Saturday, May 19, 2012

Tunku Aziz Mencapai Makam Politik Yang Zuhud



Zairil Khir Johari Setpol Lim Guan Eng @ CEO Penang Institute cuba 'merasuah' Tunku Aziz supaya kekal dalam DAP dengan tawaran fellowship, RM50,000 setahun, perbelanjaan perjalanan namun tiada perkataan Bahasa Inggeris yang sesuai mengambarkan Zairil dan bosnya melainkan satu perkataan dalam Bahasa Melayu iaitu biadap.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada berkata kepimpinan DS Najib  harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.

Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar dari parti itu Isnin lepas kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi Bersih 28 April, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.

“Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul, jadi kita kena sokong dia,” katanya sambil menambah kata bahawa transformasi yang Najib usahakan adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.

“Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk…produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco boleh beli barang,” katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

“Tapi proses, kena bagi masa, bagi peluang. Dulu kita dok sering jerit itu, ini, kerajaan tak buat itu dan ini, sekarang kerajaan dah dengar… maka itulah saya kata tak payahlah lagi lah nak buat protes…sekarang nak buat Bersih 4.0 pula…mahu apa lagi,” katanya.

Beliau berkata tunjuk perasaan diadakan untuk menarik perhatian dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai.

“Awak fikir kerajaan tak nampak apa rakyat hendak? dalam perhimpunan itu 98 peratus, yang protes nak tukar undang-undang itu ini, tapi yang dua peratus tu…mereka itu ada agenda lain…mereka buat kacau,” katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan parti-parti politik pembangkang tertentu yang dikatakan telah “merampas” tunjuk perasaan itu daripada badan bukan kerajaan menganjurnya dan dikatakan bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada hari itu sehingga beberapa anggota polis dan orang awam mengalami kecederaan.

Ditanya pendapatnya tentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tunku Abdul Aziz berkata, sejak semasa beliau menjadi kolumnis untuk akhbar The New Sunday Times, beliau memang tidak bersetuju dengan cara politiknya dan pernah menulis artikel bertajuk “Stop the theatrics Anwar, let the Malaysian get on with their life”.

Tulisan itu menyentuhkan tentang desas-desus kononnya kerajaan Persekutuan akan berubah ke tangan pembangkang pada 16 Sept 2008, dengan sebilangan besar anggota Parlimen BN dikatakan akan melompat keluar untuk menyertai pembangkang.

“Saya lompat-lompat ni memang tak suka …I benci orang yang berbuat begitu….kita masuk bertanding bawah lambang katakanlah UMNO kemudian lompat ke Anwar pembangkang…itu saya tidak setuju…Kalau awak nak lompat, letak jawatan…dan adakan pilihan raya kecil dan bertanding atas tiket Bebas…tengok boleh menang atau tidak,” katanya.

Tunku Abdul Aziz, tokoh korporat dan aktivis menentang rasuah yang pernah menjadi Naib Pengerusi Transparency International dan membantu menubuhkan Transparency International-Malaysia, menyertai DAP selepas pilihan raya Mac 2008, dan terus dilantik sebagai naib pengerusi parti itu dan sebagai senator pada Julai 2009.

Bagaimanapun tempoh perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara mewakili DAP tidak disambung oleh pucuk pimpinan parti itu selepas beliau membuat kenyataan terbuka menentang perhimpunan Bersih lepas yang disokong oleh partinya dan pakatan pembangkang.

Ditanya sama ada beliau akan mengkaji semula keputusannya meninggalkan DAP, Tunku Abdul Aziz menegaskan keputusannya adalah muktamad.

“Saya dah kata, kalau saya dah keluar tu, saya keluar….habis cerita,” katanya.

Ditanya sama ada beliau menerima apa-apa komen atau maklum balas daripada anggota DAP Melayu yang lain selepas membuat keputusan keluar parti berkenaan, beliau berkata tidak ada.

Mengenai komen Mahathir yang hairan kenapa beliau menyertai DAP, Tunku Abdul Aziz berkata beliau masuk DAP untuk memperjuangkan pencegahan rasuah dan mempromosikan integriti di dalam sektor kerajaan dan perniagaan.

Beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor korporat dan menjadi penasihat Bank Negara sebelum menjadi aktivis.

“Saya masa masuk DAP masa tu bukan bercadang pun nak jadi ahli politik…kalau saya nak jadi ahli politik, selepas kolej lagi saya dah masuk…kalau saya nak masuk UMNO, masuk dari dulu-dulu lagi…tapi saya ingat saya ni lebih berguna jika saya tiada kena mengena dengan politik…non partisan,” katanya.

Katanya, pada masa ini beliau banyak berehat dan menutup telefon dan meluangkan masa memelihara ikan hiasan.

Jelaslah kepada kita semua...Tunku Aziz sedang mencapai makam politik yang zuhud.

13 comments:

Kampong man said...

Salam WZWH,
It is indeed a blessing in disguise that Tunku Aziz quit DAP and it couldn't have been a better time prior the coming election ( my bomoh said Sept).There will be more turmoil in DAP and PKR as we get close to Sept.It is sad the Pakatan continue raising unnecessary issues anythig good that the govt do for the rakyat and the country.

I donot understand this grievences that Sakmongkol has over Najib belittling his achievement.On thursday Najib was addressing leaders of Fortune 500 companies during a meeting at Harvard Club New Yourk.I have never been there myself i tried to get there long ago flying FREEDIE LAKER from London but being student the pound were just not enough he ..hee.In short i have been admiring this man Najib for his tenacity,commitment and vigour on those transformations..My advise to Sakmongkol is to stop harping on the PM abilities and capabalities and focus more on real issues like the Felda listing and the Lyanas plant which will ultimately will get through anyway.Felda has to think global and Lyanas will create employment and spin off economic activities and good for Pahang.Kampong man from Melaka jealous ni ! but Melaka is too small a state unlike Pahang ! jealous lagi ni ! You Pahang people like QD, WzWH and Chik Gu Ngah are fortunate prople to have a deservedly PM from Pahang and Sakmongkol is just like a square peg in a round hole !! Somehow cannot fit in.No worries Sak try Bukit Bintang a chinese dominated area , you sure woll succeed there.But will you be nominated in the first place ?

I feel good that Tunku Aziz , the DAP Vice Chairman is so much in favour of Najib leadership and urged all Malaysians, the Chinese especially to give Najib the mandate to move this country to higher level.
We have achieved so much for a little country like Malaysia .
We won the world Hockey tournament in Melaka, Nicoll David at British Open, Chong Wei an Olympic hopeful and the list go on....
Lets not spoil these joy because you knoe why.The Government are slways behind the rakyat wnd the country.The opposition does practically NOTHING but huruhara and kacau bilau just to gsin power.Please make the right decision come voting and i will respect the winner.Have a good weekend.

Quiet Despair said...

Good piece my man, kampungman

Go to Sakmongkol's blog and comment. I baru komen and he published it.

Okay going out. Will comment on this posting in a bit.

Kampong man said...

WZWH and QD,
Forget to mention this.You know ! what make Melaka and Pahang special ? Apart from that lagu. " Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli berangan..."
we Melaka people do not mind a Governor ,Tun Khalil Yaakob from Pahang you know ha..haa...
Now, many like Malacca so much including the Portugese in1511AD and the Dutch as well.We lost our Sultan Muzafar Shah who ran to Johor and later Langka Pura (Temasik) and now Singapura.In London speaking they called Singapore .Come to think of Singapura mana ada singa !??! Harimau Malaya kita ada and kita ada Harimau muda our Malaysians football pride.Remember we beat Indonesia on that Suzuki Cup. Read Singapore history there today.Singapore claimed that they secured independance from the British and not from Malaya.Penang will be a duplicate through cousin brother DAP.Maka ingat yang tersirat dalam hati DAP sebelum tergadai lagi.

Lee Kuan Yew and A Samad Ismail both co -founder of PAP were supposedly good friends but later Samad was shortchanged and was exiled and LKY live happily ever after till today with his Singapore.You must read in between lines what i said.I am hopeful that my two buddies will leave DAP because DAP will play their extreme chinese sentiment by being CHAUVANISTIC.What an approach.!!Good day.

@Dont forget the FA and the European Cup tonight.My team MU lost the EPL but City was worthy winner .Amazing comeback by City.I had this feeling that Kedah,Perak and Selangor will get into the BN fold,a comeback!! Why not ?

Anonymous said...

WZWH,

Jika benar Tunku Aziz telah mencapai makam politik yang zuhud, ini adalah satu kebaikan yang pasti akan dapat membantu proses rejunivasi UMNO BARU. Saya yakin peluang ini perlu direbut oleh UMNO BARU untuk membawa Tunku Aziz ke dalama UMNO BARU. yang rugi DAP. Yang malang adalah Pakatan Rakyat dengan kehilangan Tunku Aziz ini.

Yang patah pastinya akan tumbuh berganti. Malaysian Insider melaporkan bahawa mantan Pengarah Jabatan Siasatan jenayah PDRM, Dato fauzi Shaari akan menyertai PAS esok. Tapi percayalah dato Fauzi ini, orang siam kata " tamada' je, cikai je berbanding dengan Tunku Aziz yang telah mencapai makam politik yang zuhud.

mat pendang

Anonymous said...

Didalam rekaan terbaru Suck47 (bermula selepas ini, nama Suck47 akan ditukar ke "the incredible Sulk")dia memberi satu statistik, "In 2008, UMNO candidates got only 2 million of the 5.7 million votes"

Tetapi, malangnya "the incredible Sulk" tidak pula huraikan berapa jumlah dari bakinya itu mengundi untuk DAP.

Kalau tidak silap, "the incredible Sulk" sekarang dah jadi ahli DAP, kan?

Jadi, kenapa tak kempen untok partinya sendiri?

Kasilah jumlah Melayu yang mengundi DAP, "the incredible Sulk," barulah ada logiknya.

Tetapi, kalau kita kumpul statistik dalam rekaan terbarunya, Tunku Aziz's exit from DAP, barulah kita sedar yang hakikatnya, "the incredible Sulk" ini amat merindui UMNO.

Kerana apa?

Kerana, "the incredible Sulk" sebut "UMNO" sebanyak 43 kali, tetapi hanya 23 kali sahaja, DAP.

Rindulah, jawabnya tu!

Kelakar betul siMamat Arif Sabri ni... chamna nak jadi calun DAP ni?

Tak akan lama "the incredible Sulk" berada didalam DAP... kalaulah Dear Leader LGE baca rekaan terbarunya tu... pasti kena halau keluar!

Tetapi, "the incredible Sulk" memang ada pengalaman melompat... jadi no hal, lah!

Cikgu Ngah said...

Assalamualaikum WZWH.

Saya nak ucap terima kasih pada saudara kerana memetik komen saya dlm entri saudara sebelum ini. Saya mohon maaf kerana suka tulis panjang-panjang. Maklumlah, saya ni cikgu bahasa, maka hobi saya ialah menulis karangan.

Entri terbaru di blog Sakmongkol bertajuk 'Tunku Aziz's exit from DAP'. Buat pertama kalinya sejak sekian lama, saya berasa amat teruja utk membaca tulisan Sakmongkol. Tapi nampaknya tulisan Sakmongkol terus-menerus menghampakan dan menyerlahkan lagi personaliti seorang insan yg teramat kecewa dan berdendam hatinya. Dalam entri itu langsung tak disentuh tentang isu2 yg dibangkitkan oleh Tunku Aziz, mahupun perkara2 yg membawa kepada pengunduran Tunku Aziz dari DAP. Sebaliknya, seperti biasa, Sak lebih banyak merepek dan menyalahkan UMNO atas segala hal di dunia ini. Katanya UMNO berasa amat sakit hati jika ada orang Melayu yang masuk mana-mana parti selain UMNO. Seolah-olahnya UMNO ni sudah jadi macam suatu 'aqidah' - wah, mungkin kita sudah patut gelar Sakmongkol ini Ustaz sekarang.

Hai Dato Sakmongkol, orang Melayu walau berada di parti mana pun, tetap Melayu. Orang Islam walau apa pun keahlian parti politiknya tetap beragama Islam. Hakikatnya UMNO tak pernah mengkafirkan orang2 PAS, mahupun orang2 Melayu yg masuk DAP. Tapi PAS pernah dan terus-menerus mengkafirkan ahli-ahli UMNO, dan menganggap menjadi ahli PAS dan mengundi parti PAS sebagai salah satu daripada rukun Islam dan rukun Iman.

Masa saya nak mohon kerja jadi cikgu dulu tak pernah pun orang di Kementerian Pelajaran tanya saya, "Awak ni ahli UMNO ke?". Masa saya nak mohon biasiswa utk sambung belajar pun tak pernah juga ditanya "Adakah awak dah daftar nak jadi ahli UMNO?" Setahu saya tak pernah disyaratkan oleh mana-mana agensi kerajaan supaya rakyat negara ini perlu menjadi ahli UMNO sebelum menerima apa2 jua bantuan kerajaan. Ini bermakna kerajaan UMNO/BN bantu semua orang, tak kira parti apa pun yg mereka sokong. Sekali lagi saya nak pelawa Sakmongkol untuk datang ke Lepeh supaya boleh saya tunjukkan berapa ramai cikgu2 yg menyokong PAS tapi tetap diberi peluang untuk naik pangkat sampai jadi Pengarah. Berapa ramai juga kontraktor yang jadi kaya kerana dapat kontrak kerajaan tapi tetap beri derma pada parti PAS. Saya boleh tunjuk pada Sakmongkol.

UMNO tak pernah paksa mana-mana orang Melayu untuk jadi ahli UMNO. Sakmongkol masuk UMNO dulu pun saya pasti atas kerelaan hatinya sendiri. Tapi saya percaya masa dia nak mohon kuari dulu dia telah memperkenalkan dirinya pada pengurusan PASDEC :" Saya ni Ariff Sabri, orang kuat UMNO Pekan, orang kuat Dato Najib." Masa dia nak mohon lombong besi pun saya percaya dia beritahu Dato Nan bahawa:"Saya ni Ariff Sabri, Long, saya orang UMNO, bekas ADUN UMNO, bekas Ketua Penerangan UMNO, bahagian Pekan pulak tu!".

Wassalam.

Quiet Despair said...

Hahaha Anon 7.46pm

So right. Sak masih ada sayang pada UMNO lor. Jangan gila talak sudahlah. Harap cerai talak satu. Kalau talak tiga, kenalah cari Cina buta.Masuk parti Kitalah sekejap. LOL.
Tapi tak apa, biarlah dia cinta-cintan dulu dengan DAP. After the honeymoon is over, dia akan menyesal kawin dengn orang difikirkan cantik tapi rupanya buruk.

Cikgu Ngah

Cikgu lupa cakap saya Datuk Ariff Sabri, orang kuat Najib. Tentu dia cakap macam tu nak dapat projek dulu.

Leave him be. UMNO need not do much to unravel Pakatan's lies and follies. Tuhan telah tunjuk UMNO berada di belah yang benar.
Cerita Tunku Aziz tu okay lagi.
Yang paling menakutkan Keadilan ialah Tok Guru setuju dengan muzakarah with UMNO.
Dengar cerita ketar perut si Ah Jub Bor. Bayangkan apa jadi if PAS and UMNO work together in the coming GE?
KO si-anu tu. Back to square one. DAP will win the Chinese seats.
Dah tentu berang Si peliwat.
Sebab malam ini Tok Guru buat syarat pulak muzakarah must include other parties in Pakatan.
Kita tunggu dan lihat. semua pemimpin UMNO dan kita orang Melayu memang suka untuk perpaduan Islam dan Melayu.
But of courselah King Demo tu tak setuju sebab musnahlah cita-citanya nak jadi PM.
Not that he will ever become PM. But at least can still dream if PAS if part of his coalition.

Anonymous said...

Syabas QD. Betul ngat tu.
Aridf amat bangga dengan title Dato'nya. Beli ke?
Aok tak baca ke blog janda dia. Teramat sedih kehilangan title Datin dia.
Sekarang dah senyap dah mengutuk Arif dan girl-friendnya. Agaknya DAP dah beri duit ke Sakmongkol suruh selesai segala wang nafkah dan lain-lain yang dituntut oleh jandanya.
Jandanya dah ugut nak expose Arif lagi kalau tak bayar nafkah.
Habih segala keburukan Arif diselongkarnya. Jangan terkejut kalau dia jadi Ummi Hafilda nombor dua yang telanjangkan keburukan Umno.
Kesian janda dia. Sedih ngat tak dapat lagi gaul dengan Najib yang dia bangga amat rapat dengan dia dan Arif.
Bangga bekas laki dia secerdik dan pandai Engris macam Najib.Lawaknya.
Perempuan itupun sama aksyen macam bekas laki dia.
Saya ingat lagi masa pilihanraya kecil Hulu Selangor. Laki bini mengutuk orang Umno pakai kereta menjalar.
Yang lawaknya Sakmongkol cakap simpanlah kereta besar kat rumah untuk berkempen.Janganlah menunjuk-menunjuk.
Ada komentar lawan balik awak berdua takkan lah tak pakai kereta besar.Buat apa berpura-pura. Mereka jawab pakai Storm je.
Adalah kontrektor Batang Kali lawan balik depa dalam blog Sakmongkol.
Kedua-dua laki bini (masa tu) kutuk kontraktor dengan menghinanya awak kontraktor kelas F ada bini 4, rumah besar dan kereta besar kerana duit Umno.
Sekarang apa dah jadi dengan mereka. Itulah Tuhan tak suka orang yang cakap takbur dan ikut sedap mulut saja.
Last-last janda dia sekarang tulih pasal agama dan suruh orang pakai tudung. Kakakah.
Dia tak reti malu. Kelahi dengan anak-anakpun masuk blog.
Patutlah tak lama jadi bini Adun. Dia masuk blog seseorang yang menuduh lakinya tak terpilih Adun sebab dia queen control. Wah macam singa lukalah dia.

Anonymous said...

Maaf tersilap. Jangan terperanjat dia jadi Ummi Hafilda nombor dua yang telanjangkan keburukan Sakmongkol. Bukan UMNO seperti tersalah tulih.

Kampong man said...

Salam,
Saya sangat mengalu alukan MUZAKARAH PAS dan UMNO dan diharap satu titik persamaan dapat dicapai.Tanpa disedari dengan secara halus percubaan anasir luar yang dibiayai barat dan yahudi cuba memecah belahkan umat Islam dinegara ini sebagai mana terjadi dinegara Islam di tmor tengah.Ini yang kita kuatirkan.

Kita tahu usha DAP menolak Islam , hudud umpamanya.Ada kah DAP ini yang PAS membuat ikatan untuk bekerjasama ? Saya yakin pakatan ini akan runtuh di satu masa .Kita akan dapat lihat nanti.Bayangkan kekuatan gabungan PAS-UMNO yang pasti dapat memertabatkan Islam dan bangsa jika dapat bersatu ! Kenapa mesti bertegang leher lagi?Teruskan muzakarah tanpa syarat.

sdr mat pendang,

Saya mengalukan juga keputusan kawan sekolah saya Dtk Fauzi memilih menjadi ahli PAS sebagaimana Kampong man memilih UMNO pada Jan 2012 lalu kerana hanya UMNO yang terbuki berjaya tapi harus transform kearah yang lebih baik.Rakan saya ini adalah penuntut STAR ,Ipoh.Dari Parit Perak dan benar Ketua Pengarah Siasatan PDRM (mantan).Tinggal di Shah Alam.Sangat actif dalam alumini gathering kini menghabiskan masa di surau dan kerja amal saya pasti.Saya tidak fikir kami ingin bergiat actif dalam politik bila dah petang petang ni Yop ! Sekadar member biasa sahaja cukuplah cuma sesekali bisa macam ular tedong ..he..hee.Jangan kau cuba memperlekehkan UMNO parti keramat keluarga kami oranng kampong !! Gertak saje Yop !
Berbeza dengan Sakmongkol mencari rezeki sebagai ushawan ,POLITICIAN dan blogger.
Sayang ,DAP tidak akan kemana.LK Siang sampai tua menjadi pembangkang.So sdr mat pendang relaklah brother jangan terlalu

Oh ya Dtk Fauzi di STAR hanya dua tahun bagi kursus Sixth Form Arts.Kampong man ehmm..Sixth Form Science , Zaman the only universiti yang ada cuma UM.Berbeza sekarang kan ? diatas kedai mamak/ makan ada university.What an oppurtunity to you lot generasi muda.Tapi Tunku Aziz tu kelas tinggi Yop.Tak sama dengan Kampong man dan Dtk Fauzi lah !!

DAP bukanlah untuk orang Islam dan Melayu, period ! Malaysian Malaysia ? No way. !!

Anonymous said...

Kampungman, kenal ke sepupu saya Abdul Rahman Nordin? Dia menggunakan nama Rachmann Nordin semasa jadi wartawan.




Yeop

Anonymous said...

Salam Yeop,
Saya mengenali Rachmanm melalui penulisannya dan tidak secara peribadi.

Saya kechewa dengan syarat yang dibuat Tuan Guru Nik Aziz.Nampaknya muzakarah ini tidak skan menjadi kenyataan.Apa lagi yang tidak dibuat UMNO demi perpaduan Islam dan Melayu. Sejuk hati melihat Muhyiddin menghadiri majlis perkahwinan anak sdr Nasaruddin.Mereka ketepikan politik demi persaudaraan.UMNO tetap terus relevan bagi memperjuangkan orang Melayu dan Islam.

@ Kampong man

Anonymous said...

Sebenarnya PAS bukanlah parti Islam pun.Mereka adalah hanya satu parti politik biasa macam juga PKR dan DAP.Tidak ada bezanya pun cuma menggunakan ugama meraih undi dari orang melayu Islam.
Presiden Hadi pun tak mahu dicalonkan lagi.

PAS /PKR janganlah berangan angan hendak tawan Putrajaya.Dengan jumlah kerusi yang kecil di Parlimen dan tanpa leader yang kalibar dan baik(Mat Sabu umpamanya. Kah kaka..) PR tidak akan membawa negara ini menjadi satu negara maju .PR akan gagal .Hanya UMNO / BN biarpun semus orang cina memilih DAP.Hidup UMNO /BN .

Anak Nelayan

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...