Monday, June 20, 2016

Analisis Keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar










Sumber  dari Blog Dah Ikhwan:
Kawasan Kuala Kangsar (Jumlah Pengundi 32,632)
BN                                      12,653 undi
PAS                                      5,684 undi
PAN                                     4,883 undi
Majoriti                                6,969undi
Peratusan mengundi            71%


Kawasan Sungai Besar (Jumlah Pengundi 42,365)
BN                                      16,800 undi
PAN                                     7,609 undi
PAS                                      6,902 undi
Majoriti                                9,191 undi
Peratusan mengundi            74%



Dalam sesebuah PRK kita tidak dapat membuat regression analysis untuk mempastikan corak pengundian setepat-tepatnya mengikut komposisi kaum. 

Ini kerana sampel data tidak mencukupi untuk membolehkan berbuat demikian. 

Bagaimanapun kita boleh membuat anggaran yang cukup munasabah untuk mendapat gambaran suasana pengundian. 

Sungguhpun BN memperolehi majoriti yang besar dalam PRK ini, ini tidak semestinya menunjukkan peningkatan kekuatan BN dengan mendadak berbanding dengan PRU tahun 2013. 

Ini kerana wujudnya pertandingan tiga/empat penjuru sekarang. Yang lebih relevan ialah peratusan undi yang diperolehi BN kini, iaitu 54%(PRK 2016) di Kuala Kangsar berbanding 50.4%(PRU 2013) dan di Sungai Besar pula 53% (PRK 2016) berbanding 49.6% (PRU 2013). 

Ini dengan jelas menunjukkan satu peningkatan dikedua-dua kawasan. Justeru, bolehlah dirumuskan yang BN kini semakin kukuh selepas PRN Sarawak dan PRK ini. 

Peningkatan prestasi ini hanya boleh dicapai dengan adanya peningkatan sokongan undi dari masyarakat Cina dan juga India. 


Tahniah kepada PM Najib dan BN.


Seperti yang kita jangka, Parti PAN telah memperolehi undi kedua terbesar di Sungai Besar, tetapi jatuh ketempat ketiga di Kuala Kangsar. 

Ini tidak semestinya berita baik bagi parti PAN kerana ia pasti disebabkan sokongan dari majoriti masyarakat Cina bersama sebahagian kecil masyarakat Melayu, manakala parti PAS pula hanya bergantung kepada sebahagian besar undi tradisi pembangkang Melayu. 

Rumusan yang kita boleh buat disini ialah parti PAN akan menghadapi laluan amat sukar untuk memenangi sebarang kerusi dimasa hadapan dalam pertandingan tiga penjuru. 

Jika wujud kerjasama antara UMNO dan PAS dalam pengagihan kerusi di PRU akan datang, sudah pasti parti PAN akan menempah kegagalan seperti parti-parti serpihan yang lepas. 

Ini menampilkan peluang baik untuk PAS menghapuskan PAN dan untuk UMNO menghapuskan PKR.

Soal isu 1MDB dan GST serta faktor Mahathir amat jelas tidak memberi kesan langsung seperti seperti diramalkan dalam artikel kita sebelum ini. 

Faktor Mahathir sememangnya bukan penentu kepada pola undi Melayu dahulu atau sekarang. Yang nyata Mahathir bijak memperalatkan keadaan sehingga nampak pada pandangan awam yang dialah yang menentukan sokongan rakyat. Padahal sebenarnya tidak.

Misalnya, umum menyangka yang Mahathir telah berjaya mengalihkan sokongan Melayu di Kedah pada tahun 2008. Setelah meneliti kembali dan menganalisis data-data yang ada, sebenarnya kerajaan BN Kedah tumbang pada tahun 2008 disebabkan kehakisan sokongan undi Cina dan India yang melanda seluruh semenanjung ketika itu.

Satu lagi rumusan yang diperolehi ialah sokongan kaum Cina untuk BN sudah meningkat mungkin dalam lingkungan 10%. 

Inilah satu petanda baru yang nampak setelah peningkatan sokongan di PRN Sarawak pada bulan lepas. Bagaimanapun, samaada ini akan berterusan adalah satu persoalan, kerana pengundi Cina mudah berubah mengikut keadaan dan peluang yang mereka nampak. 

Jadi masyarakat Melayu perlu terus berhati-hati dan jangan terpedaya dengan hasutan politik Cina DAP.

No comments:

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...