Monday, November 30, 2015

Outline Projek-Projek Pembangunan Jerantut 2016-2020

Politik pembangunan adalah nikmat untuk semua. Aspek ini yang perlu ditekan lebih dari politik mahu menjatuhkan pemimpin. Jatuh bangun pemimpin ditentukan oleh pilihanraya 5 tahun sekali.

Buang masa dan membosankan bila berbagai cara digunakan untuk menjatuhkan pemimpin. Ini perbuatan tidak berfaedah dan tidak produktif.

Lebih malang bila isu-isu sensasi politik nasional menjadi agenda utama walau tidak tahu apa relevannya kesahihan cerita politik kedai kopi itu tanpa ada pembangunan di tempat sendiri.

WZWH outline projek-projek pembangunan Jerantut 2016-2020. Ini projek-projek tidak turun dari langit dengan sendiri tanpa usaha bersungguh-sungguh  dan political will.

Jerantut punya masa depan yang cerah dengan bermacam pelaksanaan projek-projek pembangunan bagi 5-10 tahun akan datang. WZWH akan listkan projek-projek kerajaan dan juga swasta yang boleh memberi impak besar ekonomi kepada Jerantut dan Pahang.




Projek Jalan Luar Bandar

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Kuala Tahan-Kg Pagi 21km kos RM121 juta sudah siap.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Kg Pagi - Kg Bantal Seberang 32km kos RM280 juta sedang diusahakan bakal disiapkan 36 bulan.




Peruntukan Tambahan Jalan Kg Bantal Seberang  - Kg Mat Daling 13 km dan 3 jambatan besar menghubungi Kg Bantal, Kg Gusai dan Kg Mat Daling kos RM251 juta.

Projek Jalan Ulu Tembeling -Kg Pasir Raja, Dungun Terengganu sejauh 52km kos RM500 juta.




Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu Memacu Pembangunan Mukim Tembeling Tengah sejauh 60km RM150 juta.


Projek Jalan Dari Bandar ke Bandar dan Dalam Bandar

Projek Jalan Sg Lembing-Jerantut sejauh 40km kos RM600 juta akan memendekkan perjalanan dari 3 jam ke 40 minit.

Projek Jalan Jerantut-Benta sejauh 60km kos RM650 juta.

Projek Jalan Jerantut-Maran sejauh 40km kos RM400 juta.




Projek Jalan Lingkaran Dan 2 Flyover Mengindah Dan Memakmurkan Lagi Bandar Jerantut 11km kos RM200 juta.




Projek Renewal Energy Tenaga

Projek Hidroelektrik Tekai 400MW RM5 bilion.




Projek Sturgeon

Ini projek sensasi dan mendapat liputan dunia yang tetap diteruskan oleh usahasama Syarikat Swasta dan Syarikat Korea serta Felda Caviarte di Lembah Tembeling. Kos permulaan RM150 juta Taman Caviar pertama Malaysia.


Projek-Projek Swasta

Ada 2 projek swasta yang perlu diberi perhatian untuk memajukan Jerantut dan mendapat sokongan dari ECER, Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Pahang berpotensi besar.

Projek Bandaraya Hutan Hujan Tropika Sultan Haji Ahmad Shah pelaburan RM10 bilion dalam masa 10 tahun.

Projek Lembah Kiol Golf Resort pelaburan RM2 bilion dalam masa 10 tahun.


Kesimpulan: WZWH percaya dan yakin pelaksanaan projek-projek yang dipaparkan ini boleh memberi impak besar ekonomi, sosial dan politik terutama kepada anak-anak muda Jerantut.

Ini yang WZWH kata politik yang sebenar....

Yang Bujang...Yang Duda...Yang Milik Orang...




Sunday, November 29, 2015

Setia...






















Setia pada Pahang...
Setia pada Raja...


Setia pada parti...
Setia pada UMNO...
Setia pada Presiden UMNO...


Setia pada isteri...

Tuesday, November 24, 2015

Projek Hidroelektrik Tekai Dijangka Siap 2020

The site of the new dam. Photo: Olivier Evrard


Projek Hidroelektrik Tekai dijangka siap pada tahun 2020 akan memberi impak yang tinggi kepada ekonomi Jerantut dan Lembah Tembeling.

Pada mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2009, WZWH telah membawa satu usul ekonomi bertajuk "Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai. 

Setelah dibahas dan diluluskan maka usul dibawa ke mesyuarat UMNO Bahagian Jerantut 2009 sebagai usul Pemuda UMNO Jerantut. Usul pemuda itu telah diterima tanpa bahas.

Usul hidroelektrik dam ini WZWH bawa untuk kebaikan negara dan Jerantut serta khusus kepada pembangunan DUN Tahan. Negara boleh mendapat bekalan elektrik 400MW sebagai sumber diperbaharui atau sumber alternatif dan kesan impak ekonomi kepada Jerantut dan kemajuan dan pembangunan DUN Tahan kerana kos membina empangan hidroelektrik Sungai Tekai ialah RM2.5 bilion.

WZWH pilih Sungai Tekai kerana di ulu sungainya sangat sesuai tebing yang tinggi untuk dibuat hidroelektrik dam. Airnya mengalir laju. Yang penting tiada penempatan manusia tidak seperti Empangan Bakun yang terpaksa memindahkan 10,000 manusia. Jadi sudah boleh jimat kos perpindahan.

5 tahun selepas itu Projek Hidroelektrik Tekai telah diluluskan oleh Kerajaan.

Projek ini akan dimulakan pada 2016-2020. Projek ini memberi impak yang besar kepada ekonomi Jerantut. 3000 pekerja diperlukan.

Mulai 2015 projek membina kuarters pekerja akan dimulakan.

Fakta Ringkas Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai:

  • Oktober 2013- Penilaian EIA dan kajian keselamatan
  • Mac 2015- Pembinaan kuarters dan jalan utama
  • Julai 2016- Kerja-kerja tanah bagi bina empang dan stesen janakuasa
  • Februari 2019- Proses takungan air
  • Jun 2020- Empangan Hidroelektrik Tekai memulakan operasi
  • Keluasan kolam: 8,210 hektar merangkumi Hutan Simpan Tekai-Tembeling
  • Kos: RM2.5 bilion
  • Kapasiti: 400MW boleh menampung 10% keperluan elektrik Semenanjung
  • Kontraktor: Syarikat usahasama TNB dan swasta

TNB telah diberi kelulusan mendapatkan 80 ekar tanah untuk membina kuarters dan jalan utama ke Projek Hidroelektrik Tekai, Tembeling Tengah.

Selain dari dari kuarters, rumah kedai, pejabat, masjid dan pelbagai kemudahan asas dibina. Ini memberi kesan kepada limpahan ekonomi tempatan.

3000 pekerja diperlukan bagi membina Projek Hidroelektrik Tekai termasuk juru elektrik, juru kimpal, teknisyen, operator, penyelenggara, buruh mahir, buruh pembinaan, jurutera, pengurusan. Sebab itu Kolej ADTEC Jerantut perlu lebih cepat melatih anak-anak muda Jerantut dalam bidang ini.

Pembinaan kuarters dan jalan utama Projek Hidroelektrik Tekai adalah permulaan limpahan ekonomi projek ini yang bernilai RM2.5 bilion kepada ekonomi Jerantut.

Friday, November 20, 2015

Technology Transfer Sturgeon: Ekonomi Dan Pembiakan Ikan Tempatan



















WZWH bersama Dr. Dong Hong Lee pakar ikan sturgeon Korea.




















WZWH bersama Dr. Sun Jun Kim pakar penghasilan spirulina makanan ikan sturgeon bagi caviar berkualiti tinggi.




















Biodata dua orang pakar ikan sturgeon yang WZWH jumpa di Korea.


WZWH akan terang dengan lebih mudah kenapa WZWH sokong projek penternakan ikan sturgeon di Lembah Tembeling, Jerantut.

Fakta mudah: Dunia memerlukan 18,000 metrik ton caviar tetapi supply hanya mampu membekalkan 300 metrik ton sahaja setahun. Terdapat jurang yang besar dan peluang. Ikan sturgeon sudah semakin pupus.

Caviar adalah sumber protein yang tinggi khasiatnya dan enak. Caviar harganya sangat mahal menjadi makanan orang kaya dan atasan. Caviar liar mampu membekalkan 10% dari permintaan dunia. 

kepupusan ikan sturgeon liar membuatkan Projek ikan sturgeon Kuala Tahan ini boleh memberi pulangan ekonomi yang tinggi.

Projek sturgeon tujuannya untuk meningkat pendapatan generasi baru peneroka dan kampung-kampung tradisional dengan pulangan hampir RM13,000 sebulan bagi peserta.

Projek ini bertujuan mahu membuktikan bahawa negara tropika seperti Malaysia boleh menghasilkan sturgeon yang lebih cepat bertelur dari 4 ke 5 tahun dengan kualiti caviar yang sama.

Diharap  boleh mendapat transfer of technology dari usahasama ini  menghasilkan cultured caviar dari negara tropika dan seterusnya bukan sahaja mengembangkan lagi industri caviar di Malaysia malah teknologi ini boleh diguna untuk mengembang dan mempertingkat produktiviti ikan tempatan seperti Kelah, Jelawat, Patin, dll.

Adalah simbolik Hutan Taman Negara yang berumur 130 juta tahun tertua di dunia dan ikan sturgeon yang berumur 150 juta tahun merupakan fossil hidup menjadikan satu gandingan dan kombinasi yang unik dan boleh menjadi brand dunia.

WZWH produce 5 posting terbaik berkenaan sturgeon untuk pembacaan lanjut yang WZWH tulis sendiri:

WZWH Dan Delegasi Kuala Tahan Melawat Korea Selatan Melihat Potensi Sturgeon Dunia Sila Klik Sini.


Felda Caviartive R&D Dan Hwacheon Satellite Farm Sila Klik Sini.


Institut Penyelidikan Perikanan Dan Maritim Gyeonggi Province Sila Klik Sini.


Kilang Spirulina Di Naju Korea Sumber Protein Dan Mineral Untuk Sturgeon Sila Klik Sini.


Technology Transfer Sturgeon Membiak Ikan Tempatan Sg Tembeling Sila Klik Sini.



WZWH ingin menjelas sedikit...



















R&D Sturgeon Center di Korea.



















R&D Center di Korea untuk persediaan sturgeon farming di Malaysia.




















To research eco-friendly methods of low-cost production of high-quality caviar. Cost-effective production. Tropical climate and specialised low temperature tank. 




















Current area of research- hatching in the summer and subtropical climates.




















Technology transfer. Cooperation with universities, Cooperation with research laboratories, Manual on sturgeon culture and caviar and R&D Data.




















Kriteria sturgeon yang mahu diternak di Malaysia itu:

  1. Spesis tidak mengancam eko-sistem Malaysia
  2. Spesis yang punya potensi keuntungan ekonomi
  3. Spesis berkualiti tinggi dan punya ketahanan terhadap penyakit



















4 jenis spesis dipilih:

  1. Beluga
  2. Russian
  3. Siberian
  4. Stelet



















Sturgeon Life Cycle.




















Beluga




















Russian.




















Siberian.




















Sterlet.




















Production of caviar. Caviar products, greds and prices.




















Caviarluna & low-sodium caviar very highest quality.




















Eco-friendly Caviar Park under Projek Bandaraya Hutan Tropika Sultan Ahmad Shah.




















Caviar Park.




















Water Supply facilities.




















Preparation for natural disasters (earth-quake, flood, storms)




















Kolam ikan sturgeon.




















Processing concept ; Recirculating Aquaculture System




















Recirculating Aquaculture System-details.




















Terms and Definitions of RAS.




















Natural reproduction impossible in Malaysia.




















Natural reproduction impossible in Malaysia.




















Sturgeon fish-"Living fossils" 150 million years old.
Splendid eco-tourism resources for the protection of endangered species as specified by the UN.
Application of eco-friendly aquaculture and eco-tourism concepts right through from the design stage.
Construction of exhibition, education, research and tourist facilities.
Protection of native fresh water fish of Malaysia in addiction to sturgeon, as well as research and exhibits.
Integration with eco-system projects to contribute to local economy.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...