Sunday, May 20, 2012

Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri Bercuti Di Taman Negara Ulu Tembeling



















'Gesture' 1Malaysia dari rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dan pemimpin DUN Tahan di Rainforest Resort Kuala Tahan sebelum kembali pulang ke Kuala Lumpur.

DS Najib Perdana Menteri Malaysia yang kuat bekerja dan selalu turun padang merasa denyut nadi rakyat serta sentiasa sibuk dari pagi sampai malam.

Oleh kerana PM padat jadual dan sibuk sudah tentu staf kakitangan Pejabat Perdana Menteri juga turut sibuk melibatkan pegawai-pegawai, kakitangan pentadbiran termasuk pengawal-pengawal peribadi.

Staf Perdana Menteri perlu juga berehat menenangkan fikiran dari stress kerja. Oleh itu DS Najib memberi keizinan kebenaran bagi staf Pejabat Perdana Menteri satu rombongan seramai 31 orang bercuti di Taman Negara Kuala Tahan dan Ulu Tembeling selama 3 hari dari 18 hingga 20 Mei.

Ini adalah idea spontan Staf Pejabat Perdana Menteri bersama YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan kerana Taman Negara dan Ulu Tembeling dalam DUN Tahan parlimen Jerantut Pahang.

Rombongan ini diketuai oleh Dato' Mohd Poad bin Jelani Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Dato' Akmar Hisham bin Muklis Setiausaha Akhbar, beberapa pegawai khas, pentadbiran dan pengawal peribadi Perdana Menteri serta Sukarelawan Jabatan Perdana Menteri.

Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri bermalam 2 hari di Rainforest Resort. Pada pagi Sabtu lagi mereka bersama ADUN Tahan berlepas ke Kampung Pagi Ulu Tembeling dengan bot panjang dan 7 jet ski kerana ada Program Gotong Royong.

WZWH suka melihat gelagat rombongan 31 Staf Pejabat Perdana Menteri bila bot panjang dan jet ski meredah mudik 7 jeram takut basah dibedal ombak jeram. Ada pegawai-pegawai Perdana Menteri ini cuba sendiri memandu jet ski namun driver jet ski tetap berwaspada bimbang hilang kawalan takut melanggar tebing sungai atau bot-bot penambang Ulu Tembeling yang hilir mudik Sungai Tembeling.

Oleh kerana Dato' Mohd Poad seronok bermain jet ski lalu mengajak rombongan jet ski terus mudik hingga ke Kampung Kuala Sat Ulu Tembeling. WZWH nampak Staf Pejabat Perdana Menteri ini santai dan relax seronok dengan percutian mereka.

Pada sebelah petang, sebahagian ahli rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri menghabiskan masa dengan aktiviti-aktiviti rekreasi di Taman Negara Kuala Tahan seperti jungle trekking, canopy walkway dsb.

Pada sebelah malam pula YB Dato' Wan Amizan menjamu rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dengan makan malam bersama para JKKK DUN Tahan, pemimpin NGO tempatan dan belia. Band tempatan Kuala Tahan turut membuat persembahan menghiburkan mereka.

WZWH merasakan objektif percutian rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri disamping bersantai menenangkan fikiran juga membuka minda mereka betapa masyarakat di pedalaman Ulu Tembeling perlukan pembelaan infrastruktur terutamanya.

Bila rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri ini pergi sendiri melihat kehidupan masyarakat pedalaman maka mereka lebih faham kesusahan dan keperluan masyarakat Ulu Tembeling.

Selepas breakfast dan bergambar bersama pemimpin tempatan rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri ini berlepas balik ke Kuala Lumpur pada pukul 10.30 pagi. WZWH harap rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri selamat pulang dan bekerja dengan semangat yang ceria.
















Dato' Wan Amizan bin Wan Razak mengalu-alukan rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri dengan jamuan makan malam di Rainforest Resort bersama JKKK DUN Tahan, pemimpin NGO dan Belia tempatan. Dato' Wan Amizan berkata mana-mana JKKK kampung yang ada apa-apa permohonan terus beri surat permohonan kepada Dato' Mohd Poad bin Jelani Setiausaha Sulit Perdana Menteri.
















Dato' Mohd Poad bin Jelani menyampaikan ucapan balas terima kasih bagi pihak rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri. Rombongan sangat berpuas hati dengan percutian di Taman Negara  Kuala Tahan dan lawatan ke beberapa kampung Ulu Tembeling.
















YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan melayan Dato' Mohd Poad, Dato' Akmar Hisham di jamuan makan malam. Hidangan istimewa ikan Kelah disediakan.
















Rombongan Staf Pejabat Perdana Menteri.
















Pemimpin-pemimpin DUN Tahan yang turut hadir.
















Band tempatan Kuala Tahan menghiburkan para hadirin dengan persembahan yang setaraf band-band KL.
















Penyerahan cek elaun para Tok Empat-Tok Empat DUN Tahan disampaikan oleh Dato' Akmar Hisham bin Mukhlis.






























Di luar Dewan Seri Janing Rainforest Resort terdapat para hadirin menikmati jamuan.
















WZWH turut bergambar kenangan bersama Dato' Mohd Poad bin Jelani Setiausaha Sulit Perdana Menteri sejurus sebelum beliau berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

10 comments:

Anonymous said...

apeee mcmmm dehhhh, ade maju ka niee kwsssss? 50 thn same jugak, dulu mali, skrang malii, esok mali same jugk dekkkkk

Pemuda-pemuda BN Damak said...

Tengok gambor tok 4 dun tahan ambik elaun terasa pergorbanan tok 4 dihargai dan dibalas.Tok 4 didun Tahan semuanya buat kerja untuk rakyat dan parti permerintah.mereka semua masih sayangkan kerajaan BN yang ada sekarang.tapi sesekali bila mengenangkan ke tok 4 dikampung damak yang terlalu mirip kepada parti pembangkang terasa juga pedih dan nyilu hati.mengapa lah pemimpin yang ada kat jerantut ni memilih beliau ni jadi tok 4.sikap beliau yang suka memecah-belahkan penduduk damak dan tidak menyokong program2 yang dibuat untuk rakyat dikampung damak.Saudara WZWH yang saya kira beliau adalah orang kuat YB dan Parlimen jerantut tolong lah kaji semula pelantikan tok 4 ni.jangan sampai kami semua terikut-ikut tok 4 kami kearah pembangkang.atau pun pemilihan tok 4 ini disegajakan untuk kami penduduk damak supaya menentang BN.kami tunggu jawapan WZWH tentang perkara ini.kalau tiada pertukaran tok4 tersebut bermakna memang pemimpin UMNO bahagian jerantut mengizinkan kami untuk kibarkan bendera hijau dan menyokong hijau pada PRU13 nanti.kami akan ucapan selamat tinggal umno sekiranya tidak ditukar tok4 yang bersikap talam dua muka ini.

Anonymous said...

Pencerahan Kpd Anon 11:33PM...
Tok 4 ni merupakan ketua kampung kpd sekelian rakyat di kampungnya. Rakyat tok 4 ini berbagai2...ada UMNO ada PAS ada PKR ada DAP dan berbagai lagi. Ini bermakna Tok 4 bukanlah ketua kpd rakyat yg berparti UMNO saja. Jadi, memandangkan negara kita amalkan demokrasi maka ikut suka dialah nak mirip parti mana...janji kalau agihkan baja mesti sama rata, kalau buat jalan tar jangan pilih bulu sebab kesemua projek tsb pakai duit rakyat dan bukan keluar dri poket UMNO....Ada faham!!!

Anonymous said...

Jgn salah tanggapan, asal pakai kopiah putih menyokong pembakang,rajin ke masjid atau surau pembangkang, baguslah kalau tok 4 tu lebih alim ...

Anonymous said...

Nak suruh lantik ke dia la tu...siap mengugut lg tu..hehe

AJK Surau Kg Damak said...

masalah nya anom2 semua yang bodoh.Tok4 macam tu menhabiskan duit kerajaan BN aje.Dah lah menyokong Pas yang tak berguna satu sen tu.Tok 4 macam tu patut ikut nik aziz pergi basuh berak S.amiga je.buat menyemak kat kampung damak.

Anonymous said...

di sini saya juga terpanggil utk sama-sama berbicara.Nampaknya ramai yg kena penyakit 'meroyan' diambang PRU ini. pada hemah saya masing-masing nak tunjuk hero...nak asah kuku...nak tunjuk belang, saya rasa ini gara-gara teguran t4 baru-baru ni
wahai 'Pemuda-pemuda Damak' (tergemak guna nama Pemuda Damak)..saya menulis inipun atas desakan Pemuda-Pemuda Damak yang banyak.. siapa anda jual nama Pemuda Damak..bagi saya mewakili Pemuda Damak teguran t4 baru-baru ini ada benarnya..nampaknya kalian tak boleh ditegur..melatah mebabai buta..yang sedihnya AJK Surau Damak tumpang sekaki..nak tunjuk belang..layakkah anda sebagai AJK surau..mulut luas macam tempayan naga..cakap tak berlapis..fitnah orang tanpa hujung pangkal..kalau tak takut pada azab Allah..malulah sikit ada tandas surau tu...berapa juta t4 dapat habiskan duit kerajaan...mengapa tak lapor pada SPRM kalau ada bukti..sungguh celupar mulut anda...siapa yang menyemak kat Damak.. t4 atau anda wahai mulut tempayan naga...kalau begini perangai AJK Surau...tak taulah istilah 'surau' setahu saya ianya tempat ibadah...tapi kalau macam ini salah seorang diberi amanah...tak mustahil...situlah jugak tempat karoeke...situlah juga tempat dangdut akhirnya..Waspada wahai Simulut tempayan naga..setahu saya Pemuda-Pemuda Damak yang banyak dah mula panas...katanya mereka takkan nak berdiam diri dengan sikap anda dan sikap yang mengaku Pemuda Pemuda Damak...kalau t4 menyemak kat Damak.. anda kalian manusia jijik kat damak...kalau betul anak jantan Damak tampil buktikan t4 damak pro pembankang dan hahiskan duit kerajaan...Pemuda-Pemuda Damak yang banyak akan tunggu kalian semasa Mesyuarat Cawangan Damak nanti
Sedarlah wahai mulut tempayan naga..anda berstatus AJK Surau..orang yang tau bab agama...berhati-hatilah kalau nak buat kenyataan..jangan fikir apa yang anda buat tu betul..orang akan sokong..kalau ada yang sokong pun mungkin ayam itik lembu kambing yang bakal dikorban oleh penggembalanya.
Kepada yang mengaku Pemuda-Pumuda Damak..tak malukah anda jual nama Pemuda Damak sedangkan Pemuda-pemuda Damak yang banyak berpusu-pusu ke rumah t4 nak cari siapa manusia ini jual nama Pemuda-Pemuda
Damak bagi saya yang tak menyebelahi mana-mana pehak..anggaplah masa di buat coretan tu dia di alam meroyan dia tak tau apa zero minded..malang sungguh Damak ada manusia sebegini rupa.

EKP said...

Salam semua....kita semua orang melayu.beradap dan bersopan amalan kita.biarlah orang mengata apa pun,yang penting kita sama-sama pertahan bumi kita ini daripada di jajah sekali lagi.

Anonymous said...

mengunakan tok4 dan kc untuk kepentigan diri sendiri.....g mapos lahhh dompokkkk....uat lah cara lain laaa kalau nk mengampuuu punnn dah muka xtau maluuu.....

Anonymous said...

1 cara dompok nak tunjuk kat orang kampung... Tengok, Pej PM pun iktiraf dia, sesuailah dia terus bertanding, jadi MB atau menteri lepas ni... Kata pergi gotong-royong tapi gambar bercuti, apa ke helnya pejabat perdana menteri ni

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...