Saturday, May 22, 2010

Siapa Sebenarnya Penulis Blog Berita Pemuda UMNO Jerantut?

Ramai orang politik Jerantut tertanya-tanya siapa sebenarnya penulis Blog Berita Pemuda UMNO Jerantut(BPUJ)? Sila baca http://beritapemuda.blogspot.com/2010/05/loji-nuklear.html ini. Kerana mereka telah lama mengenali personaliti,perwatakan,adab budi bahasa,profesionalisme ilmu, kesetiaan kepada parti dan ketua,sahsiah WZWH yang sebenar. WZWH tidak sekali-kali akan memperlekeh penduduk Hulu Tembeling yang 99.99% adalah darah dagingnya, tanah tumpah nenek moyangnya beratus tahun bersejarah,apa lagi mahu memindahkan penduduk Hulu Tembeling dan menganggap mereka sebagai membebankan wakil rakyat. Adakah logik WZWH meninggalkan dan menidakkan masa depan penduduk Hulu Tembeling sedangkan WZWH adalah pemimpin pelapis harapan Hulu Tembeling yang suatu hari nanti akan memimpin UMNO Jerantut ini.

Penulis blog BPUJ adalah seorang yang tidak beretika, tidak profesional, keji, berniat jahat terhadap WZWH,YB Dato' Wan Amizan KP Pemuda UMNO Jerantut merangkap ADUN Tahan, EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dengan menyamar identiti dan profile WZWH bagi tujuan memburukkan, menjatuhkan kredibiliti, memfitnah YB Dato' Wan Amizan yang KPInya sungguh cemerlang membangunkan DUN Tahan dengan peruntukan projek-projek beratus-ratus juta mencurah ke DUN Tahan. Setakat hari ini telah lulus peruntukan sebanyak RM260 juta di DUN Tahan.

Penulis blog BPUJ juga berniat jahat, memburukkan, menjatuhkan kredibiliti, dengan cerita-cerita "half truth" separuh benar dan ditokok tambah kerana dengki dengan usaha WZWH mahu bawa projek berbilion-bilion ke Lembah Tembeling.

WZWH mahu memberi amaran kepada penulis blog BPUJ bahawa perbuatan ini menyalahi Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia. WZWH akan ambil tindakan undang-undang jika penulis blog BPUJ masih meneruskan aktiviti-aktiviti "subversif komunis" menghancurkan, memporakperandakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut dan UMNO Bahagian Jerantut.

WZWH berharap rakyat Jerantut terutama komuniti UMNO Jerantut mendapat gambaran yang sebenar siapa itu penulis blog BPUJ yang sebenar itu BUKAN WZWH tapi "penyamar media baru". Ada orang di belakangnya yang turut bertanggungjawab menyebar surat layang yang tidak bertanggungjawab. Itu media lama kerja orang lama.

2 comments:

SANG PERSATA NALA said...

Semua karangan dlm blog awk ni mcm budak darjah satu. Lepas awk tulis mcm2 kt BPUJ awk nafi kat sini pulak. Ngapa? kena marah dek boss ke? Biar aku ckp kt awk la, kalau nk berpolitik jadi2 la bangga2 kan diri keturunan bendahara la, wan la, kalau dh cikgu tu kome tau sedang mana ke awak tu, singkik juer kalau wan amizan tak ulur. D jerantut ramai jer org kaya raya x ada pula tulis kt facebook keturunan bendahara la apa la, weh ni zaman modenla.
Hidup la awk dgn dunia khayalan awk, rasa baka pemerintah sgt, nk buat loji, pemimpin masa depan, weh cermin muka tu.
Pooraaahh!

Anti-KP

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Sang Persata Nala,
Selamat datang ke Blog WZWH. Terimakasih kerana menjadi orang pertama merasmi komen dalam blog WZWH.
Saya bukan penulis BPUJ. Saya bersumpah dengan nama Allah.
Saya bukan berbangga dengan nasab keturunan cuma saya mesti tahu sejarah dan nasab keluarga saya. Kita kena tahu dan kaji susurgalur nasab keluarga mungkin siapa tahu kita mungkin bersaudara.
Saya membawa usul pembangunan Jerantut berskala besar yang tidak terfikir oleh orang lain. Saya mahu majukan Jerantut dengan impak besar ekonomi. Saya harap saudara perhatikan saja pergerakan saya. Doakan cita-cita saya. Terimakasih.
"Barang Sebut Barang Jadi"

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024