Saturday, May 28, 2011

Bolehkah Rekod Wakil Rakyat Jerantut Dipecahkan?

Bolehkah kumpulan politik UMNO Jerantut ini memecahkan rekod wakil rakyat Jerantut?

Ini yang 52,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut tungu-tunggu. Bolehkah rekod wakil rakyat Jerantut dipecahkan?

Setakat rekod yang ada wakil rakyat BN terutamanya dari MCA masih memegang penggal paling lama. Mendiang Dato' Ho (MCA) pernah menjadi ADUN selama enam penggal bila akhirnya tewas kepada Arwah Cikgu Bakar (Semangat 46).

YB Dato' Lau Lee (MCA), ADUN Damak sudah masuk penggal ke empat. Menurut maklumat dalaman MCA, ADUN MCA ini akan disambung sepenggal lagi.

YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar memegang jawatan ahli parlimen Jerantut selama tiga penggal. YB Dato' Dr Ahmad Shukri, ADUN Pulau Tawar juga sudah tiga penggal.

Bagi rekod wakil rakyat UMNO Jerantut rekod masih dipegang oleh YH Tok Muda Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed. Berjawatan Timbalan Menteri dan pernah menjadi ahli MT UMNO semasa beliau menjadi ahli parlimen selama tiga penggal penuh.

Untuk rekod sejarah:

  • YH arwah Dato' Sharif Ahmad, ahli parlimen dua penggal
  • Tuan Hj Kamaruzaman Baria, ahli parlimen sepenggal
  • YH Dato' Rahimah Kawi, ADUN Tembeling dua penggal
  • Arwah Cikgu Kamariah ADUN Tembeling dua penggal
  • YH arwah Dato' Azizan Yaakob ADUN Pulau Tawar sepenggal
  • Arwah Armia ADUN Tahan sepenggal
YB Dato' Wan Amizan Wan Razak baru penggal yang pertama menjadi ADUN Tahan. Bagi DUN Tahan, PAS pernah memenangi satu penggal DUN Tahan melalui Arwah Malik. 

Pemerhati politik Jerantut meramalkan bolehkah rekod wakil rakyat Jerantut dipecahkan? Setakat mana YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Ahmad Shukri mempunyai kekuatan untuk memecahkan rekod dengan menjadi wakil rakyat penggal ke empat bergantung kepada pengaruh kabel masing-masing.

Mereka perlu bertanya secara jujur kepada diri sendiri adakah mereka masih layak, fit, bertenaga, memberi servis yang sebaiknya kepada kawasan parlimen dan DUN, dekat di hati rakyat dan "well deserve" untuk diberi kepercayaan oleh pengundi parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar.

Pertama mereka perlu melepasi proses audit tapisan dari PM dan MB Pahang. Jika PM dan MB Pahang berkenaan maka mereka lepaslah bertanding dalam PRU 13 tapi itu bukan jaminan mutlak mereka akan memecahkan rekod wakil rakyat UMNO Jerantut.

Mereka akan dinilai oleh 52,000 pengundi berdaftar parlimen Jerantut dan 16,900 pengundi berdaftar DUN Pulau Tawar. Jika berjaya mengambil hati pengundi dalam PRU 13 maka mereka bolehlah memecahkan rekod penggal wakil rakyat UMNO Jerantut.

PRU 13 memberikan kepastian dan jawapannya.

27 comments:

ANTI PENYELEWENGAN said...

sesiapa ada bukti tolong lah kuarkan sebelum UMNO jerantut hancur,kepada AJK Bahagian yg di amanahkan oleh akar umbi,tlg bertindak segera,perhatikan apa yg telah berlaku pada pentadbiran UMNO bahagian?org yg dibuang kerja kerana pecah amanah disanjung,Setiausaha bahagian telah dikambing hitamkan oleh beliau.KEPADA AJK2 BHGN JERANTUT,TOLONG BERTINDAK SEGERA SEBELUM MESYYUARAT PERWAKILAN UMNO BHGN 5/JUN/2011.BYK YG AKAN DIBONGKARKAN.CUBA CHECK GAJI SETIUSAHA KERJA UMNO BHGN(MIZI)DALAM NAMA LAIN SETIAUSAHA EKSUKETIF..MAMPU BELI RUMAH RM600K.LAPORAN KEWANGAN UMNO BAHAGIAN MINTAK DETAILKAN DALAM LAPORAN YG AKAN DIBENTANGKAN PADA 5/6/2011.KALAU TIDAK SPRM AKAN DIARAH BEKERJA.

Anonymous said...

mana boleh SPRM masuk siasat puak puak umno ne jika ketua dan lanun di atas tidak memberi isyarat boleh DAKWA. Maka akan teruslah maharajalela lah mizi, dolah kicap, hj rusdi juga kuncu kuncu AJK UMNO BAHAGIAN dalam membaham peruntukan kerajaan dalam parlimen jerantut.

Senang jer beri kalah P81 dalam PRU 13 nanti kita tengok kesetian mereka mereka ini pada umno?, tapi apa mereka susahkan jika bn kalah?, mereka sudah memperolehi begitu banyak faedah dan wang dari berkerja dengan boss UMNO DAN BN INI, dalam ertikata, umno jahanam mereka sudah kaya raya....

Anonymous said...

blog ni kuat berbohong, dulu hit counter 50ribu plus plus, skrg dh 80ribu? dua hari sj hit dh 20ribu, mau tipu sapa bro?

Anonymous said...

hahahahaha, tak akan tak kenal puak2 wan amizan, semua kaki kelentong. kaeh ingat ada yg tak perasan.rupanya ada yg perasan.tak yah alih perhatian tentang isu belanja UMNO.tumpu pd isu undi tak percaya tu. bangkitkan pada 5hb jun nanti. baru best tgk wan pungkor jerantut tu tak de dlm pilihan raya ke 13 nanti.hehehehehe

Anonymous said...

x sampai 5 undi x pecaya dibanding dgn 103 cawangan..hahahahahahahaha kelakornyer?bodohnya org nk guna pakai,setakat ali asra,tok nordin,abu satu batu yg buat undi x pecaya sape nk pakai,bwk ke indon diaorg ni diam ar.,..jgn jadi bodoh lah...tunggu dan lihat 5/6/2011

Anonymous said...

pengerusi jawatan kuasa tapisan usul sape, nak tanya anon 1:10 c kit, semua usul undi tak percaya telah di sekat oleh jawatan kuasa tapisan usul, tapi dalam ucapan lain perwakilan akan bangkitkan kenapa usul tersebut tidak di bawa ke perhimpunan, lu ingat olang lain modor ke macam awak

Anonymous said...

wzwh,

aPE KENE AOK NI, PASAL REKOD PULAK. Wan Dompok aok tu entah le, hanye mata ceme aje yang nak melanjutkan dompouk tu, keh tak berkenan budok tu. Keh rase MB Denan dan pee eem tu dah tau dah. jadi nya rekod tak dapat pecah lah. Hai kenape di henjut budak MIZI tu... macam nak lindung sesatu je. Sudah lah bawak lah bertaubat nasuha.. Aok tu tumpu sebagai pendidik... nak jadi wakil rakyat entah le....heeeee.... tegelak kawan.

Anonymous said...

anon 2.36,
awak lah jadi calon dun tahan sebab awak tahu semua apa yang ada dalam kepala pm dan datuk nan.

Exco kanan pemuda said...

Salam kepada anom2 yang menulis diblog ni.Janganlah hanya pandai buat FITNAH keatas A.j.K dan S/u Mizi.Kalau ada bukti saya cabar anom2 semua buat laporan kepada SPRM.jangan jadi anjing yang suka menyalak bukit.Bukit tak runtuh tapi anjing tu yang mampus kehausan.saya boleh andaikan anom2 semua tu macam peribahasa tu je.Cukup lah jadi anjing.Cari bukti dan laporkan kepada SPRM.barulah kata-kata anda tu berbukti.cukuplah buat Fitnah....kalau tak tau no taliphone SPRM tanyalah operator talekom ataupun pergi ke pejabat SPRM cawangan Temerloh,jumpa sendiri dengan pegawai SPRM temerloh En.Malik.Ceritalah kat dia apa yang terjadi dalam UMNO jerantut ni.Jangan pandai cerita dalam blog aje.cukup lah jadi orang bodoh.belajarlah cerdik sikit.

Exco kanan pemuda said...

Salam kepada anom2 yang menulis diblog ni.Janganlah hanya pandai buat FITNAH keatas A.j.K dan S/u Mizi.Kalau ada bukti saya cabar anom2 semua buat laporan kepada SPRM.jangan jadi anjing yang suka menyalak bukit.Bukit tak runtuh tapi anjing tu yang mampus kehausan.saya boleh andaikan anom2 semua tu macam peribahasa tu je.Cukup lah jadi anjing.Cari bukti dan laporkan kepada SPRM.barulah kata-kata anda tu berbukti.cukuplah buat Fitnah....kalau tak tau no taliphone SPRM tanyalah operator talekom ataupun pergi ke pejabat SPRM cawangan Temerloh,jumpa sendiri dengan pegawai SPRM temerloh En.Malik.Ceritalah kat dia apa yang terjadi dalam UMNO jerantut ni.Jangan pandai cerita dalam blog aje.cukup lah jadi orang bodoh.belajarlah cerdik sikit.

Exco kanan pemuda said...

Salam kepada anom2 yang menulis diblog ni.Janganlah hanya pandai buat FITNAH keatas A.j.K dan S/u Mizi.Kalau ada bukti saya cabar anom2 semua buat laporan kepada SPRM.jangan jadi anjing yang suka menyalak bukit.Bukit tak runtuh tapi anjing tu yang mampus kehausan.saya boleh andaikan anom2 semua tu macam peribahasa tu je.Cukup lah jadi anjing.Cari bukti dan laporkan kepada SPRM.barulah kata-kata anda tu berbukti.cukuplah buat Fitnah....kalau tak tau no taliphone SPRM tanyalah operator talekom ataupun pergi ke pejabat SPRM cawangan Temerloh,jumpa sendiri dengan pegawai SPRM temerloh En.Malik.Ceritalah kat dia apa yang terjadi dalam UMNO jerantut ni.Jangan pandai cerita dalam blog aje.cukup lah jadi orang bodoh.belajarlah cerdik sikit.

d said...

Saya Perjuangan..

SAYA amat tertarik dengan penulisan dan maklumat yang disampaikan dari blog anda. Ternyata ada kualiti yang tersendiri.

Ianya juga memberi peransang buat saya untuk memantapkan lagi penulisan saya.

SYABAS saya ucapkan buat anda kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan begitu mantap.

Saya telah linkkan blog anda dalam senarai blog pilihan di blog saya agar pengunjung blog saya dpat bkongsi penulisan anda.


Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Anonymous said...

woo exco kanan pemuda, awak tau tak jika repot ke sprm pun tiada tindakan akan diambil, selagi ada orang yang tolong, sekarang ne lagilah pulak, TENGKU AZLAN berangan angan nak bertanding lagi, mesti lah semua benda nak cover, tak payah ceritalah dengan orang orang umno ne, kuasa boleh mengatasi semua hal, termasuk lah hal dunia dan akhriat.

Yang paling telus dan pasti ialah MOHKEMAH ALLAH di padang masyhar nanti.kita tengok dapat tak ku lan ,najib atau denan tolong?...

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Gelombang Rakyat,
Terima kasih memberi pandangan membina dan memuji blog WZWH.

Kepada semua pengkomen, blog WZWH ialah blog rakyat Jerantut. Orang UMNO tidak kira mana kumpulan boleh bagi pandangan dan berdiskusi dalam blog WZWH. Nyatakan pandangan dan hujah anda. Tidak ada satu-satu jawapan yang tepat menyelami permasalahan. Banyak cara dan kaedah penyelesaian. Itu terpulang kepada kita semua bagaimana mengendali,

Kepada Anon 11:29,
WZWH guna gadget PAGEVIEWS Google-blog, bila kita set program ini Goggle-blog secara automatik trace sejarah mula-mula kita berblog dan dapat mengira pageview-berapa orang menengok. Itulah 80 ribu lebih. Counter yang 50 ribu lebih tu WZWH pasang lambat tiga bulan selepas buka blog. Angka yang tepat ialah PAGEVIEWS iaitu sekarang ini 86,393. Harap Anon 11:29 berpuas hati. WZWH tidak bohong dan menipu.

Panglima Hitam said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kalau pembaca seketul2, mana dpt 80 ribu, pembaca blog ni jarang lepas 200, mmg tipu.

Anonymous said...

banyak lagi yg mizi beli bukan setakat 600k rumah, tapi tanah kat kg melayu pun dia beli 400k harganya. itu pun deme tak tau. hentam je mizi ni.

Orang Bodoh Sombong said...

Anon 10:39 kena kira matematik, blog WZWH ni bermula pada april 2010. Sekarang hujung Mei. Maka ada 14 bulan. kalau average hits 200 kita kiralah 14X30hari X 200 = 84,000. Ada juga posting WZWH yang menjangkau lebih 300 hit total semua itu dapat 86,000. Macam ni lah Anon buat blog sendiri baru tahu!

Anonymous said...

odoh punya kaunter. matematik lembab. takan mula mula buka dah 200 org masuk. kurang2 4 bulan baru top. giler apa. dia mahathir punya blog ker

Anonymous said...

kenapa lah haji harmizi yg menjadi mangsa....dia seorg pekerja yg paling tekun yg UMNO Jerantut lahirkan...kepada yg menuduh mizi makan duit tolong buktikan????jgn hanya menuduh,semua org pandai bercakap tp x semua org boleh ckp yg betul dgn bukti skali..sudah la anan2 yg x sukakan hj mizi...sy org kuat mizi,kalau x puas hati jumpa di ali hijrah setiap hari selapas pukul 5 ptg,sy sentiasa di sana...

Anonymous said...

duduk kat alihijrah setiap hari selepas lima petang, nok tunggu MIZI antar duit ke atau nak tunggu mizi belanja tiap tiap hari, patutlah sokong kuat sangat ke MIZI, rupa rupanya tiap tiap hari makan belanja mizi, betul cina kata, melayu ne senang jer, selagi lembu makan rumput tak jadi masaalah nak dapatkan apa2 dari melayu, ha ha haha........... kenyang lah anon 1:06 diatas tiap tiap hari makan free, lebih dari ramlee jkr perangai awak ne?

Anonymous said...

mizi ada pakai kereta mercedes dan umah kat kl.dia semua simpan kat kl. kaya sgt melantak duit umno nya.setakat umah 600k menda lah sangat.dia ada umah kat kl lagi mahal woowwwww!!!!!!!bodo umno jerantut tak tahu.

Anonymous said...

biorkan, dulu halim chap, ne giliran TENGKU MIZI BIN TENGKU AZLAN PULAK, hj rusdi jadi hantunya?.

Exco kanan pemuda said...

Kalau anda rasa pemimpin2 umno dijerantut ni tak betul belaka,pada pemilihan tahun depan tukar aje kepimpinan yg sedia ada.tak perlu lah nak tuduh menuduh dan fitnah.kalau apa yang mereka buat tu tak betul sila berucap pada persidangan agung Umno 5/6/2011 nanti.jangan tau tulis aje kat dalam blog ni.kalau berani berucap di dewan nanti.

Anonymous said...

hidup mizi..kul 5 sy tunggu ali hijrah bos..pekena teh tarik

Anonymous said...

jangan perkena benda lain dah ler, bioor nyar sorang jer, he he he

Anonymous said...

nak hentam dlm mesyuarat umno bahangian mcmana bos..diaorg yg komen tu bukan perwakilan...duduk luar blh la dgr je..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024