Friday, October 9, 2015

Sokong TPPA : Pakar Ekonomi Amerika Berbelah Bagi, Apa Kata Rafidah Aziz?




Paul Krugman tidak pasti mahu sokong TPPA kerana perlu buat homework sila klik sini

Joseph E. Stiglitz dan Adam S. Hersh menentang TPPA sila klik sini.

Jeffrey Frankel menyokong TPPA sila klik sini.

WZWH ambil juga pandangan Tan Sri Rafidah Aziz mantan Menteri MITI dan pensyarah ekonomi UM yang banyak pengalaman.

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan memberi manfaat kepada Malaysia jika ia tidak dipolitikkan, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Mantan Menteri MITI itu berkata mereka yang menjalankan rundingan bagi pihak Malaysia adalah golongan profesional, bukan ahli politik.

“Jika kita tidak politikkan ia, saya beritahu anda, ia akan beri faedah,” katanya dipetik sebagai berkata dalam ucapannya di Persidangan Undang-undang dan Korporat Malaysia di Kuala Lumpur kelmarin.

Rafidah berkata ahli profesional yang berunding bagi perjanjian itu melakukannya demi kebaikan negara.

Pakatan dagangan itu baru-baru ini ditandatangani 12 negara, tetapi kerajaan berkata Malaysia akan hanya memeterai TPPA selepas ia dibahaskan di parlimen dan mendapat konsultasi awam.

Perjanjian itu dikritik pembangkang, yang mendakwa ia akan menyebabkan peningkatan harga ubat-ubatan dan menambah kepada beban kenaikan kos sara hidup.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...