Saturday, May 29, 2010

Pemandu Bot Klinik Kesihatan Ulu Tembeling

Pengambilan empat orang pemandu bot Klinik Kesihatan daripada bukan anak tempatan yang tiada pengalaman dan skil mengendalikan bot terutama mengharungi jeram-jeram sungai Tembeling yang deras ketika hilir mudik amat membimbangkan penduduk Ulu Tembeling.

Ini juga menyusahkan kakitangan-kakitangan Klinik Kesihatan Kampung Bantal bila berlaku kes-kes kecemasan yang memerlukan perkhidmatan bot ke Hospital Jerantut yang terpaksa menghilir Sungai Tembeling.

Penduduk kampung tidak yakin dan berasa tidak selamat apabila pemandu bot tidak berpengalaman mengharungi jeram dan alur ketika hilir mudik di Sungai Tembeling. Oleh kerana pengangkutan jalanraya tiada maka pengangkutan bot melalui Sungai Tembeling memerlukan kepakaran anak tempatan. Kemungkinan berlaku kebimbangan kemalangan bot karam di jeram melibatkan kematian jiwa dan pesakit dan keluarga yang mengiringi.

Kesan daripada polisi baru pelantikan pemandu bot Klinik Kesihatan dari luar yang sebelum itu mengambil anak tempatan sebagai pemandu bot telah meninggalkan kesan psikologi menekan kebimbangan ramai penduduk Ulu Tembeling . Mereka tidak yakin dengan perkhidmatan bot Klinik Kesihatan dan mungkin memberi kesan kepada PRU 13 nanti.

Konsep 1Malaysia-Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan tidak diamalkan dalam hal ini. Diharap pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap isu ini. Kenapa pemandu-pemandu bot anak tempatan Ulu Tembeling yang lebih berpengalaman dan berskil tinggi dipinggirkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

6 comments:

Ummi M.D said...

Did org tempatan fill the necessary form/ online application? Did org tempatan go for the interview? How did org tempatan perform during interview?

as far as i know, anybody applying for skill job as driver/boat driver with government agency need to prove their skill- paper wise(license where applicable)and hands-on (practical capability)

unless,it involves ~
NEPOTISM/ CRONYISM...hahahaha

p/s :
most express bus accidents involved SENIOR/ pemandu berpengalaman. It's in the attitude Bro..the attitude ;-)

WARIS PAHANG said...

Salam perkenalan, selamat berblog

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Dr. Ummi, itu masalahnya ramai anak tempatan mungkin tidak minta sebab result SPM pun takda..so ambillah budak luar. masalahnya pemandu bot Sungai Tembeling perlu special skil turun naik jeram!

Salam Waris Pahang,
Tq.

Ummi M.D said...

well, how sure r u the outsider not up to the expectation skill wise?

Most important, what's ur role as leader of the community to ensure, these under educated villagers given economic strenght/oppurtunity apart fr becoming boat drivers and how u want to ensure future gen fr this community will not face similar predicament of their fathers/mothers...

Wan, my late father was fr damak/ulu cheka, so what u r describing NOW was what my father's community faced 30yrs ago!!

Anonymous said...

SPM or SKILL... ?
BOT or Nyawa ... ?
Kroni ...?
ha.ha..ha..
Kementerian Kesihatan Malaysia sudah TIDAK SECERDIK dulu ...
dia orang ingat ulu tembeling macam hulu selangor.
sungai tembeling macam sungai klang..

dalam sijil SPM tak di ajar cara pemanduan bot yang cekap, hebat.

umpama : begitu jgak dgn ambulan, ambil yang ada SPM tapi takde lesen memandu...
bahaya ! bahaya!

wa (NBI)

Anonymous said...

sape suh duk ulu..duk bndar kn snang..snang nk g spital..snang berbagai2..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...