Style gaya politik YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan agak pelik. Walau ada cawangan UMNO yang buat usul undi tidak percaya kepada beliau, DUN Tahan tetap semakin meriah dengan berbagai program saban minggu demi minggu.
Di Jerantut ada segelintir orang UMNO yang jahil tidak tahu bahawa dalam perlembagaan UMNO adalah menjadi kesalahan untuk buat usul undi tidak percaya kepada YB dan kepimpinan parti-boleh dipecat keahlian oleh Lembaga Tindakan Tatatertib UMNO!
Ada juga AJK UMNO Bahagian yang jahil dengan perlembagaan UMNO. Pengurusan UMNO termasuk yang berjawatan "Setiausaha Eksekutif UMNO" satu-satunya jawatan yang unik di Jerantut tidak ada pada mana-mana bahagian-bahagian lain di Pahang lebih berpengaruh dari Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut sendiri pun jahil.
DUN Tahan semakin meriah dengan berbagai program. Pada hujung minggu lepas WZWH berkesempatan menghadiri:
- Program Penggambaran Anjung Bestari 1Malaysia peringkat Mukim Tembeling Tengah 20 hingga 22 Mei 2011.
- Program Majlis Mesra Muafakat Mukim Kuala Tembeling 22 Mei 2011.
- Rakaman bersama Pengusaha Tebu dan Ternakan Puyuh (Kampung Gol).
- Gotong-royong Kenduri Kampung dan Kumpulan Marhaban (Felda Sungai Retang).
- Rakaman Kelas Literasi Kanak-kanak dan PDK (OKU) (Felda Sungai Retang).
- Pengusaha Sangkar Burung, Ukiran Kayu dan Sulaman Telekong/Tudung (Felda Sungai Retang).
- Pengusaha Cyber Cafe (Felda Sungai Retang).
- Rakaman Permainan Futsal Belia dan Beliawanis (Kampung Jong Berlabuh).
- Jamuan Makan Malam.
- Malam Mesra Komuniti Malaysia dan Persembahan Kebudayaan (Felda Sungai Retang).
- Wawancara bersama Pengerusi K1M dan Mesyuarat J/K K1M Mukim Tembeling Tengah.
- Rakaman Perusahaan Dodoi dan Homestay (Kampung Machang Raja/Kampung Labu).
- Rakaman Kelas Masakan Kek (Kampung Labu).
WZWH ucap terima kasih kepada RTM dan Jabatan Penerangan Malaysia yang menjayakan program ini di DUN Tahan.
- Pertandingan Mewarna Pra Sekolah/Tadika.
- Pertandingan Aspek Wanita(Gubahan/Masakan).
- Anugerah Jasamu dikenang.
- Acara Sukaneka.
- Ceramah Perdana.
Sehingga PRU 13 sampai, berbagai-bagai program akan dijalankan dengan meriah. DUN Tahan semakin ceria. WZWH mahu lihat majoriti DUN Tahan PRU 13 melebihi 3000 undi. Jika kita sentiasa buat program dekat dengan denyut nadi rakyat dan berbagai projek pembangunan dibawa ke DUN Tahan tidak ada sebab rakyat tidak menyokong.
4 comments:
Kesian mesin propaganda wan mizan, pembaca 36 jer setakat kul 11:20. YB Dato, cari org lain la, blog ni hampas
Anon 11:20 sejak bila jadi pembaca meter counter blog WZWH? Ka ka ka ka.
anon 11.20 adalah pembacameter jba.dia ada blog nama blog dia meter wa baca kah kah kah kah kah!!!!!!!!
anon 11:20, yg penting ada juga pelawat, ade blog tu lngsung xde org nak tgk
Post a Comment