Sunday, October 11, 2015

Bank Negara Perlu Bantu 1MDB Seperti Kerajaan Singapura Menyokong Penuh Temasek Holding

Kerajaan Singapura melalui MOF tubuh Temasek Holding pada 1974 sebagai sovereign wealth fund @ investment fund. Mudah cakap seperti 1MDB yang lebih strategic investment company.

Pada dekad pertama Temasek Holding pun mengalami kepayahan dan rugi tetapi oleh kerana Kerajaan Singapura dan Bank Negara Singapura membantu dan menyokong penuh secara profesional maka hari ini Temasek Holding merupakan sovereign wealth fund ke 9 terbaik dunia.

Walau CEO Temasek Holding lebih sedekad semenjak 2004 itu Ho Ching isteri kepada Perdana Menteri Singapura yang mula dilantik sebagai  Executive Director pada 2002. Kerajaan Singapura dan Bank Negara Singapura menyokong penuh Temasek Holding.

Bayangkan kalau DS Rosmah Mansur menjadi CEO atau Executive Director 1MDB tentu banyak pihak-pihak yang bising!

Kenapa banyak kerajaan terutama di Asia berminat mahu menubuhkan sovereign wealth fund?

Sovereign Wealth Funds are generally known as investment funds owned by national governments and financed by the country's foreign currency reserves (dollar, euro, yen), often through their central banks or via direct investments.

Graph: Sovereign Wealth Funds

by Isobel Coleman
April 24, 2013

Numbers come from the Sovereign Wealth Fund Institute's Sovereign Wealth Fund Rankings (last updated March 2013). Asterisks indicate where the assets of a country's multiple SWFs have been added together. The Sovereign Wealth Fund Institute notes that one of the Russian funds "includes the oil stabilization fund of Russia" and that the figure for China's largest fund "is a best guess estimation.Numbers come from the Sovereign Wealth Fund Institute's Sovereign Wealth Fund Rankings (last updated March 2013). Asterisks indicate where the assets of a country's multiple SWFs have been added together. The Sovereign Wealth Fund Institute notes that one of the Russian funds "includes the oil stabilization fund of Russia" and that the figure for China's largest fund "is a best guess estimation.

Perhatikan China, UAE, Arab Saudi, Singapura, Kuwait, Hong Kong, Qatar, Kazakhtan, South Korea sudah punya sovereign wealth funds terbesar dunia dan berkembang.

DS Najib mahu 1MDB menjadi seperti graf di atas sebagai investment company juga. Banyak projek-projek strategik bagi kepentingan negara.

Bank Negara perlu bantu 1MDB seperti Kerajaan Singapura menyokong penuh Temasek Holding. Jangan menyusahkan 1MDB dengan karenah birokrasi.

Banyak pihak-pihak yang lain pun jangan banyak suka mengambarkan 1MDB dengan persepsi negatif seolah-olah mahu menggagalkan malah sabotaj 1MDB.

Belajar bagaimana Kerajaan Singapura dan agensi-agensi menyokong Temasek Holding hingga berada pada kedudukan hari ini sejak 42 tahun yang lalu.

1MDB baru berumur 5 tahun masih kanak-kanak jangan kita teruja untuk membunuhnya!

15 comments:

Anonymous said...

Sape yg nak bunuh hj wan emdibi tu bang... takde sape pon nak marah 1mdb tu nak bisnes.... yang org ramai bising pasal salah laku yang patut dijelaskan. Kalau tak kenapa sampai raja-raja pun berbunyi..... dah penat la bang... kasi settle la cepat2... terutama org yg menjadi punca masalah tu..... kasi buang... nak bagi peluang tikus baiki labu buat apa... memula sekali buang dulu tikus tu... baru pikir nak buat apa ngan labu tu....

Anonymous said...

Buat pun senyap2..tak melalui parlimen pon...
Tup tup hutang berlambak. Dah la beli aset kerajaan di bawah harga pasaran. Camtu ko nak kerajaan dan rakyat tolong?

A BIG SORRY FOR YOU AND 1MDIBI.

Anonymous said...

Lagi satu...temasek holding tu dibuat senyap2 ke? Tidak kan? Jadi jangan samakan temasek holding dgn 1mdibi

Anonymous said...

Mahathir n Anwar buat spekulasi currrency senyap-senyap 30 bilion, perwaja dan MAS berpuluh bilion rugi...ini ASSETS 1MDB lebih banyak dari LIABILITIES...

Unknown said...

Mana boleh BNM nak tolong 1MDB nak bawa bala ka , temasek dia punya transaksi jelas business punya affair , ini 1MBD wang samapi sekarang pun tak boleh jelas mana hilang asyik asyik bohong ingat rakyat bodoh, Ya zaman Tun M dan anuar banyak juga GLC rugi billion billion tapi tak ada pun pemimpin dahulu terbukti duit masuk akaun sendiri sampai berbillion ringgit macam Najib lanun ,tak tau malu langsung itu pun masih nak cover ,haram jadah sungguh , hoi admin blog lu pun ada terima duit ka macam prepaid blogger.

Anonymous said...

Tidak ade cacat cela 1MDB, AG sudah clear line. Bank Negara buat tak faham lepas 2X kertas siasat dihantar kpd AG. Terus Bank Negara cari pasal...

Anonymous said...

Masalah besar bila ada puak yg msh percaya wsj, sr dan mahdey ttg isu 1mdb.Mahdey lbh teruk hilangkan wang rakyat cuma dia bernasib baik krn ada ISA dan bukan era smartphone.
CEO 1mdb telah jelaskan dgn terperinci ttg misi,visi dan pencapaian 1mdb tapi mrk malas nak tengok atau baca.Begitu juga dgn siasatan yg telah dilakukan mmg tiada salahguna atau pecah amanah.Isunya skrg adalah mahdey nak sabotaj 1mdb krn telah mgambil lubuk emas kroni2 dia.Dpd mamak kutty tu kayakan kroni dia baik 1mdb cari duit dan sumbangkan kpd rakyat.
Siapa yg tak pening nak jelas sesuatu dgn sumber yg nampak asli tetapi telah diubahsuai dgn kecanggihan IT oleh kroni anwar iaitu sarawak report.SR yg dah sejak azali bertemankan pihak pmbangkang malaysia akan berusaha nak jatuhkan apa shj kebaikan yg cuba dilakukan oleh kerajaan.
Klu setakat 1mdb, kenapa syarikat2 kroni dan anak2 dia yg bermasalah zaman mahdey jadi pm org tak berani bising.Kenapa mahdey tak berani nak jawab tuduhan2 yg dibuat oleh pihak luar.Sebenarnya bnyk isu yg mahdey sembunyikan termasuk perjanjian merugikan ipp yg berat sebelah dan mguntungkan kroni dia bulat2.
Kenapa tak cipta atau beri kpd syarikat2 melayu bumiputera klu dia ingin nak tolong bangsa.Selama 22 tahun...tiada syarikat melayu bumiputera sekaya syarikat kroni2 dan anak2 mahdey.Tetapi bila dia bersara bukan main sakan dia menyalak bila lubuk emas kroni dia dijadikan aset 1mdb utk kebaikan rakyat.
Rakyat percaya, najib dan kabinet sedar atas segala kemungkaran zaman 22 tahun mahdey dan cuba utk mgubahnya satu persatu.Mmg mahdey bnyk berjasa tetapi klu msh ingin berkuasa dan jadikan kabinet skrg atau akan dtg sbg boneka utk kepentingan kroni dan anak2...baik dia jadi pm semula dgn bertanding dlm pemilihan parti dpd memburuk, mengata, mengutuk, menyindir org lain sedangkan dia pernah lebih teruk dari itu.
Sejarah telah mengetahui dan membuktikan bhw mahdey tak akan berhenti menyalak selagi musuh atau lawan dia tumbang.Dah ramai vvip dlm umno dan expatriat negara yg jatuh dan bersara jika cuba menghalang nafsu serakah dia.Semoga kabinet skrg atau akan dtg tidak jadi boneka kpd manusia angkuh yg mementingkan diri, kroni dan anak2 yg sedia mewah sejak dulu lagi.

Anonymous said...

Mahathir bukan PM lagi. Dia pernah mencabar supaya di buktikan salah laku nya.

Singapura maju dengan tiada hasil bumi tapi tenaga manusia nya sangat tinggi kualitinya. Foreign reserve nya sebanyak $358b kerana tiada bahlol yang menghalalkan rasuah disana. Tiada kerja yang menjanjikan security semua harus berkerja keras untuk bersaing. Ingat MAS dan SIA mulanya berasal dari MSA yang sama. Sekarang satu jadi premium airline dengan setiap tahun mengaut keuntungan dan satu lagi jadi hidup segan mati tak mahu.... di Spura banyak kafir di Msia banyak Islam tapi agama jadi bahan politik dan formaliti.....sadarkah kelemahan kita. Tiada ruang untuk pemimpin yang mempunyai pertikaian integriti untuk terus meminpin dan sudah tiba masanya untuk menolak rasuah dari yang kecil kuman hingga sebesar naga. Kita mempunyai kewajipan melenyapkan kebatilan. Jagalah nama ibubapa kita dan lindungi anak cucu kita dari kehancuran yang luar biasa ini.

Anonymous said...

Setuju dengan admin. 1MDB kerajaan punya bermakna rakyat punya. Keuntungannya juga rakyat yg punya. Projeknya besar2 tapi modal cuma rm1 juta. Asetnya melalui hutang ada rm52 bilion. Aset pulak tu keperluan rakya macam IPP. Memang sepatutunya kerajaan menambah modal kepada jumlah yg munasbah supaya pengurusannya berjalan lancar. Kalau rakyat mahu untungnya rakyat mesti keluar modal ye tak.

Anonymous said...

Salah tu, keuntungan bukan rakyat yg punya. Kerugian rakyat yg punya, untung orang lain punya.

Anonymous said...

Anon 833, itu kalau kamu yg jadi COE 1MDB gitulah yg kamu buat kot. CEO Arul Kanda dengan penasihat Najib yg aku tahu gunakan keuntungan 1MDB untuk antar orang pergi haji, bantuan cermin mata pelajar dan lain2 lagi termasuk mengekalkan harga tariff elektrik pada kadar yg rendah. Ini bermakna kamu juga dah dapat merasai faedahnya cuma kamu x mahu mengaku je.

Anonymous said...

Hantar pegi haji? Bantuan cermin mata pelajar? You are so cheap to be bought. Jho Low dapat apa?

Anonymous said...

Bodoh la statement kau. SG maju pasal ambik hasil bumi Malaysia la bhai. Diorang yg pandainya menipu bengong. Ambik hasil dari sini banyak2, proses kat sana lepas tu eksport la keluar. Itu kelebihan port singapore. Takde manalah quality org Singapore. Cuba pecah tambak johor tengok? Cuba sekat eksport barang mentah kita dgn air semua sekali kita tgk apa jadi?
Buktikan sejauh mana kualitu org singapor tanpa hasil bumi malaysia. Kalau takde org dari belah sana sabotaj secara diam Malaysia ni aman hidup org Malaysia. Najib tu sendiri belakang dia cina singapor. Ingat org bodoh ke?

Anonymous said...

Kah 3 times.1MDB reported loss of RM665 mil for financial year 2014. Wonder what sponsored pilgrims had in their minds having completed the haj with a loss making company. And those students must have blurred view with their new sponsored glasses. Anon 3:46 and the likes, my deepest sympathy and condolences to you all. Rugi milik rakyat, kita kongsi rugi sama2.

Anonymous said...

Kau penah dgr tak cina2 fensui ni cakap malaysia singapore umpama ikan kap yg memuntahkan mutiara? Apa kiasan dia? Malaysia ni ikan kap hasil semua keluar dari perut ikan. Singapore mutiara hasilduit kekayaan semua dapat kat singapore bila dapat hasil keluar dari perut ikan. 
Cuba sultan johor dan kerajaan malaysia hapus dan robohkan tambak johor, potong sekali lidah ikan tu biar mutiara tak keluar. Kita tgk hancur ke tak singapura? Kenapa singapore cukup pantang bila malaysia nak runtuhkan tambak? Cina cakap takde luck. Kalau nak tau petunjuk singapore dah nak tersungkur cuba tgk kisah kapal SIA yg tersungkur takde tayar tu. Tu tanda luck singapore dah nak hilang. Pasal banyak hasad dengki dgn orang.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...