Saturday, July 14, 2012

Pahang Kempunan Emas Volleyball, Johor Juara Lelaki



















Pasukan Volleyball Lelaki Johor mendapat pingat emas menjadi juara kejohanan volleyball SUKMA 2012 di Kuantan.

Dulu masa sekolah WZWH minat volleyball . Pernah mewakili sekolah dan kolej. Pencapaian terbaik naib juara  volleyball Daerah Kuantan. Selain volleyball, WZWH suka main chess. Pernahlah jadi juara Daerah Kuantan dan mewakili negeri Pahang dan kolej.

Memang WZWH amat berharap Pahang boleh dapat 2 emas sukan volleyball. Tapi sayang Pahang kempunan. Pasukan Pahang baik lelaki atau perempuan kurang taktikal dan tidak bermain intelligently.

Hari semalam pasukan volleyball perempuan bertemu Sarawak separuh akhir. Kalah 0-3. Pagi tadi bermain dengan Perak untuk mengutip pingat gangsa namun Pahang kalah 2-3.

Maka WZWH berharap pasukan lelaki boleh dapat emas setelah menang dengan Selangor 3-2 di separuh akhir. Pahang bertemu final dengan Johor namun akhirnya Pahang kalah 0-3.

Sungguh mengecewakan dan frust! kalau nak kata dari spiking bola Pahang lagi laju dan power. Tapi main volleyball ini kerja pasukan. Kalau pasukan itu lebih taktikal dan bermain intelligently maka menanglah pasukan itu.

Begitu juga politik Jerantut PRU 13. BN kena banyak main taktikal dan intelligently baru boleh raih sokongan undi pengundi Jerantut.

Teringat masa PRU 1999 di DUN Tahan, WZWH amat confident calon BN menang kerana anak tempatan dan calon popular dalam UMNO bahagian Jerantut, pilihan MB Pahang lagi tapi akhirnya unexpected kalah kepada PAS!

Kenapa kalah? MB Pahang pening kepala memikirkannya dan sampai sekarang MB masih memikirkannya.

Ada orang Jerantut hasut MB cakap keluarga Wan Tembeling sabotaj. Wah hebat betul keluarga Wan Tembeling boleh buat calon BN tumbang.

Dulu orang Jerantut kata keluarga Wan sabotaj Kamaruzaman Baria bertanding parlimen Jerantut pada PRU 1995 menyebabkan Kamaruzaman Baria kalah negatif majoriti 900 undi di DUN Tahan tapi menang parlimen kerana DUN Pulau Tawar dan DUN Damak boleh menampung.

Jahat betul ke keluarga Wan Tembeling ini? Apa yang WZWH tahu keluarga Wan Tembeling ini sangat setia kepada UMNO dan BN di Jerantut dari sejarahnya.

WZWH pernah menulis surat kepada Tun Mahathir semasa masih PM bahawa kekalahan Kamaruzaman Baria di DUN Tahan tidak ada kena mengena dengan keluarga WZWH itu silap calon ahli parlimen sendiri.

WZWH ada bersama orang tua berjumpa MB Pahang menyatakan bukan keluarga Wan yang sabotaj calon BN DUN Tahan PRU 1999. Itu sebab faktor lain. Sebelum itu MB Pahang percaya cerita orang Jerantut sebelum itu.

PRU 13 ini entahlah....kalau UMNO dan BN mahu pakai khidmat OK teruskan kerja. kalau tidak WZWH mahu jadi pengundi biasa. Keluarga Wan Tembeling dan yang bukan Wan yang ada pertalian darah boleh duduk diam sahaja!



















Pasukan Volleball Perempuan Sarawak meraikan pingat emas mengalahkan Johor 3-1 di SUKMA 2012 Kuantan.

10 comments:

Anonymous said...

Macam maksud terbalik je

Anonymous said...

Anda silap,
Pada mass itu, orang KT telah melihat KT akan mati Dan orang UT hanya melihat jalan saja.
BN melihat banyak mana nak dapat duit dalam satu penggal Dari duly, kini Dan selamanya.


Anda faham maksud ini,
Jika anda bina bangunan setinggi 2 km Di KL ,
ia tidak memberi apa-apa makna kepada KT.

Kampong man said...

Salam Wan,

Bercerita berkenaann Sarawak Kampong man kini berada di Kuching Sarawak menemani isteri yang berugas invigilate peperiksaan Part 3 bagi Arkitek Sarawak.Apa yang dapat di lihat rata rata rakyat yang ditemui ramai yang mahukan BN terus berkuasa bagi Sarawak.

Kuching sangat menarik satu bandaraya saperti Kuantan.International Airport yang indah tersergam.Waterfront activitiesnya yang hidup dengan ramai pelancong barat dengan Dewan DUN negeri yang sangat menarik.Pembangunan yang moden dan perpaduan kaum yang baik saolah di zaman Malaya dulu dulu.Percakaran politik di Semenanjong banyak berkisar juga dengan isu perkauman sejak DAP mula menonjolkan politik kaum memperjuangan kaum cina dan terus ingin mendominasi PR dengan PAS dan PKR yang lemah memecah undi melayu.Apa yang akan berlaku pada serpihan parti2 melayu di PRU 13 nanti.Yang pasti Sarawak tetap di belakang BN dan menolak PR.Saya yakin Pahang juga sama.Yang penting wakil rakyat harus sanggup berkorban untuk rakyat tidak lagi saperti dulu kerana itu yang pengundi mahu.Kita lihat nanti pilihan rakyat.Terima kasih dan salam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Kampong man,
Enjoy your holiday with family.
Semalam WZWH tengok u-tube "sleeping dictionary"-ini cerita masa zaman kolonial bila Pegawai Muda Inggeris yang baru grad dihantar ke pedalaman Sarawak diberi kemudahan "sleeping dictionary" untuk memudahkan Pegawai Muda itu boleh bercakap Bahasa Iban. Akhirnya Pegawai Muda Inggeris itu jatuh cinta dengan "sleeping dictionary"!

Kampong man said...

Wan,

Sambil berjalan di Kuching Waterfront ( hampir sama dengan Kuantan waterfront )Kampong man melihat berbagai bagai pameran dan jualan kraftangan Sarawak yang unik.Kampong man tertarik dan sempat bertemu bual dengan dua rakan yang mempamerkan berbagai bagai jenis buku dalam berbagai jenis bahasa melayu, inggeris dan cina yang disusun diatas jalan dengan jain rentang yang besar bertulis " STREET LIBRARY" dan "FREE READING " .Satu usha dan niat menanam sikap suka membaca dikalangan pengunjung dengan penuh bersantai dan PERCUMA !! tanpa wang.Terdapat ramai pengunjung dari barat dan masyarakat di Kuching ini juga yang menderna buku bacaan mereka bagi menambah koleksi "street library "ini yang beroperasi di hujung minggu selama enam jam dari 12 hibgga 6 petang.

Sarawak yang aman dan unik .Terasa sunggoh aman damai berbeza kita di Semenanjong yang agak stressful dengan berbagai isu politik yang sangat menakutkkan.Kampong man berharap pilihanraya berjalan dengan baik dan kita semua menerima keputusan akhir dari rakyat.Pastinya sdr Wan tahu pilihan saya.Kampong man kagum dengan usha Najib dengan usha murninya bagi rakyat semua.

Ada baiknya kita bersikap positif bagi kebaikan,kemakmuran,pembangunan dan perpaduan saperti saya lihat di Sarawak yang malah lebih besar dari Semenanjong (Malaya) dengan berbagai suku kaum bersatu.

Bagi semua pembaca islam blog WZWH saya mengucapkan " SELAMAT BERPUASA " semoga Allah memberkati semua usha murni kita bagi kebaikan untuk manusia.Ameen.

Durian Gugur said...

Wzwh,
sepertimana seperti pengalaman wzwh bermimpi berjumpa mat kilau,
Saya ingin berkongsi mimpi saya pula,
Saya telah bermimpi,PR telah dapat menawan pahang dgn kelebihan 4 kerusi dun.

Selamat menyambut ramadhan..

Anonymous said...

Durian gugur, Lihat saja performance yabg lepas lepas umpamanya 2008 cukup.Untuk Jerantut sahaja BN sapu bersih.Lawaklah durian gugur ni.Penang dan Kelantan mungkn.Pahang janfan harap beb.Mimpi PR yang tidur sebantal tapi mimpi lain lain.hehehe..

Durian Gugur said...

Anon 2:33pm
Tidor sebantal,mimpi lain2 tu adalah perkara normal.BN lagi parah,adun johor nak hudud,adun2 lain membisu,soi lek menentang.ni langsung tidur bantal lain2...hehehe

Ghab said...

Salam Kampong Man ,

Selamat berkerja sambil bercuti di Sarawak . Hanya jangan lupa bawa balik buah tangan , Ikan Terubuk masin .

Have a good time Man .

Anonymous said...

Inilah kesudahannya sekira isu ayer di Selangor di politikan sehingga menyusahkan rakyat di Selangor.

Down to trickle and taps run dry.Amilluon prople in 209,678 household will be affected.Umat Islam akan memulakan puasa.
Terima kasih PR kerana berjaya menyusahkan kami rakyat Selangor.

WZWH, bagaimana jeadaan ayer di Pahang ?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024