Tuesday, July 3, 2012

Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi Anak Jawa Pertama Bakal Perdana Menteri Malaysia!

Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi bakal Perdana Menteri Malaysia selepas post Najib.

Selepas era DS Najib menjadi Perdana Menteri siapa agaknya tokoh yang akan menyambung perjuangan UMNO dan BN menuju 2020.

UMNO telah cuba bermacam-macam spesis etnik PM ada anak Siam, anak Bugis, anak Turki, anak Mamak, Anak Cina, Anak Bugis.

Belum lagi ada PM dari anak Jawa.

Dulu peluang anak Jawa nak jadi PM terletak dibahu Tun Sardon Jubir berkelulusan Barrister dari Middle Temple, London, seorang ahli politik yang cemerlang akhirnya menjadi Raja Pulau Pinang.

Sememangnya Tun Sardon Jubir adalah PM material dengan kerjaya politik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Menteri.

Tetapi stigma anti Jawa dikalangan Aristokrat UMNO tidak membolehkan Tun Sardon Jubir menaiki hierarki UMNO.

Berlainan pula dengan Dr Khir Toyo yang diberi peluang menjadi MB Selangor terlebih sangat semangat Jawanya menyebabkan akhirnya tumbang BN Selangor pada PRU 12.

Lebih malang cubaan Khir Toyo untuk mendapat status Ketua Pemuda UMNO Malaysia sama seperti yang telah disandang oleh Tun Sardon Jubir dan Zahid Hamidi gagal dikalahkan oleh proksi Tun Abdullah Bedawi dan proksi Tun Mahathir.

Didalam ramalan WZWH mendapati peluang Zahid Hamidi untuk menjawat jawatan PM Malaysia pertama dari anak Jawa adalah sangat cerah.

Kareer politiknya dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Menteri, penglibatannya pengalaman dalam korporat terutama Banking, pengalaman politik sebagai Setiausaha Politik DS Najib, orang kuat Anwar Ibrahim dulu adalah resepi menjadi pemimpin yang boleh diterima.

Zahid Hamidi adalah Naib Presiden UMNO yang lebih diyakini dan dipercayai oleh majoriti ahli UMNO.

Zahid Hamidi mempunyai pengetahuan pemikiran Islam yang mendalam dan tajam penyelesaian Fekah dan Siasahnya.

Aristokrat UMNO perlu akur Zahid Hamidi juga dari keluarga Aristokrat Jawa dengan title Raden yang Zahid Hamidi tidak mahu pakai!

Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri Malaysia boleh diterima oleh orang Najib dan orang Anwar Ibrahim. Ketika Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri pada masa itu Tun Mahathir sudah tiada.

15 comments:

Anonymous said...

N - Najib
A - Anwar ibrahim
J - Jamil khir Baharom
I - ismail Sabri
B - ?????

tiada nama zahid hamidi dlm senarai diatas.

Anonymous said...

Anon 3:46,
Bukan A itu Ahmad Zahid Hamidi!

Anonymous said...

anon 3:48

betul22 tp dia kene berlawan dgn bos lama dia utk dapat jawatan tu...
ingatkan nama dia bermula dgn raden td.

Quiet Despair said...

Ooh, ingatkan dia orang Rawa atau orang Banjar. Mereka ramai di Perak. Tak tahu dia title Raden.
Di Kampung Gali dekat Raub ada ramai keturunan Jawa title Raden. Termasuklah aruah Tan Sri Raden Soenarno, ex Pahang SS and Sect general several ministries. Dia kawan aki saya.
Macam mana you dapat conclusion tentang Zaid selepas Najib? Please tell us.
But anything is possible in politics.
Makin gilalah si Ah Jub Bor ya, orang bawah dia jadi PM.
But better Zaid than that guy. Zaid was so much senior than him in UMNO when he was parachuted in by Tun M.
Abang Zuri, mana nak letak orang jawa seorang lagi, Muhyiddin?
Does this mean, after the GE Muhyiddin will not be the DPM?
Just wonder why in the last posting you macam keciwa and said Pakatan menang GE. Now this.
You owe your readers an explanation. Please. Thanks

Anonymous said...

Dengan pengetahuan setakat 4 senawi maka En Wan telah mengiktiraf Zahid sebagai mempunyai pemkiran yang mendalam tentang Islam..Inilah hebatnya orang2 UMNO!!!. Tetapi yg menghairankan mengapa Zahid memilih UMNO Baru, sebuah parti berideologi kapitalis sekular...Mengapa Zahid tidak memilih parti yg beridealogi Islam.

Meninggalkan idealogi Islam bermakna meninggalkan 'pemikiran/ideal' serta 'method/sistem' berdasarkan sumber wahyu. Ini bermakna Zahid secara sedar tidak berpegang kepada tauhid huluhiyah iaitu salah satu cabang dalam ilmu tauhid yg terdiri drp tauhid rububiyah,tauhid huluhiyah dan nas2as sifat. (Mudah2an Allah SWT lindungi Zahid drp perbuatan ini)...

Anonymous said...

" bila zahid hamidi jadi PM, Tun Mahathir sudah tidak ada "

Tun Mahathir gi mana?

Anonymous said...

Dr Raden Ahmad Zahid Hamidi Anak Jawa Pertama Bakal Jadi Ketua Pembakang

durian gugur said...

he33, politik semua boleh jadi..
kot2 mereka lompat parti apa nak kata?

Anonymous said...

tapi kenapa zahid terlalu defensif dalam mempertahankan umno. mcm tak bermaya shj. pembangkang tiap2 hari tabur fitnah. zahid plak masih lg play safe tak mahu serang anwar (ex boss) dia.

Anonymous said...

Bukan A itu Ahmad Zahid Hamidi!

July 3, 2012 3:48 PM

Napela ulas "A" begini jadinya, makin kecutla telor anu gay, oh A bermakna anu gay xleh jadi piiim, wlpun bayangan tapi itula kenyataan...

Anonymous said...

Anon 6.15,
"Mengapa Zahid tidak memilih parti yang berideoloji Islam "

Soalan saya apa UMNO ridak perjuang islam?
Kenspa bersekongkol dengan parti yang jelas tidak akan memperjuangkan Islam .Hudud umpamanya.Tidak ada special pun parti PAS ini.PAS hanya satu parti kebajikan .Tidak hairan

Anonymous said...

Camna Zahid nak terbang jadi PM? Jet dia tak ada enjin mah...

Anonymous said...

anon 10.12pm,
Dari dulu sehingga kini UMNO bersengkokol dgn MCA...adakah MCA sebuah parti yg menyokong Islam??? Berdasarkan beberapa kenyataan presiden MCA (contoh terbaharu - menghina hukum hudud), saya percaya MCA tidak akan bekerjasama dgn UMNO jika didapati UMNO sebuah parti Islam. Satu lagi, jika UMNO parti Islam, sila anon tunjukkan kpd saya ada atau tidak Majlis Sura ulama dalam parti UMNO yg mana anggotanya terdiri dikalangan ulama serta kuasa Majlis ini jauh mengatasi kuasa Majlis tertinggi UMNO...

Anonymous said...

bagi kat orang asli. Anak jati tanah Melayu...

Anonymous said...

Zahid anak jawa....TIDAK SEKLI2 akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Kami anak2 MELAYU JATI TIDAK akan membenarkan itu berlaku

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024