Sebenarnya dulu negeri Pahang lebih besar dari yang ada sekarang. Empayar Srivijaya hingga Empayar Majapahit telah menjadikan negeri Pahang sangat besar.
Negeri Pahang merangkumi selatan Semenanjung Tanah Melayu hingga ke utara. Empayar Majapahit merujuk Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang.
Dengan saiz negeri Pahang yang ada sekarang kenapa Pahang negeri besar tetapi rakyat tidak ramai?
Sedangkan dulu semasa pengangkutan utama ialah sungai sudah tentu Pahang dengan Sungai Pahang yang kaya dengan anak-anak sungai merupakan 'super highway' orang zaman dulu. Logiknya mesti Pahang negeri ramai penduduk.
Siapa yang boleh menjawap persoalan yang WZWH bangkit ini? Penduduk negeri Pahang tidak ramai hingga Almarhum Tun Razak terpaksa mengimport peneroka dari negeri lain datang bermastautin di Pahang.
Menjawap persoalan ini kita kena kaji sejarah negeri Pahang.
Selepas Empayar Srivijaya runtuh sekitar 1000, Pahang bersilih ganti dijajah oleh Majapahit, Siam dan Kesultanan Melaka. Pahang direbut oleh Portugis, Belanda, Johor dan Acheh pada abad ke 16.
Pada masa inilah hampir semua penduduk Pahang dibunuh, terbunuh dan dijadikan hamba. Raja Pahang dibunuh dan ekonomi Pahang hancur musnah. Tiada orang mahu tinggal di Pahang menyebabkan migrasi besar-besaran ke negeri lain.
Selepas kejatuhan Acheh pada pertengahan abad ke 17, Pahang dibawah pemerintahan Johor. Namun Sultan Pahang dari keturunan Melaka dan Dinasti Bendahara Johor telah memerintah Pahang berkesinambungan sejak 1470 hingga lama-kelamaan beransur Pahang menjadi autonomi.

Bila Empayar Johor musnah dengan kehilangan Riau-Lingga, Dinasti Temenggung Johor telah MOU dengan Dinasti Bendahara Pahang bagi persefahaman, pengiktirafan dan perlindungan negeri Johor dan Pahang, hak Temenggung dan keturunannya memerintah Johor serta hak Bendahara dan keturunannya memerintah Pahang.
Akhirnya tinggalan Empayar Johor menjadikan Johor dan Pahang sebagai negeri yang bebas dan merdeka.
Lagi sekali peperangan saudara antara Tun (Wan) Mutahir dan Tun (Wan) Ahmad berebut jawatan Bendahara Pahang dari 1858 hingga 1863 membuatkan negeri Pahang huru hara.
Rakyat Pahang kena membuat pilihan:
- Menyokong Bendahara Tun Mutahir
- Menyokong Wan Ahmad
- Berkecuali
- Meninggalkan negeri Pahang buat selama-lamanya
Pertaruhan dan perjudian politik yang besar. High risk high return. Betul sokong senang, bertambah kedudukan pangkat dan kuasa.
Tidak betul sokong musnah pelaburan dan harapan serta hilang kedudukan, pangkat dan kuasa.
Ahli politik Pahang masa itu termasuk Kerabat dan Pembesar-Pembesar Pahang 4,8,16,32 kena pandai baca politik.
Walau tiada blog masa itu orang Pahang mudah juga baca politik. Orang Pahang tengok bagaimana sokongan rakyat Ulu Pahang dahulu dari Sungai Tembeling dan Sungai Jelai. Kemudian sentimen itu menghilir Sungai Pahang hingga ke Kuala Pahang.
Bila orang Tembeling dan Jelai bersatu maka maralah semua rakyat Pahang membawa perubahan politik order baru Pahang.
Peperangan berakhir bila Wan Ahmad memenangi dan diistihar Sultan Pahang yang pertama dari keturunan Raja Bendahara Pahang.
Tetapi tidak lama untuk berkuasa secara absolute monarchy kerana British memaksa Pahang menerima seorang Residen British.
Akhirnya Tok Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan para pahlawan Pahang bangkit kembali berperang gerila dengan British yang menyebabkan British kerugian besar hingga Pahang tenat kewangannya muflis!
Semua kerugian kena ditanggung oleh Sultan Wan Ahmad!
Maka kita dapat lihat dari sejarah bahawa sebab politik lah, ketidakstabilan politik, campurtangan pihak asing, peperangan sesama kita menyebabkan ekonomi Pahang hancur dan rakyat Pahang sengsara lalu ramai berhijrah ke negeri-negeri lain.
Itu sebab kenapa rakyat Pahang tidak ramai terpaksa import rakyat dari negeri-negeri lain.
Bagaimana mahu menambah rakyat Pahang sedangkan negeri Pahang ini luas?
Maka itu terpulang kepada pemimpin UMNO dan BN memikirkannya bagaimana dan kenapa Pahang negeri besar tetapi rakyat tidak ramai?
11 comments:
Baguslah tulis blog sejarah
Walaupun tak tepat
Teruskan
Paling best ikan kenerak tu masak gulai rong.
Salam Ramadhan Abang Zuri dan kawan-kawan
Bestkan kita Pahangnites negeri besor tapi tak ramai penduduk.
Macam orang kampung saya, ramai sedara mara cuma ada anak dua atau tiga orang. Ada yang anak hanya seorang.
Tak macam orang kampung negeri lain yang anak sedozenpun ada.
Maybe it's in the water that they drink.Hahaha.
But we can take consolation in the fact that we can have more land, more water and more food.More education and job opportunities.
Tanah kitapun boleh sedekah kat orang Felda yang datang dari negeri lain especially Kelate and Kedah.
Itulah sebab Allahyarham Tun start Felda schemes in Pahang.
Buatlah IPT di setiap daerah, ramai akan menetap di Pahang dan beranak-pinak di Pahang. Ni balik2 IPT pusat di Kuantan dan Pekan/termasuk Muadzam. Temerloh dan Jerantut selalu dianaktirikan.... boleh blak lah BN, baik undi PR, ada gak janji nak buat Univrsiti.. ini BN sejak tahun 2000 janji kat Tloh nak ada IPT, mula2 cawangan UM, sekarang ahli Parlimen baru kata cawangan UIA... haha... MRSM atau Maktab Perguruan pun tak dapat, ni kan pulak IPT. Dah nasib Tloh dapat ahli Parlimen yang lembab!
Nak sangat ke IPT buat depan rumah, tapi anak kampung tak yang mahu masuk IPT tapi jika dipkasa masuk juga membolehkan mereka lawan kerajaan, demontrasi sana sini. Menysahkan...
Banir..
itu satu sebab kenapa pahang ni x ramai orang..tapi itu dah jadi sejarah..
sekarang ni nak ramaikan penduduk pahang, pertama ekonomi pahang kenalah membangun..
bantu anak negeri sendiri, beri peluang pekerjaan/pendidikan, barulah beri peluang kepada orang luar.
Felda di pahang ni patut dibuka beri pada anak negeri sendiri..ramai anak negeri ni terutama golongan muda tidak berharta. Tak ada kerja. Ambillah mereka masuk Felda.
agihan ekonomi negeri pahang ni x sekata..contoh jelas Dun Tahan itu sendiri..bila jadi macam ni, sudah pasti anak muda terpaksa berhijrah ke tempat lain.
sekarang pahang bukan lagi berlaku peperangan. Sultan pahang bukan lagi berkuasa mutlak sampai nak berebut takhta. Jadi salah siapa pahang ini tak membangun?
saya orang bentong.orang tempat MB sendiri..org tmpt menteri kesihatan..tapi bentong masih macam ni juga.
takde apa apa kemajuanpun melainkan jalanraya yang semakin sesak, sesak sebab ditambah dengan orang negeri nik aziz yang dok lalu bentong. itu jelah kemajuannya.banyak kereta atas jalan.
maju sungguh pahang ni huh
Ikan pelata ditimbang kati
Ambil reja mengikat sudu
Kita saja yang buta hati
Dah banyak berubah berbanding dulu!
Pendeknya akal pengkomen nama Banir, confirm tak pernah masuk IPT!
teruskan wz, penulisan anda sangat menarik. buat tak tahu saja pada yang suka mengkritik
Tahniah bentong..haha hebat ada 2 org besar
Tahniah bentong..haha hebat ada 2 org besar
Post a Comment