Jambatan Gemunchor Mela Dan Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu Memacu Pembangunan Mukim Tembeling Tengah























Projek Jambatan Gemunchor Mela yang sudah hampir siap pembinaannya.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM12 juta untuk membina sebuah jambatan konkrit menyeberangi Sungai Jelai di Kampung Gemunchor dekat Kg Mela diselenggara oleh Kementerian luar Bandar.

Walaupun ini pembangunan di Daerah Lipis tetapi bersempadan dengan Daerah Jerantut.

Sebelum ini peruntukan RM16 juta telah diluluskan untuk membina sebuah jambatan pejalan kaki Kuala Tahan. Oleh kerana sedikit salah faham Kerajaan Negeri Pahang tidak bersetuju maka peruntukan ini telah dipindahkan ke Projek Jambatan Gemunchor.

Di Sungai Tembeling pula tiada sebarang jambatan dibina menghubungkan  kedua tebing sungai.

Bagaimana Projek Jambatan Gemunchor ini boleh membantu memacu pembangunan bukan sahaja di Daerah Lipis yang bersempadan dengan Daerah Jerantut tapi juga memacu pembangunan di Tembeling Tengah?

Terdapat banyak kampung-kampung tradisional lama di sebelah kiri mudik Sungai Tembeling yang sudah ditinggalkan oleh penduduk dan mempunyai keluasan tanah yang luas berpotensi untuk dimajukan disamping ladang kelapa sawit diusahakan oleh GLC seperti Tabung Haji.

Pada masa ini juga Kementerian Luar Bandar telah meluluskan satu projek jalan luar bandar yang menghubungkan Kg Gemunchor ke Kg Labu Tembeling Tengah (Kg Labu Lama) sepanjang 22 km.

Projek jalan luar bandar ini boleh menghubungkan dengan beberapa buah kampung seperti Kg Batu Balak, Kg Jong Berlaboh lama dan banyak kampung yang sudah dilupakan namanya.

Ini bererti bukan sahaja di sebelah kanan mudik Sungai Tembeling ada jalinan jalanraya malah disebelah kiri mudik Sungai Tembeling pun ada jalinan jalanraya.

Jambatan Gemunchor Mela dan Projek Jalan Luar Bandar Gemunchor-Batu Balak-Labu bakal memacu pembangunan Tembeling Tengah Lama.

Projek-projek pertanian secara perladangan dan orang kampung boleh usahasama keluasan banyak tanah yang sekarang telah ditinggalkan untuk kegiatan sumber ekonomi.

Ini menjadikan banyak pilihan ekonomi bagi penduduk Tembeling Hilir dan Tembeling Tengah.

Disamping 12 jambatan besar dan kecil yang akan dibina di Kg Bantal, Kg Gusai, Kg Mat Daling di Ulu Tembeling dalam pakej Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 Tambahan.

12 Jambatan bersilang di Sungai Tembeling akan menjadikan Ulu Tembeling seperti Kota Paris of Pahang!

Comments

Popular posts from this blog

Cerita "Orang Liar" Pahang

Ahli Parlimen Raub Hina Orang Pekan Berpolitik Macam Orang Asli. Kenapa Tidak Kata Orang Raub Pun Sama?!!!

Badak Pahang Terakhir