Saturday, July 28, 2012

DS Najib Bersedia Turunkan Harga Kereta?


WZWH menyifatkan Rafizi Ramli , Pengarah Strategik PKR seorang yang genius mahu turunkan harga kereta.

Harga kereta terutama kereta import dikenakan cukai maksimun melebehi 105%. Kadar cukai tinggi ini diperkenalkan sejak 1984 kerana mahu melindungi Proton.

Pemansuhan cukai kereta ini akan membantu pembangunan ekonomi dengan merancakkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengurangkan bebanan hutang mereka.

Rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3000 membelanjakan hampir 50% pendapatan untuk kereta.

Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata kalau kerajaan mansuhkan cukai kereta kerajaan akan kehilangan RM4.6 bilion setahun. Selain boleh menjejaskan Proton.

Rafizi Ramli mahu kerajaan cari jalan bagaimana RM4.6 bilion boleh diatasi.

Kepada orang muda terutamanya teringin juga memandu kereta berjenama dengan harga yang lebih murah. Rakyat berpendapatan rendah mahu membeli kereta Proton yang lebih murah.

Proton pun sekarang dikenakan cukai 85%.

Bersediakah DS Najib menurunkan harga kereta? Sehingga PRU 13 tamat tempoh pada May 2013, DS Najib masih punya banyak masa memikirkan isu turunkan harga kereta ini.

3 comments:

Anonymous said...

masih ada masa lagi ds najib...fikir2...nak beri apa lagi ni?...tiap2 hari ada sahaja yg diumumnya...hahahaha

dobit127 said...

harga kereta...

Tak tahu ler nak cakap..Ikut populis memang ler kena turun, sebab rakyat ramai lagi x mampu.. bila turun, ramai akan membeli kereta, jalan semakin sesak..Orang ramai pon bising pulak....So, kerajaan pon kena keluar duit bina highway baru pula....Dah ler duit kurang akibat hilang cukai dan duti kereta malah kena tambah duit lagi bina highway.... Kena pula tanpa tol...penyelenggaraan lagi....aduuuu..masuk kanan , masuk kiri....

Tapi bila buat tak tahu pula, karang undi mengurang pulak.... Sebab isu ni dimainkan oleh PR..

Anonymous said...

Lazimnya manusia takut pada perkara yg mereka tak tahu. Sabenarnya, apa yg ditakutkan itu kata menteri2 adalah persepsi. Kepada rakyat amnya termasuk orang Umno, adakah anda takut jika anda membeli kereta Proton dengan harga Rm20,000 lebih rendah dari harga sekarang? Ini real punya, bukan lagi persepsi.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024