Tuesday, May 17, 2011

Usul Politik Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011


Agenda Melayu Bandar - Pemangkin Perubahan 
21 Mei 2011
Usul Politik Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011 

MEMAHAMI 
  1. Melayu Bandar itu adalah masyarakat Melayu yang tinggal atapun bekerja di Bandar. Aspek Agenda Melayu Bandar ini besar dan luas sebenarnya dan merangkumi segala aspek yang lebih menyeluruh termasuk, Ekonomi, Pendidikan dan Sosial.
  2. Mengambil pendekatan politik untuk perbentangan usul , maka usul yang dibawa ini adalah berkisar kepada Halatuju Politik Masyarakat Melayu di Bandar.
  3. Kenapa perlukah kita membezakan di antara Melayu Bandar dan Melayu kampong ataupun Luar Bandar. 
  4. AGENDA MELAYU BANDAR ini adalah kejayaan perjuangan politik UMNO yang berterusan kerana Bandar itu tidak terbit secara tiba – tiba tetapi sebenarnya ianya adalah evolusi dan perkembangan sesebuah desa atau kampong secara perkembangan yang positif dan semula jadi. Ini berteraskan kejayaan dasar kerajaan UMNO sendiri di dalam mengimplimentasikan program-program ekonomi sosial dan politik. 
MENYEDARI 
Keputusan untuk mempertengahkan Agenda Melayu Bandar ini adalah kerana pemerhatian tentang beberapa fakta seperti berikut : 
  1. Mengikut Statistic Repot Pelan Fizikal Nasional pada tahun 2000 perbezaan populasi Bandar dan Luar Bandar adalah 12 juta berbanding dengan 6 juta (iaitu dalam 50%). Perangkaan pada tahun 2015 pula adalah 18 juta di Bandar berbanding 6 juta (iaitu 33%). Maka, dapat dilihat perkembangan populasi luar Bandar menjadi Bandar adalah amat pesat. 
  2. Pilihanraya Umum 2008. Isu – isu yang dibangkitkan oleh pengundi adalah isu berkaitan servis perkhidmatan dan kualiti kepimpinan. Rakyat lebih peka dan lebih pandai menilai kepimpinan dan bukan hanya melihat kepada Parti yang bertanding tetapi individu yand di tampilkan. 
  3. Integrasi perkauman yang kian melebar. Sebagai contoh, ini dapat dilihat dari jumlah pembangunan perumahan yang mahal yang hanya mampu dibeli oleh orang bukan Melayu dan fakta 30% kouta Melayu tidak dipenuhi di Bandar. Juga dilihat sekolah kebangsaan kurang mendapat sambutan bangsa bukan Melayu. 
  4. Jumlah pengundi Jerantut terutamanya orang Melayu di bandar menguncup kepada 10,734 kerana tidak keluar mengundi pada pilihanraya umum 2008. Kemana pergikah pengundi orang Melayu Bandar? 
  5. 75% dari populasi Negara adalah berumur 44 tahun dan kebawah yang mana mereka ini tinggal ataupun berhjrah untuk kerja dibandar. Kegunaan SMS dan teknologi canggih di dalam proses berkempen. 
  6. Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan 43.1 peratus atau kira-kira 7.9 juta daripada 18.47 juta penduduk yang tinggal di bandar negara ini berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan.
MENGINSAFI 
Cadangan memperincikan dan mengimplimentasikan Agenda Melayu Bandar. 
  1. Untuk meletakkan perjuangan politik UMNO berasaskan ketelusan, amanah dan keterbukaan Maka AGENDA MELAYU BANDAR akan meletakkan amanah sebagai paksi di dalam kepimpinan;
  2. Semua pihak mesti menghayati, memahami dan menghormati Amanah ini di dalam proses kepimpinan dan penjalanan tugas mereka. Amanah akan mengingatkan pemimpin Kuasa itu sebenarnya pinjaman sementara dan, dari manakah kuasa itu datang sebenarnya. Kembalikan punca Kuasa itu kepada rakyat. Melayu Bandar menerima sesuatu isu itu dengan fakta dan dari sumber yang boleh dipercayai. Pemimpin mestilah memimpin melalui teladan. Cakap mesti serupa bikin. 
  3. Penyelesaiannya adalah dengan menggunakan Kebijaksanaan atau Fatanah di dalam kepimpinan. AGENDA MELAYU BANDAR meletakkan asas Kebijaksanaan itu sebagai paksi di dalam segala aspek kepimpinan bagi kita menampung hasrat untuk sentiasa Telus & Terbuka. Dengan menggunakan Kebijaksanaan kita dapat mencapai sesuatu objektif yang terbaik untuk kebaikan semua. 
  4. Agenda Melayu Bandar yang mencerminkan kepimpinan yang bertanggungjawab, berintegriti tinggi, keikhlasan dan pengurusan yang baik. Isu Melayu Bandar bukan lagi tentang infrastuktur asas. Bukan lagi tentang bekalan air bersih, bekalan elektrik, jalan raya, pembinaan sekolah dan sebagainya. Tetapi lebih kepada isu – isu semasa untuk menaik tarafkan kualiti kehidupan mereka. 
  5. Agenda Melayu Bandar perlu membawa balik perjuangan politik kepada asas murni yang kukuh dan jelas difahami oleh seluruh rakyat Malaysia. Kita perlu kembali kepada asas Perjuangan memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Kita perlu kembali kepada Sejarah, memahami Sejarah supaya kita dapat mencartakan masa depan kita dengan lebih berkesan. Kita perlu pendekatan B2B, dengan izin “Back to basics”. 
  6. Terlalu banyak masa dibazirkan untuk merebut kuasa dan jawatan. Terlalu banyak isu yang perlu ditangani oleh Melayu Bandar. Pemimpin yang leka seperti ini tidak diperlukan di sini. Pemimpin yang diperlukan adalah pemimpin berjiwa rakyat yang meletakkan perjuangan untuk keseluruhan rakyat lebih dari dirinya sendiri ataupun segolongan pihak sahaja. 
MAKA, PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN JERANTUT yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan: 
  1. AGENDA MELAYU BANDAR adalah pemangkin perjuangan Melayu di Bandar. AGENDA MELAYU BANDAR adalah agen dan angin perubahan yang sedang meniup dimuka kita sekarang, sama ada kita sedia ataupun tidak. AGENDA MELAYU BANDAR perlu di beri perhatian serius, di olah dan diberi nafas yang meletakkannya sebagai Hala Tuju dan Objektif politik Melayu di Bandar. 
  2. UMNO perlu diberi nafas baru, perlu relevan dan terus relevan untuk memastikan Perjuangan untuk memartabatkan Melayu berpaksikan Agama, Bangsa dan Negara berterusan. Dulu, kini …. Dan selamanya. 
  3. Kita perlu muhasabah diri dan berubah mengikut pertukaran zaman kalau tidak, kita sendiri akan ditukarkan oleh rakyat dipeti undi ataupun cara yang lain. Pemuda UMNO Jerantut sedar Agenda Melayu Bandar bukan sesuatu yang mudah untuk mengimplentasikan, merealisasikan dan dijadikan kenyataan serta merta. Tetapi kita perlu mengambil langkah pertama kearah itu iaitu meperincikan AGENDA MELAYU BANDAR. Ini adalah langkah pertama kita.
  4. Merumus idea dan pelan tindakan dalam menangani perubahan geo-politik dan isu-isu sosio ekonomi yang berkaitan Melayu bandar.
  5. Mengembali dan memantapkan keyakinan serta sokongan rakyat khasnya orang Melayu terhadap kewibawaan kerajaan.
  6. Menyegarkan perjuangan orang Melayu untuk memastikan kedudukan mereka terbela dari aspek politik, ekonomi dan sosial dalam persekitaran kehidupan bandar.
  7. Menggembleng kesepaduan berterusan antara sektor kerajaan, swasta, pemimpin masyarakat, ahli akademik, NGO dan tenaga profesional untuk mendepani isu-isu Melayu bandar.

4 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Aku rasa tetang memahami, menyedari dan menginsafi itu, ok , tiada masalah. Tetapi mengenai cadangan KETETAPAN itu perrlu di tambah baik dan di murnikan, jangan lagi kenyataan sahaja, tapi perlu boleh di ukur dan di sukat, mana nya apa angka hendak di capai atau sasaran nya samaada dalam bentuk angka atau peratus, Baru lah KPI pEMUDA JERANTUT ADA DAN ORANG JERANTUT MENILAI NYA. iNI TIDAK HANYA STATEMENT RETORIK TIADA DISOKONG DENGAN DATA IMPIRIKAL. GUNAKAN LAH PENGETAHUAN AKUNTAN KAU ITU DAN MBA UUM ITU. CERITA SEMUA ORANG BOLEH CERITA TERMASUK LAH SI DOMPOK KAMU ITU, KALAU GAYA INI JAUH LAGI LAH. APA KATA KAMU URANG DI ULU?. TAK DE KUMEN ONG?.

beleber. tq

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 6:54,
Satu cadangan yang baik. Betul WZWH setuju perlu ada sasaran kualitatif. Feedback yang sangat baik dari Anon. Terima kasih.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Sorry Anon 6:54 patutnya sasaran kuantitatif contoh penguasaan 65% ekonomi negara memandangkan orang Melayu dan Buni merupakan majoriti penduduk Malaysia walaupun nampak tidak realistik. Kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan, GLC, Institusi-institusi pelabur, UDA, MARA, Tabung Haji, semuanya perlu membeli hartanah yang strategik di bandar-bandar.

dobit127 said...

Kita jangan terburu-buru untuk membuat target sedangkan kita tahu kita tidak mampu atau masih terlalu lambat.
Sebab itu pepatah lama ada berbunyi ' biar lambat asalkan selamat dan dapat"..
Mulakan dengan angan-angan, juruskan kepada matlamat, ikuti dengan perancangan, dilaksanakan penuh selamat dan kemudiannya mendapat apa yang disasarkan.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024