Monday, July 23, 2012

Tahniah, ADUN Tahan Dipilih EXCO Pahang!


YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dengan DS Najib turun padang merasai denyut nadi rakyat DUN Tahan parlimen Jerantut.

Tahniah ADUN Tahan dipilih EXCO BKKP Pahang. Ini bukan jawatan EXCO Pahang. Ini ialah jawatan EXCO Badan Kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang dalam Mesyuarat Agung ke 18/2012 pada 22 Julai 2012 di Dewan MUIP Pekan.

Ini bukan jawatan bagi free, kena bertanding dan bersaing dengan YM Tengku, Raja, Engku, Ungku, Che Wan, Syed, Syarifah dan dll bagi mendapat undi perwakilan.



















Bukan senang nak memenangkan Dato' Wan Amizan Wan Razak bertanding EXCO BKKP. WZWH kena guna ilmu 'UMNO' sedikit sebanyak. Nak meyakinkan puak-puak YAM, YM, Orang Besar Berempat, Orang Besar Berlapan, Tok Muda-Tok Muda dan kerabat-kerabat yakin dengan kepimpinan ADUN Tahan.

WZWH sebagai Orang Tembeling sudah mahir dengan politik organisasi. Tahniah Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan. Diharap ADUN Tahan dapat menyumbang idea bagaimana mempertingkatkan lagi kebajikan Kerabat-Kerabat Negeri Pahang dengan lebih cekap dan berkesan.

Jika PM dan MB percaya dan pakai idea-idea ADUN Tahan, kenapa tidak BKKP dan Istana mengunapakai idea-idea dan kepimpinan beliau?



















KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang berkenan merasmikan Mesyuarat BKKP.



















Tengku Mahkota Pahang mempengerusi Mesyuarat BKKP.



















Para perwakilan Mesyuarat BKKP sedang mengundi memilih EXCO BKKP 2012-2014.



















Tengku Mahkota Pahang santap berbuka. Kelihatan empat ADUN parlimen Pekan turut serta: ADUN Bebar, ADUN Peramu, ADUN Pulau Manis  dan ADUN Chini.



















Sebahagian Kerabat-Kerabat Pahang sedang berbuka puasa.



















Tengku Mahkota Pahang bersama Kerabat-Kerabat Pahang sembahyang berjemaah Maghrib.



















Tengku Mahkota Pahang berangkat pulang.



















Kelihatan Setiausaha Kehormat BKKP YM Tengku Dato' Haji Zulkifly bin Tengku Ahmad dan YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang Dato' Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Haji Hassan sedang meneliti keputusan pemilihan EXCO BKKP. 

WZWH juga berkesempatan mengadap KDYTM Tengku Mahkota Pahang. Tuanku Yang Dipertua BKKP juga maklum WZWH sebagai blogger.

Nampaknya WZWH selain dari berblog politik Jerantut, Pahang dan Nasional kena juga jadi blogger Diraja Pahang!

5 comments:

Anonymous said...

WZWH,

"WZWH sebagai Orang Tembeling sudah mahir dengan politik organisasi.".

MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI. MACAM-MACAM AOK YE

Quiet Despair said...

Syabas Abang Zuri kerana jadi blogger di raja. Memang layak.
Tak lama bolehlah dapat Dato'.
Why not? Kalau Fazley, Hattan, AC, Izlan dan ramai artis dapat Dato' Pahang, why not you?
You lebih layak daripada mereka.
Kenapalah Tuanku kesayangan kita banyak sangat beri Dato kepada Artis-artis?

HASAN BANTAL said...

khabarnya ada seorang AJK bahagian dari DUN Tahan yang sangat lama jadi AJK UMNO beria-ia mendoakan di kedai-kedai kopi agar Wan Mizan kena buang moga-moga beliaulah yang bertanding kerana pada PRU13 katanya nama beliau No 1 di DUN Tahan...betul ke? Siapa dia?

Anonymous said...

Mungkin GH kot....heehehheheh

Anonymous said...

tahniahhhh, dato dun tahan hebat, kawe tgok dia brjaye bawak PM dtg ke tempat kawe d Pdg Piollll, mane adeee org Umno punnn dtg terimakasihhhh dptlaaa kawe brsalam dan beramah dgn PM. Hidup Dato dun tahannnn, kami sokonggggg/

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024