Seperti biasa WZWH terlibat dengan mencipta usul-usul untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2011 yang akan berlansung di Dewan MDJ pada 21 Mei 2011 dirasmikan oleh YBM DS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ketua Bahagian UMNO merangkap ahli parlimen Jerantut.
WZWH adalah tulang belakang Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dari segi melahirkan usul-usul dan idea-idea untuk dibentangkan dalam mesyuarat pemuda. Itulah sumbangan yang WZWH boleh berikan. Kalau ikut WZWH mahu empat usul dibentangkan iaitu politik, ekonomi, pendidikan dan agama.
Namun hanya dua usul perlu dibentangkan; usul politik dan ekonomi. Maka dalam posting ini WZWH mahu siarkan secara online agar 500 perwakilan pemuda UMNO Bahagian Jerantut dapat mengaksesnya melalui internet agar dapat untuk semua perwakilan mengkaji usul-usul ini dan sedikit persediaan dibuat untuk menyertai perbahasan usul.
WZWH mahu 500 perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dapat membincangkan usul-usul ini dengan lebih serious dan penuh diskusi yang intelek. WZWH percaya Pemuda UMNO Jerantut perlu bangkit dengan iklim politik negara yang makin tidak menentu demi masa depan orang Jerantut.
Tiada siapa yang boleh diharapkan lagi hanya pemuda UMNO Jerantut boleh menjadi agen perubahan dan transformasi merekabentuk arkitek politik baru Jerantut yang boleh membangunkan politik, ekonomi dan sosial Jerantut demi kebajikan orang Jerantut.
Usul politik menyentuh "Agenda Melayu Bandar" manakala usul ekonomi pula ialah "Usul Ekonomi Menyokong Projek Lynas Gebeng Demi Ekonomi Pahang".
Usul politik "Agenda Melayu Bandar" adalah menyentuh secara amnya agenda Melayu bandar diseluruh Malaysia dan Melayu bandar Jerantut secara khasnya.
Kita tahu UMNO dan BN mendapat sokongan yang semakin meningkat di luar bandar, Felda dan kampung pedalaman. Orang Melayu luar bandar menyokong UMNO dan BN secara konsisten.
Tetapi orang Melayu bandar kalau berdasarkan PRU 1999 dan 2008 tidak berapa padu menyokong UMNO. Kenapa? Apa masalah yang buat Melayu bandar menjauhi UMNO? Adakah Melayu bandar tersangat cerdik?
UMNO perlu tahu apa masalah dan kehendak Melayu bandar. Melayu bandar menghadapi kos sara hidup yang makin meningkat. Kenaikan harga barang-barang keperluan yang samada disebabkan oleh faktor global atau domestik. Kenaikan bahanapi petroleum, elektrik dan utiliti, tol mencengkam Melayu bandar dan juga rakyat bandar yang lain.
Begitu juga sewa rumah dan perumahan kos sederhana di bandar. Juga peluang-peluang tapak perniagaan bagi orang Melayu bandar. Kerja-kerja untuk kontraktor kelas F dan D bagi usahawan Melayu yang baru sudah makin lama mengecil peruntukannya.
Sistem pengangkutan awam yang cekap dan berkesan amat diperlukan oleh golongan Melayu muda bandar yang rata-rata tidak mempunyai kenderaan sendiri. Disamping pertumbuhan ekonomi di kawasan bandar yang digerakkan oleh kerajaan mahu pun swasta yang membolehkan banyak peluang pekerjaan.
Melayu Bandar itu adalah masyarakat Melayu yang tinggal atapun bekerja di Bandar. Aspek Agenda Melayu Bandar ini besar dan luas sebenarnya dan merangkumi segala aspek yang lebih menyeluruh termasuk, Ekonomi, Pendidikan dan Sosial.
Mengambil pendekatan politik untuk perbentangan usul , maka usul yang dibawa ini adalah berkisar kepada Halatuju Politik Masyarakat Melayu di Bandar.
Kenapa perlukah kita membezakan di antara Melayu Bandar dan Melayu kampong ataupun Luar Bandar? Perlu UMNO dan BN ingat ada 222 kerusi parlimen. 75% terletak di luar bandar. Ini bermakna terdapat 25% kerusi parlimen bandar.
Jika pun di kawasan 40 kerusi parlimen yang majoriti lebih 65% kaum Cina dan 30 kerusi parlimen bercampur, diharap sokongan Melayu bandar meningkat kepada BN yang boleh memenangkan MCA dan Gerakan atau MIC. Atau pun sekurang-kurangnya mengurangkan undi majoriti parti pembangkang seperti DAP dan PKR di kawasan parlimen bandar.
AGENDA MELAYU BANDAR ini adalah kejayaan perjuangan politik UMNO yang berterusan kerana Bandar itu tidak terbit secara tiba – tiba tetapi sebenarnya ianya adalah evolusi dan perkembangan sesebuah desa atau kampong secara perkembangan yang positif dan semula jadi. Ini berteraskan kejayaan dasar kerajaan UMNO sendiri di dalam mengimplimentasikan program-program ekonomi, sosial dan politik.
Usul ekonomi pula adalah menyokong Projek Lynas di Gebeng, Kuantan demi ekonomi Pahang. Kita tahu pembangkang terutama DAP, PKR dan PAS suka mengeksploitasi isu ini menghasut rakyat Pahang menentang projek super mega ini kerana natijah hakikat pembangkang mahu rakyat Pahang tolak kerajaan UMNO dan BN; Tolak UMNO/BN maka Projek Lynas Gebeng batal atas alasan kesan keselamatan dan kesihatan yang tidak berasaskan kepada fakta sains dan pandangan pakar tentang kewajaran dan selamatnya projek Lynas ini.
WZWH cipta usul ini untuk menyokong hasrat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pahang meluluskan Projek Lynas Bumi Nadir Gebeng yang boleh memajukan lagi ekonomi Pahang.
WZWH yakin Projek Lynas Gebeng juga membolehkan Kuantan turut dikenali sebagai Zon Istimewa Ekonomi (SEZ), satu daripada zon seumpamanya yang terbesar di rantau Asia dengan keluasan kira-kira 390,000 hektar yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi termaju di sebelah Pantai Timur.
Justeru, Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tidak melihat projek Lynas itu akan menggugat dan menjejaskan penduduk mahu pun pekerja di sekitar kawasan perindustrian itu. Ironinya, kenapa pula masih ada pihak yang berada di luar kawasan begitu beriya-iya bercakap mengenainya serta kuat menentangnya?
Kerajaan juga sudah mengumumkan penubuhan panel bebas termasuk dianggotai pakar antarabangsa dari IAEA yang diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk mengkaji pembinaan kilang berkenaan dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu dan sewajarnya menunggu dengan penuh sabar rumusan laporan mereka akan kemukakan.
Kerajaan jangan pedulikan kempen Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS yang setiap hari menghasut rakyat Pahang menentang Projek Lynas ini. Pembangkang sememangnya tidak mahu Kerajaan BN memajukan Pahang.
Walaupun tidak ada satu pun usul dari 14 Bahagian UMNO di Pahang baik UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri mengadakan usul yang sebegini menyokong Projek Lynas Gebeng demi ekonomi Pahang namun WZWH mengambil inisiatif ini untuk mengadakan usul menyokong Projek Lynas ini maka Pemuda UMNO Jerantut yang pertama mengambil langkah menyokong hasrat PM dan MB Pahang membangunkan ekonomi Pahang dari segi jangka panjang.
Pada posting akan datang WZWH akan publish usul politik dan ekonomi untuk tatapan 500 perwakilan pemuda UMNO Bahagian Jerantut membaca usul-usul "in advance".
10 comments:
usul lain ok lau nk bawa, tapi jika isul projek lynas nak di bawak dan di cadangkan untuk di pindahkan ke parlimen jerantut, ini dah gila namanya, biarlah adnan yang gila sorang, yang sanngup mengadaikan masa depan rakyat demi mendapat keuntungan kantong.
ingat jangan bermain apai dengan perkara perkara yang merbahaya, jangan cakap tidak ada resiko, ada jaminan malaysia tiada gempa bumi, siapa tau?.
yang paling bijak TDM dalam menguruskan alam untuk mendapatkan tenaga, jangan buat kerja bodoh, nantio di jerantut ini pula akan terjadinya demostrasai tiap tiap hari membantah pembinaan projek lynas, bukan di anjurkan oleh pembangkang tapi oleh penduduk setempat, gila punya kerja, gila punya oorang.
Anon 7:36,
Kalau Anon adalah perwakilan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut Anon perlu menyertai perbahasan usul menyokong projek lynas ini. Anon bentangkan hujah-hujah Anon kenapa Anon tidak menyokong projek ini. Kita nak lihat apa pula hujah balas WZWH pula. Tentu ramai perwakilan Pemuda Jerantut mahu mengambil bahagian bercakap bentang usul.
Apa kata kita pindahkan projek Lynas tu ke Janda Baik. Merasa juge kita nanti kena radiasi.
Siapa cakap hanya melayu bandar saje yg ada masalah ekonomi. Tiap taun melayu luar bandar (termasuklah dari Jerantut) berhijrah kebandar untuk memperbaiki taraf hidup, bukan sahaja ekonomi. Hakikatnya taraf hidup kt Jerantut taklah sehebat mane. Ikan Patin Perak pun dijual harga RM14 sekilo. Kt KL, Ikan patin X sampai RM7 sekilo.
Orang Melayu miskin luar bandar susah nak bergerak sebab pengangkutan awam X de atas alasan 'route' tersebut X menguntungkan. Sepatutnya kerajaan BN Pahang bagi subsidi untuk setiap laluan tiada untung ni utk kemudahan miskin luar bandar.
Salam Anon 9:25,
WZWH sangat bersetuju dengan kemudahan pengangkutan awam di luar bandar tidak cekap dan berkesan atas alasan route tersebut tidak menguntungkan. Ini yang sepatutnya kerajaan fikirkan bagaimana mengatasi. Subsidi pengangkutan awam bagi luar bandar perlu kerajaan fikirkan. Agenda Melayu Bandar adalah satu penyelesaian masalah Melayu Bandar disamping kita tidak juga melupakan Agenda Melayu luar bandar.
Tadi bercadang nak komen di sini tetapi memandangkan blog kawan dah masuk list blog jerantut, maka kawan dah buat 1 post berkenaan tajuk ini..
WZWH,
Nampak,nya awak masuk bakul angkat sendiri ye!. Sam[pai sendiri mengaku awak lah tulang belakang dan pemikir yang ampoh untuk Pemuda Umno Jerantut, Apa kah AJK lain maupun ahli tak boleh memikir macam awak?, jangan perasan sangat nanti tingg ego mu tu lalu menyombong diri.
Aku nak tanya kau apa kandongan Rare Earth tu ?, apa kah dia by product nya?, Apa dia U237, U235 dan Th (thorium)?. Awak cuba cerita sikit untuk pengetahuan pemuda umno jerantut ?. Adaka ia nya dalam kumpulan radi aktif, cuba tanya cik gu kimia di SMJ?.
Apakah langkah stringent measure di ambil?, kamu baca ke laporan EIA? apa dia kata?, Kenapa MITI tubuh JK khas?. Itu semua apa pasal. WZWH Kilang getah buku keluar bau busok Amonia!, Ladang ayam busok dan banyak lalat, pernah kau posting ,lupa ke, Kilang rare earth keluarkan apa?. Fikirkan lah.
Usul tu bagus tapi hanya persepsi awak je, kalau lulus kemana?, jangan setakat kelompok awak aje, di jerantu lepas itu syiok sendiri?. Kaji lah betul2 supaya berpijak di bumi nyata WZWH. Aku masih tunggu prujek MEGA yang berdegar2 itu ... mana...?. Apa Urag dRulu Kateq.
Pembebel.TQ
Salam Anon 1:56,
Anon perlu letupkan isu usul ini di mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut jika Anon seorang perwakilan pemuda. Tidak mengapa jika Anon tidak bersetuju dengan kedua usul lahir dari pemikiran WZWH. Bring it on Anon. Tunjukkan hujah-hujah Anon. Pemuda UMNO Jerantut mahu mendengarnya.
Mereka ini hanyalah pandai cakap di belakang sahaja.
Nama pun anom , inikan nak bercakap depan perwakilan...
Kalau rasa anda bukan tergolong didalam perwakilan mesyuarat, gunakan platform ini untuk mengutarakan pandangan anda. Nanti idea atau pendapat anda boleh digunakan oleh perwakilan lain.
salam, saye nak jrntut, sye nsh lg peljr.. ap yg sye nk cume jrntut dpt lbih mju brbnding daerh2 laun.. nk sgt tgk jmbyn kt tmbling tu siap dan juga jln jerntut benta tu .. tlg bwk ke tengh prkre ni .. ty ..
Salam HG,
Harap harapan HG dapat direalisasikan.
Post a Comment