Nuffnang Ads

Pages

Sunday, November 1, 2015

Tahniah! Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) Berjaya Tanam 16,000 Pokok Balak Di Pahang


Di Kg Pagi Ulu Tembeling dari 30-31 Oktober hingga 1 November 2015, SASET telah berjaya menanam pokok balak sebanyak 3500 pokok terdiri dari spesis meranti dan merayam. Sehingga hari ini SASET berjaya menanam pokok balak sebanyak 16,000 pokok di Pahang.

Tahniah SASET!

Apa yang berlaku kebakaran hutan Indonesia menyebabkan jerebu melampau menyerang Malaysia, Singapura, Selatan Thailand dan Filipina. API index mencecah lebih 1000.  Di Malaysia dan Singapura beribu sekolah ditutup.

Betapa pentingnya sumbangan pokok-pokok hutan. Sebatang pokok hutan memberi oksigen dan menyumbang kepada sistem ekologi.


NEGERI PAHANG AMAN SENTOSA
KAYA DENGAN TUMBUH TUMBUHAN
NIAT DI HATI NAK BUAT JASA
MUDAH MUDAHAN TUHAN KABULKAN


1,000,000 pokok akan ditanam di Pahang dalam masa 10 tahun.

Sekarang yang sudah ditanam oleh Temenggong Initiative berjumlah lebih 16,000 pokok.

Temenggong Initiative ialah THE OPERATING ARM OF THE SULTAN AHMAD SHAH ENVIRONMENTAL TRUST (SASET).


L1200152.JPG


Temenggong Initiative dipimpin oleh YAM Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah.

WZWH suka YAM Tengku Fahad ibni Sultan Ahmad Shah walau muda baru berumur 20 tahun putera bongsu Tuanku Sultan Pahang tapi punya bukan saja idea-idea dan falsafah hebat alam sekitar tapi juga mempraktikkannya melalui Temenggong Initiative-Temenggong Ranjers.

Berslogankan ' Balancing People and Nature', Temenggong Initiative menganjurkan program yang berkaitan dengan penjagaan alam semulajadi. Program 'Adopt a kampung' ialah menjadikan 7 buah kampung di Kuala Tahan sebagai kampung angkat. Temenggong Rangers akan dilantik terdiri daripada volunteers/ sukarela, 2 orang bagi setiap kampung yang akan bertugas melaporkan sebarang pemusnahan alam semulajadi kepada Temenggong Initiative.

YAM Tengku Ariff Temenggong walaupun umur masih muda tapi telah menunjukkan contoh teladan yang baik bagi rakyat Pahang terutama golongan muda Pahang agar sayang dan menjaga alam sekitar. Rakyat Pahang perlu tahu fakta bahawa kalau tiada negeri Pahang yang bergunung ganang ini sudah tentu banyak sungai di negeri-negeri yang berjiran dengan Pahang kekeringan kerana punca-punca anak sungai banyak terletak di negeri Pahang.

Hutan tebal Pahang terutama di Taman Negara Jerantut Pahang banyak membekalkan oksigen menyegarkan Semenanjung Malaysia. Sudah sampai masanya Pahang patut mengenakan caj kepada Kerajaan Pusat kerana bekalan percuma oksigen yang segar dari hutan Pahang.

YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang merupakan ikon baru Pahang yang akan menjadi ikutan golongan muda bukan sahaja di Pahang bahkan seluruh Malaysia tidak lama lagi. Gerakan "Green Movement" dan NGO Alam Sekitar sudah tentu merasa bangga kerana mempunyai pemimpin muda yang baru yang akan memperjuangkan isu-isu alam sekitar.

Sesungguhnya YAM Tengku Ariff Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain billah mewarisi bakat kepimpinan dari ayahandanya Tuanku Sultan Pahang.

Dibawah ialah beberapa foto-foto aktiviti SASET NGO alam sekitar bersama sukarelawan dari team SASET, pelajar-pelajar Lim Kok Wing University, International School, Kolej Komuniti, askar, Temenggong Rangers, Jabatan Hutan,  menanam pokok-pokok balak di hutan dekat Kg Pagi Ulu Tembeling dari 30-31 Oktober hingga 1 November 2015.


























































































































No comments: