Sungguh menarik blog-blog Jerantut sudah mula bangkit. Ini bagus untuk mediacyber Jerantut. Kita lihat apa yang diperkatakan:
Sri Tri Buana (Jerantut) memperkatakan perancangan bandar Jerantut yang menyeluruh. Sememangnya kerajaan punya perancangan jangka panjang. Itu sebab ada RTD Jerantut 2008-2020 yang ada penyataan bertulis.
Parlimen 81 menulis tentang perlombongan bijih melalui gambar satelit. Cuma perlu diberitahu di mana lokasi lombong besi itu WZWH nak tahu! Tidak dapat dielakkan industri melombong Jerantut berkembang pesat kerana Jerantut kaya dengan galian-galian berharga.
Dobit127 menceritakan P n P matapelajaran perakuanan. Walau banyak persoalannya Dobit127 perlu sedar bukan semua guru akaun di Malaysia diberi peluang mengajar prinsip perakaunan. Ramai guru major perakaunan tidak berpeluang mengajar subjek ini.
N9 Tahan membangkitkan isu jalan Jerantut- Jengka 8 yang teruk kondisinya. N9 Tahan perlu akui jalan itu mula beroperasi pada lewat tahun 1990an maka sudah tentu maintenance perlu segera. Kerajaan perlu cepat perbaiki jalan itu sebelum PRU 13 kalau boleh.
Kampungku bercakap tentang cakap-cakap manis. Kampungku perlu sedar fitrah realiti manusia suka dengar cakap-cakap manis atau janji-janji manis. Kampungku perlu melihat apa bukti fizikal pembangunan kampungnya dan kampung-kampung sekitar.
WZWH juga mahu mengucapkan selamat bersidang kepada 500 perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang akan bermesyuarat pada 21 Mei 2011 di Dewan MDJ. Ambillah bahagian di dalam perbahasan usul-usul nanti iaitu politik, ekonomi dan agama.
Pemuda UMNO Bahagian Jerantut perlu merumuskan politik baru kepimpinan UMNO Jerantut untuk menjayakan agenda pembangunan ekonomi, politik dan sosial Jerantut.
1 comment:
Salam..
Apapun selamat bersidang. Harapnya input yang dapat boleh digunakan juga dalam pembangunan Jerantut..
Mengenai blog kawan, kita lulusan perakaunan semestinya akan cuba untuk mengajar major kita. Seperti kawan sendiri, walaupun sudah lama mengajar, atas usah dan sifat keras kepala kawan sendiri, barulah kawan diberi peluang untuk mengajar Prinsip Perakaunan..itupun baru start tahun lepas pelajar kawn mengambil PA..
Xpe. mungkin rezeki dan takdir kita di lain subjek. Kawan sendiri agak menyerlah di subjek BM. sudah 8 tahun kawan mengajar subjek BM.
Bak Headline Berita Harian hari ini..
SABARLAH CIKGU....
Post a Comment