Tuesday, July 17, 2012

DS Najib Tidak Sabar Mahu Bertandang Ke DUN Tahan


DS Najib selalu teringat dan sebut Kampung Pagi Ulu Tembeling dalam banyak ucapan beliau. Kampung Pagi terletak dalam DUN Tahan parlimen Jerantut.


WZWH simpati dengan kampung tradisional Pulau Tawar yang bersejarah tapi tiada pemimpin besar negara mahu menjengok. Kampung tradisional Pulau Tawar terletak dalam DUN Pulau Tawar parlimen Jerantut.


Cerita DS Najib mahu bertandang ke DUN Tahan sudah jemu WZWH dengar. Sekejap hendak datang sekejap tidak jadi!

OK WZWH cerita satu-satu.

Paling akhir DS Najib datang ke DUN Tahan pada tahun 1996 iaitu ke Kampung Pagi Ulu Tembeling semasa menjadi Menteri Pelajaran.

Paling akhir juga DS Najib menjejakkan kaki ke Kampung Bantal Ulu Tembeling semasa menjadi MB Pahang pada pertengahan 1980an.

Semasa PRU 12 dulu DS Najib berjanji mahu datang berkempen di Felda Padang Piol. Maka tunggulah calon BN ADUN Tahan berharap siap tumbang 5 ekor lembu lagi.....alih-alih DS Najib tidak dapat hadir! Alasan cuaca buruk helikopter tidak boleh mari. 

WZWH pernah cakap sama DS Jamaluddin Jarjis orang kuat DS Najib bila DS Najib mahu tunai janji walaupun ADUN Tahan marah WZWH jangan celupar mulut!

Kemudian semasa pengumuman durian runtuh yang sepatutnya diadakan di Felda Padang Piol kerana itu adalah Felda yang tertua di Jerantut. Akhirnya majlis itu dialih ke Felda Jengka 8 dalam DUN Pulau Tawar, parlimen Jerantut.

OK WZWH dapat info DS Najib mahu mengadakan lawatan khas ke DUN Tahan seharian pada 20 Julai 2012.

Mengikut jadualnya:

  • Pagi hari Jumaat 20 Julai Helikopter membawa DS Najib landing di Felda Sungai Retang. 
  • Lepas itu DS Najib melawat Kampung Air Itam Kampung Tradisional DUN Tahan. Kat kampung ini ada ramai orang Kelantan Jerantut.
  • Lepas itu DS Najib melawat Kampung Batu 10 perkampungan Orang Asli.
  • Dari Kampung Batu 10, seribu belia Felda dan kampung tradisional menunggu untuk berarak mengiringi DS Najib ke Felda Padang Piol.

Di Felda Padang Piol, DS Najib akan melancarkan Majlis Pelancaran Skim Bantuan Kasih Felda. Ini ialah bantuan membaikpulih rumah-rumah di kampung tradisional yang berdekatan dengan Felda. Peruntukan RM5000 sebuah rumah.

WZWH difahamkan ada bajet untuk kemudahan infrastruktur kampung-kampung tradisional semasa DS Najib istihar di Felda Jengka 8 dulu.

WZWH tahu ADUN Tahan sangat berharap kehadiran DS Najib PM Malaysia ke DUN Tahan. WZWH ucap tahniah kepada ADUN Tahan kerana berjaya bawa DS Najib bertandang ke DUN Tahan tanpa ada majlis yang extraordinary.

Tapi kalau DS Najib takut last-last minit tak dapat hadir, WZWH tidak berasa pelik pun!

13 comments:

Anonymous said...

boleh tak bagitau KopieSatu ( minuman kegemaran beliau ) ada di Jerantut. Kot2 la dia nak singgah Bandar Jerantut pula..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 4:20,
Itu tidak terdaya WZWH mahu mengurus kerana DS Najib kena berlepas menaiki helikopter terus ke Pekan selepas habis program di Felda Padang Piol.

Anonymous said...

Cantik2. dengo citer Dato' Seri Anwar akan datang Jerantut weh lepas posa.Biasa lah AJAK DEBAT TAK NAK. Ye tak ye folow DS Najib je lah.
he3

Durian Gugur said...

Wzwh,
Saya amat terharu apabila DS Najib merancang untuk ke pendalaman dun tahan.
Saya ingin cadangkn kpd wzwh agar helikopter hanya di parking di padang jerantut,dan perjalanan ke lokasi menaiki kereta.mn la tau kot2 dapat jln baru di kawasan hutan feri.

Kpd wzwh selamat memujuk DS Najib mengenali kg tradisional di negeri pahang...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Durian Gugur,
Sebenarnya DS Najib sangat perihatin kepada pembangunan DUN Tahan. Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 2 dan fasa 3 ke Terengganu adalah dibawah perhatian mendalam DS Najib. Projek pembesaran kampung tradisional di DUN Tahan banyak peruntukan DS Najib beri melalui peruntukan khas. Walau jadual padat sebagai PM, DS Najib masih sudi meluangkan masa melawat Kampung tradisional DUN Tahan dan Felda. Jumpa Durian Gugur di Felda Padang Piol pada 20 Julai 2012 hari Jumaat.

Anonymous said...

Orang Kuala Tembeling semua, muda tua nenek datuk dara kampar wan kelantan pahang asli termasuk orang UT yang banyak Di KT
Bolehlah Mengundi PAS

Sebab DNJ
Tak tengok kamu lansung.

Bersatu semua
Tuntut Hak Kamu

Geran Tanah PAKR
Pembangunan Stesen
Jambatan
Esplanade
Kompleks Sukan

Anonymous said...

Ha yo
Ini macamkah wan zuli

Dun tahan
Cuma cuma kuala tahan , ulu temoling and Felda saja.

Apa macam kampung Asal

Ini macam banyak talah butul

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Dengan masa yang terhad, persekitaran dan kesesuaian mengikut tema program maka dipilihlah Felda Sungai Retang, Kampung Air itam, Tembeling Tengah, Kampung Batu 10 Orang Asli dan Felda Padang Piol. Itu tidak bererti kampung asal Kuala Tembeling dan tempat-tempat lain tidak dihargai. Itu Anon 9:25 punya permintaan-Geran Tanah PAKR,Pembangunan Stesen,jambatan, Esplanade, Kompleks Sukan itu barang semua boleh bikin punya tunggu la...PAS sudah mati di DUN Tahan, tak ada fungsi, misi dan visi.

Anonymous said...

Wan Zari, kalau 20 Julai tu Rosmah nak gi shopping camne?

Anonymous said...

Kita kuburkan UMNO di Kuala Tembeling

Anonymous said...

Amin.................................

Allahuakbar

Anonymous said...

Orang-orang kuat
Ameno KT yang duduk Di Jerantut


Insaflah, setakat nak duit rokok

Anonymous said...

orang kuala tembeling bodoh..nampak mcm cerdik, tapi bodoh nak mampus..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024