Monday, May 2, 2011

Blog WZWH Suara Baru Politik Jerantut : Agenda Mengaudit Politik Jerantut



Kini blogsphere  Jerantut ada suara baru orang Jerantut. Blog WZWH adalah suara baru politik Jerantut. Blog WZWH adalah blog popular politik Jerantut. 

Kepada 48,000 pengundi berdaftar Jerantut, blog WZWH adalah rujukan anda. Agenda yang WZWH ingin lontarkan kepada pengundi Jerantut pada posting kali ini ialah "Mengaudit Politik Jerantut".

PRU 13 tidak lama lagi, sekarang kita di bulan Mei 2011, barangkali PRU hujung tahun 2012 bermakna kita ada setahun setengah lagi.

Agenda Mengaudit Politik Jerantut memerlukan kerjasama 48,000 pengundi Jerantut. Oleh kerana WZWH adalah ahli UMNO maka WZWH akan bercakap dari sudut pandangan UMNO dan BN. Maka kerjasama 20,000 ahli UMNO Jerantut diperlukan dengan juga kerjasama ahli-ahli parti politik komponen BN.

WZWH berpendapat kita hanya berminat menjaga Jerantut dan kepentingan kita. Kita jangan pedulikan dunia luar daripada Jerantut. Matlamat kita ialah untuk memenangkan parti kita UMNO dan BN.

Dengan memenangkan parlimen Jerantut dan tiga DUN: Damak, Pulau Tawar dan Tahan itu bermakna kita orang Jerantut telah membantu PM DS Najib dan MB Pahang. Itu sudah cukup bukti kita berperanan, menjalankan tanggungjawab kita dan sumbangan politik kita.

Matlamat utama politik kita ialah untuk melihat pembangunan politik, ekonomi dan sosial Jerantut berjalan dengan lancar. Kita mahu kebajikan dan kemajuan Jerantut mencapai sasarannya.

WZWH mahu 48,000 pengundi berdaftar Jerantut ini bekerjasama dari bottom to top. Kita orang Jerantut 48,000 pengundi yang layak berkuasa dan dalam kawalan kita untuk menentukan masa depan kita. Siapa saja orang Jerantut yang tidak berparti, orang Jerantut yang berparti yang cuma ahli biasa, orang Jerantut yang sudah tua uzur dan kurang upaya, orang Jerantut yang muda belia, tidak kira apa bangsa, tidak kira apa status pekerjaan ekonomi kita baik penoreh getah, petani, penjaja, peniaga kecilan, pemandu teksi, lori, bot penambang, kuli, kerani, guru, kontraktor dan profesional mahu pun penganggor-kita berkuasa sepenuhnya dan nilai kita sangat penting dan berharga.

Jangan fikir bila kita bertindak berseorangan secara individu menjadikan usaha kita tidak kemana, suara kita tidak dihargai tapi bila kita bertindak berkumpulan dan gerakan kita maka ianya satu kuasa "force to be recognise ". Kita mungkin dipisahkan, dipecahkan kepada kumpulan dan unit-unit kecil selama ini. Kita perlu bergerak berpadu.

Blog WZWH dicipta untuk pengundi 48,000 Jerantut melahirkan idea, pendapat, hujah, perdebatan, komentar yang natijah sucinya untuk melahirkan resolusi-resolusi politik, sosial dan ekonomi yang boleh membina masa depan yang lebih baik untuk diri kita, anak-anak kita dan cucu-cucu kita.

Blog WZWH adalah base politik Jerantut yang terbuka, menerima sebarang pendapat, kehendak, kemahuan, kebimbangan, kerisauan 48,000 pengundi Jerantut. Dari base politik yang disatukan oleh blog WZWH semua ini kita kumpulkan untuk membentuk polisi "public opinion" yang membolehkan kita orang Jerantut melahirkan ekspressi segala resolusi kita orang Jerantut secara terus "direct language" kepada pemimpin negara.

Kepada 20,000 ahli UMNO Jerantut ini agenda kita: Mengaudit Politik Jerantut bagi memastikan UMNO dan BN menang parlimen dan tiga DUN pada PRU 13. Percayalah blog WZWH adalah sebenarnya Suara UMNO Jerantut pada hakikatnya. 20,000 ahli UMNO Jerantut luahkan segala-galanya menerusi blog WZWH.

UMNO Bahagian Jerantut ada 103 cawangan UMNO di parlimen Jerantut merangkumi DUN Damak, Pulau Tawar dan Tahan.  Setiap Ketua Cawangan UMNO perlu mengaudit politik dengan:
  • Semak apa projek, peruntukan dan janji-janji ADUN masing-masing yang sepatutnya berjalan mengikut jadual. Jika terlewat apa sebab dan puncanya? Ketua Cawangan kena terus bersemuka dengan ADUN masing-masing secara berhemah.
  • Semak apa projek, peruntukan yang sepatutnya mengikut RMK 9 atau 10. Jika masih belum ada kemukakan kepada ahli parlimen Jerantut. Inilah yang sebenarnya kuasa dan tanggungjawab Ketua Cawangan UMNO. Jika 103 Ketua UMNO Cawangan bersemuka dengan ahli parlimen maka ahli parlimen itu berasa bertanggungjawab dan bersemangat mahu memanjatkan ke atas.
  • Kita adalah 103 Ketua UMNO Cawangan yang perlu mengerakkan minda ADUN dan ahli parlimen kita. Bila ADUN dan ahli parlimen kita melihat kita semua bersemangat, WZWH pun percaya ADUN dan ahli parlimen kita lagi bersemangat dan tinggi motivasi.
  • Kita 103 Ketua UMNO cawangan perlu memandu wakil rakyat kita.
  • Kita 103 Ketua UMNO cawangan perlu ada hubungan yang baik dengan staf ADUN dan ahli parlimen. Mana-mana staf dan pegawai yang tidak menjalankan urusan dan tugasan dengan sambil lewa kita kena maklum kepada ADUN dan ahli parlimen kita.
Kepada pengundi Jerantut yang tidak berparti anda digalakkan berbincang dengan ADUN dan ahli parlimen anda. Terutama di bandar Jerantut ada lebih 126 taman perumahan. Bentuklah kemasyarakatan taman-taman perumahan anda. Panggillah ADUN dan ahli parlimen ini jka kawasan komuniti taman perumahan anda ada  berhubung apa-apa masalah, keperluan untuk kesejahteraan kehidupan anda.

Kenapa tidak kita 48,000 pengundi Jerantut "fully utilise" guna sebaik-baiknya perkhidmatan ADUN, ahli parlimen dan jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan untuk memenuhi permintaan dan keperluan anda. Mereka ini diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu anda.

Tidak ada guna untuk 48,000 pengundi Jerantut merujuk kepada saranan dan idea-idea parti pembangkang sebab sangat mudah logiknya UMNO dan kerajaan BN yang memerintah dan mentadbir di Jerantut. Ini adalah kerajaan yang sah disisi undang-undang. Bukankah anda 48,000 pemgundi Jerantut yang memilih mereka pada PRU 12 dulu. Inilah yang sebenarnya mekanisma yang kita 48,000 pengundi berdaftar Jerantut patut guna sebaik-baiknya.

Agenda Mengaudit Politik Jerantut adalah untuk memastikan "piagam pelanggan" mencapai sasaran. Perkhidmatan yang anda 48,000 pengundi Jerantut beri amanah untuk menjayakan kepentingan anda semua orang Jerantut.

Inilah pandangan blog WZWH blog kepunyaan 48,000 pengundi Jerantut. Inilah suara anda yang sebenarnya-suara baru politik Jerantut. Blog WZWH membina masa depan Jerantut untuk anda 48,000 pengundi Jerantut yang cerah dan gemilang.

Ini ialah hanya perbincangan secara makro. Pada posting-posting akan datang WZWH akan bicara beberapa topik secara micro seperti:

  • Agenda Mengaudit Politik DUN Damak
  • Agenda Mengaudit Politik DUN Pulau Tawar
  • Agenda Mengaudit Politik DUN Tahan
  • Agenda Mengaudit Politik Parlimen Jerantut.

Sebab itu WZWH perlukan pandangan dan komen 48,000 pengundi Jerantut dan 20,000 ahli UMNO bagi menjayakan Agenda Mengaudit Politik Jerantut ini. WZWH mengalu-alukan input dan cadangan dari ADUN-ADUN dan ahli parlimen Jerantut kerana mereka ada sumber yang lebih sahih. Sumbangan info dari pegawai-pegawai kerajaan juga turut menyumbang kepada agenda kita orang Jerantut.

35 comments:

Anonymous said...

masalahnya wakil rakyat nak ke di pandu oleh 103 ketua cawangan ni?ckp memang mudah..nak mandu konon...nak juma pun susah!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 9:50,
Satu feedback yang baik dari anon. 103 Ketua Cawangan perlu zahir dan nyatakan kepada wakil rakyat ini. Juga nyatakan kepada staf wakil rakyat ini. Carilah waktu yang lapang dan buat appointment. kalau hal darurat dan memerlukan pertolongan wakil rakyat-call direct. WZWH percaya wakil rakyat Jerantut prihatin kepada rakyatnya.

Anonymous said...

Awk ni masih angkuh dan takbur, mana awak tahu awk paling popular? Pemimpin mcm awk ni buat org meluat ke UMNO.

Anonymous said...

Anon 5:36 ni tak faham, blog WZWH yang popular bukan personal WZWH. Di Jerantut ini orang yang politik dan tidak politik mesti klik blog WZWH nak dengar cite politik Jerantut. Anon faham tak apa mesej posting blog WZWH ini? Sebab tu anon kena baca banyak kali baru faham!

Anonymous said...

blog ni pun x popular sebenarnya, pembaca dalam 100 lebih jer sehari, tu pun posting dua tiga

Pecinta UMNO Jerantut said...

Yeeeaah mengaudit politik Jerantut. Idea pemikiran baru WZWH. Gua setuju bro.

Rakyat Marhein Jerantut said...

Kas sokong 48000 pengundi Jerantet mengaudit politik jerantut. Kas percaya deme semua ada kuasa untuk masa depan orang Jerantet

Pecinta UMNO Jerantut said...

Yeeeah gua mahu 20000 ahli umno jerantut sokong pandangan baik WZWH. Baik menguat UMNO dan BN. 103 ketua umno cawangan mesti audit politik jerantut.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
Terima kasih kerana memberi sokongan. Agenda Mengaudit Politik Jerantut adalah usaha kita 20,000 ahli UMNO Jerantut untuk menguatkan UMNO dan BN pada PRU 13 nanti. Ini idea original Jerantut. Percayalah idea kita ini akan ditiru oleh lain-lain Bahagian UMNO di Pahang ini.

Anonymous said...

Jika auditor kata 48000 pengundi berdaftar Jerantut 20000 ahli UMNO Jerantut, tak payah kempen dah menang. Baki lagi 28000 undi pecah ke PAS, PKR, KITA... Amacam.

P5 Banir...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam P5 Banir,
Saudara pasti 20,000 ahli UMNO itu kesemua 100% mengundi UMNO dan BN? Strategi pertama ialah menambah dan melekat kasih ahli-ahli UMNO sendiri setia kepada parti. Ini ialah usaha ahli-ahli UMNO bersama. Kita tidak boleh mengharapkan tanggungjawab ini diserah sepenuh kepada ADUN-ADUN dan ahli parlimen. Tanggungjawab ini perlu diagihkan kepada semua kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, Wanita, Pemuda, Puteri dan kesemua 103 barisan AJK cawangan UMNO serta semua ahli-ahli UMNO. Semua ahli-ahli berperanan dan penting serta bernilai. Ini matlamat Agenda Mengaudit Politik Jerantut. Pemuda UMNO Bahagian Jerantut akan melancarkan program ini tidak lama lagi secara resmi.

Anonymous said...

Komen2 memuji tu wzwh tulis sendiri, dia dh kantoi sekali.

dobit127 said...

Salam..
Audit adalah perkara biasa dalam bisnes.. Ia diperlukan agar sesuatu perkara terutamanya item sensitif seperti kewangan dijalankan dengan betul. So, bagi WZWH, ia adalah perkara biasa sahaja.
Audit Politik Parlimen Jerantut dan DUN-DUN dibawahnya merupakan sesuatu yang baru. Ia dilihat boleh meningkatkan popuarliti ataupun boleh memunsahkan sesorang. Semua itu bergantung kepada bagaiman hasil audit digunakan.
Memandangkan WZWH juga adalah Exco Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, kawan mencadangkan apa eloknya selain dari mengumpul maklumat secara online, harus dibuat secara bersemuka.
Maksudnya, ramai2 JK Pemuda itu dipecahkan kepada tiga atau empat kumpulan dan kemudiannya turun ke cawangan akar umbi untuk mencari input-input baru. Sambil itu, boleh dianjurkan program bersama Pemuda UMNO Bahagian yang kawan nampak agak senyap sejak PRU aritu...
Kita tahu hanya beberapa kerat sahaja ahli UMNO yang online. Berita-berita hangat tempatan hampir dibualkan setiap hari di kedai-kedai kopi..
Nah!.Berita inilah selalu menjadi topik hangat terutamanya menjelang PRU akan datang..

ikhlas dari kawan.

adrianiamri said...

Berbalik tentang Audit Pembangunan Jerantut, minta tolong cakap kat Ku Lan agar mendesak kerajaan menyiapkan segera 2 jalan..Rasanya dibawah RMK9 lagi..

1. Jalan Jengka 8 ke Maran
2. Jalan Jerantut ke Benta

Ini isu mungkin jadi duri dalam daging...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Ada dua jenis audit politik Jerantut:
Audit terbuka bagi 48,000 pengundi Jerantut. Ini terbuka kepada umum.
Audit tertutup bersifat dalaman. ini yang Dobit127 katakan. Memang benar Audit Politik Jerantut sesesuatu benda yang baru. Benda ini yang DS Najib mahu dari inisiatif akarumbi ahli UMNO dan rakyat dari bawah sendiri. Matlamatnya mahu menang PRU 13, tidak timbul isu mahu mempopular atau menjatuhkan sesiapa. Daripada hasil atau dapatan Audit Politik ini boleh menambahbaik prestasi kerja wakil rakyat kita. Bila 48,000 pengundi Jerantut puas hati maka natijahnya akan diterjermah dalam sokongan undi kepada UMNO dan BN pada PRU 13 nanti.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Adrianiamri,
Memang apa yang yang diperkatakan tentang Audit Pembangunan Jerantut itu keperluan mustahak orang Jerantut, ahli parlimen perlu mendesak DS Najib percepatkan Kedua-dua Projek Jalan Jengka 8 ke Maran dan Jalan Jerantut ke Benta. Ini melibatkan DUN Pulau Tawar dan DUN Damak. Ini adalah contoh hasil audit dari seorang rakyat Jerantut yang memerlukan penyelesaiannya.

Anonymous said...

dah pukul 2:52, baru 60 pembaca, popular?

Anonymous said...

Anon 2:52,
Bagi le komen yang menyentuh posting WZWH tuu...relevan sikit le. Anon dengki ke WZWH nape?

Anonymous said...

Bagi P5 Banir, cakap politik mudah2. 20,000 ahli UMNO mesti setiakawan, kalau tidak nyatakan pendirian dan jangan daftar jadi ahli hanya sebagai laibiliti. AJK Bahagian lk 24 orang. Ketua Cawangan 103 orang. Belum lagi dikira lantikan politik. Persoalan mudah KPPUMNO, KPWUMNO, KPPuteri dan juak2 lain yang sentiasa tujuk bakat setiap kali pemilihan, tak pandai cakap, nak cakap pun air liur bersembur2, supaya terus dipilih. Belum lagi yang makan ditangan termasuk spt halau ayam di lesung bila ada wakil turun dsb, kemana mereka menghilang?. P5 Banir cadangkan "OTOP" - One tambun one produck terjemahan bahasa Thai, satu kampung satu produk. Suruh mereka lawati projek tersebut. Minta maklum balas, jika tidak minta lepaskan jawatan...

P5 Banir, tak pernah lihat gerombolan ini berbincang untuk memacu kecemerlangan UMNO.

Anonymous said...

Audit la aok sorang, kami byk kerja lain, erm dh pukul 7:34 belum 100 orh pembaca, popular ke menda?

Anonymous said...

blog..ni best..segala komen x kena edit atau di buang...x seperti lain2 blog jerantut tu....

Anonymous said...

lagi satu komen anon dari wzwh sendiri, dia ngaku popular pastu kantoi sbb pembaca ciput, ngaku best sbb x edit, yg lucunya sbb dia tak edit org tau dia bodoh sbb banyak sampah sarap pun keluar.

madey pun tapis komen blog che det.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 4:08,
WZWH dengan nama Allah dan Rasul tidak tulis komen sendiri seperti yang ditulis oleh Anon 9:02.

WZWH adalah the most liberalis blogger di Jerantut. WZWH boleh halang mana-mana komen dalam setting design blog tapi WZWH menghormati semua komen dari orang Jerantut. Pada WZWH ini adalah satu bentuk komunikasi dan ekspressi juga gesture dari orang Jerantut.

Pada Anon 4:08 komen berapa ramai orang menengok blog ini, berapa kali WZWH tulis komen sendiri lebih baik Anon 4:08 komen dan sumbang hal yang relevan dengan tajuk posting WZWH. Orang Jerantut nak dengar pandangan Anon 4:08

Tapi jauh disudut hati sebenarnya WZWH tahu Anon 4:08 sudah mula meminati blog WZWH sebab itu Anon 4:08 komen banyak kali. Kalau tak suka lansung tak komen kan kan kan!

Anonymous said...

tak payah la dgn nama Allah dan Rasul, blog ni bukan suci sgt pun, lagipun awk pernah bersumpah mcm ni, pas2 kantoi gak

dobit127 said...

Kepada Anom 9.25AM,
ini tentang audit pembangunan Jerantut.. So gunakan ruang yang ada untuk meluahkan apa yang terbuku dihati berkenaan Jerantut umumnya ataupun masalah di tempat anda...
Jalan rosak x repair lagi.. Parit tersumbat... paip air dibiarkan mengalir..Traffic light tidak menyala .. Tiada lampu jalan kampung... dan pelbagai lagi....
Walaupun kita semua akui blog WZWH ini hanyalah blog kecil-kecilan, tapi dari tiada oklah boleh kita meluahkan rasa kita... Entah2 apa orang yang melihat dan membaca..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dobit127,
Terima kasih memberi satu pandangan dari minda yang tinggi pemikirannya. Kalau semua 48,000 pengundi Jerantut macam Dobit127 maka Agenda Pembangunan Politik, Ekonomi, Sosial Jerantut insyallah dapat dijayakan.

Walaupun blog WZWH ini kecil-kecilan namum EXCO dan MB Pahang ada membacanya. Staf JPM ada membacanya. Dan sampai kepada DS Najib, percayalah blog WZWH adalah SUARA BARU POLITIK ORANG jERANTUT. Kepada orang Jerantut gunalah ruang yang diberi oleh blog WZWH sebaik-baiknya. Orang Jerantut perlu kemukakan minda yang tinggi itu memetik kata-kata Sri Tri Buana.

sri tribuana said...

Saya setuju kata2 WZWH, walaupun kecik2 tapi semua blog dipantau dan sebagai public opinion wajar mengemukakan suara akar umbi

Anonymous said...

poooooooooraaaahhhhhhhhh tambieeeee

tok4 muda said...

kalau x suka kt wzwh jangan la baca blog dia,ada satu pihak baca lepas tu dengki,sebab apa ?
ikut wzwh la dia nak tulis apa pun kalau x suka abaikan je ...xyah la beria2.SOKONG WZWH.

07matbon said...

kerja2 jalan yang x siap itu kerja2 JABATAN KERJA RAYA,lokang tersumbat dengan trffic light pulak MAJLIS DAERAH JERANTUT,tiada lampu jalan pulak tugas TNB,xkan lak pulok ahli2 UMNO,AJK BAHAGIAN,YB2 yang nak buat kerja tu....LEPAS INI SAPE2 JADI AJK BAHAGIAN JERANTUT KENA PERGI MENGAJAR PULAK KT SEKOLAH2 bagi murid yang kurang cerdik pandai...suruh jadi cerdik pandai berlaka berfikir.apa guna pihak kerajaan melantik jabatan2 ini.

Anonymous said...

sebab dlm JKR,dalam MAjlIS DAERAH,dalam TNB, dalam PENDIDIKAN, dalam JBA, dalam JPS,dalam FELDA dalam LKPP,dalam PEJABAT TANAH & DAERAH, dalam BANK2, dalam KTMB,dalam TELEKOM dalam POLIS, dalam RISDA,dalam KESIHATAN, dalam KONTRAKTOR,dalam POLIS,dalam BOMBA dan macam-macam DALAm lagi adalah PENJAWAT AWAM YG MAKAN GAJI KERAJAAN TAPI undi PAS,DAP,PKR yakni pembangkang,tak sedar di untung,pengkhianat, lupa diri tu tak kemana je sbg PEMBELOT KERAJAAN...PUKIIIII SEMUAAA.....!!!!

dobit127 said...

kepada anom 4.39pm.
Pada pendapat kawan, isu undi sesiapa itu hak masing-masing biarpun dia kakitangan sesebuah kerajaan.
Sebagai contoh, kakitangan kerajaan negeri Kelantan atau Selangor, kalau diikutkan macam kena mengundi PAS dan PKR.. Itu pemikiran yang sepatutnya tidak diamalkan sekarang. Corak pemberian undi seharusnya lebih kepada kepada siapa yang hendak kita pilih untuk mewakili kita ke sidang DUN atau sidang Parlimen selama 1 penggal pemerintahan yang mana akan mewakilkan kita dalam memberi kehidupan yang kita mahukan.. Jika anda merasakan UMNO dan BN bagus, jangan ragu-ragu pangkah sahaja. Jika tidak bila melihat calonnya, tengok kepada calon penentang. Adakah lebih berwibawa untuk menengahkan persoalan kita ke pihak berkenaan. Jika ya. Jangan ragu-ragu pangkah undi anda...
Kepada parti BN dan PAS dalam konteks Jerantut ini, inilah natijah kesedaran sebilangan pengundi baru dan atas pagar... Walaupun impian itu nampaknya jauh dari pandangan, percayalah itu yang dihasratkan dan dimahukan oleh semua...
Itu pendapat kawan. Terpulang kepada anda untuk mengikut akal atau fikiran anda...

Anonymous said...

salam anon 4:39pm, saya nak tanya satu soalan saja, anda ne sekolah ke tidak, jika anda mempunyai anak,sejak dari kecil hingga besar, kita beri makan, didik agama, hantar sekolah, tut tut bila besar dan remaja telah berkerja, tak beri sumbangan duit ke, atau tak ambik kesah kepada kita, adakah boleh kita marah dan mencerca mereka, dengan mengatakan lupa, diri lupa daratan lah kerana mengabaikan kita.

harus di ingat memberi makan dan minum serta pelajaran adalah tanggung jawab kita sebagai bapa, begitu juga kerajaan?, menjadi tanggung jawab mambayar gaji kepada perkerja. ada faham ke konsep tersebut?, jika awak rasa nak sokong pemerintah atas dasar terhutang budi pada yb awak itu awak punya pasal, jika saya tidak terikat pada mana mana parti, saya lihat calun yang boleh menyumbangkan kihdmat dengan baik.

mulut jahat said...

kena sedar kerajaan hari ini ada UMNO,

Sri Tri Buana said...

Saya berasa sedih sebenarnya jika membaca sebuah blog yang enggan moderate komen. Kononnya pemilik blog itu ingin memberi kebebasan kepada warga Jerantut memberi apa saja pendapat tentang hampir apa saja. Masalahnya, ditangan orang yang mengamalkan budaya rendah dan mengaibkan sesama Islam, kebebasan seperti ini diambil kesempatan untuk memalukan sesama Islam, sesama parti.

Kebebasan bersuara juga perlu ada pertimbangan. Jik blog menjadi tempat memfitnah dan mengaibkan seseorang maka pengendali blog sepatutnya bertanggungjawab. Ada ketika, apa yang dibahaskan tidak ada kena mengena dengan individu yang dibangkit, dengan fitnah dan cerita dalam kelambu yang tidak sepatutnya diluahkan dalam blog.

Saya menapis semua komen yang bersifat peribadi. Jika ada komen yang tidak sependapat dengan saya, jika ia akademik saya akan lepaskan. Saya akan bahas secara akademik. Sebenanrnya reputasi blog-blog Jerantut dan sesetengah blogger Jerantut memalukan. Rakan-rakan blogger saya dari tempat lain sering menyindir kualiti blog Jerantut. Ini kerana blog Jerantut lebih suka mengaibkan orang dari mencari kebaikan.

Janganlah cari populariti dengan cara murahan. Jangan aibkan sesama Islam dan sebangsa. Ini bukan amalan mulia.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024