Nuffnang Ads

Pages

Sunday, May 8, 2011

DAP Mahu Tubuh MCA ( Malay Christian Association )


DAP secara halus sedang merancang mahu menubuhkan MCA (Malay Christian Association) iaitu Persatuan Melayu Kristian.

DAP mendapati manipulasi sentimen Kristian bukan sahaja dikalangan kaum Cina malah jika disebarkan kepada BCA (Bumiputera Christian Association) masyarakat Bumiputera Sarawak boleh memenangkan PRK Parlimen Sibu dulu dan berjaya mendapat 12 kerusi DUN PRN Sarawak.

Modus Operandi DAP dalam menyebarkan MCA ialah Kristianisasi dibuat dengan cara "menggaram dan meragi". Baru-baru ini DAP meraikan BCA di Pulau Pinang atas kejayaan DAP di PRN Sarawak.

DAP demi kuasa dan menuju Putrajaya telah berjaya dengan:
  • Menghasut pengundi Cina bandar membenci pemimpin UMNO dan BN
  • Memecahbelah perpaduan orang Melayu menerusi pakatan dengan PKR dan PAS
  • Menghasut Bumiputera Sarawak, Sabah dan Orang Asli membenci pemimpin UMNO dan BN menerusi Bumiputera Christian Association
  • Menubuhkan Malay Christian Association secara halus dan rahsia

Islam tergugat kerana penularan kes murtad oleh golongan Kristian.

“Menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussaini Zakaria, seramai 200,000 orang Melayu Islam murtad dan ini adalah angka tiga tahun lepas,” kata Ann Wan Seng dari Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA).

Beliau berkata sedemikian di forum bertajuk Islam tergugat: Apa tindakan kita? anjuran Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Pusat Islam di Kuala Lumpur pada hari Sabtu.

Seramai 200 peserta dari 35 NGO menghadiri perhimpunan pimpinan pertubuhan-pertubuhan Islam Se-Malaysia itu.

Tambah beliau usaha murtad yang dijalankan pihak Kristian umpama usaha menggaram dan meragi kerana ‘kita tidak nampak garam dan ragi dalam makanan tetapi boleh merasanya.

Mengulas lebih lanjut perkara ini, beliau mendakwa bahawa Universiti Malaya pernah menjadi pusat penyebaran agama Kristian ketika beliau berkhidmat di situ dalam tahun 1980-an dan Petaling Jaya pula merupakan pusat gerakan Kristian yang giat mengeluarkan risalah Kristian berbahasa Melayu.

Justeru itu beliau melihat penerbitan Injil dalam Bahasa Melayu sebagai usaha menyebarkan agama Kristian.

“Kes murtad lebih serius di Johor kerana terdapat MCA di Singapura.”

MCA merujuk kepada Persatuan Kristian Melayu.

Peranan ulama turut disentuh oleh bekas pensyarah tersebut.

Beliau membidas para ulama yang mengungkitkan isu remeh-temeh seperti nikah dalam masjid.

“Sepatutnya mereka bicara isu besar seperti perebutan mayat saudara baru.”

Sementara itu, Zainul Rijal dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia(PPPM) menyatakan bahawa kerisauan beliau terhadap Islam bermula apabila kumpulan pendesak Cina Suqiu membuat tuntutan semasa pilihan raya umum 1999, Suruhanjaya antara agama (IFC) dan writ saman Hindraf.

“Writ itu difailkan pada 31 Ogos 2007 di England antara lain meminta agar Perlembagaan persekutuan memansuhkan sekolah dan institusi agama seperti majlis agama Islam kerana Malaysia, dakwa mereka, negara sekular.”

Selain Ann dan Zainul Rijal, Abdullah Zaik dari Ikatan Muslim Malaysia (IMM) dan Zaid Kamaruddin dari Jamaah Islah Malaysia (JIM) turut menjadi panelis.

Ahli parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin dan penulis blog Mahaguru-58, Mohamad Zainol Abideen yang mewakili Perikatan Bloger Muslim turut hadir.

9 comments:

Anonymous said...

kalau begitu kite harus menbantah MCA..

MCA juge memecah belah kn umat islam...
MCA dgn jelas ade agenda untuk menghancurkan umat islam...

MCA juga menghalang hukum2 islam terlaksana...

MCA juga bersekongkol ngn umno...

Ya ALLAH..hancurkan lah MCA & gabungan2 yg ingin menhacurkan Islam....

Anonymous said...

itu MCA lain la bodo

mazli said...

Salam,
Selama 54 tahun ni, sape yg dok dan monitor omat Islam Murtad di Malaysia. JAKIM...PERKIM...JAIS...JAIP...JAWI...apa mereka buat selama ini? Kenapa parti politik dipersalahkan dlm hal ini???

Anonymous said...

kalau lah umno tidak mahu memecah belahkan orang melayu kenapa tak najib memberi peluang kepada pas dan nik aziz menjadi perdana menteri baru orang melayu boleh sehati sejiwa

Anonymous said...

tentang ugama no comment sebab itu hak individu diantara seseorang dengan TUHAN bukan dengan parti politic atau kerajaan

Anonymous said...

bongok anon di atas ni,mmg la hak individu,tp peranan kerajaan tu yg penting.zaman nabi dulu sapa murtad kena bunuh.this is not about political thinking.hang buddha ka?

Anonymous said...

dangkal sungguh komen2 anon2 ni.
sokong mazli.
UMNO SUDAH GELABAH! PERKAUMAN TAK LAKU ISU AGAMA PULAK.
tak laku oii

Anonymous said...

sekumpulan bodoh..

Anonymous said...

Kenapa DAP yang sibuk sangat nak Kristiankan Melayu?
1. They shoot 2 birds with one stone; bila ramai orang Melayu Bumiputra masuk Kristian or Murtad - maka ramai orang Melayu akan hilang hak 'bumiputra Melayu' dalam perlembagaan, tanah pun tak boleh claim.Orang Melayu murtad pula akan sanjung DAP dan sokongan DAP makin kuat, yang bodoh dan buta terus berikan 'semua kerana cinta', termasuk dermakan tanah, masjid tukar jadi gereja etc.
2. Melayu akan terus hilang segala-galanya; malang dibumi sendiri, malang didunia kerana asyik jadi kuli kpd tauke dan mat saleh, fan malang juga di akhirat kerana tidak masuk syurga.
3.gerakan ini juga angkara illuminati free mason malaysia.mengapa nak hapuskan kaum melayu? Kalau ikut cerita bible dan sejarah melayu....keturunan melayu adalah hasil cucu cicit Kethurah dalam bible, keturunan yang akan jadi 'defender of islam atau disebut dalam bible, cucu cicit agama yang lahir dari keturunan hamba. Ya, betul - hamba bernama Siti Hajar,suaminya nabi Ibrahim/ Abraham - Father of all nation, termasuk Asia, melalui keturuan Kethurah ini..Pernah tengok filem Merong Mahawangsa? Jebat tak orang Melayu ini...janganlah layu pulak!!!!
4. Benarlah...Islam bukan untuk semua, ia hanya untuk orang2 yang berfikir dan berusaha...bukan malasdan tunggu duit BRIM, subsidi gereja. Fikirkanlah...dan janganlah kamu berputus asa.