Sunday, May 13, 2012

Tidak Salah Untuk Ahli-Ahli Politik Jerantut Memasang Impian


DS Najib PM dan MB Pahang akan memilih calon parlimen Jerantut yang terbaik bertanding pada PRU 13 nanti. Kita ahli-ahli UMNO Jerantut ikut, patuh dan sokong serta buat kerja pastikan menang. Kalau calon kesukaan kita dipilih, alhamdulillah bonus, kalau tidak kena ke orang lain, kita kena terima dengan hati yang terbuka.

Sudah lama WZWH tidak menulis posting tentang ahli-ahli politik Jerantut. Rupanya ramai yang rindu posting-posting yang berbentuk kritikan dan teguran kepada pemain politik Jerantut.

Mereka kata selain WZWH bagus bercerita sejarah Jerantut juga mereka suka bila WZWH tulis menghentam dan mengata tokoh-tokoh politik Jerantut!

WZWH jawab WZWH tak mahu menulis posting begitu lagi. WZWH tak mahu menguris dan melukakan hati dan perasaan ahli-ahli politik Jerantut. Tambahan pula dekat PRU kini. Baik WZWH tulis posting yang baik-baik saja.

Ada kata bila WZWH tulis mengenai hal seseorang ahli politik Jerantut baik positif atau negatif itu sebenarnya promosi dan marketing kepada seseorang tokoh bila dikedai kopi dan pejabat serta di kampung-kampung yang ada cybercafe orang ramai bercakap.

Bila orang ramai bercakap tentang seorang tokoh ahli politik Jerantut maka 'hiduplah politik" ahli politik itu dan namanya selalu disebut orang. Malang sekali jika orang ramai tidak menyebut pun nama-nama ahli politik Jerantut.

Sekurang-kurangnya blog WZWH memperkenalkan nama-nama ahli politik Jerantut yang bercita-cita tinggi. Di Jerantut nampak macam 'taboo' kalau ada ahli-ahli politik Jerantut yang bercita-cita tinggi.

Jangan kita kata dan perli kepada ahli-ahli politik Jerantut yang bersemangat. Perkara yang baik kita perlu sokong dan bagi dorongan. Sekurang-kurangnya jika ahli-ahli politik atau tokoh itu naik dalam PRU 13 nanti kita sudah kenal bukan calon payung terjun muncul mendadak entah dari mana!

Tidak salah untuk ahli-ahli politik Jerantut memasang impian.
















DS Najib berdoa PRU 13 nanti BN mesti dapat 160 kerusi....YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Pulau Tawar 3 penggal berdoa moga-moga beliau naik pangkat dapat bertanding parlimen Jerantut PRU 13. (WZWH minta maaf tak sengaja foto itu nampak separuh badan Dato' Dr Ahmad Shukri tak perasan sungguh masa tangkap gambar!)

Dr Shukri memang layak apa. Menggaji di Madinah dan Mekah sejak kecil. Berkelulusan Azhar Mesir dalam bidang kedoktoran. Berpengalaman luas dalam politik kerana pernah menjadi EXCO selama 2 penggal. Berani mengambil risiko menawarkan diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Jerantut 2009 bersaing dengan YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut.

Sekurang-kurangnya Dr Shukri membuktikan kepada orang Jerantut bahawa beliau seorang ahli politik yang berani. WZWH pun tiada masalah jika sekiranya DS Najib mahukan Dr Shukri bertanding parlimen Jerantut. Pada bagi orang lain yang WZWH tidak kenal secara peribadi dan hati budi baiklah diberi kepada Dr Shukri yang WZWH kenal sejak 1993 lagi.
















Agaknya apa yang dibincangkan oleh YB Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail dengan YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut? Tentu rahsia bukan?

Barangkali ada pembaca blog WZWH akan kata begini perbincangannya...

Dr Shukri: Wan Amizan, Di (awak) sokong kas (saya) lah. Di (awak) muda lagi baru sepenggal. Elok Di (awak) jaga DUN Tahan lagi.

Wan Amizan: Dr cakap aje lobi tak juga. Kena pergi jumpa pemimpin cakap Dr mahu..

Dr Shukri: Sejak DS Najib turun Jengka 8 neh, kas (saya) makin bersemangat...Di ( awak) kena sokong kas (saya) lah.

Wan Amizan: Dr kena pujuk Ku Lan lah.
















Bila sudah deal apa lagi minum teh lah siap lunch sekali. Dato' Dr Shukri sekarang sangat rapat dan mesra dengan Dato' Wan Amizan. Kelihatan nampak Dato' Wan Amizan melihat 'air pinang' dalam gelas teh o ais takut ada nampak wajah ke tidak samada Dato' Dr Shukri atau wajah beliau sendiri! He he he...
















Yang bersongkok itu Tuan Hj Nazlan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut. Seorang pesara guru, juga calon potensi parlimen Jerantut. Beliau ini boleh kira dipanggil 'Anwar Ibrahim Jerantut' pandai bercakap dan pakar motivasi. Dulu masa muda memang aktif dengan ABIM. Beliau sekarang menumpukan kepada kerja-kerja ladang kelapa sawit.


Dato' Hj Nazri Ngah, Naib Ketua UMNO Bahagian Jerantut juga seorang calon potensi parlimen Jerantut. Beliau sangat berpengalaman dalam politik Jerantut kerana pernah menjadi SUSK kepada Timbalan Menteri Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar dan Setiausaha UMNO Bahagian.


Tuan Hj Ahmad Kamaruzaman Baria, mantan ahli parlimen Jerantut pun berminat mahu dicalon kembali   'recycle' ahli parlimen Jerantut PRU 13. Beliau adalah kawan DS Najib dan pernah menjadi  Setiausaha  Parlimen Kementerian MITI dibawah Menteri Rafidah Aziz.


Dato' Sharif Shamsuddin, Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Jerantut. Tokoh korporat berjaya Pahang yang bercita-cita mahu syarikatnya memperoleh pendapatan berbilion setahun dalam industri Oil and Gas. Setiap tahun beliau menyumbang zakat beratus ribu ringgit kepada masyarakat Jerantut. Beliau suka membantu aktiviti surau dan masjid di Jerantut. Dato' Sharif boleh menjadi calon parlimen Jerantut sekiranya tiada yang layak.


"Ku..kalau Ku berundur parlimen Jerantut, patik sudi menganti tempat Ku, bagi ke patik lah", mungkin ini bicara hati Dato' Dr Ahmad Shukri.


Ku Lan hanya merenung jauh masa depan politik beliau dan Jerantut....


Mungkinkah Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail dan Dato' Wan Amizan akan bertambah ceria pada PRU 13 nanti? Bila salah seorang naik pangkat, yang mengikut di belakang akan mengisi kekosongan itulah adat resam meniti kesinambungan kepimpinan.


Patik WZWH menyokong siapa saja calon parlimen Jerantut yang Tuanku berkenan. Patik menjunjung titah barang siapa mendapat rahmat dan berkat Tuanku.

Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor berkata senarai lebih 1000 calon ahli parlimen dan DUN akan diserahkan kepada PM DS Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno dalam masa terdekat untuk dikemaskini dan disenarai pendek.

“Untuk calon Umno dan BN, kita akan buat saringan tertentu sebelum diserahkan kepada presiden parti dan untuk makluman perhubungan negeri.

“Yang penting, calon yang dipilih adalah mereka yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya parti,” 

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata senarai nama itu diperoleh daripada badan perhubungan negeri melibatkan 191 bahagian Umno dan 222 Parlimen.

Beliau berkata pihaknya akan meneliti laporan senarai nama yang dikaji oleh ‘sumber parti’ dan agensi dilantik untuk senarai akhir.

“Bukan semestinya senarai yang diserahkan bahagian atau negeri akan menjadi calon kelak. Kita juga ada tengok sumber lain. Untuk makluman, bahagian ada bagi tiga nama, ada yang bagi kurang, ada yang langsung tidak bagi dan serah kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan nama,” katanya.

Ketika ditanya mengenai identiti calon yang dikenal pasti itu, Tengku Adnan berkata gabungan muka baru dan lama menjadi pilihan khasnya pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dan boleh memimpin rakyat dan memajukan negara.

22 comments:

Anonymous said...

Kas sokong sangat Dr Sukri bertanding Parlmen Jerantut untk lwn Dr Hamza...DR perubatan lwn DR Phd...tengok siapa yg lebih mantap. Dalam hal ini kas nak keduanya diberi peluang duduk dlm pentas yg sama untuk berdebat mengenai isu2 pembangunan fizikal dan spiritual di Jerantut. Kas jadi pengerusi debat pun tak apa..

Tajuk Debat: 'PERANCANGAN STRATEGIK BAGI MELETAKKAN JERANTUT SETARAF DENGAN PEKAN'.

Anonymous said...

Cadangan kaslah sema urang nak jadi calon mana-mana parti pulitik nih kena buangkan "kolestrol jahat" biornyer ader kolestrol baik ajer, lebih2 lagiloh nak jadi calon jantet dan dun tahan. Sebanya bilenyer menang deme tuh muler dah pening2 tak nampak "pengundi" yang deme nampok hanyerloh "jalan dalam hutan" hok mane nok rinteh dan nok tebang... Kah10....

Anonymous said...

olehkah UNDI ZERO PEMBANGKANG sedara-sedara WZWH semua?

dalam PRU ke 12 Zainudin Maidin berucap akan pastikan pembangkang hilang pertaruhan, alih-alih dia yg kalah. Khir Toyo ckp akan pastikan selangor zero pembangkang, alih-alih dia jadi pembangkang. Moralnya, jangan angkuh, Allah tak suka. Hanya WZWH suka buat fakta syok sendiri, sbb dia hanya hidup dalam dunia dia saja. Boeh ckp omputih tak membuktikan dia berpandangan luas. Sama saja katak bawah tempurung, ckp omputih atau ckp pahang.

Anonymous said...

Calon yg nak bertanding utk dun & parlimen Jerantut mestilah orang yg boleh membawa kemajuan dan pembangunan fizikal & spiritual di sini. Bukannya calon-calon yg cakap berdegar-degar tapi bila menang mulalah nak membuncitkan perut sendiri,saudara mara dan sahabat handai.Kita nak dengar apa yg ditawarkan utk orang Jerantut dari segi pembangunan fizikal dan rohani,pendidikan,peluang ekonomi,peluang pekerjaan,pembahagian tanah dan seribu satu macam yang boleh diberi demi untuk rakyat JERANTUT.

Anonymous said...

Wan,
Betulkah tuduhan anti umno sebar dia kata datuk najib kata haram jadah pada peneroka yang tak sokong beliu?

Melor

Anonymous said...

Anon 2:20pm,
Anda sudah kenal siapa Najib. Najib bukanlah pemimpin besar sebagaimana yg diagung2kan oleh En Wan selama ini. Beliau merupakan PM jadian, jadi PM atas kapasiti sebagai anak Tun Razak. Pemimpin besar dan tulin mesti berlapang dada dgn pihak lawan...apatah lagi lawan itu adalah rakyat sendiri. Sepatutnya dalam sistem demokrasi, rakyat bebas menyuarakan pendapat serta berhak memilih kerajaan mana yg mereka fikir layak untuk membawa mereka ke kedudukkan yg lebih baik. Dalam hal ini, mintak maaflah En Wan, mentaliti Najib tidak lebih berbanding dgn apa yg ditunjukkan oleh Zainudden Maidin...

Anonymous said...

Melihatkan dari blog anda terasa seperti melihat kelompok melayu lain yang tak pernah saya rakyat biasa kenali.Sembang atasan dengan perbncangan projek juta-juta sambil bercerita mengenai PM,DPM,TDM dan pelbagai lagi...Ahh..inilah dunia melayu elit yea yang saya rakyat biasa kena sokong aje kononnya pemimpin lebih mengetahui.Inilah perjuangan WZWH yea..Semoga berjaya dapat habuan andai UBN menang pilihanraya ni.

Anonymous said...

Ha ha
Calun dun Atau parlimen Jerantut, biarlah yang boleh membantu penduduk lokal terutama orang kampung.

Nak pembangunan , Lebih kepada memberi peluang kepada orang luar Dan sendiri mengutip hasil.

Tengok Rumah pakr,sampai Sekarang tidak Ada geran.sampai bila nak duduk begitu. Tu sebab ramai tak nak bayar Dan yang bayar pula terasa rugi Dan dibodohkan.

Cubalah Berfikir secara bijak, bukan untuk mencalun diri sendiri Atau melepas diri sendiri.

Anonymous said...

Gambar Najib ngan Adnan Yaakob semacam je. Adnan Yaakop pandang ke kanan, Najib pandang ke kiri. Tak kawan ke? Lebih menarik lagi, Najib yang pegang steering, Adnan penumpang je.

Anonymous said...

bersambung....

Kalau Najib corner kuat2 ke kiri, tercampak keluar Adnan Yaakop.

Anonymous said...

haaaaaaa, Jelkantut nieeee urang luar lagi jadi calon UmnO leeeeee. Sape urang Jelantut yang ok???? takde takdeeee

Anonymous said...

Dengar ada cikgu jadi calon..dh comfirm!

AP-PAS-( BN dah ) said...

PM kita YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak....... adalah seorang Pemimpin yang digeruni oleh Pihak lawan selepas YBHG Tun Dr.Mahathir....... YAB Perdana Menteri pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas ....(Ketua Umum PKR skrg)Beliau begitu lantang bersuara semasa menjadi KP waktu itu... cuba ingat peristiwa isu bukit cina.... siapa..siapa..siapa waktu mengumpul pemuda ...siapa siapa KAMI BANGGA PUNYAI SEORANG PERDANA MENTERI YANG BERANI...... yaaaaa kami rasa selamat bersama seorang Perdana Menteri yang HEBAT..... LANTANG MENEGUR KESILAPAN.... anak muda suka PEMIMPIN yang begini..... Memang BN pilihan orang muda.... hidup YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak..... kami cukup bangga dengan kebolehan PM....hidup PM, Hidup BN ( kami tak mahu cakap lebih ...kepada penyokong pembangkang kita tunggu saja bila tiba masanya.... KAMI TAHU KAMI DIPIHAK YANG BENAR.... tak perlu kamu membuat FITNAH kesana kemari...... kami dah tahu asal usul mu...nyah kau..nyah kau

Anonymous said...

sedara2 semua ...sape ckp org muda sokong bn skrg ni? cuba tgk di bandar2 besar sperti kl,shah alam,kuantan,ipoh,penang ..parti mana yg menang ms pru 12dulu kat bndr besar2?..ni nak bgtau,org muda skrg ni dah tak suka kat bn ..bn dah tak sesuai dgn generasi skrg ni sbabnya pemimpin2 bn yg gila kuasa,tamak nak harta rakyat,kumpul harta byk,rasuah,b erlagak..ni diantara sbab2nya dan byk lg kenapa org muda tak suka bn skrg ni.. harap maklum ye,klu jumpa dgn org muda di kl,diorg gelak je klu citer pasal bn ni..

Anonymous said...

Ai uduh sangat (wat lok lok jah) tok wokil deme tu, ganti urag laen hok come ramai lagi di kola Tahan nok tulung rakyat...

Kampong man said...

Salam pembacaa yang dihormati dan Anon 10.55

Saya yakin orang muda kebanyakanya sentiasa di belakang BN.Di bandar bandar yang tuan sebut kemenangan adalah disebabkan ramainya pengundi cina yang menyuarakan protes pada parti MCA dengan masaalah leadership mereka ketika itu.

Najib memberi banyak perhatian kepada belia yang hampir 12,5 juta jumlahnya dengan turun padang bersama mereka.Ini jelas kita lihat komitmen Najib/BN pada belia.Merekalah bakal mewarisi negara ini dan amatlah penting mereka membuat pilihan yang betul tanpa emosi.Tidak salah apa yang dikatakan Tunku Aziz yang tinggalkan DAP semalam , katanya in essence:

1) On civil disobedience - In Malaysia the right to speak against the authorities is provided by the law and if we are not happy with the laws on the elections ,there are avenues and is always open .We can change it through parliament and by all means use it.Emphasing his disagreement on Bersih 3 street rally.

2)Public perceptions are that Bersih 3 was hijacked by the opposition to move the masses into overthrowing a democratically elected government when Ambiga as an NGO should remains non- partisan and indepenent instead allowed it to be used.
We are all for a fair and a just election of course.Let the SPRM do their job.I think we are moving in the right direction for the better each day.You may wish to follow that Ambiga v Khairy debate over Utube for better understanding of the issues at hand.

3)On his thought whether PAKATAN can form a better govrrnmrnt.-

"This is of course left to be seen.But you know, we have to go on the basis of their record, their performance and naturally, they have NO experience." Telling the rakyat why take chances on inexperience PR.They are disorganised themselves.
He further agreed that what the current government is doing on the transformstion programmes are showing many positive results which will bring about the sort of change we have been yearning and fighting for .BN may be not perfect but we are seeing improvement across the board forALL !!
Of course he end up by confirming "THE GOVERNMENT IS ON THR RIGHT TRACK "

Let all of us good Malaysians decide ,the BELIA especially ,the direction that we want the country to be.Let Najib/BN know your grouses he will listen.It is now for you to give him the BIG mandate in sept soon, hopefully.
Tunku Aziz , you have made the rightdecision to quit DAP . WZWH, if youAda juga Pahang Sakmongkol leave the chauvanistic and racist DAP i will not be surprised but now he is badmouthing Tun.Ini saya marah ni ! Even the Pahang Sultan agreed that Najib 1Malaysia and transformations is good for Malaysia and my MAN Tun Dr M believed that BN shall perform better than 2008 and should be focussing on 2/3 majority to continue prospering and we both agreed that election be after Hari Raya whereby the PR are left with no room for FITNAH and more street rallies duting thr good ramadan where we will focud on our IBADAH and that all of us are sober to make a fair decision.Good luck BN and PR.!! Wallahwualam.

Kampong man said...

Wzwh correction.. My little Samsung phone is not good for my fingers .Apologise for spelling mistakes and kindly delete that ... "If you Ada". and correct the spellimg mistakes for me if you dont mind.I am no good with typing actually. Thanks and have a good day all.

Kampong man said...

WZWH,Pembetulan lagi SPRM(Rasuah - dahulu BPR) should be SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). They spell almost alike don' t they.? Most importantly the message get across.Cherrio lad !

Anonymous said...

utk anom 11.23 am...
yg aku kata tu orang muda melayu islam ..org muda skrg ni tak tgk tv rtm,tv3,diorg tgk media bebas mcm internet ni..sy ramai kwn2 kat bndr besar,diorg dgn jelas menolak parti bn ni ..klu org muda di felda2 mgkin la msih lg menyokong bn ..tetapi org muda melayu islam di bandar2 besar tak sokong bn ..tgk org cerdik pandai,org akademik,kebyakan majoriti diorg sokong Pakatan Rakyat ...sekian..

Dulu sokong PR... Skrg tak!!! said...

Jangan nak perasan lah Penyokong pembangkang.... PRU 12 betul ramai orang muda sokong PR.... Masa tu PM Pak Lah... Orang UMNO pun ramai tak suka Pak Lah.... TETAPI Sekarang Najib....... Orang muda suka Najib sebab Najib memang Pemimpin yang Berani.... Org muda suka Pemimpin yang Berani macam Najib...... Hidup Najib Hidup BN..... 1 Malaysia BN punya

Anonymous said...

Anon 2.00
Saya orang akademik dan saya tetap bersama UMNO /BN dahulu. , kini dan selamanya.Pakatan tidak ada satu contribution pun pada Education.UNISEL pun hendak dipolitikan.Anda tengok Astro saje ke ? Jangan buat general statement kerana ianya tidak baik bagi minda.Pergi belajar lepaskan first degree dulu dik ye.Tk

Penyokong Kelab TIBAI said...

Kita memilih Pemimpin biarlah yang tak bermasalah, lihat UMNO semua Pemimpin yang bermasalah dikeluarkan CONTOH... Anwar Ibrahim UMNO keluarkan dia kerana ada masalah TETAPI !!!!! pakatan rakyat pulak ambik.... Nampak sangat tak tahu menilai Pemimpin...... Ye lah... Memang Penyokong mereka ini dah nampak semua ni.... Kesian sungguh kepada Penyokong mereka ini... Masih tak sedar Dan hayal dengan cerita cerita donggeng Anwar

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...