Wednesday, May 16, 2012

Bila Ku Li Dinobatkan MB, Najib Sedia Beri Royalti Minyak...Kelantan Kaya Bertambah Makmur!



















YBM Tengku Razaleigh Hamzah bersama YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut yang akan mengundur diri pada PRU 13. Rumours mengatakan Ku Li memberi semangat dan galakan untuk Ku Lan bertanding di DUN pula. Maka bertambah menarik politik negeri Pahang. Tuanku Sultan Pahang akan berangkat ke Jerantut pada hujung bulan Mei ini.

WZWH ingin menambah posting blog Pahang Ku sila klik sini. Menarik spekulasi politik negeri Kelantan seperti berikut:

Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Menteri Besar semakin kencang tersebar ke hampir seluruh pelusuk negeri Serambi Mekah. Perkhabaran yang amat dialu-alukan ramai itu dianggap satu lonjakan besar untuk merealisasikan hasrat menawan kembali Kelantan dari tangan PAS.

Tinggal lagi sekarang hanya menanti buah butir persetujuan dari mulut Ku Li sendiri untuk mengesahkan kesediaan beliau memikul tanggungjawab tersebut yang tentu saja akan disambut gembira oleh segenap lapisan anak Kelantan di dalam negeri mahupun yang berada di perantauan.

Rata-rata pimpinan UMNO tempatan percaya dengan ketokohan dan pengalaman yang dimiliki Ku Li diyakini mampu memperbetulkan semula hala tuju negeri untuk kembali ke landasan yang betul setelah 22 tahun tersasar dari arus perdana disebabkan dasar pemerintahan PAS yang lebih banyak mengutamakan politik kepartian berbanding jasa bakti untuk kemakmuran negeri dan rakyat.

Pun begitu, khabar tersebut menjemput kerisauan pimpinan PAS negeri apabila ada sesetengahnya cuba meremehkan pengaruh Ku Li dengan menggambarkannya sebagai tidak lagi sekental dulu. Mereka menjadikan kegagalan Ku Li memimpin UMNO pada tahun 1999 sebagai ubat penenang bagi menutup kerisauan yang mula berputik.

Umum mengetahui dalam PRU ke 10 tahun 1999, PAS hanya bernasib baik untuk kekal mentadbir Kelantan disebabkan keadaan tika itu ramai kalangan orang Melayu terperangkap dan terkeliru dengan peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri telah membolehkan PAS meraih bonus sokongan.

Malah pandangan sesetengah pemerhati politik yang mendakwa UMNO hanya layak berangan untuk menawan kembali Kelantan selagi Nik Aziz mengetuai PAS memerintah negeri sebenarnya hanyalah satu teori atau hipotesis politik yang tidak berpaut pada fakta dan angka. Realiti hari ini menunjukkan sokongan rakyat semakin condong bersama UMNO khususnya dari kalangan pengundi generasi muda jelas meningkat dengan ketara.

Pilihanraya kecil Manek Urai dan Galas sebelum ini menjadi bukti nyata yang akan kekal dalam lipatan sejarah politik Kelantan sebagai perintis jalan ke arah memacu kebangkitan Gelombang Merah. Ditambah dengan faktor Ku Li sebagai calon MB, peluang untuk UMNO dalam pilihanraya akan datang pasti menjadi kenyataan.

Hakikatnya masih ramai pemimpin PAS tidak dapat menolak kenyataan bahawa Ku Li tetap satu ancaman serius yang mampu mengakibatkan mudarat terhadap penguasaan PAS di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu tambahan lagi disaat pengaruh Nik Aziz yang semakin surut dan hanya berlegar sekitar penyokong dan ahli PAS sahaja.

Sejarah membuktikan kejatuhan Kelantan ke tangan PAS pada tahun 1990 bertitik tolak dari kebangkitan dan keyakinan teguh rakyat menyokong kepimpinan Ku Li maka tidak mustahil PRU ke 13 ini faktor Ku Li sebagai Menteri Besar pula yang akan menjadi penutup tirai kekuasaan PAS di Kelantan.

Bila Ku Li dinobatkan MB Kelantan dikatakan DS Najib bersedia beri royalti minyak kepada Kelantan kerana PM yakin Ku Li adalah pemimpin UMNO yang sangat berpengalaman mengurus hal kewangan dan perancangan dengan amanah.

Kelantan akan bertambah maju, kaya dan makmur. Rakyat Kelantan perlu membuat keputusan yang bijak mengenai masa depan Kelantan pada PRU 13 nanti.

9 comments:

Anonymous said...

Ku Li tak berminat nak jadi MB. Jawatan tu kecil bagi dia. Rakyat Kelantan tahu. Ku Li hanya berhasrat untuk ambil ailh jawatan PM. Kalau Ku Li jadi PM, royalti akan tetap diberi kepada Kelantan walaupun Pas yang memerintah. Ini konsep keadilan. Orang Jerantut yang tak tahu kepala ekor tak usah nak sibuk-sibuk nak buat spekulasi.

Anonymous said...

Yang dok sebok cerita pasal Kelantan tu buat apa...cuba cerita pasal Jerantut ni, siapa calonnya. Baru le orang Jerantut boleh buat pilihan. Boleh ?

Anonymous said...

Sibuk cerita pasal calon, macam nnak bagi signal diri sendiri minta dicalonkan.....

Anonymous said...

Ha ha ha..

Aok ni Che Wan..Najib tu ade telor ke nak letak Ku LI jadi MB..Kalo Ku LI jadi MB..puak-puak Muhidin tentu kacou..sebak kalo Najib turun ..tentu KuLi tanding Presiden..mase tu dah jadi MB..lagi kuat pengaruh...wehhhh...puak-puak Muhidin tentu cantas dulu. Lagi pun Mamak Kutty tentu tak setuju KuLI jadi MB kelantan..ha ha ha..

Mimpi main Wau ler Che Wan nih ...ha ha ha..

Anonymous said...

Kalau begitu royalti minyak Kelantan diberi bukan kerana meritnya, tetapi siapa yg menjadi pemimpinya. Kalau PAS tak boleh dapat royalti, kalau UMNO boleh.

Dimana letaknya hak rakyat Kelantan yg memilih kerajaan melalui proses demokrasi?

Terlalu dangkal dan terlalu UMNO alasan kamu.

Kampong man said...

Salam WZWH,
Saya tertarik dengan artikal Wan yang ini.Pada pandangan saya KuLi tidak mungkin berminat memegang jawatan MB Kelantan sekira BN berjaya disana kerana beliau pernah disyorkan Sakmongkol sebagai potential PM sekira PR berjaya ke Putrajaya kerana DSAI bukanlah PM material dan PR tidak punyai leader yang credible dan PAS akui ini sebenarnya.Ku Li adalah leader yang boleh diterima PR untuk interim mungkin. Tidak dinafikan Ku Li memang layak tetapi mana mungkin DAP LGE boleh menerimanya. DAP mahukan DSAI.Tambahan lagi Ku Li adalah dari UMNO dan tidak mungkin beliau sanggup keluar dari UMNO walaupun PAS Kelantan meminati beliau.Kita lihat di PRU 13 nanti.

Musang Berjanggut said...

Bagus juga cadangan WZWH agar Ku Li diberi Peluang tanding DUN Kelantan Dan terus menjadi MB Kelantan ... Selepas BN menang di Kelantan, suatu cadangan yang CUKUP BAIK..... Harap perkara ini jadi KENYATAAN

Anonymous said...

wzwh..
kekadang terkeluar juga idea pelik yg tak masuk akal..
mungkin masuk akal dia dan umno tapi kenyataan nya tak mcm tu....
kalau ku li jadi MB baru dapat royalti..tapi kalau Nik Aziz tak merasalah royalti...
Royalti mcm duit mak bapak umno/najib je dia buatnya....

negara akan bertambah kacau jika umno memerintah dengan berfikiran sedemikian....

InsyaAllah umno akan jatuh dari tampuk pemerintahan dan malaysia akan bertambah baik...

MUsang berbulu ayam said...

bagi saya posting ini tidak menarik lansung kerana hampir tidak masuk akal. Mungkin penulis kurang tidor kerana bermain blog.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...