Janang Gayuh Bisaya....Lajim Ukin.
Huguan Siou Kadazandusun...Wilfred Bumburing.
Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone...Najib Tun Razak mengurus politik 'the paramount leaders'.
Perkembangan terkini politik Sabah menarik perhatian. Sabah adalah 'Fixed Deposit' BN terbukti PRU 2008 BN hanya terlepas 1 DUN 1 parlimen dari 60 DUN dan 25 parlimen ketika tsunami politik melanda politik Semenanjung.
Anwar Ibrahim mahu tsunami politik dicipta di Sabah sendiri oleh Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing melalui Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang akan dilancarkan oleh Anwar Ibrahim hari ini.
Lajim Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MT UMNO, ahli parlimen Beaufort, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Pengerusi BN Beaufort telah meletak jawatan semua post kecuali Timbalan Menteri dan ahli UMNO.
Wilfred Bumburing, ahli parlimen Tuaran, Timbalan Presiden UPKO telah meletakkan jawatan parti.
Kedua tokoh ini boleh disimpulkan 'warlords of supreme' atau 'paramount leaders' dalam komuniti masing-masing. Dikatakan kedua tokoh ini begitu berpengaruh dalam kawasan dan komuniti masing-masing.
Lajim Ukin adalah 'Janang Gayuh' etnik Bisaya manakala Wilfred Bumburing adalah 'Huguan Siou' etnik Kadazandusun. Mereka adalah pemimpin agung!
Apa yang berlaku adalah politik dalaman Sabah yang tidak berjaya diurus oleh Musa Aman KM Sabah kerana ini adalah politik etnik. Tapi tidak menghairankan sebelum ini Pairin dan Jeffrey Kitingan dan Yong Teck Lee pun mengambil langkah yang serupa.
Kesetian berkekalan tiada dalam kamus pemimpin agung etnik Sabah. Mereka betul ikut 'politics is about interests'.
Dikatakan nama-nama kedua 'Janang Gayuh' dan 'Huguan Siou' tiada dalam senarai dan berapa permintaan Lajim Ukin sebagai MT UMNO mengenai politik Sabah tidak diendah Najib.
Muhyiddin Yasin cuba memujuk tapi gagal.
Najib masih percaya dan berharap kepada kepimpinan Musa Aman bagi mengendali Sabah. Sememangnya Musa Aman boleh mengawal politik Sabah dibantu oleh Shafie Afdal dan Pairin Kitingan.
Penganalisa politik Sabah meramalkan paling kuat Pakatan Rakyat boleh merampas 3 kerusi parlimen dan 18 DUN secara 50-50. Masalahnya Pakatan Rakyat tidak mudah mencapai persetujuan pembahagian kerusi kerana STAR dan SAPP tidak mudah mahu beri kerusi kepada DAP dan PKR.
Tambahan pula PPS yang dicetus oleh Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing ini pula mahu meletakkan 17 wakil dalam 17 kerusi parlimen. Jika tidak kena dihati boleh buat pertandingan 3 penjuru.
Persoalan yang utama bagaimana Najib mengurus politik 'Janang Gayuh' dan 'Huguan Siou' di Sabah? Adakah perlu lagi Najib memujuk Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing pada saat akhir?
Perlu diingat Lajim Ukin masih lagi ahli UMNO dan Timbalan Menteri kabinet Najib!
Esok Najib akan tunjuk style dan gaya kepimpinan beliau kepada rakyat Sabah melalui pengumuman rasmi.
Adakah 'warlords' atau 'paramount leaders' adalah pada hakikatnya 'big fish in a small pond'?
Atau jika 222 'warlords' @ 'paramount leaders' digabungkan boleh buat 'battle for Putrajaya' menjadi lebih menarik?
Itulah hakikatnya WZWH mahu beritahu pembaca bahawa ini adalah naluri politik manusia bila ahli politik super ego mahu menjadi mega ego!
15 juta pengundi Malaysia hanya mahu ahli politik ordinary ego tapi yang penting DELIVERY...!!!
4 comments:
Salam semua,
Pencapaian BN di Sabah selama ini tidak dinafikan amat berjaya malah dikatakan 'Fixed Deposit' walau apa juga ribut dan angin yang datang.Benar, dengan tsunami politik 2008 kerajaan pimpinan BN masih berjaya memenangi 59/60 kerisi DUN dan 24/25 kerusi Parlimen.Bagitu yakin dan setianya rakyat Sabah pada BN.
Keluar masokya supreme leader saperti Lajim Ukin dan Wilfred adalah sangat mendukacitakan.Tetapi begitulah politik Sabah dan kita pernah lihat ini berlaku dan menjadi asam garam politik.Saya yakin mereka punyai agenda mereka tersendiri dan harus kita hormati keputusan mereka.Personal interest disaat genting sebelum pilihan raya sepatutnya tidak berlaku kapada kedua mereka yang saya yakin telah banyak berbakti pada BN selama ini.Kita harap mereka kembali semula saperti Pairin dulu.Kenapa tidak ? Bukankah BN adalah ROH mereka ?
Isunya apakah kesannya pada PRU 13 nanti.Pasti lah ada tetapi tidaklah ketahap ' BN is finished in Sabah 'mengikut blog pembangkang Sir Wenger dan Sakmongkol yang cuma pandai berretorik dan langsung tidak REALISTIK hingga ketahap ramalan bodoh.Itulah politik kapcai yang dimain blog pembangkang.
Rakyat Sabah terlalu LOYAL pada BN dan KM Musa Aman harus bijak mengawal dan meyakinkan rakyat Sabah hanya BN yang mampu membela kemakmuran,keamanan (Aman saperti Musa )dan pembangunan yang telah dirancang rapi oleh kerajaan BN.Walaubagaimana pun BN masih di yakini dan tetap akan berjaya di Sabah tanpa ragu.
Saya lebih mengharapkan kedua ketua penting ini sepatutnya membuat keputusan begini lebih awal dan bukan disaat ini.DSAI cepat dan bijak mengambil kesempatan ini.PKR tidak ada tempat lansong di Sabah dan juga Sarawak.
Rakyat Sabah harus bijak memilih kerajaan yang telah terbukti dan bukan yang tidak punyai satu pengalaman dan rekod pun. JANJI DITEPAT. Wallahwuallam.
Kira2 begitu. Udah kenyang tak perlu bersusah payah. Untung masa depan bergantung kepada nasib, namun Allah menentukan segalanya. Jangan jadi begitu, bila orang nasihat tak betul dan jangan buat sila undur diri dengan berlapang dada. Ada hikmah disebaliknya. Wallahualam.
Banir...
Itulah politik Sabah.Lajim orang lama dan punyai pengaruh besar .Tapi saya masih berpendapat Lajim akan dilihat tidak punya pendirian dan pasti akan di hukum oleh pengundi.Bekerjasama dengan pembangkang bagi agenda peribadi dan bukan untuk rakyat Sabah
Lajim mahukan Ketua Menteri sebenarnya. Sabah tidak perlu 'Katak Lompat ' yang menikam BN dari belakang.
Dalam politik semua boleh jadi.tiada istilah "katak", dulu orang umno keluar tubuh pas,pastu orang umno tubuh s46,pastu orang umno tubuh pkr,semuanya dari umno...
Nampak umno macam ada masalah besar hingga ramai yang keluar..
Post a Comment