Saturday, May 14, 2011

Apa KJ dan Papa Gomo Nak Kata Bila Laporan Polis Terbaru Isu Majlis Pertemuan Paderi-Paderi


Mohamed Razali Abdul Rahman, 42 hadir di Balai Polis Jalan Patani membuat laporan polis bagi membantu polis melakukan siasatan. Beliau merupakan ahli DAP Jelutong mengakui ada pada majlis pertemuan paderi-paderi secara tertutup di sebuah hotel di Jalan Macalister.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh blog Big Dog dan Marahku.

Mohamed Razali menambah sebagai orang Islam, beliau wajib tampil ke depan bagi menceritakan apa yang berlaku pada majlis berkenaan. Sebagai orang Islam, beliau rasa kecewa dan sudah melaporkan dalam laporan polisnya.

Dengan laporan polis oleh Mohamed Razali Abdul Rahman, seorang saksi ahli parti DAP sendiri tampil cerita perkara sebenar apa KJ dan Blogger Papa Gomo nak kata bila laporan polis terbaru isu majlis perjumpaan paderi-paderi bersama pemimpin DAP.

Ekoran pendedahan provokasi yang didedahkan melalui blog “Bigdog”, penulis blog itu terus dikecam hebat oleh beberapa blog pro-Umno dan KJ sendiri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengecam blogger Big Dog yang tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan itu.

Malah blogger pro-BN dan KJ ini mahu blogger Big Dot diISAkan!

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas penulis blog “Bigdog” sambi menyifatkan dakwaan yang dibuat kononnya wujud konspirasi mahu melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama Kristian sebagai “terlalu melulu.”

Blog pro-Umno milik Zakhir Mohamad itu disifatkan Khairy sebagai satu tuduhan yang “luar biasa dan sangsi” tanpa “mempunyai apa-apa bukti.”

Apa yang dia ada hanya gambar dan apa yang dia tulis dalam blognya. Ia adalah amat tidak bertanggungjawab dan melulu. Dia adalah seorang yang sangat teruk katanya mengecam tindakan Zakhir melalui Twitter.

Saya rasa kalau anda dibuktikan bersalah anda akan didakwa kerana menyebarkan laporan palsu dan hasutan. Berani buat berani tanggung tulis Khairy dalam Twitter.

Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, Zakhir dalam entri terbaru di blognya mempertahankan laporannya dengan berkata apa yang perlu dikekalkan adalah janji paderi-paderi yang mahu melantik perdana menteri Kristian dan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Dia berkata paderi-paderi itu berdoa agar perdana menteri dilantik tanpa mengira latar belakang agama.

Sudah tentu, mereka telah melakukan perkara ini secara terang-terangan untuk menyingkirkan hak kaum majoriti, siapa orang Melayu Islam yang gembira dengan perkara ini tulis Zakhir.

Dia juga memberi respons terhadap Khairy dengan berkata ini bukan mengenai sombong. Hanya menyatakan fakta. Siasatan masih berjalan. Apa yang pasti polis belum menyiasat mereka yang hadir.

Anjing, anda telah buktikan anda seorang penipu dalam Twitter. Saya cadangkan anda hentikan sebarkan laporan palsu, pergi ke The Loaf, pesan makanan dan sedut semua, kata Khairy dengan merujuk kepada fizikal Zakhir.

Beliau juga berkata Zakhir sepatutnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai mana yang disarankan sesetangah pihak.

Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin PR, BN dan kumpulan Kristian. 

Blogger “Bigdog” mempertahankan tulisannya dan enggan membuat permohonan maaf atas laporan yang disifatkan sebagai fitnah.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024