Monday, October 12, 2015

Pesan King Ghaz Kepada DS Najib," Tell Them Please Respect The Law"!



King Ghaz the best Menteri KDN advices...





Najib...Tell them please respect the law.


Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perbankan dan kewangan negara

Masa Tun Mahathir memerintah 22 tahun beratus-ratus tahanan politik guna ISA...

Tiada pula press conference dibuat protest!


King Ghaz pesan lagi...

a) kerja kita di Kementerian Dalam Negeri adalah menjaga keamanan dan orang tak tahu jika kita berjaya menjaga keamanan itu; tetapi, jika kita gagal orang tahu kita tak buat kerja, 

(b) kita tak boleh tunggu sesuatu bala dah timpa negara baru kita nak bertindak, kita perlu mengintip orang-orang yang nak buat kacau. Dalam mengecam potensi masalah yang penting ialah orangnya dan bukan organisasinya, 

c) kita mempunyai antara angkatan polis yang terbaik di dunia, 

(d) selain MI5 di Britain, CIA di USA, KGB di Russia dan Mossad di Israel kita perlu bangga dengan badan Perisikan Malaysia yang, walaupun kecil, sama cekap dengan yang empat ini, 

(e) Menteri KDN jangan harap nak jadi popular dengan bekerja di Kementerian Dalam Negeri, 

(f) Menteri, Timbalan Menteri kena suka baca buku. Tapi tak cukup. Kena baca lagi. Sekarang kena kuat baca blog, facebook, Twitter..."


KENYATAAN MEDIA BERSAMA Geng 7

Penahanan peguam Matthias Chang dan sebelum ini anak guamnya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA 2012, adalah satu penyalahgunaan kuasa serta tindakan terdesak untuk mendiamkan pengkritik. Penggunaan SOSMA untuk menahan kedua-dua individu ini juga adalah bertentangan dengan semangat dan tujuan Akta ini diluluskan oleh Parlimen.

Amatlah malang bagi rakyat Malaysia apabila tindakan tersebut diambil oleh pihak berkuasa, mesej yang sampai kepada rakyat ialah apabila seseorang melaporkan berlaku kesalahan, orang yang membuat laporan akan ditangkap.

Pada akal yang sihat, tindakan ini juga memperlihatkan apabila ada pihak yang didakwa melakukan kesalahan dan apabila laporan dibuat terhadapnya, apa jua peruntukan undang-undang yang ada akan digunakan untuk menutup kesalahan pihak yang didakwa.

Tidakkah amat memalukan apabila seseorang yang dituduh melakukan kesalahan tidak berusaha membuktikan kebenaran ataupun “his innocence” tetapi sebaliknya orang yang melaporkan kesalahan ditahan.

Oleh kerana tidak ada undang-undang yang dapat digunakan untuk menahan dan menangkap orang yang membuat laporan, maka digunakan satu undang-undang yang digubal untuk tujuan memelihara keselamatan negara dan ketenteraman awam serta memperuntukkan satu hukuman yang berat untuk membuat tahanan dan tangkapan.

SOSMA yang diperbuat menurut Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan adalah khusus untuk menghalang sebarang tindakan atau ancaman oleh sekumpulan besar orang di dalam dan di luar Malaysia:

1)untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;

(2)untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;

(3) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;

atau

(4)untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang.

Matthias Chang adalah peguam yang mengiringi Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan mengenai dakwaan salahlaku 1MDB kepada pihak-pihak berkuasa di dalam dan di luar Malaysia. Tindakan ini tidak bercanggah dengan undang-undang mana-mana negara dan tidak boleh dianggap sebagai suatu ancaman kepada ketenteraman dan keselamatan awam yang dilindungi oleh SOSMA.

Malahan laporan-laporan yang dibuat oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah mengikut lunas-lunas demokrasi serta hak yang dijamin oleh mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Justeru, kami menegaskan bahawa penahanan Matthias Chang dan Khairuddin Abu Hassan di bawah SOSMA adalah satu bentuk penyalahgunaan proses undang-undang oleh pihak berkuasa yang jelas bercanggah dengan tujuan undang-undang ini diluluskan oleh Parlimen.

Ia menyekat hak dan kebebasan individu untuk mengambil suatu tindakan yang sah dalam sebuah negara yang menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Apatah lagi, YAB Perdana Menteri sendiri ketika membentangkan Rang Undang-Undang SOSMA 2012 di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 memberikan jaminan bahawa setiap individu “bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah mahupun menganggotai apa-apa pertubuhan”. Malahan, beliau berjanji “tidak ada sesiapa akan dihukum hanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara”.

Berdasarkan janji ini, maka kedua-kedua warganegara ini mestilah dibebaskan serta-merta dan pihak berkuasa memberikan jaminan bahawa tiada sesiapa lagi akan ditahan di bawah SOSMA hanya kerana menyatakan pandangan, pendapat dan kritikan serta mengambil apa-apa tindakan yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad
YABhg Tun Ling Liong Sik 
YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
YB Datuk Seri Shafie Apdal
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
YBhg Tan Sri Ong Tee Keat 
YBhg Tan Sri Sanusi Junid

12 Oktober 2015

8 comments:

Anonymous said...

Tindakan yg boleh menghancurkan negara x kan nak dibiarkan? Dulu masa Tun pun dah tentu masuk bawah ISA.

Quantum Metal Consultant said...

Alamak...1MDB ada masalah ke yg takut sangat dengan laporan polis di luar negara?

Report sini tak jalan, yg buat report pula kena siasat...

So, apa pilihan?

Anonymous said...

Alamak... kalau mereka tak bersalah apa nak risaukan? Sediakan peguam.

Nur Haikal Levine said...

Say goodbye to najib. Enough.

Anonymous said...

King Ghaz ni kata nyanyuk kang boleh jugak. Kalau nak tinjau bala tgk lah dulu kapal mas mh370 mh17 hilang tu sapa punya angkara? Apsal FBI masuk malaysia sampai ofis PDRM pun dia masuk nak siasat kapal kita sendiri yg hilang? Yg hilang kapal malaysia, yg Fbi sibuk buat apa? King ghaz nasihatkanlah pdrm dgn mentri
Kdn jgn bg polis luar masuk campur urusan kita. Dah hilang terempas kapal tu kan ke bala besar kat Mas. Brp ramai yg berenti keje pasal kes tu? Jgn la bodoh sgt bila dah berumur. 
Hari ni bila ada org repot jumpa kat pulau cepat je nak denied. Mmg lah kene deny korang telur dah kene pegang. Makan rasuah mcm makan nasik. Kalau tak nafi kang tak jalan pulak bisnes sykt nak mencari kapal tu belanja juta2 duit negara, apa king ghaz tak pikir ke benda tu? Pegi cek lah tgk company mencarik tu sykt negara mana?
Pegi balik haji beratus kali kalau balik duk mentekedarah duit haram tak berenti renti. Sama je pun. Lagi tak hormat dgn Allah Taala. Buat bodoh kurang ajar dia mintak ampun lepas tu balik malaysia ulang balik perangai dajjal setan lama dia. 
Eloklah tu duduk KDN. Masuk terus KE Dalam Neraka.

Anonymous said...

Kene tipu aku dgn admin. Rupanya king ghaz dah meninggal. Ro up lah lagi banyak2 pesanan king ni. Tun Razak punya pesan pun ro up kan sekali. Kita sampaikan balik pada anak cucu dia yg melampau dan lupa diri. Pesan kat diorang yang hidup wajib mati.

Anonymous said...

Selagi ada demokrasi, selagi ada pemilihan, selagi DAP tak dapat perintah negara selagi itulah komunis akan menggunakan segala kaedah untuk menjatuhkan kerajaan. Mana2 sahaja kerajaan di dunia ini.

1. Reformasi Jalanan
2. Hasutan, fitnah dan pembohongan tahap melampau
3. Taikun-taikun mereka akan manipulasi dan menakikan harga barang asas.
4. Burukkan sistem perundangan
5. Menghina Institusi Raja-raja
6. Memperlekehkan anutan agama khususnya Islam
7. Menyalahkan badan penguatkuasaan Polis dan Tentera
8. Memecahbelahkan Orang Melayu ( Perkara Utama )

Semua ini sudah nampak jelas di depan mata. Tunggu sebentar lagi anjing-anjing mereka akan mula menyalak bagai nak keluar isi perut.

Anonymous said...

Yang herannya bila ada ketua2 umno sendiri yg jadi budak upahan tailong2 DAP yg ni nak buat camana? Dia nak menang pilihanraya, nak pakai duit pastu hantar lak budak panjat genting pegi ambik duit dgn tokay2 judi dap? Tak ke bodoh??

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...