Saturday, November 14, 2015

Projek Jalan Lingkaran Dan 2 Flyover Mengindah Dan Memakmurkan Lagi Bandar Jerantut




Projek Jalan Lingkaran bandar Jerantut dan 2 Flyover bagi mengurang kesesakan lalu lintas jalan dan jalan keretapi di bandar Jerantut menghubungkan DUN Damak Dan DUN Tahan sila klik sini. 

DS Najib bersetuju memasukkan projek ini dengan lengkap ke dalam RMK 11.

Kos projek ini hampir Rm200 juta.

Hari ini Lawatan Tapak Bagi Cadangan Projek membina Jalan Lingkaran Jerantut, Pahang Darul Makmur Oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

















Taklimat Projek dihadiri ADUN Tahan, Dato' Hj Allauddin bin Hj Anuar Timbalan Ketua Pengarah UPE JPM, JKR Malaysia, JKR Pahang dan JKR Jerantut serta DO Jerantut.

Projek ini hasil usaha usul Dato' Sri Hj Wan Amizan bin Wan Razak ADUN Tahan semasa beliau  masih menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Jerantut belum lagi bergelar wakil rakyat sekitar tahun 2006.

Benefit projek ini selain mengurangkan kesesakan lalu lintas jalanraya dan jalan keretapi juga diharap projek ini boleh menaikkan nilai tanah-tanah di kawasan suburban pinggir bandar Jerantut sila klik sini.

Projek Lingkaran bandar Jerantut ini sepanjang 11km. Mengandungi 2 Fasa:

Fasa 1  :  Dari Kg Padang Saujana ke Kg Batu 1 (DUN Damak) sepanjang 5 km kos RM99 juta

Fasa 2 : Dari Kg Batu 1 (DUN Damak) menghubung Kg Batu Embun (DUN Tahan) jarak 6 km bersama 2 flyover merentasi jalan keretapi ke Kg Tampin. Kos Rm100 juta.

Selain dari itu taklimat tambahan Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran Fasa 3 dan Fasa 1 dibincangkan termasuk :

Menaiktaraf Jalan Simpang Jengka 8 hingga PPTR dekat Felda Sg Tekam jarak 10km kos RM70 juta.

Menaiktaraf Jalan Jerantut Benta sepanjang lebih 60km kos anggaran + RM600 juta (anggaran WZWH).

Semua projek ini memakmur dan memberi kepentingan ekonomi kepada bandar dan pinggir bandar Jerantut  dan seluruh Parlimen Jerantut, Parlimen Lipis dan Parlimen Maran.

Foto-foto dibawah adalah Lawatan Tapak Bagi Cadangan Projek-Projek tersebut.












































5 comments:

Anonymous said...

Jambatan Kuala Tembeling takde ke? Dah kaya duit banyak, ingat la orang yang pernah tolong kau sikit.

Anonymous said...

2 flyover ni mesti crossing railway kat piggir bandar ni untuk jalan bypass lingkaran dalam Jerantut.Semua tak payah lalu Sungai Jan lagi nak ke Lipis.Betuk tak?

Anonymous said...

menaiktaraf jalan dai Kuala Tembeling ke Kg. Besul sepatutnya dibangkit Dan diutamakan..Jambatan Sg Kerak Dan Bukit Mentimun telah terlalu klasik
..dapat lebar Jln tersebut 2 kaki pun dah ok.....
tq...sekadar pandangan dari anak Kuala Tembeling

Anonymous said...

Projek ikan sturgeon camana? Jerantut tak join ke?

Anonymous said...

Minta peruntukan untuk membina jalan keretapi dari jerantut ke Terangganu.. Projek tu lebih bagus dan manafaat... Alang2 buat jer terus keretapi laju.. Kuala Terengganu- Kuala Berang - jerantut - Mentakab - KL... 3jam sampai... berebut orang nak guna.... Buat atas inisiatif swasta..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...