengadap siLaknat Karpal nih...? Jawab para Pro PAS..?

Sudah terang lagi bersuluh yg DAP tu bencikan HUDUD.....so ape yg nak dikomen...? Terkena batang hidung sendiri maka salahkan UMNO jugak...

Lagi kelakar bila DAP Klang kata PKR bersama mereka dlm isu HUDUD nie...Sape eh ketua PKR nie..? Melayu? Islam? UMNO jugak disalahkan.....

Fikir-fikirkan la....

Anonymous said...

Yang baik itu PR dan yang buruk itu UMNO.Tolong cerita pada saya apa yang PR buat ?.Huruhara ada lah.Selagi PKR dan PAS bersekongkol dengan DAP biadab orang melayu akan berpecah.Siapa untung.UMNO tetap unggul dulu kini dan selamanya.

Scorpion

Anonymous said...

Ha ha ha..

Salam semua..Aok ni Che Wan, Acu aok lihat sejaroh Sabah, dari USNO, Berjaya, PBS hingga ke UMNO..berapa kali Sabah bertukar Parti Memerintah..puncanya deme orang Sabah tak suka denga Ketua Menterinya..

Jadi, kah rasa,,nasib Sabah bergantung kepada Ketua Menteri yang ada sekarang. Kalo' Musa Aman tak disukai maka Najib perlu buat sesuatu supaya Sabah masih lagi di bawah BN..kalo tak ..say Hai-hai and Bye-bye ..ha ha ha.

Tak pun Musa Aman cer Import Pinoy dan Pakistan banyak-banyak ...ha ha ha.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024