Monday, May 21, 2012

YBM Tengku Azlan Meraikan Anak-Anak OKU Seluruh Parlimen Jerantut



















Ucapan perasmian amanat pemimpin YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut.

Pada pagi Sabtu 19 Mei 2012 sebelum WZWH menghadiri mesyuarat UMNO cawangan Kampung Labu Tembeling Tengah pada sebelah petang sempat WZWH mengikuti YBM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar merasmikan Program Anak-Anak OKU seluruh parlimen Jerantut di Dewan Utama Pusat Latihan Tinggi (ADTEC), Temin Daerah Jerantut.

Program ini ialah sentuhan mengubah kehidupan bersama Anak-Anak OKU PDK dan ibu-bapa seluruh parlimen Jerantut anjuran JASA Negeri Pahang dan PDK Daerah Jerantut.

Oleh kerana WZWH sudah lama tidak mengikuti program YBM Tengku Azlan walaupun beliau sudah menyatakan keinginan mahu berundur dari parlimen Jerantut namun Ku Lan masih ahli parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut.

Walaupun tiada lagi AJK-AJK  UMNO Bahagian Jerantut yang mengikuti program Ku Lan itu WZWH tidak peduli sebab WZWH masih lagi menghormati Ku Lan sebagai ahli parlimen Jerantut, Ketua UMNO Bahagian Jerantut dan sedara darah daging WZWH sendiri.

Tidak mengapa jika Ketua Penerangan UMNO Jerantut tidak berperanan mewarwarkan apa-apa program Ku Lan, walau UMB UMNO bahagian Jerantut hanya hangat-hangat tahi ayam tidak mempromosi Ku Lan sebagai Pemimpin UMNO Jerantut kepada pengundi Jerantut, WZWH masih ada untuk menjalankan tugas-tugas media baru ini.

WZWH akan mempertahankan pemimpin-pemimpin UMNO Jerantut atas rasa tanggungjawab sayangkan parti. Jika kita minat dengan kerja kita dan mempunyai komitmen yang tinggi kita akan rasa pengorbanan kita ini berbaloi dan tidak sia-sia penuh kepuasan.

YBM Tengku Azlan adalah anak raja yang berhemah tinggi. Apa yang WZWH suka Ku Lan selalu menasihat WZWH supaya menjaga hemah, jangan bercakap kasar kepada rakyat, jangan memaki rakyat sebab jika kita seorang pemimpin maka perlakuan dan gelagat kita mestilah mencerminkan diri kita sebagai pemimpin.

Jika kita menjadi pemimpin baik ADUN, ahli parlimen, Menteri dsb kita adalah pemimpin untuk semua lapisan masyarakat tidak kira apa ideologi dan pegangan parti rakyat. Kita sebagai pemimpin perlu menerima kepelbagaian perbezaan pandangan. Ku Lan banyak mengajar WZWH etika dan adab. Ilmu ini yang WZWH tidak dapat dari pemimpin-pemimpin lain.

Menjejakkan kaki ke Pusat Latihan Tinggi (ADTEC) Temin Daerah Jerantut yang berharga RM95 juta mengingatkan WZWH tentang usaha gigih dan pandangan jauh Dato' Wan Amizan ADUN Tahan yang ketika itu hanya berjawatan Ketua Pemuda UMNO bahagian Jerantut dan belum lagi bergelar wakil rakyat telah berjaya membawa projek ADTEC ke Jerantut.

ADTEC akan memulakan sesi pembelajarannya dalam 6 bidang specialist utama mengambil pelajar seramai 800 orang bermula bulan Julai 2013. Masih lagi kekurangan mesim-mesin dan peralatan dan masih menunggu order untuk ditempatkan di ADTEC Temin bagi menambah keberkesanan dan kecekapan pengajaran dan pembelajaran.

Dalam beberapa posting yang lepas WZWH telah mencadangkan supaya kawasan industri terutama industri automatif didirikan dikawasan Temin dan sekitar. Memang dulu ada beberapa syarikat automotif berminat untuk melabur di Jerantut kerana lebih dekat dengan Kuala Lumpur.

YB Dato' Wan Amizan telah mencadangkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Kerajaan Negeri Pahang yang terkini supaya kawasan indusri berdekatan dengan ADTEC perlu dibangunkan. Ini disahkan sendiri oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak kerana Temin itu dalam DUN Damak.
















Sebahagian para ibu bapa yang hadir.
















Persembahan Anak-Anak OKU parlimen Jerantut.
















Ku Lan cukup bimbang dengan prestasi BN di DUN Damak pada PRU 13 nanti . Ku Lan serious berbincang politik dengan Dato' Lau Lee ADUN Damak.

Setelah merasmi Program Anak-Anak OKU parlimen Jerantut, Ku Lan menghadiri Mesyuarat UMNO Cawangan Bukit Nikmat di Dun Pulau Tawar pada sebelah petang. Pada sebelah malam Ku Lan menghadiri Program Jasa di Felda Kota Gelangggi 3 juga di DUN Pulau Tawar.

2 comments:

Anonymous said...

la demo krasi le, Wan ohhhhh, pangkah jgn tak pangkahhhhhh

Anonymous said...

dkat pru bru reti uat keje selama nie makan gaji buteee jerrrr....tuiiiii

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...