Thursday, July 19, 2012

Janji Ditepati- Apa DS Najib Mahu Cakap Bila Majoriti Pengundi DUN Tahan Suka Dengar Lagu Apa Guna Berjanji!




WZWH memaparkan pandangan bebas politik demi kemajuan Jerantut. Blog WZWH komited memertabatkan pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut.

Setakat ini sudah 1116 posting WZWH menulis terutamanya tentang pembangunan DUN Tahan.

Projek paling utama ialah Jalan Ulu Tembeling  sila klik sini. WZWH sudah cakap projek ini ada 3 fasa:

  • Fasa 1 dari Kampung Tuit-Kampung Pagi. Sedang bina, tahun 2014 siap sepenuhnya.
  • Fasa 2 dari Kampung Pagi-Kampung Mat Daling. Bajet dimuktamad tahun 2013.
  • Fasa 3 dari Kampung Mat Daling-Kampung Pasir Raja Terengganu. Bajet dimuktamad tahun 2013.

Terserah kepada DS Najib mahu implemenkannya.

Dibawah ini adalah komen-komen dari pengundi DUN Tahan:


Anonymous said...



"Selalunya apa yang WZWH nampak 'future' DUN Tahan akan menjadi kenyataan dan terbukti itu kenyataan bukan mimpi-mimpi 50 tahun dulu"
Tak tahulah aku nak kata apa sbb dah 7 kali pilihanraya aku dengar kata kata macam ni, asyik kena tipu je..cukuplah untuk kali yg ke 8

Anonymous said...



Dah muak dah dengan kerenah janji BN ni sejak 56 tahun dulu dah. Setiap kali pilihanraya mesti ia janji nak buat jalan, begitulah isu setiap 5 tahun. PRU13 ni baru lah BN tahu bahawa JANJI AKAN MAKAN DIRI. ORANG ULU TEMBELING DAH BERUBAH DAH. Tak makan gula2 hacks dah..apa-apapun aku kan tetap pangkah PAS kali ini.

Anonymous said...



Tak kiralah siapa yg datang utk Dun Tahan...dah muak dgn YB yang asyik memenuhkan temboloknya sendiri,kami di Dun Tahan macam ni juga,janji...janji...janjiiiiiiiiiiiiiiii tak juga tertunai,cemuih dah dgn "kapal layar dan dacing " nak rasa hak lain pulak

Anonymous said...



he he datang jelah dato seri najib byk2 kali pun takpa.dun tahan dan parlimen dah nazak untuk BN.tunggi masa untuk bungkus sahaja..ingat dengan kedatangan PM boleh mengubah persepsi pengundi ke?kami org2 muda dun tahan mahu tolak BN dan umno.pada pru kali ni..buat cikgu zuri he he dah byk kali dah kome dengar janji2 itu dan ini sejak kome kecik lagi samapai beranak pinak..janji hanya tinggal janji..

Anonymous said...



Utk orang muda, peluang hidup kampung
Memang tidak Ada.

Daerah Jerantut besar tapi kampung traditional tak berkembang.

Anak muda tidak boleh duduk Kat kampung.

Anak muda kuala Tembeling pindah ke Jerantut.
Anak muda kampung baru pindah ke Jerantut.
Anak muda Felda pindah ke Jerantut.
Anak muda Pulau Tawar pindah ke Jerantut.
Anak muda Pasir durian pindah ke Jerantut.
Anak muda labu pindah ke Jerantut.
Anak muda ulu ceka pindah ke Jerantut.

Yang kerja kerajaan Dan Ada gaji bulan, bolehlah beli Rumah dekat jerantut walaupun Lebih mahal
Dari Kuantan.
Yang tak mampu , cari Rumah Sewa nak hidup Kat bandar Jerantut.

Begitulah keadaannya.

Tanah Kat kampung tinggal Dan panggil Lombok Dan bangla duduk dalam kongsi.

Rakyat Asal Sudah nak usaha sebab banyak masaalah.

Jalan teruk
Jambatan tidak Ada
Kemudahan kurang
Itu belum campur line2 digital Dan internet

Tak kan nak longgok semua Rakyat Asal
Kat bandar Jerantut.


Lu fikirkan sendiri

Anonymous said...



Salam engku & MUT...

DUN Tahn merupakan kampung tradisional yang terus menjadi tradisi temurun dilenyek dengan pembangunan moden. Sayang hanya didalam pkket mereka yang berkepntingan. Jika benar2sayangkan kampung tradisional seharusnya ciri tradisional itu dikekalkan. Insfruktukur becorak tradisonal melambangkan keturuna bangsawan dan kepahlawanan Melayu masih lagi terus diingat. Contohnya pendekar Wan yang terkenal suatu ketika dahulu bersilat dengan seekor ular "alir" masih lagi ceritanya kedengaran dari gulungan bangsawan. Jika setakat nak tahu isi hati orang Tembeling, kerahlah berapa ramai masyarakat DUN Tahan dan DUN dalam P81 pada hari tersebut. Maka bajet pun melelehlah kekantung sapa2 yang berkepentingan.

Banir...

Anonymous said...



Aki kalau tahu lembah Tembeling Jadi begini dengan kampung aki tinggal kosong Dan tinggal yang tua tinggi mass. Aki sedih.

Kalau tidak, masa muda dulu zaman ayah dia.
Aki sokong sangat buat empang besar,
Bior kampung semua tenggelam Dan gunung tahan
Jadi Pulau tahan.

Ikan tak Habis.
Rusa Dan gajah duduk Pulau.
Anak muda bior duduk Jerantut, kerja kilang Dan duduk Rumah Sewa.

Ya Allah, jagalah tanah aki. Amin.

Anonymous said...



Wan dok ungkit pasal PAS, PKR dan DAP...cermin diri UMNO dulu. 55 tahun dah! Bagi peluang kome perintah Puterajaya dan Pahang pulok. Klu dah beri peluang tapi Lembah Tembeling ni masih tak maju juga barulah boleh ungkit2.....

Anonymous said...



Janji Ditepati....

WZWH amat faham sentimen pengundi di DUN Tahan terutama Orang Lembah Tembeling kerana memberi komen yang sebegini.

Terlalu amat berat untuk mereka mempercayai Janji Ditepati.

WZWH telah berusaha untuk meyakinkan mereka bahawa DS Najib serious mahu Janji Ditepati.

ADUN Tahan sudah kerja bagai nak gila memperjuang harapan dan mimpi Orang Lembah Tembeling.

We have done our best, with utmost efforts so far. Let DS Najib does the singing-Janji Ditepati!

WELCOME DS NAJIB TO DUN TAHAN- THE TEMBELING LAND!

13 comments:

Anonymous said...

Apa pula agaknya DS Najib nak beri esok? Hehehe..akupun duk fikir kenapa DS Najib nak datang sangat ke Felda Padang Piol tuuu? Apa yang menariknya Felda Padang Piol? Apa Keistimewaan Felda Padang Piol? Berbanding dengan Felda Sungai Retang kenapa Padang Piol menjadi wadah kesaksian janji-janji Najib nanti? Kalau PRU 12 dulu majoriti BN bagi peti undi dalam kedua-dua felda ini Felda Sungai Retang mempunyai majoriti yang banyak berbanding Padang Piol. Malah Padang Piol telah dimenangi oleh PAS...maknanya kalau tempat kita hendak dilawati oleh PM kita kena PANGKAH PAS. kesian Tok Empat Sungai Retang..

Anonymous said...

Wahai penduduk ULU tembeling dan kawasan yang sewaktu dengannya..Hamba berpesan kalau nak suruh DS Najib datang naik bot ke Ulu Tembeling sana marilah kita PANGKAH PAS nanti dalam PRU13. Hamba nak lihat bebenor DUN Tahan kalah...sudah 56 tahun kita mederka namun adakah penduduk sana kenal merasai kesenangan kemerdekaan yang sebenarnya. Dah 56 tahun kita merdeka...namun pendapatan penduduk sekitar sana masih ditahap kemiskinan..Mana perginya dasar DEB yang telah diperjuangakan berpuluh tahun dulu?...huhuhu hamba merintis kesedihan bila mengenangkan nasib penduduk sana...walaupun hamba ni sudah generasi ke-2 namun bagaimana dengan generasi ke3 dan seterusnya?

Anonymous said...

Salam engku & MUT.

Bukan semestinya araus pemodenan tidak boleh berlaku di kawasan DUN Tahan @ Ulu Tembeling!!!. Pembangunan boleh mengalir secara moden, tapi tradisional mesti dipelihara. Lihat anak muda, yang berapa kerat masih mencintai qwarisan nenek moyang masih melopong melihat berada di kampung tradisional. Mereka mahu apa yang tersirat di Qalbu... Pemuda, gulungan dewasa, warga emas yang tinggal berapa kerat itu masih menunggu dengan seribu harapan perubahan yang mereka harap. Pemimpin yang dipilih bukan hanya datang menjengah sekali sekala dan mesti mengambil tahu isi hati. Byukan hanya sekadar pemimpin bertemu dengan JKKK kemyudian bernmohon diri. Masalah penduduk masih belum selesai. Jika kita faham apa maksud JKKK hanya bertemu pemimpin!!!. Tidak dinafikan kita sukakan kepada membnagkang itu hanya luahan isi hati. Tapi awasa juga isi hati akan membawa suara kepada menyokong pembangkang... Carilah pemimpin yang benar2 ikhlas...

Banir...

Anonymous said...

"ADUN Tahan sudah kerja bagai nak gila memperjuang harapan dan mimpi Orang Lembah Tembeling."

"Adun Tahan sudah kerja bagai nak gila memusnahkan segala harapan dan impian orang Lembah Tembeling dengan memenuhkan kantungnya sendiri"

"Daging-daging untuk si Adun,tulang-tulang untuk si kroni dan kuah-kuahnya untuk kita ( itupun kalau ada )

Anonymous said...

Kalau benar Ada ura ura nak buat jalan
Ke Trengganu,

Jangan lupa buat jambatan Atau crossing point untuk harimau, gajah, ular sawa, Rusa Dan sebagainya.
Sebab bukan takut harimau makan orang tapi takut orang makan harimau.

Biarlah sekali checkpoint untuk Pejabat hutan Dan mergastua.

Tapi kalau molek, biarlah jalan itu setakat kampung pagi je.

Lagi satu,
Cadang Kat DNJ buat kereta kabel Dari Kuala Tahan ke Gunung Tahan. Baru boleh masuk rekod
dunia.

Kas ni cadang je. Cadang yang kechik Awak tak nak
Jadi kas cadang yang billion terus.

Tolong sampaikan.

Anonymous said...

HAAAA HEBATNYEEEEE YAB DS NAJIB KENE DATANGGGGG, KAWE SOKONGGGGGG, KE PADANG PIOLLLLL TEMPAT HEBAT ZAMAN KOMUNIS DULUUUUUU. ORGNYE BIJAK PANDAIIIII JIKA DIBANDING DGN JIRANNYEEEEEE, SELAMAT DATANG YAB DS NAJIBBBB.

ORANG UMNO - BAHAGIAN / CAWANGAN LAINNN - WOK BULAYT, WOK KELABU KEEE, WAHHHH KE JANGAN DATANGGGG LEEE. YIBUK YIBUKKKK JEEEE. DS NAJIB HNDAK BERSAMAEEEEE ORG PADANG PIOLLLLLL YG PANDAIIIIIII, CERDIKKKKKKKKKK,

Anonymous said...

terima kasih YAB PM yg dtg k Pdg Piolllll, kami sokonggggggg

Durian Gugur said...

Wzwh,
Saya telah membaca tulisan tuan yang lepas ttg pembangunan yg dirancang serta yg dalam perancangan..Wzwh,
Saya telah membaca tulisan tuan yang lepas ttg pembangunan yg dirancang serta yg dalam perancangan..
Saya juga membaca bahawa sudah namun perancangan yg di warkan banyak berkisar ttg keperluan asas seperti air,eletrik,jalan raya serta jambatan.benarlah seperti kata wzwh bahawa sudah 50 tahun rakyat dun tahan bermimpi utk lihat pembangunan di kawasannya.cuba wzwh pikirkan bahawa jika berkhidmat di mana 2 sektor,usia 50 tahun biasanya org sudah mula bercerita tth cucu,bila nak pencen,dah pegi mekah ke belum dan ll.tapi bn asyik bercerita soal,dapat keje mana?berapa gaji?bila nak khawin? dan byk lagi... Perumpamaan Ini menceritakan bagaimana bn memanfaatkan usianya yg hampir pencen diusia 60 tahun..masih lagi bercerita ttg keperluan asas..sepatutnya diusia tersebut kita tlh bercerita ttg,pemasangan line internet 4g di kawasan dun tahan,mewujudkan satu kg satu product,mewujudkan kilang2 aotomotivr daerah jerantut,mewujudkan pusat tahfiZ di dun tahan dan perkara yg sesuai dgn zaman..tv hijrah pun tak dapat,nak crite pasal juta2222... Lucu..

Kpd pengundi dun tahan,pilihan di tangan anda.adakah anda sanggup tunggu 50 tahun lagi atau tidak sanggup..sbb kkita semua tahu bahawa kadangkala pemimpin yg dilantik telah mengusahakan ladang tebu dipinggir bibir...

salam ramadhan buat wzwh dan pembaca sekalian...

Anonymous said...

Usia 60 tahun bn baru awal remaja sbb ko je yg letak 60 tahun usia persaraan..bg bn slps 50 tahun ni kita baru nak bertatih selepas merangkak sekian lama 400 tahun dijajah..pandai2 ko je letak usia persaraan itu utk ko..kami generasi baru nak 60 tahun lagi bn yg baru bertatih akan mula berlari & 60 tahun lagi mngkin akan berlari yang memecut..jd jgn pikir umur ko je,abis negara ni kami anak cucu selepas tu tak warisi..klu takat nak bagi kami warisi PR,baik mat kilau dulu xyah serahnyawa memberontak,wan ali tak susah2 keje jd komunis memberontak..tu la akal sekolah tingkat 5 je nak menulih sangat

Anonymous said...

betoiiiiiii, PM mai org UmnO Jlantut takdeeee sukeenyeeeee kamiiiii, klau tak ade laaa wok le wak leee kicap leeee haaaaaa bestnye PM dtng k Padang Piollll tadiiii. Oraung Umno takdeeeeee bestnyeeee

Quiet Despair said...

Salam Ramadhan Abang Zuri and all Muslim friends.
Maaf zahir dan batin.

Syok tengok TV oghang kaeh sambut DS Najib. Sure abang kita busy tadi.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam QD,
Salam Ramadan. Memang WZWH busy tadi hehehehehe.

Unknown said...

We have done our best, with utmost efforts so far. ye doh yang best wan mizan yang best WZWH... kome ni yang tak best nye.. gon kenyang memang lah best

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024