Pernahkah kita terfikir pengorbanan pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian Jerantut dulu di dalam membina membangunkan Jerantut. Pemimpin-pemimpin UMNO yang banyak berjasa kepada pembangunan Jerantut seperti Arwah Dato' Shariff Ahmad, Dato' Wan Abu Bakar,Tuan Hj Kamaruzaman Baria, Arwah Kamariah, Dato' Bazain Mahmud, Arwah Dato' Azizan Yaakob. Jasa-jasa pemimpin-pemimpin di dalam menguatkan parti UMNO di peringkat cawangan dan bahagian dari pimpinan akar umbi hingga ke pimpinan atasan telah berjaya memberi kemenangan majoriti yang besar dalam setiap PRU.
Pernah kita bertanya kegigihan usaha pemimpin-pemimpin UMNO kita sekarang di dalam membangunkan Jerantut seperti YBM Tengku Azlan, YB Dato' Ahmad Shukri dan YB Dato' Wan Amizan. Pada apa yang berjaya pemimpin-pemimpin ini lakukan pernah kita cuba memahami perjuangan dan kesungguhan mereka di dalam memberi servis yang baik kepada Parlimen Jerantut dan DUN. Pernah kita sebagai pengikut menghargai dan berterimakasih kepada pemimpin kita.
Berapa ramai antara kita sebagai pengikut tampil ke hadapan memberi sumbangan yang termampu oleh kita di dalam bentuk idea, masa, tenaga, usaha, wang, dan sebagainya untuk membantu pemimpin-pemimpin kita menjayakan misi organisasi parti. Berapa ramai cerdik pandai yang ada Phd, Master, MBA, Degree, Diploma sanggup berkorban masa, tenaga, wang berulang alik dari Kuala Lumpur, Kuantan ke Jerantut pada setiap hujung minggu contohnya demi perjuangan UMNO?
Kenapa kita tidak membantu pemimpin-pemimpin kita? Kenapa kita tidak memberi idea-idea, nasihat dan teguran kepada pemimpin-pemimpin kita. Kenapa kita suka mengutuk pemimpin-pemimpin kita, Kenapa kita suka mengatakan pemimpin-pemimpin kita. Kenapa kita tidak mengakui apa-apa projek pembangunan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin kita ke Parlimen dan Dun. Kenapa kita menidak dan dengki kepada apa-apa yang baik pemimpin-pemimpin kita berjaya lakukan.
Kita mesti keluar dari kepompong pemikiran sempit kita, buka mata dan minda kita luas-luas lihat persekitaran luar kita lihat kejayaan tempat orang dan bandingkan dengan tempat kita, apa yang kita kurang, apa yang kita lebih, bagaimana kita membaiki, dan cara apa kita mahu membaiki, perbetulkan sikap, pemikiran, permuafakatan barulah kita ada hati yang bersih dan suci untuk mencapai misi dan visi di atas jalan yang lurus.
Tidak ada mana-mana kumpulan yang kuat di Jerantut baik Ulu Cheka,Jalan Benta, Bandar, Jerantut Hilir, Pulau Tawar, Felda-Felda, orang Kelantan Jerantut dan Tembeling. Setiap kumpulan memerlukan antara satu sama lain, setiap kumpulan perlu bergabung membentuk pemuafakatan gagasan 1UMNO Jerantut yang kuat dan jitu. Kita pengikut-pengikut perlu menggerakkan gagasan 1UMNO Jerantut ini tidak kira kita pengikut mana-mana kumpulan, jika pemimpin-pemimpin kumpulan malu atau enggan berbuat demikian kitalah pengikut-pengikut UMNO yang setia perlu membuat gelombang perubahan mendesak penyatuan gagasan 1UMNO Jerantut.
Ini yang patut ahli-ahli UMNO buat. Kuatkan parti bersama-sama kita menguatkan UMNO bersama membina membangunkan Jerantut. WZWH komited menjayakan wawasan bersama membina membangunkan Jerantut. Biar pun wawasan yang walaupun nampak macam mimpi tapi kita semua 20,000 ahli UMNO Bahagian Jerantut berusaha mencari jalan menjadikannya realiti.
10 comments:
Wan Zurik,
Please licking your.......please do it. Easy said than than. Who is the push factors and who is the pull factor. Sometime you.... for me to understand you. Where is your stand. Please positioning your self properly. For sure i can't buy your sugestion. Your are intelegentlymoron.
Anon 3.29,
WZWH is projecting the win of Jerantut parlimen seat plus 3 state seats. To do that needs:
UMNO Jerantut unity
Spirit 1UMNO Jerantut
Contributions and supports from 20,000 UMNO members
Loyalty from UMNO members
Anon asked WZWH's stand. Well WZWH stand for UMNO Jerantut. WZWH stand for Jerantut development economically,politically and socially.
Why is it so hard for Anon to comprehend WZWH thinking. So far this posting is WZWH's best message to Jerantut UMNO members.
Anon can't buy WZWH's sugestions. So what are Anon's suggestions which are inteligently not moron? Tell WZWH of Anon's view.
Let Jerantut people listen Anon's view!
just leave them,the b*****d moron people without education behind WZWH!now its 2011 alread WZWH...for those with no brain & education, their time is up.. who are listen to them? youth all around jerantut are now studying n having the good education and they can thinks wisely..they knows and appreciate what all those ADUN's n MP jerantut's doing,servicing and so on..its just their 5 cents mind,because they'd never out from jerantut to gain any education n be as 'umno' handyman with just SPM level & even some with none educational background..and if some of them have it,there will be something wrong somewhre with their heart(hasad dengki & negative attitude)...keep on drilling and hacking good ideas to flushing dis UMNO's fake people(ahli UMNO tpi UNDI PEMBANGKANG sbb tak suka calon UMNO sendiri)....THAT's what make voters outside look us like a shit...damn!!!!
WZWH,
Aku tak kenal kamu dan tak pernah bersemuka dengan kamu. Pada hemat aku ( aku orang luar pahang maupun jerantut tapi berbini orang Felda Jengka). Bini aku kata dia kenal bos kamu wakil Tahan,dulu dia pernah jadi kelendan lori getah buku kemudian berniaga balak dan kontrak, pandai cakap orang putih dan iban, satu pencapaian walau tak sekolah tinggi- universiti. POlitik umno jerantut ada 3 kumpulan- makna nya tak sekata asyik nak kukau. Orang ada ijazah payah nak naik di cantas. AP dan ADUN tak sepakat dalam merancang dan laksana projek, apa jadi projek IKBN, MRSM, SBP , Herba city entah apa lagi...mana kedia nya. WZWH untuk bersatu dan jerantut jadi maju ,ini perlu di berhentikan. Kalu tidak jerantut serupa itu lah.. dulu kini dan selamanya. Walaupun WZWH telah mengorak langkah tranformasi..teruskan.
Anon 5:43,
WZWH cannot leave them...Jerantut people especially Tembeling people. For whatever Jerantut people are, WZWH love Jerantut people. Please...do not underestimate Jerantut MP and ADUNs, they have their strengths and capabilities. Jerantut is the largest district in Pahang. 12 times larger than Singapore. DUN Tahan is the largest DUN in Pahang. If other people from outside Jerantut become Jerantut MP and ADUN could be "pengsan" or "terjun sungai" already. Anon 5:43, patience is virtue.
Anon 7:28,
Terima kasih memberi pandangan menarik Anon mengenai politik Jerantut. Pandangan Anon ada kebenarannya. WZWH bersetuju dengan pandangan Anon.
Apalah yang nak diheran,sama je bab background educations ni..sbb gua tengok sbgai contoh ada mamat tu punyai degree course yang hebat,pernah memegang jawatan bahagian penerangan tapi duit zakat bantai semacam je.
Maknanya kemahiran hidup yang berkualiti tersangatlah pentingnya drpd kelulusan tinggi tapi otak jahat.
yela pun.tak kisah lah kalau calon tu tak berpendidikan tinggi,tapi tiptop bab bekerja n servis pd rakyat tu hebat.
kalau setakat kelulusan hebat tapi bab servis mcm taik,buang ke sungai lagi bagus.
jangan nak di bangga sangat kelulusan tinggi tu,bukan bleh bawak ke syurga pun.
Akademik tinggi sayup ke langit,tapi bodoh sombong tarak guna la..
Itula masalah orang melayu sekarang,ada ilmu sikit terus mendabik dada,kononnya 'aku lah yg paling akademik sekali'..
Orang lain di down gredkan..Mmg patut Allah tak angkat darjat orang mcm ni..
tokey geting x perlu sekolah tinggi pun kaya juga...jerantut lim cap pun membaca pun x bole tetap kaya juga..alim chap pun x sek tgi pun kaya juga,ni berlajar tinggi duit zakat pun tipu juga,duit mak pun mitak juga harap kan gaya je nampak macam pergawai,sekarang tahan la sikit sebb ada bini bole la mitak duit bini pulok...he hee ehe e
Post a Comment