Monday, May 2, 2011

Respon Kaum Cina Kepada Ultimatum Najib


DS Najib berkata kaum Cina perlu membuat pilihan sama ada untuk memilih MCA pada pilihan raya umum ke-13 atau kehilangan wakil dalam Kabinet pusat dan negeri. Masyarakat Cina telah diberikan mesej yang jelas dalam isu tersebut.

DS Najib melihat MCA mahu memberi satu mesej kepada pengundi keturunan Cina bahawa mereka tidak boleh menyokong pembangkang dan dalam masa yang sama mahu penyertaan kuat dalam kerajaan.

MCA mengumumkan pendirian tidak akan menerima sebarang jawatan peringkat pusat dan negeri jika calonnya gagal mencapai keputusan terbaik pada pilihan raya umum ke-13. MCA akan terus duduk dan menyokong BN kerana masih yakin dengan kepimpinan DS  Najib khususnya dalam program transformasi ekonomi dan negara.

Ini merupakan pendirian bermaruah dan tepat dalam politik. Tidak ada sebab untuk berada dalam kerajaan sekiranya tidak mendapat sokongan dalam kerajaan.

Apakah respon kaum Cina kepada ultimatum Najib? Belum ada jawapan yang pasti. Banyak orang telah putar "statement of fact" DS Najib sebagai "threat"-ancaman. Isu ini sedikit sebanyak meresahkan kaum Cina. Mereka akan jadi serba salah.

WZWH menyokong penuh cara politik DS Najib yang berkomunikasi secara "direct language" kepada kaum Cina. Ini baru betul pahlawan Pahang.

Kita lihat respon dari pemimpin Cina pembangkang yang penuh emosi berang dengan kenyataan DS Najib yang bold.

Lim Guan Eng (LGE) berkata DS Najib mengkhianati konsep 1Malaysia. Ini menjurus kepada "pakatan raya orang Melayu yang rasis dan extreme". Pemimpin UMNO membakar api perkauman dengan melagakan  kaum Melayu dengan kaum Cina dan sesama kaum Melayu dengan menjemput PAS masuk BN. Ini memberi peluang kepada UMNO menunjukkan mereka mempertahankan ultra Melayu.

Ketua PKR Johor Chua Jui Meng (CJM) memberi amaran keras kepada DS Najib yang akan dijatuhkan sebagai PM pada PRU 13 nanti. CJM yakin PR akan menumbangkan BN. Beliau juga yakin Anwar Ibrahim akan menumbangkan DS Najib.

Pemimpin pembangkang Sarawak Wong Ho Leng (DAP) juga kecewa dengan kenyataan DS Najib yang pada beliau merupakan satu ancaman kepada kaum Cina. 

Pada WZWH amat mudah memahami kenapa pemimpin pembangkang Cina sungguh beremosi dan berang dengan kenyataan DS Najib itu. Kaum Cina diberi pilihan boleh sokong pembangkang tetapi jangan harap ada wakil kaum Cina baik peringkat pusat, negeri dan tempatan.

Pada apa perkara baik yang dipersembah DS Najib kepada kaum Cina bandar tetapi masih juga suka menyokong DAP maka kaum Cina tidak ada suara dalam kerajaan. Tiada MCA, Gerakan dan SUPP maka tiada suara kaum Cina sebab DAP dan PKR itu pembangkang. Itu logik mudah politik.

Kaum Cina tidak boleh dapat dua-dua sekali menyokong pembangkang dan suara (wakil) dalam kerajaan. Kaum Cina perlu memikirkan kepada kaum Melayu dan Bumiputera yang setia menyokong BN terutama di luar bandar menerima faedah pembangunan politik yang sebaik-baiknya dan setimpal.

Berapa besar undi orang Cina? Lihat analisis ini...
Malaysia's  States Seat 
Party %State
UMNO41.00%
MCA+Gerakan6.50%
MIC1.00%
Sabah / Sarawak15.00%
DAP15.00%
PAS14.00%
PKR7.00%
Independent0.50%


Jika kita lihat sedalamnya analisis di atas, ini ialah keputusan DUN PRU 2008 dan PRN Sarawak yang terbaru.

UMNO masih berkuasa mengawal 41% DUN dalam Malaysia. Kerusi DUN ini membentuk penguasaan UMNO dalam parlimen dimana kerusi parlimen biasanya ada lebih dari satu DUN.

Orang Cina kesemuanya jika mereka diwakili DAP hanya ada 15% kawalan dari semua DUN di Malaysia. Tanpa sokongan PKR dan PAS, undi DAP tidak beri apa-apa makna. Adalah satu kesilapan besar bergantung kepada PKR dan PAS setelah sokongan PAS dan PKR dikalangan orang Melayu dan India semakin merudum bila pendedahan gelagat politik dan peribadi Anwar Ibrahim susah untuk diurus.

MCA dan Gerakan sebaliknya dapat sokongan dari Kerajaan Pusat. Kedua parti telah kalah besar pada PRU 2008 tidak dapat sokongan komuniti Cina namun MCA, Gerakan dan parti Cina lain di Sabah dan Sarawak boleh "deliver" kepada orang Cina. Orang Cina memerlukan sokongan dari Kerajaan Pusat untuk bergerak lebih maju. Tidak ada gunanya memberi 15% undi anda kepada DAP jika PKR dan PAS tidak boleh diharap. Orang Melayu dan orang India telah sedar permainan drama Anwar Ibrahim. Malah PAS sudah mula menggeletar!

Jika UMNO bersatu dengan PAS, ini boleh memberi kehancuran kepada pengundi Cina. Kesemua suara orang Cina hanyalah 21.5% (MCA + Gerakan + DAP) dalam kerusi DUN dengan 15% DAP dan baki 6.5% dikongsi MCA dan Gerakan.

3 comments:

Anonymous said...

Brader,

Dah tegur pada posting lalu, masih tak serik dengan spin data kau.

Lebih separuh dari kerusi UMNO sekarang adalah kerusi campuran dengan 20-40% pengundi bukan-Melayu.

Di kalangan pengundi Melayu pula, terdapat hardcore PAS-PKR kira2 40% dari pengundi Melayu.

Trend PRU2008 Semenanjung, undi Cina untuk BN ialah 30%.
Trend PRU13 nanti, undi Cina untuk BN dijangka hanya 10-15%.

Trend PRU2008 Semenanjung, undi Melayu untuk BN ialah 50%.
Trend PRU13 nanti, undi Melayu untuk BN dijangka 55-58%.
Impak pengundi muda & baru boleh menurunkan peratusan ini juga!

Kalau dianalisa sebegini, separuh kerusi UMNO di Semenanjung sekarang akan tumbang ke PAS-PKR!

Jadi, yang untung dalam permainan polemik UMNO terhadap orang Cina adalah PAS-PKR saja. Tindakan bodoh sombong ini akan menghancurkan sokongan pengundi Cina di kerusi2 UMNO tanpa dapat impact peratusan hardcore pengundi PAS-PKR langsung...
DAP tak rugi tapi PAS-PKR yang untung!

~ Anak Pahang pasca 2008

Anonymous said...

As far as politics concerned, Najib warning to MCA and the Chinese urban voters is not a threat. Seriously, why should UMNO allow MCA to win seats in Malays heartlands while MCA fight for the rights for sill chauvinist agendas like vernacular schools and promoting alien language Mandarin which is even more alien to the Hokkien speaking Chinese of Malaysia...which is a mockery to the Malay voters..imagine the silly Chinese had to depend on Malay votes to get them some representation in the cabinet..pathetic.If I were Najib I kick MCA to join DAP and they can buld the Chauvinist Alliance as they have always been.

Onwards for PAS-UMNO unity talks...the dau of racial representation has ended in Malaysia. No more appeasing the MIC and MCA, the new BN will rally its resources along the core Malay/Bumi voters who will play a signifivcant role in the future compared to the shrinking Chinese and Indians who will make a poaltry 20% of the population by 2050.

By then the MOE can convert all thos eempty vernacular schoools into National schools and empower bahasa melayu as the national language. The Chinese can languish in their islands of isolations in PJ, Seri Kembangan, Ipoh and Kucing Utara.

Pemuda TG said...

Salam Perjuangan,

Analisa yg baik dan perlu untuk membuka minda sebilangan masyarakat. Teruskan....

Mohon dilink ke Blog Tuan
http://pemudatg1.blogspot.com
modestos

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024