Nuffnang Ads

Pages

Monday, May 30, 2011

Pakar IAEA : Piawaian SOP Radiasi Malaysia Tinggi

Demonstrators display a banner supporting Pahang’s handling of the Lynas Corps’s Gebeng rare earths refinery, outside the Hyatt Regency hotel in Kuantan, May 30, 2011. — Picture by Shannon Teoh

Pakar IAEA menjelaskan kepada DSD Adnan Yaakob, MB Pahang bahawa piawaian SOP radiasi Malaysia tinggi jika dibandingkan dengan amalan negara-negara membangun.

Pakar IAEA kata tidak perlu panggil mereka cukup dengan penjelasan pakar radiasi tempatan. MB menjelaskan mentaliti orang Kuantan mahu pakar dari luar negara baru mereka yakin.

MB mahu penduduk Kuantan diberi penjelasan sebaiknya oleh pakar.

Panel nuklear antarabangsa yang sedang meneliti aspek keselamatan loji nadir bumi Lynas di Kuantan memberi jaminan bahawa ia salah satu daripada banyak projek yang boleh dikawal selia dengan selamat.

Ihsan blog Pahangku.

Pakar tersebut terdiri dari:
  • Ketua Dr Tero Varjoranta dari Finland,Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Kitaran Bahan Api Nuklear di Jabatan Tenaga Nuklear IAEA
  • Jan van der Steen (Belanda)
  • Dr Leo M Lowe (Kanada)
  • Dr P M Balagopala Pillai (India)
  • Dr Dennis Wymer (UK)
  • Ulric Schwela (Finland)
  • Dr Magnus Vesterlind (Sweden)
  • Dr Horst Monken Fernandes (Brazil) 
  • Hanna Kajander (Finland)
  • Hiroko Raticliffe pula sebagai pembantu pentadbiran IAEA
Objektif misi pasukan IAEA ialah untuk mengkaji semula pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antarabangsa yang relevan, dan amalan baik serta menyediakan pendapat pakar bebas mengenai isu-isu keselamatan, terutama yang berkaitan keselamatan radiasi.

Skop proses kajian semula itu meliputi pengangkutan, radiasi, perlindungan (pekerjaan, awam dan alam sekitar), penilaian keselamatan, sisa buangan dan menutup kilang dan memulihkan alam sekitar.

Agensi misi kajian semula itu juga membabitkan sesi kerja pembukaan dan penutupan, pembentangan oleh pemegang kepentingan yang berkaitan serta lawatan tapak.

Pihak yang berminat termasuk penduduk dan kumpulan masyarakat, akan mendapat peluang untuk bertemu anggota panel itu.

Penduduk Kuantan telah membangkitkan persoalan mengenai pencemaran radioaktif daripada projek-projek nadir bumi di negara lain, antaranya di China.

Pakar IAEA mengatakan bahawa ia aktiviti-aktiviti yang serupa dan industri-industri dengan bahan yang serupa, yang dikawal selia mengikut standard IAEA

Pasukan sembilan pakar itu berada di Kuantan untuk bertemu dengan pihak-pihak berkepentingan tempatan selama dua hari.

2 comments:

Anonymous said...

kepada yg menentang projek ini, benar2 ikhlas demi kepentingan rakyat atau tentang projek ni atas sbb politik/peribadi atau kepentingan diri? adakah anda benar2 faham mngenai bahan radioaktif?

Anonymous said...

Anonymous,
Adakah anda boleh guarantee keadaan akan selamat jika berlaku sesuatu diluar kawalan seperti kebakaran atau bencana alam seperti gempa bumi yg tiada siapa boleh menduga ia boleh berlaku.Ada baiknya tiada apa2 risiko yg akan ditanggung jika sekiranya kilang itu tidak wujud.