Wednesday, May 9, 2012

Vrooom...Vrooom...Vrooom...Durian Runtuh Peneroka Felda


















Pengumuman durian runtuh dari DS Najib yang ditungu-tunggu oleh lebih 112,000 peneroka....Transformasi fasa ke empat Felda abad ke 21 go global.



















Berapa nilai durian runtuh? Semua peneroka meneka...



















RM1.69 bilion....apa peneroka nak lagi. RM15,000 per household, extra bonus, blue form, tabung amanah, dividen dll...banyak lagi.




































Hidup Felda...Hidup Felda...Hidup Felda..



















Doa selamat sebelum DS Najib dan DS Rosmah berlepas.



















Thank you DS Najib Prime Minister of the blessed land.

23 comments:

Aku Peduli Apa @ APA said...

Assalam bro Wan.
Bukan Broomm...Broomm tapi Vrooomm..Vroommm.He he..nanti ada orang ingat penyapu lak.

Saya dah kena tegur bab Broommm ni..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam bro Apa,
Ok WZWH ubah spelling. Terima kasih.

Anonymous said...

WZWH ni umur dia berapa? Aku tengok blog dia ni macam budak2 tadika tulis jer?

Seronok betul dia pasal durian runtuh ni. Harap harap UMNO BN dia tak runtuh dalam GE 13 nanti agar dia boleh tengok negara pula runtuh lepas tu !

Macam budak belum sunat dia ni. Ni ke calon winable pilihan Najib kat Pahang ?. Aku rasa Najib pun kena fikir 100 X nak calon dia ni. Kalau pilihanraya tadika..memang sah Wan Zuri boleh menang. Kik kik kik

Anonymous said...

Ha ha ha,

Gambar kerusi kosong melambak kat belakang tak pula geng ni ambil masuk dalam blog. Cuma snap foto kat depan saja. Belakang jurugambar tu wal hal berderet kerusi kerusi kosong. Memang lawak betul geng ni.

Anonymous said...

Menurut prospektus penyenaraian, saham Felda dalam FGVH sebanyak 1.2 billion di jual kepada awam pada harga RM4.65 se unit. Hasilnya dapat RM5.6 billion. Agihan yang diberi kepada 112,000 peneroka ialah RM1.69 billion. Bakinya sebanyak RM3.9 billion pergi kemana??? Sepatutnya peneroka dapat RM50,000 bukan RM15,000. Mencuri duit rakyat tak habis2. Pemimpin UMNO nak tipu Melayu senang saja. Biarkan Melayu miskin dan jahil maklumat, senanglah kena tipu. Saya kasihan dengan peneroka yang jujur dan lurus bendul ni. Harap2 anak depa yang berpelajaran dan tak ada kepentingan dalam UMNO dapat beritahu mak bapak masing2 kedudukan sebenarnya.

Relevan said...

Jumaat ni terima BR1M.. :)

Anonymous said...

Anon 4.46
Awak ni sekolah pondok mana ? Listing bukan satu perkara main main bodoh.Kalau dah pembangkang memang tak senang tengok orang lain senang.Teruskan fitnah sampai PR kalah PRU 13.Nak bodohkan siapa bro ?

Anonymous said...

Anon 5:55,

Jawablah kenyataan Anon 4:46 dengan hujah dan bukan dengan statement 2 baris yang tak ada fakta. Tu lah mak bapak suruh belajar tak nak. Dah besar jadi pak turut. Bagi peneroka RM15k, pak menteri dan kroni sapu juta-juta.

Anonymous said...

Marah nampak mamat 8.08.Prgi main jauh.Fvgb listing will be subject to full Bursa scrutinsation you fool.There is no way any excess will be for BN.Further, it involve global investment not PR investment.There is no need to politise the listing if you dont know a thing about the listing process lah Dol .It is not as simple as your calculation, faham.Gars gara gara sekolah pondok.

Anonymous said...

Aku rasa harga FGVH RM4.65 is a bit too high. Mana punya pengampu yang set harga terlalu tinggi ni. Aku takut lepas 6 bulan harganya pasti jatuh. Masa tu, orang yang beli saham masa IPO mula menung tak tau buat apa.

Anonymous said...

Anon 8.08

Kalau awak ada duit awak boleh beli.Tapi awak tak mungkin boleh kerana awak sibok busy fitnah saja.Very unproductive.Selepas Bersih BN akan mudah mendapat 2/3 majoriti kerana DAP dan PAS sedang berebut kerusi dan PKR ni pulak banyak masaalah.Selangor nampaknya akan jatuh ke tangan BN.Janji lama masih tak dapat nak di kotakan.Eh..eh..eh..PR yang penuh dengan rhetorics.

Anonymous said...

Majlis Di Jengka 8 adalah majlis lelongan tanah ladang sawit milik Felda seluas 360,000 hektar. Pihak yg berjaya dalam lelongan ini ialah FGVH. Dengan aset bernilai tinggi ini maka saham FGVH telah dinilai pada harga RM4.65 seunit sebelum diapungkan.

Seronok benarlah Najib, Isa Samad and The Geng kerana mimpinya telah bertukar menjadi kenyataan...yg paling seronok Nazir anak Tun Razak adik Najib kerana banknya CIMB telah dilantik untuk membiayai pinjaman beli saham oleh para2 peneroka. Para2 peneroka juga menumpang seronok. Apa tidaknya, mereka mesti melansaikan pinjaman ini dalam tempoh 6 bulan. Jalan terbaik bagi melunaskan hutang pinjaman tsb adalah dgn menjual semua saham yg mereka beli. Jika harga saham dibawah nilai maka peneroka kenalah keluar duit poket sendiri untuk menampung baki pinjaman termasuk bunganya (riba)sekali...

Natijah dari akitiviti penjualan saham oleh para2 peneroka serta oleh pelabur2 bumiputera (Melayu Islam) yg sememangnya mendapat pembiayaan drp bank maka tanah ladang seluas 360,000 hektar yg sepatutnya milik generasi ke dua peneroka (telah ditukar status oleh Mamak Mahathir pada 1987) telah bertukar tangan....

Yg aku kagum ialah apabila aku melihat Che'gu Nan MB yg aku kira antara MB yg paling brutal, tesengeh2 gembira. Sebenarnya, aku rasa maruah MB ku ini telah dirobek memandangkan beliaulah anatara MB yg paling lantang menentang pengswastaan Felda di era Pak Lah dulu....

Inilah wajah2 orang UMNO selagi rakyat boleh diperbodoh dan diperkudakan maka mereka akan lakukan semejak dulu, kini dan selama2nya. Insaflah wahai saudara ku..

Anonymous said...

Dapat RM15 ribu, tanah Felda tergadai. Dulu semasa BERNAS nak disenaraikan di Bursa KL, alasannya pun lebih kurang sama dengan alasan FELDA sekarang ni." Kita akan memastikan kepentingan beras rakyat Malaysia tidak tergugat dengan penyeneraian awam saham BERNAS."

Bila cina Taiwan mula membeli saham BERNAS ke tahap pegangan pengekuasaan mulalah kelam kabut.

Tak usah nak berbohonglah. Apabila saham disenaraikan ke tahap " awam " maksudnya ia boleh dimiliki oleh sesiapa saja kerana hanya ' harga ' yang menentukan miliknya, bukan Najib, bukan Isa, bukan UMNO, bukan Syed Mokhtar, bukan kerajaan, bukan PERKASA yang dapat menentukan pemilik mutlatnya.

Hari ni dapat RM15 ribu, esok tanah FELDA milik orang lain.

Penny Wise Pound Foolish

Anonymous said...

khas pada AnonMacaiPembangkangPembohong 4:34... dengan gaya tersendiri rekaan PAKATAN, dia menipu kita, "... Gambar kerusi kosong melambak kat belakang tak pula geng ni ambil masuk dalam blog. Cuma snap foto kat depan saja. Belakang jurugambar tu wal hal berderet kerusi kerusi kosong. Memang lawak betul geng ni..."

Bukti yang sah membongkar tipu-helah, muslihat, niat jahat kaum Al-Munafikin wal-Pakatan boleh dilihat disini

gambar oleh Hussein, The Mole

Anonymous said...

Anon 11.07,
Ini satu lagi mamat PR sekolah pondok.Baca prospectus dan read details please.Tanah hak Felda di sini tak affectedlah lol .Macam manalah melayu nak maju asik duduk bawah tempurung aje.Tak berani dan tak pandai ambil risiko.eh..eh..eh..narrow minded species.
Di Felda Jengka banyak kerusi kosong ? Yang aku tahu cukup ke kerusi untuk 40,000 orang yang datang tu ? Gara gara tak tengok tv 1,2,3.Ruginya engkau bersekongkol dngan DAPig macam macai DAP Sakmongkol. Eh..eh..eh..Tak tahu fakta jangan nak komen dol..

Anonymous said...

Anon 12:30,
Anda sentiasa diperbodohkan oleh UMNO dari dulu sampai Umno terkubur atau anda terkubur (mana yg dulu)...

Untuk makluman anda, tanah 360,000 hektar ini asalnya milik kerajaan negeri yg dianugrahkan kpd Felda bagi tujuan diagihkan kpd anak2generasi ke dua peneroka. Malangnya pada tahun 1987, Mahathir telah memberhentikan skim pengambilan peneroka dan tanah tsb diserah kpd Felda untuk dijadikan ladang komersial...

Ladang ini merupakan sumber pendapatan utama Felda dgn pendapatan sekitar RM2.0 billion setahun. Pendapatan hasil ladang ini digunakan oleh Felda untuk menampung kos operasi/pengurusan serta utk pembangunan di tanah rancangan. Selebihnya disimpan dalam bentuk tunai. Sebelum Najib jadi Menteri Felda reserve tunai Felda kira2 RM4 billion.

Hari ini setelah beberapa kali percubaan untuk listing Felda Holding (agent yg mengurus ladang Felda tsb) oleh regim Mahathir dan Pak Lah gagal, Najib telah berjaya melakukannya. Hebat anak Tun Razak ini...

Tanah seluas Negeri Melaka ini akhirnya telah dipajak kpd FGVH. Saham FGVH diapungkan ke Bursa Saham KL dan sesiapa saja boleh memilikinya termasuk oleh Mr Chan dari Taiwan...yg melopong anon 12.30 dan rakannya yg bodoh lagi diperbodohkan.

dinoscots said...

Bukankah elok tanah felda ini diuruskan dengan lebih professional dan telah dijanjikan yang tanah ini is protected dan tidak akan tergadai.
Kenapa agaknya yang PR terlalu sibuk menentang sedangkan masyarakat felda sendiri rata rata kebanyakan setuju dengan listing ini.Saya yakin dengan kejujuran kerajaan UMNO/BN melakukanya untuk kebaikan peneroka.A step in the right direction.Tak usah di politikkan isu ini.Pahang tetap mahukan Najib dan UMNO /BN.
Kerajaan UMNO/ BN tetaptunsikan janji walaupun di Pulau Pinang.Lihat Jambatan kedua Pulau Pinang masih diteruskan
Apa masih hendak kelirukan UMNO baru dan Lama ? Perjuangan UMNO tetap sama satu pun tidak berubah.Yang berubah adalah mereka yang berkiblatkan DAP !. Aziz pun telah tamatkan statusnya kerana perbezaan pandangan terhadap bersih inikan pulak membet baru DAP kita.It will judy a matter of time.DAP tetap chauvanistic dan racist.Selamat menyambut ulangtahun ke 66 UMNO.!!

Anonymous said...

Anon 5.38PM,

Statement anda, "bukankah elok tanah Felda diuruskan secara professional".

Untuk pengetahuan anda, ladang Felda yg diuruskan oleh Felda Plantation (anak Syarikat FHB) jauh lebih baik berbanding pengurusan ladang2 milik kerajaan Negeri Pahang seperti LKPP. Pada tahun 2011 pengeluaran hasil sawit bagi ladang2 milik Felda kira2 25 tan/hektar setahun berbanding hanya 18 tan/hektar bagi kebanyakan ladang2 milik anak syarikat kerjaan negeri...Angka 25 tan/hektar ini adalah setanding dengan penanda aras industri seperti di Sime Darby dan IOI.

Lain kali anon 5:38PM kenalah bercakap lebih professional...jangan bercakap ikut nafsu..

dinoscots said...

Bagus, sekira Felda Plantation mengurus dengan baik kita mahu dia lebih baik lagi dengan dengan pengurusan yang lebih mantap.Apa salahnya.kita mahukan satu gabungan yang lebih besar saperti CIMB sekarang yang dahulunya Bank Bumiputra.Satelah bergabung dianya menjadi mantap.Bayangkan sekira dibiarkan begitu .Mungkn menempuh kegagalan. Infin juga saya dengar dari pihak Felda Plantation sendiri.Any feedback please,tq

Kampong man said...

Felda Gedangsa - Satu perjalanan.

Teringat saya zaman dulu kakak ipar saya yang bertugas sebagai jururawat/ bidan kerajaan di Felda Gedangsa tahun 1967 sebelum WZWH dilahirkan pun sehingga tahun 2004.Satu masa yang lama 37 TAHUN !!.Bayangkan beliau yang menyambut kelahiran satu bayi perempuan dan juga berjaya menyambut bayi pada bayi perempuan itu tadi.Saya melihat kesusahan ini semua.

Felda Gedangsa selepas itu diserahkan pada peneroka pada satu masa.Saya melihat ianya tidak dapat diuruskan dengan baik oleh peneroka dan terpaksa diuruskan semula pengurusan Felda sekitar lima enam tahun lepas( kalau tak salah saya) Banyak kemajuan dicapai Felda dan kerajaan UMNO/ BN harus memelihara dengan baik menghargai usha peneroka memberi pulangan pada contribution peneroka kepada ekonomi negara.PR tidak boleh claim credit pada usha UMNO/BN ini dan cuba hendak menjadi hero memperjuangkan peneroka Felda.Lupakan, realitinya PR do nothing for the felda people.
Selamat menyambut 66 tahun UMNO untuk kita orang Melayu.

@Kampong man
Ingat, Tan Sri Razali Syabas adalah anak peneroka Felda Gedangsa !
To Tahera , my sister in law ,you did a fabulous contribution to the settlers sacrificing your interest for them for that length of time.A good deed indeed !!

Anonymous said...

Perncacai pembangkang tak habis2 melalut dan memfitnah kerajaan menjadikan warga Felda berada dalam dilema. Kena ingat warga Felda dah 30/40 tahun bertungkus lumus memajukan tanah Felda. Sudah sampai masanya warga tua Felda ini dapat habuan apabila pihak kerajaan mengambil alih dengan pengurusan yang baik. Memberikan peluang orang luar berkerja di bumi Malaysia dengan upah tertentu dan pihak pengurusan bagi warga Felda dengan pendapatan bulanan dengan bonus dan dividen hasil dari kejayaan pengurusan Felda. Jika warga Felda yang berumur warga emas tidak lagi mampu berkerja apakah nereka tidak bagus menerima wang bulanan melalui pengurusan Felda yang amat baik itu. Warga Felda generasi kedua sudah mula maju dengan kemajuan, mereka boleh memimpin adik2 mereka dengan kejayaan hasil dari pemberian tanah rancanagn Felda ini. Berjaya terus warga Felda...

Banir...

Anonymous said...

Untuk renungan semua.....

Apabila BERNAS yang disenarai-awamkan dibeli sahamnya ke tahap pengekuasaan oleh warga Taiwan, kerajaan terpaksa melalui kroni2 koperatnya mengambil alih semula syarikat beras negara yang pada asalnya adalah milik kerajaan.

Caranya samalah saperti lazim dilakukan dalam dunia perniagaan, dengan menawarkan harga saham yg lebih tinggi dari harga yg dibeli oleh orang Taiwan tu.

Orang Taiwan itu dalam masa beberapa hari saja mendapat keuntungan yg besar dan kroni2 kerajaan dengan bangganya berjaya mendapatkan balik penguasaan BERNAS ketangan Malaysia.

Nanti dulu, belum habis lagi....

Bermula dari hari itu harga beras dipasaran tempatan pun mulalah naik melambung. Kenapa begitu? Mengapa tidak...

Untuk mendapatkan saham BERNAS kembali dari tangan orang Taiwan tu, kroni2 kerajaan terpaksa berbelanja berjuta2 ringgit. Wal hasilnya rakyat Malaysia terpaksalah menanggung kos mengambil-alih BERNAS dengan menanggung kenaikan harga beras dipasaran tempatan.

Yang pasti untung, orang Taiwan tu. Yang pasti menanggung kerugian ialah rakyat Malaysia yg makan beras. Kroni2 tu, tak rugi lansung.

Apakah mustahil FELDA akan menemui jalan hampir2 sama dengan BERNAS selepas disenaraikan? Apakah RM15 ribu dan kelapasawit runtuh dapat mempertahankan hak milik mutlak peneroka Felda.

Renung-renungkan lah.

Anonymous said...

Biarkan kerajaan UMNO/BN mengurus negara ini.Mereka lebih mengutamakan rakyat.Saya tak nampak PAKATAN RAKYAT ini boleh memperbaiki hidup rakyat.Isu Felda pun hendak diputarbelitkan .Kami masyarakat Felda tetap di belakang BN.PR tak buat apa pun dengan Felda ZERO!

Felda Jengka

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...