Pada posting yang lepas WZWH berjanji menulis posting tentang "Harapan Dan Impian Penduduk Ulu Tembeling: Penyelesaiannya.
Lebih 50 tahun pemimpin-pemimpin yang terdahulu merancang supaya kemudahan infratruktur dinikmati oleh penduduk Ulu Tembeling agar pertumbuhan dan limbahan ekonomi dapat dirasa.
Berbagai-bagai pemimpin telah dicuba baik yang belajar wartawan, PTD Universiti Malaya, belajar kayu dari Kanada, dari Istana dan ustaz dicuba tetapi gagal untuk merealisasikan harapan dan impian penduduk Ulu Tembeling.
Tidak ada finishing touch, tidak ada solution. Tidak ada will power, tidak ada kesungguhan apa lagi kreativiti dan inovasi.
To blame these leaders is not fair also because the responsibility is rest on MB and PM. Hence to condemn PM and MB is consider heretic!
Lembah Tembeling memerlukan pemimpin yang boleh mengerakkan dan menggoncangkan PM dan MB dari tertidur....but is a rare and unique species kind of leaders. Jerantut needs competent and visionary leaders
WZWH is confident to present this "Harapan Dan Impian Penduduk Ulu Tembeling: Penyelesaian.
Mari dengar fakta-fakta yang WZWH bentangkan:
Sign board fasa 1 Projek Jalan Ulu Tembeling dari Kuala Tahan ke Kampung Pagi, jarak 26km kos RM120 juta. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2013. Jalan tanah merah sekarang hanya boleh dilalui menggunakan kenderaan 4WD.
WZWH diberitahu kereta kancil pun boleh sampai ke Kampung Pagi dari Kuala Tahan jika hari tidak hujan. Jika hari hujan jalan tanah merah akan jadi licin dan lembik menyukarkan kenderaan biasa.
Ini dia foto-fota keadaan Projek Jalan Ulu Tembeling yang WZWH telah lalui dengan kereta WZWH sendiri:
Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 2 dari Kampung Pagi ke Kampung Pagi ke Kampung Mat Daling jarak 61.3km kos RM266 juta akan menyusul selepas Projek fasa 1 siap.
Untuk menambahkan lagi pertumbuhan ekonomi Ulu Tembeling, satu Projek Jalan dari Kampung Mat Daling ke Kampung Pasir Raja, Terengganu jarak 70km kos RM300 juta sudah diluluskan cuma tunggu peruntukan.
Projek Felcra 10,000 ekar Ulu Tembeling dan Projek Ladang Yayasan Pahang 20,000 ekar akan menambahkan lagi keceriaan pertumbuhan ekonomi Lembah Tembeling.
Maka ini semua adalah infrastruktur asas ditambah produktiviti ekonomi unit dan projek pertumbuhan kemajuan luar bandar KKLW melengkapkan lagi kesejahteraan penduduk Ulu Tembeling dan kawasan sekitar termasuk Daerah Jerantut.
Inilah penyelesaian masa depan harapan dan impian penduduk Ulu Tembeling. Ada banyak lagi sektor-sektor ekonomi yang membuktikan Lembah Tembeling sebenarnya adalah lubuk emas ekonomi. Tunggu posting-posting WZWH selanjutnya...
WZWH mahu semua penduduk Ulu Tembeling BUKTIKAN sokongan anda semua kepada kerajaan BN. Kali ini WZWH mahu UNDI ZERO PEMBANGKANG pada PRU 13 nanti.
Bolehkah UNDI ZERO PEMBANGKANG sedara-sedara WZWH semua?
Auuuuk....Auuuk...Auuuk....Gon semua boleh BUKTIKAN!
9 comments:
Mak cik dan pakcik Felda tetap akan sokong BN.
tepat sekali WZWH... buktikan UNDI ZERO PEMBANGKANG pada PRU 13 nanti, dengan mudah, boleh dicapai!
tambahan pula, pehak pembangkang hanya mampu menampilkan bakal pemimpin macam Ariff Sabri... nama aje arif!
ini adalah petikkan dari rencana terkininya, "...Rakan saya Aspan Alias sekarang phobia hendak pergi ke tandas awam. Takut2 ada kamera tersembunyi yang di pasang oleh Mamat UMNO. Bukan sebab skendal- Aspan takut kena didedahkan aib. Takut2 orang UMNO kata, Aspan Alias cakap dan badan besar, tapi punai kecik..."
kenapa ulangi perkataan takut kerap sangat ni, Arif? apa sebenarnya yang Arif takutkan ni?
si Arif ni, kata Aspan tu rakan dia... tapi sanggup dia membongkar rahsia punai kecik si-Aspan. lepas tu pulak, mahu tuduh orang UMNO yang mendedahkannya... walhal Arif Sabri yang telah mula2 menimbulkan isiu ini didalam blognya, Sakmongkol47.
kalaulah dia sanggup buat chamtu pada rakan dia sendiri... jadi, kalau kamu pilih dia jadi pemimpin kamu, sudah tentunya dia akan jual kamu dengan mudah sahaja!
aku tak mahu tanya si Arif ni, chamna dia tahu fasal punai kecik si Aspan ni? itu hal mereka berdua. tapi, yang anehnya, benda2 chamni banyak berlaku dengan geng Pakatan ni... contohnya, Anuwar dan Azmin dan Shamsidar. paham2 aje lah!
bersangkut fasal Azmin, si Arif ni tulis, "...Saya tidak mengenali Azmin Ali secara peribadi dan tidak rasa rugi pun jika tidak mengenali dia..."
pelik jugak ni!
bukankah jika Pakatan menang, si Azmin tu akan jadi menteri yang lebih besar dari si Arif ni? kalau begitu chamna mereka mahu bekerjasama?
barangkali dia dah tahu fasal komplot dalaman PKR untuk menjatuhkan si Azmin ni... ataupun dia dah tahu sesuatu yang kita tak tahu. maklumlah, kan si Arif ni, penulis hebat pehak pembangkang... itu pun kalau kita baca dalam blognya sahaja.
berbalik kita pada apa yang ditulis oleh si Arif ni...
Arif tulis, "...Tapi apa yang di lakukan oleh media kawalan UMNO keatas nya, melebihi garis good tastes. Its gutter politics at its most vile. Kita tidak tahu macam mana video mengenai orang yang menyerupai Azmin di ambil. Jika di ambil, maka ianya mesti di rancang begitu rapi. Authenticity video clips itu kita tidak tahu. ..."
Arif bermula dengan, tanpa segan dan silu, menudoh UMNO... tetapi pandai pula kata yang "...Kita tidak tahu macam mana video mengenai orang yang menyerupai Azmin di ambil..."
jadi, jikalau kita tak tahu chamna video tu diambil, chamna Arif tau UMNO yang bertanggungjawab? Arif reka aje, kut? macamlah segala tomahan2 yang Arif lemparkan selama ni, kut?
janji ada kaitan aje... walaupun kaitan itu amatlah tipis dan halus macam Siratul Mustakim!
Arif ni, semenjak kebelakangan ni, sudah pandai baca Hadith... walaupun sudah memeluk agama DAP... tapi, maklumlah, kan PAS tu dalam geng mereka?
si Mamat Arif ni, bertanya, "...Siapakah yang lebih munafik antara kita?"
wah, Arif... jadi kamu sudah mengaku diri kamu ni dari golongan munafikin lah?
Baguslah begitu... sesunggohnya Allah Maha mengetahui apa isi kandungan hati mu... dan Allah telah menunjok tanda2 orang munafik kepada hamba2nya yang beramal soleh.
... bersambung...
... sambungannya,
Oiii, Arif... fahamkah kamu apa munafik itu?
Arif, sesunggohnya kamu tahu tetapi tidak memahami... ada mata tapi tidak melihat, ada telinga tapi tidak mendengar, dan, ada otak tetapi tidak digunakan! akal, tanpa ilmu tidak ada ertinya!
Ketahuilah, wahai Arif Sabri... munafik itu tidak ada darjahnya, tidak ada lebih atau kurang munafik... munafik itu adalah munafik!
Arif Sabri ni telah mengakhiri penulisan terkini diblognya dengan, secara tidak lansung, mendedahkan satu lagi sifat munafikin didalam agama barunya, agama DAP.
dia tulis, "...Mendusta dan memfitnah adalah keperangaian kedua UMNO..."
memang tepat sekali Arif... mendusta dan memfitnah adalah keperangaian kedua UMNO, KERANA mendusta dan memfitnah adalah keperangaian PERTAMA DAP.
patutlah si Arif Sabri ni, taksub sangat dengan perkataan "TAKUT... rupa2nya dia takut orang tahu siapa dirinya yang sebenar!
Alahai, Melayu... insaflah!
deme dah 50 thun lebih memerintah bru nak mula buat jalan ke hulu tembeling..kalau parti pembgkang yg memerintah rasanya tak smpai 50 thun jalan ke hulu tmbeling dh buat ..yg deme ni dh 50 thun lebih baru nak buat..apa kejadahnya?...deme tu buat kat urang derulu tu budo gamoknya ...biarla pasni urang derulu undi kat pmbgkang pulak..deme ada peruntukan buat projek tmpt lain ..padahal undi org derulu sellu bg kat umno..terima kasih..
Anon 10:49
Betul tu.Dah lebih 50 tahun,jalan 26km je dari Kuala Tahan ke Kg Pagi pun terhegeh-hegeh nak buat.Apalah lagi nak tipu nak buat sampai ke Pasir Raja,Terengganu.Takkan tak perasan lagi pattern UMNO/BN nak bodek rakyat bila nak pilihanraya ni.Macam2 kelentong boleh dengar,lepas tu senyap sunyi sampai la 2016/2017 baru boleh dengar dia bising balik.Cuba bagi Pakatan memerintah,rasanya jalan dari Jerantut ke Dungun boleh dibuat.Tapi BN akan kata ape pulak?Pakatan cakap tak serupa bikin,pandai spin auta bla bla bla bla bla.Cuba kita bukak mata apa BN dah buat di Ulu Tembeling?Kemudahan asas paling basic,jalanraya pun tak ada.Adakah itu contoh kerajaan yang bagus?Bermacam macam rasuah sejak dari merdeka kalau dihimpunkan berbilion-bilion antara nampak tak nampak,kalau disalurkan kepada Ulu Tembeling dah boleh siap jalanraya tu dah lama dah.Tak perlu bantuan duit gula-gula BR1M tu,kalau kerajaan cerdik,dia akan buat jalanraya,lepas tu pandai2 la orang Ulu Tembeling berdikari.Ni semua nak BODEK tak habis.asal pilihanraya bodek,ass kissing,bodek memanjang.Fikir-fikirkanlah.zaman dah berubah,rakyat tak bodo la
Ha ha
Apa bodoh sangat Umno Dan pakatan.
Biarkan kehijauan Tembeling kekal Kini Dan selamanya.
Jalan raya , ladang Dan projek merupakan pintu kepada kerosakan.
Cuba anda fikir, Tanpa jalanraya, orang masih boleh
Curi balak.
Tanpa Jalan raya, banyak Rusa dah kena bunuh.
Setakat nak Bantu beberapa keluarga, sediakan sedikit imbuhan untuk mereka.
Jalanraya Cuma jalan untuk mereka keluar Dari ulu Dan Akan diganti Oleh orang Lombok Dan bangla untuk mengerjakan ladang2.
Itu belum dikira dengan tanah yang dijual Dan dipajak.
Kena fikir baik baik . Jangan Kira politik saja.
Aok anon 9:57 nak duduk di zaman batu duduklah sorang2 jangan suruh orang Ulu Tembeling ikut cara aok. Pemikiran cara aok ni negatif.
Kawash cuma suka kehijauan Dan suasana kampung bantal.
Kalau setakat nak ikut beberapa kerat orang wan nak kaya Dan hidup dalam banglo 3 Tingkat, eloklah suruh mereka pindah ke jerantut.
Senang cerita.
Setuju....setuju....setuju.....aku nak balik kg naik kerete la gatek gon x daye dah nok tulok perahu..jere amat rasanye gon ai.
Post a Comment