Friday, May 11, 2012

Program Pengarah Ke Sekolah-Sekolah Lembah Tembeling



















Ucapan Dato' Yahya bin Zainal Abidin Pengarah Pelajaran Pahang dalam siri Pengarah Turun Padang: Program Pengarah ke Sekolah-Sekolah Lembah Tembeling DUN Tahan Jerantut.

Ada 21 sekolah rendah dan sekolah menengah di DUN Tahan.

Pengarah Pahang memberi motivasi dan suntikan semangat baru pendidik kepada semua guru-guru di DUN Tahan agar mengajar dengan terbaik kepada anak-anak murid semua.

Pendidikan ialah mekanisme yang sebenar-benarnya boleh merubah kehidupan, cara berfikir, budaya yang cemerlang, standard of living, ekonomi dan status.

Logik WZWH mudah jika semua murid dan pelajar di DUN Tahan ini berjaya masuk universiti sudah tentu cerah masa depan mereka.

YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak sangat mengambil berat hal-hal pendidikan di DUN Tahan. Lapan tahun sebelum beliau menjadi wakil rakyat lagi (masa Ketua Pemuda) banyak pelaburan dan sumbangan menyumbang kepada penambahbaikan pendidikan di DUN Tahan.

Kini setelah menjadi ADUN Tahan, beliau sanggup berabis wang ringgit demi kesenangan dan kemudahan anak-anak muda DUN Tahan belajar ke universiti.

Program Pengarah ke Sekolah-Sekolah Lembah Tembeling adalah bukti betapa cekapnya Dato' Wan Amizan menggunakan kepakaran dan jentera Pengarah Pelajaran Pahang.

Ada satu perkara yang WZWH suka kepada Pengarah Pelajaran Pahang selain dari beliau juga bos no 1 WZWH di Pahang ialah beliau juga seorang blogger dengan menghasilkan beberapa blog pendidikan seperti di bawah:




Cuma bezanya WZWH ialah blogger politik. Tapi kadang-kadang ada juga menyentuh hal-hal pendidikan.



















Jamuan makan malam. YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan meraikan Dato' Yahya bin Zainal Abidin, Pengarah Pelajaran Pahang.

Dato' Wan Amizan sangat menghormati golongan dan komuniti pendidik. ADUN Tahan ini tahu menghargai sumbangan guru-guru mendidik anak bangsa lebih-lebih lagi anak-anak murid di pedalaman Ulu Tembeling DUN Tahan.

3 comments:

Anonymous said...

hebat wzwh .... ngajar kat Kontan tapi boleh iring Pengarah ke DUN Tahan ..... kalah PPD Kuantan ... kesian anak murid ada cikgu kuat politik ni

Anonymous said...

Sanggup berhabis sampai basah biji telor sampai ke keting...

Anonymous said...

Kawan nak pesan kpd sahabat kawan ni, Dato' Yahya (kawan panggil dia Yahya Bong) agar jangan sekali2 terpengaruh dgn tipu muslihat serta kelicikan puak2 UMNO ni...Kerjalah dgn penuh keikhlasan serta tunaikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pelajaran Negeri demi agama dan rakyat. Ingatlah gaji pegawai2 kerajaan termasuk anda dibiayaai oleh wang rakyat dan bukan dari sumber UMNO...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...