Thursday, September 29, 2016

Kereta Malam...Lagu Favourite WZWH




Lagu ini lagu oldie awal 1970an. Pertama dinyanyikan oleh Elvy Sukaesih. Selepas itu beratus artis menyanyikan lagu ini dengan berbagai variasi gaya dan style. Ini lagu favourite WZWH dinyanyikan oleh artis terbaik.

Tuesday, September 27, 2016

Tragedi Go-Kart Kuantan – Salah Kerajaan? Kerajaan Perlu Bina Litar-Litar Komuniti

EIMARace ialah sukan pemotoran pelajar-pelajar antara universiti yang mencuba design engine sendiri sejak 2009 lagi. Keterangan lanjut  Sila Klik Sini

Mottonya "More Than Just A Race" tetapi EIMARace 2016 Kuantan sudah menjadi "Spectators Gladiator"!

Ikuti pandangan aktivis sukan pemotoran anak Pahang Hezeri Samsuri...





Kejadian go-kart semalam di Kuantan semasa Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMARace) 2016 semalam di Indera Mahkota, Kuantan mengingatkan saya kepada peristiwa drag-race di Putrajaya beberapa tahun lalu.
Kepada rakan-rakan rapat, pasti anda ingat bagaimana saya diugut oleh seorang individu kerana saya terlalu lantang mengecam kejadian tersebut. Sampaikan saya terpaksa membuat laporan polis.
Sama juga dengan tragedi semalam. Memang saya meroyan, baik di media sosial, mahupun di dalam perbualan bersama rakan-rakan di WhatsApp ; tetapi saya meroyan kerana bersebab – sebab saya tidak mahu ia berlaku lagi.
Kejadian di EIMARace pada pendapat saya lebih teruk dari kejadian di dragrace Putrajaya kerana dua nyawa yang terkorban dan sebagai seorang ayah kepada empat orang anak, rasa sedih dan hiba mengenangkan anak yang tidak tahu apa-apa itu meninggal dunia kerana kecederaan serius.
Sayang sekali, kenyataan akhbar UTM yang saya baca menampakkan bahawa pihak universiti ini masih kurang faham betapa sensitif dan seriusnya isu ini.  Sebaliknya, UTM berkali-kali menekankan keadaan litar dan keselamatannya telah disahkan oleh pihak MAM dan juga kegagalan Rela untuk mengawal orang ramai.
Mungkin saya perlu berkongsi informasi sedikit kepada tuan Profesor.
Dalam apa kejadian sekalipun, tuan tanah yang perlu bertanggung-jawab. Tindakan “blame shifting” yang dilakukan pada pendapat saya adalah satu tindakan refleks yang murahan dan tidak sepatutnya terbit dari sebuah universiti yang antara tersohor di negara.
Mungkin latihan dalam Public Relation kurang dan mungkin ia satu tindakan knee-jerk reaction namun begitu, seorang yang memegang pangkat yang tinggi di dalam hieraki masyarakat sepatutnya mampu berfikir dengan lebih baik berbanding dengan seorang wartawan cabuk.

 img_0981

Apa pun, saya tidak langsung mahu menuding jari tetapi mari kita kaji fakta-fakta yang saya dapat kumpulkan dari rakan-rakan lain, sumber-sumber dalaman dan juga dari acara itu sendiri.
  • Nama acara: Educational Innovation of Motorsports and Automotive Race 2016 (EIMARace 2016)
  • Penganjur: Malaysia-Japan International Institute of Technology, Universiti Teknologi Malaysia International Campus, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur
  • Disahkan oleh Motorsport Association of Malaysia (MAM), Sepang International Circuit
  • Jenis acara: Perlumbaan kenderaan yang direka dan dibina oleh pelajar untuk tujuan pendidikan
  • Status peserta – Kelab dengan jemputan
  • Penaja utama acara – Kerajaan Pahang (RM100,000), Tourism Pahang (RM50,000), kerajaan Malaysia (RM200,000), Modenas (dua buah enjin sebagai hadiah)
  • Yayasan Makmur menjadi event organiser acara tersebut
  • Acara tersebut tidak perlu pengesahan AAM kerana MAM diberikan pengiktirafan sebagai badan yang boleh mengesahkan aktiviti motorsports pada peringkat grassroots.
  • Acara lengkap dengan insuran minima yang akan melindungi pengunjung
  • MAM menggunakan khidmat pegawai-pegawai keselamtan litar yang berpengalaman (Formula1, MotoGP, etc)

14484900_10154234555179342_1279096839774895031_n

  • Atas desakan MAM kerana faktor keselamatan, pihak penganjur mengubah litar sebanyak tiga kali sehingga MAM berpuas hati
  • Pihak penganjur berjanji untuk memastikan kawasan-kawasan tertentu ditutup untuk orang ramai.
  • Pihak penganjur berjanji untuk menyediakan lebih banyak penghadang air.
  • Pihak penganjur berjanji untuk menyediakan lebih ramai anggota Rela
  • Pihak penganjur berjanji untuk mengalihkan kenderaan-kenderaan awam yang diletakkan terlalu hampir dengan litar.
  • Sehari sebelum itu, satu kemalangan berlaku di mana pelumba cedera kerana terbabas dan melanggar kenderaan yang diletakan berhampiran litar (lihat video tersebut di Facebook Careta)
  • Penghadang air atau water barrier dibenarkan untuk digunakan dalam acara ini, mungkin kerana faktor kos
  • Beberapa penghadang air dibiarkan kosong di beberapa kawasan untuk memudahkan penganjur menarik kenderaan rosak keluar dari litar.
  • Pada hari kejadian, orang awam dapat masuk ke kawasan tragedi melalui lorong lain dan tidak menghiraukan tali pita keselamatan yang direntangkan

14492556_1109243759168124_4570323120273303419_n

  • Orang awam berada di kawasan tragedi sebelum kemalangan berlaku
  • Perlumbaan tetap diteruskan walaupun orang ramai sudah berada di kawasan larangan dan berisiko tinggi
  • Tiga kenderaan lumba bergesel antara satu sama lain dan satu hilang kawalan dan meluncur keluar menghala ke tempat mangsa-mangsa sedang menonton (video juga ada di Facebook Careta)
  • Perlumbaan EIMARace ini bukan dianjurkan pertama kali dan selama ini tiada kes kemalangan besar yang terjadi.
  • Walaupun kenderaan yang dilumbakan bergerak perlahan, ia masih merbahaya untuk penonton.
  • Perlumbaan yang dilakukan di dalam litar sebenar lebih terjamin keselamatan penonton.
  • Kos untuk membuat perlumbaan di jalan awam sebenarnya jauh lebih tinggi dari kos penganjuran perlumbaan di litar.
  • Perlumbaan EIMARace kali ini dianjurkan di Pahang sempena sambutan Visit Pahang Year 2017 yang nampaknya hanya mendapat publisiti kuat di dalam negeri Pahang, oleh penduduk Pahang sendiri, yang mungkin sudah puas melawat negeri itu pun. Maaf, itu perasan saya warga Pahang yang sudah mempromosikan negeri saya ini bertahun-tahun lamanya.

Itu antara fakta-fakta yang saya dapat dari selidikan dan informasi yang diberikan dari sumber-sumber yang saya percaya.
Selain dari keluarga mangsa yang bakal akan menerima kesan dari tragedi ini, peminat-peminat motorsports negara juga telah menerima bahananya juga.
Saya dapat tahu sekurang-kurangnya satu acara motorsports sudah pun dibatalkan kerana takut tragedi sama akan berulang. Saya tidak akan terkejut jika ramai lagi penganjur dan pihak agensi lain membatalkan tajaan untuk acara-acara motorsports yang lain atas alasan merbahaya.
Well get this my friends, motorsport IS dangerous  dan kerana itu rasa takut itu sangat penting kerana ia memastikan aspek-aspek keselamatan diambil berat.

sangat menyedihkan apabila kita boleh lakukan sesuatu untuk mengelakan kematian seperti ini dari berlaku.
Jenazah mangsa di masjid semalam sebelum dikebumikan. Sangat menyedihkan apabila kita boleh cuba lebih baik untuk menghalang tragedi ini dari berlaku. 
Seperti apa yang rakan saya Hisham Redbaron (penganjur sukan rali dan pelbagai acara motorsport) kongsikan, setiap pemandu atau penunggang di dalam perlumbaan tahu akan risiko yang dihadapi. Kerana itu, mereka lengkap dengan helmet, sarung tangan, balaclava, but dan sut kalis api. Kenderaan pula siap dengan rollcage dan pemadam api. Tetapi, penonton tidak akan faham risikonya kerana bukan mereka yang berlumba.
Kerana itu, pihak penganjur yang MESTI memikirkan risiko keselamatan penonton!
Ada juga rakan-rakan saya yang berpendapat, MAM tidak begitu tegas seperti AAM. Saya sendiri pada awalnya berfikiran yang sama kerana dari pengalaman saya, AAM akan membatalkan terus perlumbaan sekiranya ada sekelumit risiko.
Tindakan MAM untuk tidak begitu sekeras AAM mempunyai sebab yang sangat logik – sekiranya undang-undang dilakukan dengan ketat, kos penganjuran akan meningkat dan ini pastinya akan membunuh perkembangan sukan permotoran taraf grassroot negara (grassroot ialah taraf kemasukan atau entry level di mana kos kemasukan dan kos ubahsuai kenderaan jauh lebih rendah).
MAM mempunyai KPI atau objektif di mana ia mahu melihat perkembangan sukan permotoran negara berkembang, dan untuk itu, acara-acara grassroot perlu wujud. Itupun, selepas kejadian di Putrajaya, MAM sudah mengharamkan sukan drag di jalanraya awam. Sayangnya, Menteri Wilayah Persekutuan mungkin menganggap sukan permotoran ini tiada badan kawalan, dan kerana itu beliau sendiri yang membenarkan sukan drag super car di Dataran Merdeka bulan lalu tanpa perlu disahkan oleh AAM ataupun MAM.
Tuan Menteri, esok saya pacak gerai menjual goreng pisang di depan Dataran Merdeka, dengan alasan saya pun tidak tahu ada kawalan mengenai tempat untuk berniaga. Kepimpinan melalui tauladan bukan?
Yamaha PETRONAS Super Series
Jika kita mahukan standard yang tinggi seperti penganjuran sukan cub prix, kita perlu mencari penganjur yang besar dan kaya (siapa lagi jika bukan PETRONAS) dan ini sangat sukar. Cuba tanyakan kepada rakan kita di Safe Aim Mutual (SAM) yang telah bertahun-tahun menganjurkan perlumbaan cub prix peringkat kebangsaan yang disahkan oleh AAM.  
Tahukah anda berapa kos untuk mengadakan satu pusingan perlumbaan cub prix?
Jutaan RM.
Dan kerana itu keselamatan penonton lebih terjaga, acara dilakukan dengan teratur dan laporan media lengkap (walaupun keselamatan pelumba masih belum sempurna sepenuhnya).
Sekiranya kita mahukan acara motorsports negara berkembang dengan baik, hanya ada satu jalan terbaik yang boleh kita cadangkan – pembinaan lebih banyak litar-litar komuniti di setiap negeri-negeri.
Pihak kerajaan sebenarnya perlu ada rasa takut agar nyawa rakyat tidak lagi melayang kerana penganjuran acara sukan bermotor yang tidak cukup sifat kerana kekangan kos.
Tetapi jangan pula kerajaan ambil jalan ringkas – tidak boleh dikawal, kita haramkan terus perkara itu. Contohnya tidak boleh kawal kes ragut, kita haramkan motosikal di bandar. Itu pemikiran orang yang putus harapan atau pemalas.
Sukan permotoran sudah terbukti menghasilkan ramai bakat-bakat yang mengharumkan nama negara. Ia juga membantu mengurangkan gejala lumba haram (Litar Pasir Gudang pernah menjalankan kajian bersama polis trafik Johor Bahru dan ternyata jumlah perlumbaan haram menurun bila litar dibuka untuk semua) dan di dalam kes ini, acara motorsport boleh dilakukan di dalam kawasan yang tertutup agar risiko dikurangkan dan kos diturunkan.
Setiap kali saya berpeluang berjumpa dengan Menteri di Kementerian Belia dan Sukan, soalan saya tetap sama – bila YB mahu bina litar-litar komuniti?
Jawapan saya terima, tetap sama – kos yang tinggi, kerajaan negeri perlu berikan tanah dan “Ya cadangan yang bagus Hezeri, akan difikirkan”.
Dua nyawa anak beranak sudah melayang. Masih mahu berfikir ke YB?
Sukan permotoran antara universiti sudah banyak kali dilakukan dengan selamat di litar lumba.
Sukan permotoran antara universiti sudah banyak kali diadakan dengan selamat di litar lumba.

Sunday, September 25, 2016

Badan Perhubungan BERSATU Pahang di Jerantut Apa Kesudahannya?

Image result for muhyiddin yassin BERSATU jerantut

Tak semena-mena Jerantut mendapat perhatian bila geng anti DS Najib menghantar pemimpin-pemimpin besarnya ke Jerantut untuk mengerakkan parti baru BERSATU - Parti Pribumi Bersatu Malaysia lambang bunga raya.

Maka tertubuhlah Badan Perhubungan BERSATU Pahang berpusat di Jerantut untuk mengembangkan keahlian parti baru ini ke seluruh Pahang.

Maka bergeraklah organisasi parti baru ini mencari keahlian dan publisiti. 

Kenapa Jerantut dipilih sedangkan dinegeri-negeri lain tidak sehangat di Jerantut?

Pertama Jerantut adalah sebuah parlimen di negeri Pahang negeri kelahiran DS Najib, jadi difokus Jerantut untuk menambah aib.

Kedua Jerantut dari segi sejarahnya dulu bila UMNO berpecah Baru dan Semangat 46 pun sambutan Parti semangat 46 pun hangat di Jerantut hingga pada PRU 1990 calon Semangat 46 berjaya mencuri satu DUN.

Ketiga ini parti BERSATU adalah percaturan pemimpin-pemimpin veteran UMNO Jerantut sendiri yang mudah dengan melihat wajah-wajah yang ke depan sudah ketahuan siapa dibelakangnya. Selain dari geng-geng pencen yang banyak masa terluang.

Keempat selagi ada bantuan dana dari pemimpin-pemimpin anti DS Najib itu maka nampak hebohlah kewujudan Parti BERSATU ini.

Kempen-kempen yang dijalankan bila masuk kampung-kampung dan Felda-Felda ialah bila ditanya kenapa perlu kepada parti baru BERSATU. Jawabnya kerana tidak sukakan DS Najib dengan berbagai alasan. Benci ke DS Najib.

Maka Parti BERSATU ini ialah matlamatnya parti benci DS Najib. Itu aje alasannya.

Orang kampung dan Felda serta bandar tahu UMNO dan BN ini walau tidak perfect namun banyak jasa dan usahabudi.

Ini parti BERSATU apa track rekodnya? Apa jasanya?  Nil zero.

Hanya parti yang berteriak bencikan DS Najib, bencikan keluarga DS Najib.

Maka sudah tentu orang kampung, Felda dan bandar tahu ini satu-satunya parti yang tiada matlamat hala tuju.

Parti BERSATU berharap bila Mahathir tubuh BERSATU akan berlaku exodus beramai-ramai ahli UMNO keluar menyokong tapi ini tidak berlaku sama sekali.

Bila Mahathir dan Muhyiddin mahu gencatan senjata dengan DS Najib nanti....apa pula nasib masa depan parti BERSATU ini?  Sudah nampak kelam dan tiada masa depan.

Setakat hari ini UMNO Bahagian Jerantut tidak memperdulikan menganggap Parti BERSATU di Jerantut ini TIDAK WUJUD. Ada baik dan buruknya pendekatan yang diambil oleh UMNO Bahagian Jerantut ini.

Tapi itu bukan hak WZWH untuk mempersoal pendirian UMNO Bahagian Jerantut.

Bolehkah parti BERSATU di Jerantut mengurangkan undi untuk kerusi Parlimen Jerantut PRU 14?

Bolehkan parti BERSATU di Jeantut mengurangkan undi untuk kerusi DUN-DUN di Jerantut PRU 14?

Sejauh mana keahlian parti BERSATU di seluruh Negeri Pahang boleh memberi impak?

Baru petang tadi WZWH berbincang dengan beberapa Ketua UMNO Bahagian di Pahang mengenai impak Parti BERSATU ini di Pahang. Mereka Ketua UMNO Bahagian di Pahang tidak merasakan Parti BERSATU boleh memberi impak.

Adakah betul pendapat beberapa Ketua UMNO Bahagian Pahang itu?

Badan Perhubungan BERSATU Pahang di Jerantut apa kesudahannya?

WZWH buka kepada pembaca blog WZWH untuk memberi pendapat.

Friday, September 23, 2016

WZWH Dedah Ikan Purba Sungai Tembeling





Apa rahsia lelaki Tembeling ramai kawin banyak 2, 3 dan 4 adalah jawapannya pada ikan purba Sungai Tembeling.

Kebanyakan orang Melayu Semenanjung tidak tahu apa nama ikan tersebut. Tapi orang Melayu di Sumatera dan orang Jawa di Pulau Jawa tahu betul ikan itu Sila Klik Sini.

Ikan ini orang panggil ikan linang atau sidat. Sebenarnya ini ikan belut orang putih panggil eel. Nama Saintifik anguilla mauritiana.

Ada banyak jenis spesis ikan ini.

Ikan linang ini suka duduk di dasar sungai, lubuk dan tasik. Sukar di dapati sebab itu orang Melayu Semenanjung tidak tahu ikan ini.

Badan ikan berkenaan seperti tiga jenis ikan berlainan.

Jika diamati, kepala ikan ini menyerupai ikan haruan, separuh badannya pula seperti belut berwarna kekuningan di bahagian perutnya, manakala separuh badan lagi hingga ke hujung ekornya seperti ikan keli.

Sekali imbas, ikan itu hampir menyerupai spesies ikan tilan namun, yang membezakannya ialah kepala atau mulut ikan itu tidak pula berbentuk tirus atau runcing seperti ikan tilan ataupun belut.

Manakala di bahagian badannya juga tidak terdapat duri atau sengat.

Ikan linang setelah lama dahulu digunakan sebagai ramuan minyak yang khusus untuk penggunaan perubatan lelaki. Khasiat ikan linang ini ada tertulis di dalam kitab perubatan iaitu Kitab Perubatan Tajul Muluk (Mujarabah). Ikan linang ini sangat berkhasiat untuk menguatkan, memanjangkan dan membesarkan organ sex lelaki.

Ikan ini kalau berat kilogramnya harga mahal. Di Kuala Lipis ada towkay Cina sanggup beli antara RM25,000 hingga RM35,000 seekor.

Linang Kuning yang dikenali sebagai Anguilla Mauritiana adalah sejenis ikan air tawar yang bertelur dalam laut dalam. Terdapat berbagai spesis ikan linang dan boleh didapati di seluruh dunia tetapi ikan linang spesis Mauritiana ini bertelur di Lautan Hindi yang dalam hampir 6,000 meter.

Selepas bertelur ibu linang akan mati dan telurnya terapung serta menetas menjadi larva yang dikenali sebagai leptocephalus. Larva dengan perlahan menjadi Linang kecil dan dibawa arus lautan luas sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya untuk sampai ke Benua-benua yang paling hampir. Ianya berenang menentang arus menuju ke pinggir pantai untuk masuk ke muara sungai. Sekali lagi linang tersebut terpaksa melawan arus untuk masuk ke air tawar untuk membesar.

Kadang kala Linang terus menentang arus hingga ke kawasan pergunungan di mana ada air terjun. Bila tempoh matangnya tiba atau ingin bertelur, linang tersebut akan menghilir ke muara untuk kembali ke lautan dalam untuk bertelur dan mati. Begitulah kitaran seterusnya. Linang jenis Mauritius ini ditemui oleh Ahli Sains dari Kepulauan Maritius.

Di Kepulauan Jawa Tengah dan Jawa Timur hingga ke Lautan Ambon dan Irian Jaya, terdapat empat atau lima spesis Linang kesemuanya bertelur di Lautan Hindi, cuma jarak dalaman tempat bertelur sahaja yang berbeza. 

Tiga Lautan Dalam yang dijadikan tempat bertelur Linang berbagai spesis ialah di Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Malaysia tidak popular dengan Linang kerana Semenanjung Malaysia dilindungi oleh Kepulauan Sumatera dan sudah tentu Linang yang dibawa arus akan terlepas terus ke Kepulauan Jawa.

Disebabkan khasiat yang besar diperolehi dari Linang, kini negara maju sudah meletakkan resepi Linang sebagai hidangan utama untuk menambah tenaga seks dan kesihatan. Linang spesis Japanica amat popular di Jepun dan spesis Anguilla-Anguilla popular di Eropah manakala spesis Rostrata dan lain-lain sangat popular di Amerika.

Suku bumiputera Islam di kepulauan Karimun Jawa, Indonesia yang pulaunya terletak di tengah-tengah lautan Jawa kira-kira 250 batu dari tanah besar Jawa telah lama mengamal hasil ikan linang spesis Anguilla Mauritiana sebagai bahan utama untuk merawat alat kelamin lelaki agar lebih sempurna. 

Mereka dikenali sebagai “Pak Gedik” (Bapak Besar) yang mempunyai alat kelamin besar, panjang serta tegang.Mereka menganggap ikan linang benar-benar khazanah Tuhan kepada kaum Adam.

Jadi ikan purba Sungai Tembeling ini, kitaran hidupnya ialah dewasa di Sungai Tembeling dan wajib secara ritual menghilir Sungai Tembeling terus menghilir lagi Sungai Pahang hingga ke muara Kuala Sungai Pahang terus ke Laut China Selatan untuk bertelur dan akhirnya mati di laut dalam.

Bila telur ini menetas menjadi larva dan terus membentuk ikan linang dengan saiz yang bervariasi dan berubah mengikut persekitaran masuk ke muara sungai dan terus memudik sungai hingga sampai ke hulu sungai menjadi dewasa.

Wednesday, September 21, 2016

Projek Terusan Segenting Kra VS Projek Keretapi Pantai Timur Siapa Dulu Buat? DS Najib Boleh Jadi Hero!

Image result for najib razak mrt

DS Najib Perdana Menteri Malaysia yang akan dikenang sebagai pemimpin yang buat projek bagi kebaikan dan kepentingan dunia bila Projek Laluan Baharu Keretapi Pantai Timur Landasan Berkembar nanti dilancarkan.

Projek Terusan Segenting Kra VS Projek Keretapi Pantai Timur. Siapa dulu mahu buat?  DS Najib boleh jadi hero pemimpin dunia.

Kedua projek ini mahu menjimatkan kos pengangkutan, masa dan kepentingan strategik banyak negara sebelah Timur dan Barat Dunia.

Projek Terusan Segenting Kra adalah idea Raja Siam sejak abad ke 17 lagi bila ramai pedagang dan saudagar dunia Barat dan Timur mengadap.

Projek Keretapi Pantai Timur adalah idea DS Najib yang melihat peluang sukarnya mahu buat Terusan Segenting Kra.

Selain dari menghubungkan laluan keretapi antara bandar dari Pelabuhan Kelang ke Pelabuhan Kuantan, projek ini melibatkan laluan keretapi antara bandar Pantai Timur dari Kuantan-Kemaman-Kerteh-Kota Bharu. Seterusnya laluan keretapi tangki dan kargo dari Kota Bharu-Kerteh-Kemaman-Kuantan-Tanjong Agas dan Pengerang Johor.

Projek ini mampu menarik minat pelaburan baharu di Wilayah Pantai Timur dengan wujudnya pembangunan pengangkutan darat rentas pelabuhan yang jadi pemangkin kepada matlamat melonjakkan pasaran domestik dan antarabangsa industri petroleum dan gas jangka masa panjang.

Pelabuhan dan industri petroleum dan gas di sepanjang Pantai Timur hingga Pengerang Johor akan menjadi sibuk untuk servis permintaan dari China, Korea dan Jepun.



Projek terbesar abad ini membina landasan keretapi Pantai Timur route baru. Projek RM60 bilion dibiayai oleh private investor sepenuhnya.


Yang WZWH suka Pahang akan menjadi bertambah maju dan membangun ekonomi berkembang lebih pantas.

Adalah lebih baik untuk memahami Projek Terusan Segenting Kra dan kesan implikasinya.

Terusan Kra Mimpi Yang Boleh Direalisasi Selepas Terusan Nicaragua




Cadangan Terusan Kra.

Segenting Kra yang terletak di Utara Tanah Melayu memisahkan Laut Adaman dan Teluk Siam. Pembinaan Terusan Kra tidak melebihi 50 batu menjimatkan 1500 batu perjalanan di antara Eropah dan Asia Timur serta mengurangkan 3 hari masa pelayaran.

Terusan Kra adalah projek mimpi yang boleh direalisasikan selepas China mahu bina Terusan Nicaragua sepanjang 111 batu menelan USD40 bilion seperti rajah di bawah:



Dari segi menjimatkan kos kapal dan bisnes ini menguntungkan dunia perniagaan. Singapura mungkin mati ekonominya, mungkin ekonomi Malaysia boleh bertahan.


Bila Projek Terusan Kra siap maka wilayah Satun, Songkla, Pattani, Yala dan Narathiwat akan terpisah dari Thailand membentuk Pulau Tanah Melayu Malaysia.

Agaknya ini mungkin Raja-Raja Siam sejak 1824 hingga 1910 dari Raja Phra Nangklao, Mongkut dan Chulalongkorn terpaksa membatalkan cadangan Projek Terusan Kra bimbang faktor kedaulatan negara Siam.

Kerajaan Thailand tidak perlu risau jika Malaysia mahu mengembangkan pengaruh politik di Selatan Thailand. Yang penting kestabilan serantau dan pertumbuhan ekonomi.

Kerajaan Thailand perlu bercakap dengan China dan melibatkan kerajaan Malaysia.

Projek Terusan Kra Apa Kesan Kepada Malaysia dan Singapura?


China dan Thailand bila-bila masa saja boleh  bersetuju  pada projek terusan melalui Segenting Kra, bahagian yang paling sempit semenanjung Melayu di selatan Thailand.

Usaha inisiatif China daripada pelaksanaan Silk Road New Belt Ekonomi dan Maritime Silk Road Abad 21 inisiatifnya, dengan usaha berterusan untuk mewujudkan koridor ekonomi China-Pakistan dan projek kereta api berkelajuan tinggi China-Rusia . Apabila terusan lebih 100 kilometer panjang terbuka, kapal-kapal akan dapat lolos dari Teluk Thailand di Pasifik terus ke Laut Andaman di Lautan Hindi, menjimatkan laluan semasa sebanyak 1,200 kilometer

Projek itu mungkin akan mengambil sepuluh tahun untuk disiapkan dengan  kos AS$ 28 bilion. Bila siap ProjekTerusan Segenting Kra ini bermakna kapal-kapal pengangkutan minyak dan kapal-kapal dagang dalam perjalanan dari Timur Tengah ke China tidak lagi perlu melalui Selat Melaka.

Selat Melaka merupakan laluan penting maritim dan sangat penting untuk bekalan minyak China, 80% daripada minyak China datang dari Timur Tengah dan Afrika dan 80% daripada ini perlu melalui selat, di mana lanun menimbulkan ancaman berterusan kepada bekalan minyak China.

China akan menjadi pemacu utama di sebalik pembukaan terusan, yang mempunyai kepentingan politik dan strategik yang penting. Projek itu akan membantu mengukuhkan kerjasama China dengan Persatuan Bangsa-Bangsa Asia Kawasan Perdagangan Bebas (ASEAN) Tenggara pada masa yang sama menghapuskan dari dirinya pergantungannya kepada Selat Melaka. Ia juga akan memendekkan laluan kapal jimat masa yang diambil oleh dua hingga lima hari dan seterusnya mengurangkan kos dan meningkatkan pembangunan pelabuhan di Hong Kong dan tanah besar. 

Satu lagi motif di sebalik projek itu kebimbangan China bahawa AS boleh mengadakan sekatan Selat Melaka, memotong bekalan minyak di negara ini.

Terusan juga akan meningkatkan keupayaan Tentera Laut China untuk bertindak balas terhadap insiden antarabangsa. Tentera Laut China baru-baru ini memindahkan rakyat beberapa negara dari Yaman, sebagai contoh, selepas perang saudara di sana meningkat.

Oleh kerana  syarikat China yang akan mengambil bahagian dalam projek ini, China mungkin akan diberikan beberapa tahap kuasa ke atas terusan dan mungkin boleh berunding untuk menolak laluan melalui terusan bagi kapal perang dari negara-negara tertentu, meningkatkan pengaruh China di Asia Tenggara.

Idea terusan, yang akan menjadi yang terbesar di Asia bila siap, dikatakan muncul pada abad ke-17 dan lebih daripada 100 tahun yang lalu ia dicadangkan secara rasminya oleh Chulalongkorn, Raja Siam. Kos terlalu banyak untuk Siam menanggung, bagaimanapun projek itu kemudian ditangguhkan oleh kedua-dua perang dunia abad ke-20.

Cadangan semasa adalah untuk terusan dua hala 25 m dalam berukuran 102 km panjang dan 400 m lebar. Terusan Panama hanya 15 m mendalam dan ia mengukur hanya 304 m pada titik yang paling luas.

Dari segi menjimatkan kos kapal dan bisnes ini menguntungkan dunia perniagaan. Singapura mungkin mati ekonominya, mungkin ekonomi Malaysia boleh bertahan.

Untuk Malaysia lebih ke depan strategik jangka panjang, DS Najib perlu berani dan cepat buat Projek Keretapi Pantai Timur menghubungkan antara bandar dan pelabuhan serta industri petroleum dan gas sepanjang Pantai Timur dan Johor.

Sunday, September 18, 2016

Bolehkah Politik MONYET, KERA, CIKAH, BERUK, LOTONG, SIAMANG, ORANG UTAN, MAWAS, DAN UNGKA BERSATU?






Beruk tua dan pengikut-pengikutnya.

Manusia bila gila politik sepanjang masa tanpa had dikata 'political animal'. Memang manusia ini hampir dekat kejadian pada 'ape'. 'Ape' boleh lah dikatakan beruk. 

Kitab Taurat dan Al-Quran ada menceritakan sekumpulan nelayan mencari ikan yang diharamkan pada hari Sabtu akhirnya disumpah laknat menjadi kumpulan beruk.

Bila sasterawan menulis luahan emosi lebih dari intelektual maka terhasillah karya satira. Samada diupah atau taksub kepartian juga marah serta mahu kritik atau mungkin berniat jahat maka lahirlah novel atau ceritera satira yang membantai pemimpin.

Maka lahir karya satira politik yang mengaitkan dengan beruk seperti "Maharaja Beruk dan Beruk-Beruk Lainnya" 1988.

"Beruk Tua" 2013.

Sasterawan purba pun ada menghasilkan "Hikayat Seri Rama" yang menceritakan Strategi Menggunakan Rakyat Berok, Ungka, Cikah, Siamang, Kera dan Lotong digunakan bagi membina tambak dan juga berperang untuk menawan negeri.


Strategi menggunakan bala tentera rakyat dari berok, ungka, cikah, siamang, kera, lontong dan lain-lain adalah" idea penulis hikayat ini yang genius ".


Nabi Sulaiman AS mempunyai rakyatnya yang terdiri dari manusia, binatang, burung, awan, jin dan syaitan.Umpamanya dalam al-Quran,Surah al-Naml,ayat 20-21 yang ertinya seperti berikut:-

" Dan dia (Nabi Sulaiman AS) memeriksa burung-burung kemudian dia berkata,"Mengapakah aku tidak nampak burung Hud-hud ? Apakah dia tidak hadhir hari ini ? Sesungguhnya aku benar-benar akan mengenakannya dengan siksa yang pedih atau aku akan menyembelihnya atau (untuk dia lepas dari siksa itu hendaklah) dia datang dengan membawa alasan yang tepat dan jelas ".

Ape yang kita biasa sejak kecil dipanggil monyet. Monyet dipecah kepada kera dan beruk. Kita boleh bezakan kera ada ekor panjang manakala beruk tiada ekor.

Kat kampung kita tahu beruk boleh tolong orang panjat pokok kelapa. Kera tidak boleh sebab kurang intelligence. Memusnahkan tanaman dan buah-buahan boleh lah.

Kita dulu masa kecil baca cerita teladan lama umpamanya 'Hikayat Sitenggang" yang merupakan anak Orang Asli. Kemudian bila merantau jadi kaya kerana berkahwin dengan anak saudagar orang kaya.  

Bila belayar singgah di kampung, ibu Sitenggang bawalah cikah dan lotong sedap mahu bagi kepada SiTenggang. Tak mahu Sitenggang sudahlah tidak mahu mengaku ibu kandung sendiri. Akhirnya jadi batu dimakan sumpah ibu kandung.

Memang kalau kita tanya mana sedap makan cikah dan lotong banding dengan makan ayam. Orang Asli akan jawab sedap lagi makan cikah dan lotong sebab cikah dan lotong makan buah-buah duduk atas pokok. Ayam makan tahi atas tanah. Logik Orang Asli ayam itu kotor!

Kita juga tahu konkang itu sangat pemalu. Dalam politik tidak boleh jadi macam konkang. Kena berani dan confident yakin.

Siamang, wak-wak, senekah dan ungka itu spesis yang sama, warna mungkin hitam atau perang. Sangat lembut bila bergayut dari pokok ke pokok. Mengeluarkan bunyi yang berotoriti dihutan.

Orang utan sangat gentle dan penyayang. Macam orang. Pernah berlaku lelaki yang kesepian sering mengerja orang utan betina dalam hutan. Binawe betul!

Mawas ini sering orang tua-tua cerita. Sangat tinggi berbulu lebat dan hitam. Takut pada hujan dan boleh jadi violent garang. Boleh bunuh atau makan orang. Selalu orang tua cerita perihal tulang mawas.

Dalam budaya Melayu kita tidak sentuh baboon, chimpanze, bonobo, gorilla apatah lagi legenda mistik yeti, bigfoot dan sasquatch.

Bolehkah politik Monyet, Kera, Cikah, Beruk, Lotong, Siamang, Orang Utan, Mawas dan Ungka itu BERSATU?

Mereka percaya Maharaja Beruk boleh buat mereka semua BERSATU walaupun Maharaja Beruk itu sudah tua!

Kita juga percaya selagi Monyet, Kera, Cikah, Beruk, Lotong, Siamang, Orang Utan, Mawas dan Ungka makan pisang susah juga Maharaja Beruk itu mahu mengawalnya tabiat dan gelagat pengikut-pengikutnya yang bermacam ragam.

Friday, September 16, 2016

Belasungkawa Orbituary Professor Datuk Dr Haron Din


Image result for tuan guru haron din

Almarhum Prof. Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din adalah tokoh ulama dan politik terulung Malaysia. ( 1940-2016).

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7:05 pm waktu US di Hospital Stanford akibat sakit jantung. Almarhum akan dikebumikan di tempat terakhir persemadian iaitu di US.

Almarhum merupakan Mursidul Am Parti PAS. Walaupun beliau merupakan pemimpin tertinggi PAS namun dalam kehidupan beliau banyak membantu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri BN terutama melibatkan program agama Islam, selain Panel Penasihat Syariah Bank Negara dan bank-bank di Malaysia.

Almarhum berpendidikan Kolej Islam Kelang Sijil Tinggi, Diploma Al-Azhar Kaherah, MA dan Phd Sharia di Ain-Shams Kaherah (1972-1974).

UKM anugerah Title Professorship kepada Almarhum pada 1986.

Almarhum banyak menulis buku, kertaskerja, ceramah, kuliah, majalah, Rancangan Radio & TV dalam Malaysia dan di luar negara mengenai agama Islam.

Almarhum pernah menjadi Pensyarah, Professor, Timbalan Dekan UKM, Panel Penasihat Syariah Bank Negara, Bank-Bank, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri-Negeri dan Negara dll.

Beliau juga merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa').

Almarhum merupakan ahli aktif PAS sejak 1974. Hinggalah kedudukan Murshidul AM PAS sekarang.

Almarhum bertanding di Parlimen Arau Perlis sebanyak tiga kali pada PRU 2004, 2008 dan 2013 namun gagal.

Ketegasan Almarhum menentang Isu Pengunaan Perkataan Allah oleh penganut Kristian membuatkan Almarhum begitu dihormati oleh umat Islam dan Kerajaan BN serta UMNO.

Dalam isu ini menguji konsensus ulama PAS. Pemimpin tertinggi PAS seperti Almarhum Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi Awang menyokong penggunaan perkataan Allah dalam Bible berbahasa Melayu oleh penganut Kristian.

Namun Almarhum Professor Datuk Dr Haron Din menentang idea itu menyatakan ianya sesuatu yang salah dalam Islam. Oleh kerana Almarhum merupakan seorang ulama yang terkenal menyebabkan majoriti pemimpin PAS menerima pandangan Almarhum.

Ini juga faktor menyebabkan PAS mula menghormati dan menghargai pandangan senada dan pendirian UMNO yang konsisten mempertahankan kepentingan Islam di Malaysia.

Angau...Gila Kacing...Mabuk Puoih...

Tuesday, September 13, 2016

Keutamaan Bina Jambatan Kuala Tembeling Sebelum Lebih Ramai Rakyat Pahang Mati Di Sungai Pahang




Cadangan Projek Jambatan Kuala Tembeling yang menuntut kewajaran keutamaan kerana sering kali berlaku rakyat Pahang mati lemas dan karam perahu di permulaan Sungai Pahang ini.






Sejak 1970an lagi WZWH dengar dan lihat ramai Rakyat Pahang mati lemas akibat karam perahu dan sebagainya di Kuala Tembeling pertemuan Sungai Tembeling dan Sungai Jelai yang membentuk Sungai Pahang dan kampung berdekatan seperti Pasir Tambang, Kuala Retang, Kluang, Doja dll.

Saban tahun banyak berlaku kematian disebabkan tiada jambatan ini. Pernah berlaku jenazah mayat yang mahu dibawa ke seberang untuk dikebumikan terbalik perahu apatah lagi cerita kanak-kanak sekolah lemas bila perahu terbalik karam.





Liang lahad dua beradik yang mati lemas kejadian perahu terbalik di Sungai Pahang dekat Kuala Tembeling.





Dua kanak-kanak adik beradik, kakak 7 tahun dan adik lelaki 4 tahun menjadi mangsa korban akibat perahu karam akibat tiada jambatan di Kuala Tembeling.

Berapa ramai lagi generasi muda anak Tembeling rakyat Pahang akan ditimpa musibah yang sama pada tahun-tahun mendatang.

WZWH harap Kerajaan beri keutamaan bina Jambatan Kuala Tembeling sebelum lebih ramai rakyat Pahang mati lemas di Sungai Pahang.

Sila baca tiga posting berkenaan di bawah untuk maklumat lanjut:

Projek Jambatan Kuala Tembeling

Nostalgia Pekan Kuala Tembeling

Projek Jambatan Gemunchor Mela

Monday, September 12, 2016

Dua Anak Muda Pahang Tanam Cili Sewa Tanah Cina di Perak





Dua anak muda Pahang bangsa Melayu berumur 25 dan 23 tahun JV mengusahakan penanaman Cili Kulai kaedah fertigasi menyewa tanah seorang bangsa Cina di Slim River Perak.

Perancangan tanah yang diusahakan seluas 10 ekar baru diusahakan 3 ekar.

WZWH bertanya,"  Adik, kenapa tidak tanam di Pahang?. Dua anak muda ini menjawab, "tidak ada tanah untuk kami usahakan di Pahang, abang!".

WZWH termenung Pahang negeri besar tanah luas ada berpuluh ribu kampung tradisional, ada beribu tanah Rancangan Felda, Felcra, PPRT, Tanah Pinggir, Tanah Memindah dan hutan.

Tidak ada peluang diberi kepada anak-anak muda Pahang!

Sampai bawa diri ke Slim River Perak menyewa tanah Cina tanam cili.

Apa pemimpin Pahang dan Pegawai Kerajaan buat?

Syabas dua anak muda Pahang ini yang mengusahakan penanaman cili ini boleh menggaji 5 orang pekerja. Seorang Indonesia dan empat orang Rohingya.

Dua anak muda Pahang boleh beri pekerjaan kepada pekerja Islam dari Indonesia dan Burma.

WZWH tabik hormat kepada dua anak muda Pahang ini.


Image result for cili kulai


Sedikit maklumat tentang tanaman lada cili:

Cili merupakan salah satu daripada sayuran berbuah yang cukup popular di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis cili yang dapat diterima pasaran ini termasuklah cili Kulai, cili Bangi, cili merah dan cili api.

Jangkaan bagi enam tahun akan datang, penggunaan cili akan terus meningkat berikutan pertambahan penduduk di Malaysia.

Peningkatan permintaan terhadap cili segar dan juga yang telah diproses menjadi sos cili atau cili giling.

Projek tanaman cili kaedah fertigasi mampu memberi keuntungan yang lumayan kepada pengusahanya dalam masa jangka panjang.




Cili dikatakan dapat mengurangkan risiko barah prostat.

Daun cili boleh mengubat kayap.

Membantu peredaran sistem peredaran darah yang kurang lancar seperti aliran darah pada tangan, kaki dan jantung.

Buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga meransang metabolisme yang mengakibatkan lancar peredaran darah.

Dapat mengurangi, mengatur dan mengeluarkan lendir dan paru-paru bagi penyembuhan bronchitis, influenza, masuk angin dan asma.

Buah cili mengandungi flavoid dan antioksidaan yang dapat melindungi tubuh daripada penyakit barah.

Cili menyumbang sumber vitamin C, B, E dan protovitamin A bagi memenuhi keperluan kehidupan manusia.


Mengira Hasil 

Setiap pokok boleh menghasilkan 2.5kg hingga 3kg sepokok dalam tempoh semusim penanaman ( lebih kurang tiga bulan)

Untuk tanaman satu ekar boleh memuatkan 4000 pokok

Maka, 4000 pokok x 3kg       =   12,000kg semusim

Purata harga pasaran setahun biasanya dalam lingkungan RM5 sekilo

Maka 12,000kg x RM5          =   RM60,000

Kos operasi semusim x RM3 / pokok

4000 pokok x RM3                =      RM12,000

Keuntungan bersih                 =     Keuntungan kasar - kos operasi

Keuntungan bersih                 =     RM60,000 -  RM12,000

                                               =     RM48,000



Usaha gigih semangat  dua anak muda Pahang ini harus dipuji kerana sanggup menanam cili di negeri orang.

Adus...Come On Pemimpin Pahang dan Pegawai Kerajaan jangan bikin malu WZWH.

Tolong ambil serious kes ini. Cari dan bantu anak-anak muda Pahang yang mahu hidup berdikari!

Saturday, September 10, 2016

Pilihan Politik Melayu Menghadapi Perpecahan 5 Parti Rujuklah Kitab, Manuskrip, Teks Melayu Lama Sebagai Panduan




Dulu orang Melayu tidak ada budaya berparti. Yang ada Raja. Melayu ikut Raja. Raja mentadbir negeri dengan Pembesar-Pembesarnya macam-macam gelaran. Paling bawah pembesar digelar Penghulu itu pun sudah cukup berpengaruh.

Melayu yang tidak ada Raja cepat-cepat cari Raja atau Putera-Putera Raja kalau tidak ada malu dipanggil Sakai. Sakai pun ada Tok Batin sebagai ketua. Tok Batin bekerjasama dengan Penghulu.

Secara politi mudah Tok Batin dan Penghulu hidup bersama. Penghulu minta bantuan Tok Batin kalau mahu barang hasil hutan. Begitu juga Tok Batin minta bantuan Penghulu kalau mahu barangan groceri runcit.

Sedikit masalah anak buah diadili dengan hukuman yang setimpal. Jika berat jenayah itu maka dirujuk kepada Pembesar-Pembesar hingga Raja.

Begitulah kehidupan politi orang Melayu. Tidak ada masalah tentang kos sara hidup. Ekonomi sara hidup orang Melayu mencukupi makan minum. Usahakan buka tanah kampung. Tanam padi, berhuma, berdusun, tanam sayur, bela kerbau kambing ayam itik, tangkap ikan disungai, paya, bendang, tasik dan laut.

Tanam pokok kelapa, pokok durian. belimbing dsb. Makan minum cukup. Mahu garam dan kain tukarlah barang-barang, stok padi, ternakan.

Cukai ada bayar dan beri kepada Pembesar-Pembesar yang menjaga kawasan pegangan dan rayauan. Raja tax PembesarPembesar. Bila Perang, Raja kerah Pembesar-Pembesar cari rakyat jadi askar dan buruh.

Yang paling orang Melayu takut ialah kerap berlaku perang lebih-lebih lagi perang saudara, susah mahu hidup. Musuh yang menyerang suka merampas properti dan harta benda rakyat. Nyawa boleh melayang. Isteri dan anak dara boleh diambil musuh.

Bila begitu berpindah randahlah orang Melayu berhijrah. Kalau mahu tinggal kampung mesti pandai mengikut dan sokong Pembesar-Pembesar yang menyokong Raja yang kuat dan berpengaruh dan bijaksana.

Begitulah sedikit sketsa politi simple orang Melayu dulu.

Orang Melayu sekarang hidup di zaman politi yang moden lebih canggih tamadun. Lebih kompleks dan mencabar.

Negara ini sudah jadi rakyat majmuk berbilang bangsa sudah jadi warganegara ada hak dalam perlembagaan.

WZWH ringkaskan posting ini PRU 14 nanti pilihan politik orang Melayu menghadapi perpecahan kerana menyokong 5 parti:

UMNO
PAS
PKR
PAN
PPBM-Bersatu.

Conggak sifir matematik mudah bila berlaku pilihanraya sudah tentu kuasa pengundi Melayu berpecah kepada lima.

Mudah orang lain mahu menang.

Mahathir dan Anwar mahu pembangkang bertanding satu kawasan hanya satu calun pembangkang berdepan calun BN kerajaan.

Pilihan politik Melayu menghadapi perpecahan 5 parti ini apa panduan dan pedoman meskipun orang Melayu hari ini lebih well educated, lebih purchasing power ekonomi dsb.

Majoriti orang Melayu hari ini terpingga-pingga mahu mencari panduan dan pedoman.

Mahu rujuk siapa. Siapa pendeta-pendeta Melayu sekarang?

Orang Melayu perlu merujuk kitab-kitab lama Melayu, rujuk manuskrip-manuskrip lama, rujuk teks-teks lama Melayu. Rajinlah sikit membaca, berfikir dan menghalusi.

Jangan percaya kepada Bangsa Sikitol.

Jangan percaya kepada Bangsa Raja Mandeliar.

Ini bangsa yang suka memecahkan kekuatan politik orang Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Kalah dan Tewas serta pupus Raja-Raja Melayu maka bercempera hilang semua orang Melayu melarikan diri ke pelusuk alam.

Carilah pemimpin Bangsa Melaka.

Carilah pemimpin Bangsa Johor.

Carilah pemimpin Bangsa Perak.

Carilah pemimpin Bangsa Pahang.

Carilah pemimpin Bangsa Kedah jati.

Jangan cari pemimpin Bangsa Sikitol dan Bangsa Raja Mandeliar yang politik berbelit-belit macam ular, lidah pun bercabang macam ular.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...